Pages

Friday, April 6, 2012

Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Salam Alaik...

Maka ingin aku ingatkan kepada sekalian pembaca blogku bahawa sesungguhnya kini aku tidak lagi berada di Ketamadunan Indus, tetapi aku kini sedang belajar di Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau (Ps: Ini motto negeri Melaka. Sesungguhnya Melaka bukan negeri aku)..

Melalui fasa klinikal di Hospital Besar Melaka memang suatu perkara yang aku tunggu. Berkhidmat secara terus dalam pembelajaran dengan rakyat negara sendiri, dengan bahasa sendiri serta di tanah tumpah darah sendiri memang terasa amat bagus. Sungguhpun tiada lagi main-main dan rehat, tetapi kehidupan pembelajaran di Melaka harus dilalui dengan sabar dan tabah serta penuh syukur.

Mendengar cerita rakan-rakan seperjuangan yang mudah dihalau serta kepala dijadikan tempat hukuman, sudah cukup menggambarkan betapa seriusnya situasi di Melaka ini. Tetapi hukuman itu tidakleh lebih teruk jika dibandingkan dengan nyawa yang mungkin melayang jika kesalahan tidak dapat dikenal pasti ketika menjadi seorang pelajar ini.

Lama sungguh tidak aku menulis (cerpen sebelum ni sebenarnya tak siap lagi. Aku letak dalam 'scheduled post' sebab ingat boleh siapkan dalam masa sebulan). Jadi kiranya jika menulis kali ini, terasa berbeza gaya bahasa dan lenggok katanya. Tidaklah tercapai dek akalku apakah yang seharusnya menjadi tema penulisan aku hari ini.

Biasanya topik yang dibawa olehku agak berat dan dipenuhi dengan informasi, tetapi sayangnya, kekangan masa dan ruangan yang telah banyak terisi di dalam kotak minda ini tidak mengizinkanku melainkan hanya kata-kata cerita tentang perihal diri sendiri yang kekadang pada mata sesetengah orang - membosankan. Pada aku, memanglah hal perihal sendiri ini jika dihebahkan dalam ruangan blog itu suatu hal yang membosankan, dan boleh membawa kepada menyampah. Tapi apakan daya.

Minggu ini, dan dua minggu yang akan datang insya Allah saya akan menjalani latihan klinikal di wad perbidanan dan sakit puan. Sungguhpun saya ini seorang Melayu, yang hebat Bahasa Melayu, serta bergaul dalam kalangan masyarakat yang hebat berbahasa Melayu, tetapi saya tidaklah hebat dalam berbicara bahasa Melayu jika kena pada hal-ehwal perubatan kepada orang awam. Itulah masalah saya pada minggu ini. Mana mungkin orang banyak tahu akan makna 'tetanus toxoid'? Mereka mungkin hanya tahu 'kancing gigi' dsb.

Jadi, sepanjang beberapa minggu saya di sini kelak, akan saya cuba untuk memantapkan cara berbahasa saya terhadap orang banyak. Supaya dikurangkan keluarnya bahasa teknikal yang sukar difahami, dan dilebihkan bahasa orang banyak, agar mudah untuk saya berkomunikasi.

Dalam diam, jauh sudah saya bercerita. Sambung di lain kali pula. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya akan cuba untuk kembali aktif dalam menulis di sini. SUngguh, kehidupan sebagai pelajar perubatan di Malaysia itu sememangnya sibuk, tetapi akan saya cuba mencari masa senggang untuk berbicara hal semasa, politik dsb.

Oleh itu, mohon berundur, dan sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?