P/s: Ini ialah sebuah cerpen.
Zack terbangun awal pagi itu.. Mimpi yang dialaminya pada jam 4 pagi tadi membuatkan jantungnya berdegup kencang, umpama derapan kaki kuda yang sedang berlumba di trek.. Dia bangun dan meludah ke kiri, dan tanpa disedari terkena isterinya yang sedang nyenyak tidur.. Mujur isterinya tidak terbangun.. Dia lap muka isterinya dengan kain selimut dengan selembut mungkin, dengan harapan isterinya tidak terbangun..
Usai mandi dan bersolat tahajjud dua rakaat, dia membancuh secawan Nescafe 3 dalam 1 lalu bergerak menuju ke balkoni rumah dua tingkatnya.. Malam itu tiada angin yang bertiup kencang daripada Laut China Selatan yang betul-betul berhadapan dengan balkoninya.. Dia letakkan cawan Nescafe itu di atas meja lalu duduk di atas kerusi malas yang memang sengaja dia letak di luar.. Dinyalakan sebatang rokok dan dihembus dengan garang.. Sambil memikirkan kenangan lalu..
***
8 tahun lalu...Bunyi motor Honda petak Imam Mat mengaum menelan laungan azan Bilal Tam yang baru dikumandangkan. Entah apa yang menyebabkan Imam Mat lambat ke surau pada pagi itu.. Biasanya sebelum azan sudah terpacul dia di surau, mungkin membantu Bilal Tam dan Siak Yop menyusun sejadah dan mengalunkan selawat, zikir dan bacaan al-Quran..
Zack bingkas bangun dari pembaringannya.. Dia mengejutkan Irene yang berada di sebelahnya, dan memberitahu hajatnya bahawa dia mahu pulang.. Irene yang sedang mamai hanya mengangguk dan sempat memesan agar dikunci pintu rumahnya.. Zack melayangkan ciuman ke dahi Irene dan terus memakai baju dan seluarnya yang berselerakan di lantai.. Dia keluar rumah Irene lantas memecut keluar dengan motor berkuasa tingginya meredah malam..
Destinasinya, surau yang melaungkan azan tadi.. Setibanya di surau, dia pantas mengambil wudhu' dan masuk ke surau dan menunaikan solat sunat dua rakaat di belakang tiang.. Dia melihat ada 5 orang di surau itu, termasuklah dia dan Tok Hasan, Tok Penghulu kampung itu.. Dia mengeluarkan 'iPhone'nya dan membuka aplikasi Quran Haq dan membaca surah as-Sajdah, yang dia pernah hafal dahulu.. Habis membaca surah yang penuh dengan cerita dan pengajaran itu, Bilal Tam membaca iqamah.. Dan semua jemaah di dalam surau itu bangun untuk menunaikan solat subuh berjemaah..
***
Zack menghirup sisa-sisa akhir Nescafenya.. Dia kemudian masuk ke bilik dan mengejutkan isterinya, Scha daripada tidur.. Scha duduk di atas katil, dan memandang suaminya.. Zack menunjukkan isyarat bahawa dia ingin subuh di masjid.. Scha, faham dengan mudah kerana dia tahu, memang itulah rutin suaminya sejak dari mula berkahwin setahun lepas.. Selepas Scha masuk ke bilik air untuk mandi, Zack bergerak dengan motornya ke masjid..
Selesai imam membaca doa selepas solat, Zack membaca Quran, cuba mengulangkaji surah-surah yang telah dihafalnya.. Daripada beberapa ayat di awal al-Baqarah, dua ayat akhir surah Aali 'Imran, surah as-Sajdah dan surah al-Waqiah.. Memang itulah rutin hariannya selepas subuh.. Tidak pernah gagal untuk memastikan ayat-ayat suci itu sentiasa lekat dalam kepalanya..
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Zack singgah di Warung Pak Samad.. Dia membeli dua bungkus nasi kerabu daging, dan senaskah surat khabar, Harakah Malaysia.. Dia tahu Scha memang suka makan nasi kerabu daging.. Dan setiap hari dia tidak pernah jemu bersarapan dengan nasi kerabu daging.. Cuma, jika seleranya lain, akan Scha beritahu sebelum Zack bergerak ke masjid..
Sampai di rumah, Scha menunggunya di balkoni.. Di atas meja terdapat satu teko yang masih berasap dan dua cawan kosong.. Zack mendekati isterinya dan mengucup pipi Scha dan meletakkan bungkusan nasi kerabu daging tadi di atas meja.. Mereka bersarapan sambil dihembus bayu Laut China Selatan..
Hari ini hari Jumaat, hari cuti, manakala Scha yang bekerja sebagai seorang jururawat akan masuk kerja pada pukul 9 pagi.. Zack akan menghantar Scha pergi ke Hospital.. Tidak pernah dia membiarkan Scha pergi ke hospital sendiri, melainkan ketika itu dia terpaksa bertugas di luar kawasan..
Selepas menghantar Scha ke hospital, dia langsung pulang ke rumah.. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan di waktu cuti seperti itu tanpa isterinya.. Dia hanya pergi ke pantai dan melihat ragam manusia dan anak muda.. Sedang dia melihat sepasang anak muda yang sedang berjalan-jalan di gigi air, fikirannya melayang.
***
7 tahun lepas
Zack dan Irene berjalan-jalan di pantai.. Mereka saling berpegangan tangan.. Zack terasa sangat bahagia.. Mereka menghabiskan pagi mereka di pantai sambil bergurau senda, dan bercerita kisah lama.. Perhubungan mereka selama setahun setengah memang banyak pasang surut.. Tetapi ketika ini, mereka berada di puncak..
Penat berjalan, mereka berhenti dan duduk di atas pasir.. Zack memeluk Irene dari belakang.. Dan terdengar sayup dari jauh azan berkumandang.. Zack pelik, mana mungkin azan dikumandangkan pada pukul 10 pagi? Tapi dia buat tidak peduli sahaja.. Tetapi semakin lama, laungan azan itu semakin hampir.. Dia cuba mencari sumber suara merdu itu sehinggalah dia merasakan azan itu di tepi telinganya sahaja.. Dia memalingkan muka ke arah azan, dan tiba-tiba ombak menghempas mukanya..
***
"Oi, bangun la.. Kata nak subuh berjemaah di al-Azim pagi ni," jerit Hasan kepada Zack sambil Yop memegang cebok kosong.. Zack terpinga-pinga dan rasa macam nak mencarut.. Dia melihat badannya dan katilnya basah kuyup.. Dia merenung Hasan dan Yop dengan penuh tajam.. Azan Subuh daripada surau berdekatan masih berkumandang.. Zack bangun, dan menggeliat.. Dia merenung kembali Yop, dan tanpa sepatah kata pun, dia melayangkan tumbukan padu tepat ke muka Yop.. "Kalau nak kejut, kejut elok-elok," kata Zack dengan tenang ala-ala mafia Itali.. Zack kemudiannya selamba memakai kain pelikat seperti tidak ada apa-apa berlaku.. Hasan terpinga-pinga ketika Yop memegang hidungnya..
kasor gura weh kuikui
ReplyDeleteCilakak, ending..
ReplyDeleteSetelah aku baca balik, barulah aku sedar ada unsur mimpi dalam mimpi ala-ala 'Inception'.. Haha
ReplyDelete