Salam 'alaik..
"Stupid clown," herdik Prof MVK sewaktu aku berjalan keluar daripada classroom 9 ala-ala peserta Akademi Fantasia yang kalah undian SMS pada segmen penyingkiran..Bezanya tidak ada drama tangisan atau kesedihan.. Yang ada hanya sekelumit rasa kental yang dibalut dengan rasa malu yang tidak keterlaluan..
Usai membaca beberapa baris ayat, maka kaki melangkah kembali ke dalam classroom 9 dengan penuh bergaya dan tenang sungguhpun apa yang dibaca tidaklah sebanyak mana, namun konfiden itu yang penting.. Mana mungkin ditanya kali kedua soalan yang sama!
Sejak daripada zaman akhir-akhir di Manipal dahulu telah hebah bahawa ada seorang profesor otai yang amat garang.. Nama MVK sudah menghadirkan rasa gentar walaupun masih beribu batu jauh dari bumi Melaka, dan masa yang berpuluh hari lagi dari saat berjumpa.. Alangkah indah jika kegentaran itu mampu hadir setiap masa jika memikirkan kematian yang pasti akan menjemput?
Semalam, ketika workshop habis 4th year dan 5th year ditibai dan dihalau keluar dan disuruhnya ganti pada hari sabtu setelah semua mampu bersiaga.. Mujur kerana ke'junioran' budak 3rd year mampu menyelamatkan kami daripada turut menerima padah kelas pada Sabtu! Aku nak balik oi!
Lima hari yang penuh debaran.. Umpama ada algojo yang bersedia di sebelah dengan AK-47 berada di belakang kepala.. AlhamduliLlah, lima hari ini tidak ada lagi korban melainkan hanya ketukan-ketukan yang manja dan tumbukan yang lembut.. Mungkin masih baru, maka diberi muka..
Minggu depan, tatkala semua dianggap sempurna dalam 'history taking' dan 'general physical examination', mungkin erti neraka dunia boleh membawa makna.. Mungkin gelak tawa dan senyumannya sepanjang minggu lepas ketika dengan grup aku bakal diganti dengan muka naga yang menunggu masa untuk melempiaskan api..
Minggu depan..
Semoga selamat sehingga minggu depan sampai ke hujung.. Semoga tidak dilakukan kesalahan 'bangang' sehingga mampu mengundang sengkeh ke kepala.. Semoga tidak ada drama penghalauan lagi..
Semoga selamat sepanjang hidup ini sehingga nafas terakhir.. Semoga sempat bertaubat sebelum Izrail mencabut nyawa..
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"
aiyarkk..baca je pun dah rasa tertekan!!! hahaha..anyway,all the best..prof yg garang hanyalah sebahagian dari cabaran dunia perubatan..byk lg yg menunggu dihadapan, be prepared k ;)
ReplyDeleteBro first week trailer je....
ReplyDeleteThe following week baru main picture...
ko tak kene ketuk kepala n donkey lagi.. nanti ko tau la. best dowh,, nanti boleh gelak ramai2 :P
ReplyDeleteNasihat dari senior: Beranikan diri anda, pertahankan apa yang dah dibelajar kat Manipal dulu
ReplyDeletewow,scary gila.haha.garangnya manusia tak apa,pasti ada sejuknya.all the best,senior!
ReplyDelete