Salam alaik...
Maksud lagu 'Aku Maafkan Kamu'.
Apabila Malique menulis sebuah lirik, pasti lagu itu membawa mesej yang dalam.. Bagi sesetengah orang, bait-bait lagu itu hanya sekadar susunan kata yang bombastik, tetapi bagi yang mengkaji lebih dalam, pastinya 'tiada kata secantik bahasa'..
Baru-baru nie, lagu 'Aku Maafkan Kamu', Malique Ft Jamal Abdillah mula keluar daripada corong-corong radio.. Lagu yang agak terkenal kerana lagu dinyanyikan antara penyanyi yang hebat di Malaysia.. Hehe.. Sekali dengar, macam biasa sahaja sebab bait-bait 'rap' itu memang payah nak dihayati jika hanya mendengar.. Jadi terpaksa mencari lirik dalam talian..
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Seni kata korus ini menggambarkan seorang/sekumpulan manusia yang sangat terpencil, tidak mengambik tahu hal ehwal semasa, namun masih mengeluarkan pandangan dan pendapat.. Kiranya seperti 'tak tahu, tapi cakap macam tahu'.. Hehe..
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkar serasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Menceritakan seseorang yang lain (?) yang melawan arus. Mempunyai satu pendapat atau pandangan yang melawan 'mainstream', iaitu bertentangan dengan pandangan umum.. Seorang pembangkang, yang membawa sebuah idea, namun tidak diterima.. Lalu membawa diri, mengasingkan diri dan menjauhkan diri daripada khalayak.. Idea yang dibawanya tergantung dan tidak lagi diteruskan..
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Pembawa idea itu memaafkan khalayak dan umum yang menentang ideanya.. Dia menyarankan agar khalayak terus dengan hidup mereka sedang dia sendirian membawa duka..
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Pembawa idea yang asing itu merenung nasib dirinya yang 'malang' dan mengarangkan sebuah lagu dendam.. Dia menceritakan nasibnya yang dikutuk dan dihina umum kerana ideanya, tanpa memikirkan ideanya secara dalam-dalam.. Dia memaafkan orang yang menghina dan mengutuknya serta 'melabelnya(?)' kerana mereka tidak berilmu dan jahil tapi masih tidak mahu mencari ilmu.. Pembawa idea sebenarnya dicemuh bangsanya sendiri..
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
?? Malas nak bukak DBP cari makna kata ??
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Khalayak yang mencemuh pembawa idea merupakan orang-orang besar, yang hanya pandai bersuara, namun malas berfikir.. Hanya tahu mengkritik tanpa mahu menyumbang idea.. Mereka hanya mendengar cadangan-cadangan, tetapi tidak langsung cuba memahaminya apatah lagi mengimplementasikannya..
Gaya Bahasa
Cantik. Penuh dengan metafora yang dalam. Tak terkata. Baris bahasa yang rumit, hanya untuk orang yang tinggii 'kasta bahasanya'.
Yadda yadda
Boleh diimplementasikan dalam banyak hal. Daripada hal politik sampailah ke hal agama. Daripada seorang muda yang mempunyai idea dan pandangan baru tentang bagaimana boleh mengubah negara, sehingga seorang ulama' besar yang cuba membawa Islam kembali kepada teras dan asasnya.. Mana-mana pun boleh..
Malas nak tulis dah.. Banyak lagi sebenarnya nak tulis, tapi macam bosan, dan esok ada posting surgeri..
Bye~
AGREE!! bahasa malique mmg penuh metafora.. mmd salute kat malique for his writings..
ReplyDeletetp, aku terus terfikir pasal politik everytime lagu tu sampai part ni...
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Nice postt thanks for sharing
ReplyDelete