Salam Alaik..
p/s: Ini ialah sebuah Cerpen..
Angin sepoi-sepoi bahasa melewati Sungai Dugong.. Kedudukannya kira-kira 5 kilometer daripada pantai membuatkan Sungai Dugong sentiasa berangin.. Syaifun Najah, seorang lelaki yang berumur 60 tahun berdiri di atas pentas.. Di depan rostrum tertulis 'Kampung Dewata Raya Kerajaan Sungai' dengan lambang bulan dan bintang di tengah-tengah bulatan yang seakan-akan peta dunia..
"Aku telah bermimpi bahawa Allah telah memberitahuku barang siapa yang berpuasa tanpa henti selama 48 jam dalam bulan Ramadhan akan dikurniakan ganjaran syurga dan pahala sebanyak 80 tahun amalan.. Dan barang siapa yang mengajak manusia lain berpuasa seperti itu, bakal dikurniakan pahala 88 tahun amalan," kata Syaifun Najah, atau lebih mesra dikenali sebagai Ayah Pon..
Ayah Pon terdiam sebentar.. Kemudian dengan perlahan dia tersenyum.. Hasratnya menjadi tokoh yang berkaliber menjadi kenyataan.. Buktinya di depan mata.. Hampir 500 orang mendengar ceramahnya mengangguk.. Mereka yang mendengar bukan calang-calang, semuanya profesional daripada Pakar Pembedahan Neurologi sehinggalah arkitek yang hebat.. Daripada tukang masak istana sehinggalah seorang guru tadika, semua kagum dengan Ayah Pon..
Kultus Ayah Pon yang digelar Kerajaan Sungai berkembang mekar dengan ramainya golongan-golongan yang ingin mencari kebenaran dan ketenangan di dalam jiwa.. Seorang blogger yang dikenali sebagai Obi Wan Cernobil menjadi ketua lajnah multimedia dan perhubungan sosial.. Tugasnya hanya mengemaskini kicauan dan Twitter, dan status dalam Facebook.. Obi pantas menyalin sabda Ayah Pon dan meletakkannya dalam Fan Page Facebook Kerajaan Sungai..
Ayah Pon bersuara lagi, "mungkin ada yang di luar tidak tahu hubungan saya dengan Tuhan.. Hatta barangkali tidak lama lagi saya akan dicop sesat lagi menyesatkan oleh JAKIM.. Tapi saya hanya ingin menyeru kebaikan kepada dunia.. Tidak ada niat lain! Sungguh, pihak salafi dan wahhabi akan menghentam saya kerana mereka cipta amalan baru, tapi mereka tidak tahu bahawa saya mendapat petunjuk daripada Tuhan dan Nabi.."
Hadirin yang ramai itu bertepuk tangan.. Ayah Pon semakin bangga.. Kalau dahulu, dia sering dipandang remeh dan dibuli.. Kini, pengaruhnya agak besar..
"Saya memberitahu amalan-amalan baru ini kerana saya diamanahkan oleh Tuhan untuk menyampaikan dan melengkapkan agama Tuhan ini.. Tetapi orang kata saya melakukan bid'ah! Tidak! Saya hanya melengkapkan apa yang belum lengkap!" Ayah Pon menyambung semula ucapannya..
Pengikut Ayah Pon teruja dengan tutur kata manisnya.. Tidak pernah lagi Ayah Pon mengkafirkan sesama muslim, atau mengutuk jemaah lain.. Ayah Pon hanya menyeru kepada kebaikan.. Ayah Pon menyeru ahlinya agar solat 10 waktu sehari semalam.. Ayah Pon hanya menyuruh ahlinya membayar zakat 10% daripada pendapatan tahunan kepada orang miskin.. Malah Ayah Pon berkata wajib pergi menziarahi kubur sekurang-kurang sekali sebulan kerana boleh mengingati mati.. Bagi pengikutnya, Ayah Pon la yang paling hebat, dan baik..
"Di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya menyeru agar semua bersama saya bersolat tarawikh 22 rakaat.. Witir buat sendiri di rumah.. Selang 4 rakaat kita baca quran 6 muka surat secara berjemaah.. Bersahurlah kalian malam ini bersama-sama, kemudian kita terus berpuasa selama 48 jam sehingga subuh lusa.. Makan sedikit kemudian berpuasa lagi.. Sungguh, inilah cabaran dan dugaan untuk kita.."
Tetiba kawasan Kampung Kerajaan Sungai riuh.. Kelihatan ramai yang berkopiah serta anggota polis menyerbu kawasan itu.. Pengikutnya tenang di tempat duduk masing-masing.. Seorang yang berkemeja biru, bersongkok dan ditemani dengan dua orang polis berpangkat inspektor naik ke pentas..
"Tuan-tuan dan puan-puan.. Inilah akhir zaman.. Saya bakal dicop sesat, dan segala kebaikan yang saya seru akan dicampak ke dalam tong sampah.. Inilah barua kerajaan dan JAKIM.. Mereka akan menuduh saya membawa ajaran baru yang menyimpang daripada Islam.. Sungguh, inilah kerja mereka di bawah Illuminati dan....." kata Ayah Pon sebelum mulutnya dicekup dan dibawa lari oleh seorang inspektor.. "Bersabarlah kalian, janji Tuhan pasti akan tiba!" jerita Ayah Pon semasa digari dan dibawa masuk ke dalam Lancer milik PDRM..
Lelaki yang berbaju biru itu mengambil tempat di rostrum.. Dengan tenang dia memberi salam dan memulakan kata-katanya dengan khutbah hajjah.. Dia kemudian menyambung, "atas permit polis, dan fatwa JAKIM, bahawa saya ingin mengumumkan ajaran Kerajaan Sungai sesat lagi menyesatkan.. Semua ahli hendaklah bertaubat, dan kembali kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah berpaksikan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W yang sebenar dan sahih.."
Seorang lelaki daripada kalangan pendengar tadi bangun.. "Hendaklah kita tenang.. Sesungguhnya Ayah Pon dah meramal perkara ini akan berlaku.. Kita seharusnya meneruskan ajaran Kerajaan Sungai dan jangan menaruh dendam kepada kerajaan, PDRM dan JAKIM.. Ayah Pon berkata bahawa kita hendaklah sentiasa aman dengan orang lain, dan janganlah bergaduh. TAKBIR!" pengikut AYah Pon bertakbir semuanya..
"Tangkap mamat tue.. Tak reti bahasa.." kata Baju Biru tadi kepada seorang konstabel polis.. Dengan tenang, lelaki yang bakal ditangkap itu menghulurkan tangannya, dan dibiarkan digari.. Lelaki itu berkata, "aku akan bersama Ayah Pon.. Doakan aku dengan puasa kalian"..
Hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah AYah Pon dihadapkan kepada polis.. Semua butir-butir pengenalan diri diambil, dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis sesudah itu.. Satu lagi ajaran sesat telah berjaya ditumpaskan.. Misi menghentam syiah dan puak Wahhabi di Malaysia akan diteruskan semula setelah tertangguh akibat ajaran baru ini.. Pegawai JAKIM berbaju biru itu tersenyum sinis seorang diri.. Malam itu dia akan berbuka puasa dengan Dato' Hassan Ali..
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?