Salam Alaik..
Selasa lepas aku dah berjanji dalam twitter bahawa aku akan berpuasa daripada komen tentang politik dalam facebook dan twitter selama seminggu.. Dan hari ini, genap seminggu!
Seminggu aku tahan daripada memberikan pendapat dan kritikan dalam hal politik tanah air, namun ada jugak satu dua tweet yang aku TER-retweet dan TER-reply.. Maafkan gua, tak sengaja.. Seminggu tue jugak la macam-macam perkara yang menguji keimanan aku dalam berpuasa.. Daripada pemilihan menteri kabinet yang terdiri daripada orang kuat Nasrani, dan wakil HINDRAF, sehinggalah kes Adam Adli yang mencabar PDRM.. Haha.. Aku tahan je..
Belum campur rasa nak mengkritik orang yang hanya melibatkan diri dalam isu politik pada 20 April 2013, tetiba sibuk bukan main nak tweet politik tiap-tiap hari, hatta pasca PRU.. Macam dia dah tau bab politik sejak tahun 2001 lagi! Haha.. Ghuluw!
Nak aku komen tentang kabinet? Takpe la.. Benda dah lepas usah dikenang.. Cuma terkilan bila Zul Noordin, Ibrahim Ali dan Hassan Ali tak dapat masuk kabinet.. Wakil daripada ISMA pun tak dipanggil.. Ishk.. Kehkehkehkeh..
Tentang Adam Adli, padan muka dia.. Haha.. Dia yang nak kena tahan dengan polis, dia yang cabar.. Siap bagi nombor IC lagi.. Bukan aku tak kesian, tapi dia yang mintak.. Apa ada hal? Lagipun kenyataan nak tumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan tue agak berat.. Pandai cakap pandai la tanggung.. Nak berpolitik, nak keluarkan kenyataan; jangan keluarkan kenyataan yang boleh memakan diri.. Negara kita nie negara yang mengamalkan demo-kerasi terpimpin... Sila faham! (kenyataan rasis boleh pulak).. Kehkehkeh..
Hidup ini penuh dengan lawak..
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?