5 Mei 2013 merupakan satu tarikh yang signifikan bagi aku kerana inilah kali pertama aku layak mengundi, menentukan wakil rakyat daripada kalangan penduduk tempat aku.. Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka menjadi PRU yang paling sengit sepanjang 56 tahun Semenanjung Tanah Melayu merdeka.. Buat kali pertamanya, Barisan Nasional (dahulunya Parti Perikatan) nampak goyah dek armada parti lawan..
Membuang undi dalam PRU negara ini ialah sebuah ijtihad, yang mana perlukan dalil dan hujah.. Jika ada dalil dan hujah untuk menyokong pilihan kita, itu sudah dikira ijtihad.. Tak kiralah kita menyokong BN atau PR atau ISMA-BERJASA atau Bebas, setiap undi kita itu layak disoal rasionalnya.. Kalau mengundi tanpa tahu dalil dan hujah, umpama taqlid buta kepada sesebuah pihak..
Aku percaya ramai dalam kalangan kita yang dah berfikir tentang siapa yang bakal diumdinya, dan setiap pilihan itu ada sebabnya.. Kalau sebabnya kerana agama, bangsa dan negara tidak mengapa.. Kalau undinya kerana duit, kronisme dan sebagainya, kita dalam bahaya..
Bila membuang undi, kita nie sebenarnya seorang "ulama' kecil", yang berijtihad bahawa orang yang dipilih itu akan membawa negara jauh lebih baik.. Namun kita bukan Nabi S.A.W, boleh jadi ijtihad kita salah.. Dan jika salah ijtihad itu, mohonlah perlindungan daripada Tuhan, dan jika ijtihad kita benar, dengan kehendak-Nya, Tuhan kurniakan kita kebaikan yang banyak..
Pilihlah dengan akal.. Pilihlah dengan alasan.. Pilihlah dengan dalil dan hujah.. Insya Allah ijtihad kita benar..
Coming Soon: PRU ke-21.. Hahaha..
Wahai Tuhan yang memberikan petunjuk,
Berikanlah aku petunjuk, dan jadikanlah pilihanku pilihan yang benar..
Berikanlah kepada sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia selepas ini petunjuk, agar pemerintahannya itu pemerintahan yang berlandaskan syariah, dan berkebajikan kepada rakyatnya.. Berikanlah mereka kekuatan untuk membela rakyat berasaskan al-Quran dan as-Sunnah yang mana kami terpaksa taat kepada mereka tanpa gagal..
Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi,
Kurniakanlah kepada kami kerajaan yang diredhai-Mu dan rakyat, kerajaan yang berkhidmat untuk-Mu dan untuk kami, kerajaan yang berintegriti dan tiada korupsi.. Sesungguhnya Engkaulah raja segala raja, pemerintah tertinggi seluruh alam..
Amin~
Salam rodonc..
ReplyDeleteRamai yang kalah di dunia tetapi menang di akhirat. Ramai yang bertanding hilang wang pertaruhan, tapi jika niat mereka benar, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Orang Melayu Islam (Islam Melayu kalau ada yang suka panggil begitu) masih selesa memangkah Lau Lee atau Cikgu Koh berbanding calon-calon Islam, atas nas atau ijtihad yang lemah.
Don,
ReplyDeleteIjtihad dalam memilih (memangkah)calon itu ialah ijtihad pengundi yang didasari oleh banyak faktor seperti peribadi calon, 'track record'nya, parti yang diwakilinya, manifesto dan ijtihad ulama-ulama atau orang-orang lama yang lain..
Tidak boleh nak salahkan pengundi yang berijtihad dengan sebaik-baiknya..Aku fikir mereka yang mengundi Lau Lee atau Cikgu Koh tahu kenapa mereka memilih calon itu.. Dan mereka tahu kenapa tidak dipilih calon lain Melayu-ISlam tue..
Kalau mereka yang mengundi atas ijtihad, dan ijtihad mereka salah, moga Allah kurniakan mereka satu kebaikan atas usaha mereka berfikir dan berijtihad; dan jikalau ijtihad mereka benar; moga Allah kurniakan mereka dua kebaikan..
Hal undi calon MUslim/Non-Muslim nie memang dah lama menjadi polemik atau khilaf dalam kalangan ulama di Malaysia.. ISMA kata lain, mufti kata lain, ustaz kata lain.. Itulah sebabnya banyak pengundi, banyak pemikirannya..
Insya Allah PRU-14, kuatkan lagi kempen.. Bagi pilihan yang lebih kukuh untuk pengundi..