Pages

Saturday, November 30, 2013

Kelab Bolasepak Cili Pahang

Salam Alaik.

Aku punyai satu impian untuk menubuhkan sebuah kelab bolasepak yang bernama 'Cili Pahang'. Stadium aku nak bagi nama 'Kebun Sayur' yang terletak antara Temerloh dan Jerantut. Jersi 'home' warna merah, jersi 'away' warna hijau dan jersi ketiga warna hitam dan putih.

Tapi, impian je la. Adakah bakal menjadi kenyataan? Tak pasti.

November dah melabuhkan tirai. Selamat datang Disember. Ada 31 hari lagi baki dalam tahun 2013 kalau umur aku panjang. Kalau aku rajin, KALAU, aku akan buat rangkuman tahun 2013. Tapi biasanya, entri yang aku rancang jarang jadi kenyataan. Kalau yang aku tak rancang (macam entri nie), selalu je jadi.

Belanja satu gambar!

Cari hantu yang tersembunyi. P/s: hantu itu ialah hantu fake

Tetiba banyak pulak masa aku.. Nie ialah logo dan jersi yang dicadangkan untuk Cili Pahang. Klik untuk paparan lebih jelas.

Logo

Home Jersey
Away Jersey


Third Kit


Thursday, November 28, 2013

Kau, Liberalis!!

Salam Alaik..

Liberal secara umumnya ialah sejenis pemikiran politik yang berasaskan kebebasan dan kesaksamaan.. Perkataan liberal kini telah mula menghantui sebahagian umat Melayu di Malaysia kerana ancaman liberalisme ke atas agama Islam. Label 'liberal' kini mula menjadi carutan yang cukup untuk menjatuhkan seseorang di Malaysia, seangkatan dengan Wahhabi, Syiah, dan Homoseksual..

Kenapa liberal ini ditakuti oleh sebahagian umat Melayu di Malaysia? Kerana liberalis menentang idea agama persekutuan (state religion), pemerintahan berdasarkan monarki, dan juga pangkat berasaskan keturunan (nobility). Jikalau perkara-perkara ini dikuat kuasa di Malaysia, nescaya hilanglah ke-Malaysiaan Malaysia, dan hilanglah 'ketuanan Melayu'.. Walaupun perkara-perkara ini tidak syar'ie namun bagi pendapat sebahagian umat Melayu, penting untuk kemandirian bangsa.

Selain itu, golongan liberal juga menyokong kebebasan mutlak beragama. Secara umum, perkara ini merupakan hak asasi manusia. Namun, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama terhad. Ini boleh dilihat dengan membataskan aktiviti-aktiviti agama lain dalam hal menyebarkan fahaman mereka kepada muslim, mengelakkan mazhab-mazhab lain dalam ASWJ mencemari tradisi sebahagian umat Melayu bermazhab Syafi'e dan sebagainya.. 

Namun, liberalis juga mahukan ketelusan pilihanraya, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, pasaran bebas dan sebagainya.. Perkara ini adalah perkara yang baik.. Namun oleh kerana kepelbagaian etnik di Malaysia, kebebasan bersuara perlulah diterhadkan untuk mengelakkan perpecahan..

Liberalis juga berpendapat bahawa pengguguran anak, perkahwinan sesama jantina, euthanasia dan pelbagai isu kontroversi lain dibolehkan berdasarkan 'kebebasan memilih' dan 'hak asasi'.. Sesungguhnya idea-idea seperti ini boleh menjadikan negara Malaysia ini sebuah negara yang dilaknat Tuhan..

Jadi, berdasarkan beberapa idea kaum liberalis ini, dapatlah diketahui akan sebabnya mengapa idea 'liberal' sangatlah ditakuti dan ditolak dengan keras oleh sebahagian umat Melayu di Malaysia.. Selain daripada menghapuskan hak istimewa Melayu dan pemerintahan beraja; sebahagian idea liberal juga dilihat bertentangan dengan syariat Islam..

Janganlah dinafikan terdapatnya idea yang elok dalam liberal seperti pilihanraya yang bersih dan adil serta hak asasi manusia yang perlu diambil kira.. Dalam hal seperti kebebasan bersuara, satu garis sempadan harus dilukis untuk menjamin Malaysia tidak porak peranda..

Sebahagian idea liberalis yang bagus untuk iklim Malaysia harus diambil, dan sebahagian besar yang lain haruslah dibuang jauh-jauh.. Begitu juga dengan idea konservatif.. Sebahagiannya sudah ketinggalan zaman, namun ada sebahagiannya yang masih boleh diaplikasi..

Untuk melabel UMNO, PAS, PKR dsb sebagai penyokong liberal secara umumnya adalah sangat tidak berpatutan.. Malah ada antara mereka yang menyokong idea 'Islam sebagai agama persekutuan' namun pada masa yang sama mengamalkan rasuah, mengumpat, memfitnah dan pelbagai maksiat yang lain.. Ada yang menyokong monarki kerana monarki sebagai payung agama Islam dan adat Melayu, tapi pada masa yang sama payung itu sendiri mengamalkan budaya Inggeris (sehingga tidak ada Melayunya melainkan hanya dalam istiadat) dan melanggar syariat Islam..

Kebebasan untuk menyebarkan agama yang terhad, menghadkan penggunaan kalimah Allah dan pelbagai lagi usaha untuk memastikan agama Islam ini kekal mekar di Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk menggiatkan lagi usaha dakwah dan memperkenal serta menambah baik kefahaman Islam kepada umat lain.. Melihat kepada sudut yang sempit..

Jika mahu menolak idea liberal, jangan tolak seluruhnya.. Jika mahu menyokong idea konservatif, jangan disokong semuanya.. Jika benci akan idea komunis, jangan dipukul rata bahawa komunis itu tidak beragama dan tidak percaya akan Tuhan..

Masalah sebahagian umat Melayu ialah 'pukul rata'.. Asal pembangkang, makanya membangkang segala apa walaupun bagus atau remeh.. Asal macai, sokong segala apa walaupun bangang..

Di manakah perginya pepatah 'ambil yang jernih dan buang yang keruh' dan 'yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan'? Buang dalam longkang?


Pukul rata.

Untuk menjawab persoalan Atiq dalam twitter semalam: Ya Muslim liberal secara umumnya merupakan satu ancaman.

P/s:  saya sebut tentang sistem politik Liberal sahaja dan perlaksanaannya dalam ruang lingkup Malaysia pada masa kini.. Tidak menyentuh sistem politik Islam.. Harap maklum//

Penulis merupakan seorang yang tidak liberal dan tidak konservatif. Beliau juga mencuba sedaya upaya untuk menjadi umat yang pertengahan. Wasatiyyah. Penulis merupakan seorang pejuang papan kekunci (keyboard warrior) yang tidak ada pengalaman luas dalam lapangan dakwah dan politik di alam nyata.. Hanya berpengalaman di alam maya..

Ini bukan liberal atau konservatif
Gambar tak tau nak kredit sapa. Maaf.
Sebuah entri yang bosan.. Kehkehkeh

Wednesday, November 27, 2013

Di Saat Waktu Berhenti

Salam Alaik...

Di saat semangat jatuh, di saat terasa tidak ada jalan keluar, di saat segalanya seperti menghempap diri;
percayalah! Percayalah bahawa Tuhan sentiasa ada..

Pasti ada jalan keluar, jika kita berdoa agar dibukakan jalan.. Campur sedikit usaha, keluarlah kita dari kesempitan insya Allah..

Tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaian.. Tidak ada penyakit yang tidak ada ubat (melainkan maut)..

Jangan putus asa! Teruslah berjuang, kerana sesiapa yang kalah sebelum berusaha pasti kelak menyesal..

Kenapa menyesal? Kerana pabila ada ruang untuk berubah, berusaha dan berdoa, ruang itu digunakan untuk merintih, menyesal dan berputus asa..

Selagi ada masa, selagi ada nyawa; berjuang.. Bila tiba takdir, dan masa tamatnya; redha dengan segala keputusan.. Sekurang-kurang kita kalah selepas berusaha.. Atau paling hebat, menang di saat akhir.. Comeback gitewww..

Adieu~
Gambar Hiasan. Sesungguhnya judi adalah haram.

Tuesday, November 5, 2013

Awal Muharam dan 'R for Revenger'

Salam Alaik

R- "Kita cuti Deepavali 2 November, lepas tue ada kelas hari isnin dan cuti balik hari Selasa 5 November."

J- "5 November cuti apa?"

R- "Entah. Guy Fawkes Night kot"

J- "Apa tue?"

R- "Remember, remember; the fifth of November."

J- "Kau nie minat sangat dengan V for Vendetta nie"

R- "Aku kan anarki, pejuang haluan kiri."

J- "Pejuang haluan kiri di Malaysia ialah penderhaka."

R- "Sejarah ditulis oleh pihak yang menang, bro."


J- "5 November awal Muharram la"

R- "Nabi tak pernah sambut Awal Muharram"

J- "Jadi? Salah ke nak sambut?"

R- "Aku tak arif tentang nie. Tapi kalau gomen bagi cuti, aku sebat"

J- "Kau kata kau seorang yang berhaluan kiri?"

R- "Kalau dah cuti, cuti jugak. Erks"

J- "Kau taknak jadi V ke?"

R- "Aku nak jadi R. Aku nak punyai identiti sendiri. Takkan aku nak tiru penjajah?"

J- "Jom makan."

R- "Jom"

Selamat menyambut Guy Fawkes Night kepada penggemar-penggemar V for Vendetta.

Mari dengan lagu The Overture 1812.

Friday, November 1, 2013

Persatuan Sepak Raga Negeri Inderapura

Salam Alaik.

p.s.: Ini ialah sebuah fiksyen bangang


Tersebutlah sebuah kisah di sebuah negeri yang indah permai diberi namanya Inderapura, bahawa terdapatnya sebuah sukan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat jelata iaitu sepak raga bulatan. Adapun sukan ini menarik minat sebahagian besar rakyat di mana setiap pelusuk kampung dan daerah, dari Ulu Tembelang sampai la ke Kuala Jalai, merentasi Bantong sampai ke Kuala Pakan pernah bermain sepak raga bulatan ini.

Sungguhpun sepak raga bulatan ini sangat terkenal di Inderapura, namun pasukan negeri Inderapura tidaklah sehebat mana. Dengan gelaran Tok Mammoth, pasukan negeri ini tidaklah menyerlah dalam pertandingan sepak raga bulatan antara negeri-negeri beraja. Pertandingan sepak raga bulatan ini biasanya tidak dihadiri dan ditonton oleh rakyat jelata Inderapura melainkan hanya sebahagian kecil Ultras-man yang menggelar diri mereka Mammoth Force.

Kebanyakan rakyat jelata memang tak ambil tahu langsung akan pasukan negeri Inderapura ini.. Para pembesar berempat, berlapan dan berenambelas Inderapura pun tak ambil kisah serta tak pernah terfikir nak menonton perlawanan Sepak Raga Bulatan di Stadium Sepak Raga Darul Pura.

Kaum kerabat diraja Inderapura pula hanya pandang sikit-sikit sahaja pasukan negeri ini kerana pasukan negeri ini menjadi sumber kewangan pertaruhan dan sebagainya. Sukan diraja seperti laga ayam dan polo kuda kepang tidak lagi memberikan keuntungan yang besar..

Maka setelah hampir sepuluh tahun pasukan sepak raga negeri Inderapura jatuh dan jarang menang pertandingan, dan kerana Stadium Sepak Raga Darul Pura sedang mengalami pengubahsuaian, pasukan sepak raga negeri Inderapura perlu bermain di Stadium Sepak Raga Mini Samantan. Maka, dengan pengurus Sepak Raga yang baru dan penyokong semakin ramai di Samantan, pasukan sepak raga negeri Inderapura semakin meningkat dan berjaya masuk ke Liga Sepak Raga Utama Raja-raja.

Gambar hiasan: Sumber Malaysiatravelpedia.com
Di sinilah segala-galanya berubah.

Pasukan sepak raga negeri Inderapura mula meningkat naik. Pasukan negeri kembali bermain di Darul Pura. Perlawanan pertama menentang pasukan Riau-Lingga SRC berkesudahan dengan kemenangan Inderapura walaupun Riau-Lingga SRC mempunyai pemain-pemain sepak raga yang hebat diimport daripada Thailand. Perjalanan Inderapura dalam Liga Sepak Raga Utama Raja-raja bermula cemerlang dan namun tidak mampu memenangi liga itu.

Pada perlawanan separuh akhir Piala Persatuan Sepak Raga (SRA Cup), Pasukan sepak raga negeri Inderapura bertemu dengan Riau-Lingga SRC. Kekacauan berlaku di Stadium Sepak Raga Darul Pura kerana Persatuan Sepak Raga Negeri Inderapura (PSRNI) gagal mengawal tiket palsu dan ulat-ulat tiket. PSRNI juga menggunakan kesempatan kebangkitan rakyat dalam menyokong Pasukan sepak raga negeri Inderapura untuk mengaut untung. Separuh akhir SRA Cup menunjukkan Pasukan sepak raga negeri Inderapura jalan keluar.

Ketika berlangsungnya Piala Negara Rempah, Pasukan sepak raga negeri Inderapura tidak menunjukkan prestasi yang menarik di peringkat kumpulan. Namun atas kuasa Tuhan, Pasukan sepak raga negeri Inderapura berjaya ke pusingan kalah mati dan seterusnya ke perlawanan akhir PIala Negara Rempah setelah menewaskan PKNS SRC dan Rajah Putih SRA.

Di sinilah kecelakaan pembesar-pembesar

Perlawanan akhir Piala Negara Rempah antara Pasukan sepak raga negeri Inderapura dan Serambi Mekah SRA akan dilangsungkan di Stadium Alam Shah. Stadium yang mampu memuatkan 7000 orang itu berada di bahagian barat Negara Rempah. Sebanyak 2500 tiket masing-masing diberikan kepada Persatuan Sepakraga Inderapura dan Persatuan Sepakraga Serambi Mekah manakala baki 2000 tiket lagi dijual di Stadium Alam Shah.

Namun, daripada 2500 tiket yang diberikan kepada Persatuan Sepakraga Inderapura, hanya 1000 tiket dijual kepada rakyat jelata. 1500 tiket lagi diberikan kepada para pembesar negeri untuk diagihkan kepada kerabat, sekutu dan rerakan mereka. Maka banyaklah rakyat jelata yang cuba memberikan sokongan kepada Inderapura di perlawanan akhir gigit jari kerana tidak mendapat tiket, sedangkan pembesar yang selama ini mengaut hasil bumi Inderapura dan tidak langsung memandang kebangkitan Sepakraga Inderapura diberikan peluang.

Ada antara para pembesar Inderapura yang mendapat tiket tanpa perlu beratur menjadi celaka dengan menjual tiket itu kembali dengan harga yang lebih mahal. Tidak puas dengan merembat pokok Jati dan mengorek bijih TImah, pembesar celaka ini mahu menyembelih penyokong Inderapura pula. Pembesar-pembesar palsu ini, telah meremukkan harapan rakyat marhaen Inderapura.

Namun doa rakyat jelata tetap ada. Semoga pasukan sepakraga Negeri Inderapura berjaya memenangi Piala Negara Rempah kelak. "Kepada pembesar-pembesar yang suka mengambil kesempatan, anda boleh pergi mati." kata Mat Juling kepada Dato' Indera Jalai dengan nada marah.

Sekian.