Salam Alaik..
Liberal secara umumnya ialah sejenis
pemikiran politik yang berasaskan kebebasan dan kesaksamaan.. Perkataan liberal
kini telah mula menghantui sebahagian umat Melayu di Malaysia kerana ancaman
liberalisme ke atas agama Islam. Label 'liberal' kini mula menjadi carutan yang
cukup untuk menjatuhkan seseorang di Malaysia, seangkatan dengan Wahhabi,
Syiah, dan Homoseksual..
Kenapa liberal ini ditakuti oleh sebahagian
umat Melayu di Malaysia? Kerana liberalis menentang idea agama persekutuan (state
religion), pemerintahan berdasarkan monarki, dan juga pangkat berasaskan
keturunan (nobility). Jikalau perkara-perkara ini dikuat kuasa di
Malaysia, nescaya hilanglah ke-Malaysiaan Malaysia, dan hilanglah 'ketuanan
Melayu'.. Walaupun perkara-perkara ini tidak syar'ie namun bagi pendapat sebahagian umat Melayu, penting untuk kemandirian bangsa.
Selain itu, golongan liberal juga menyokong
kebebasan mutlak beragama. Secara umum, perkara ini merupakan hak asasi
manusia. Namun, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama terhad.
Ini boleh dilihat dengan membataskan aktiviti-aktiviti agama lain dalam hal
menyebarkan fahaman mereka kepada muslim, mengelakkan mazhab-mazhab lain dalam
ASWJ mencemari tradisi sebahagian umat Melayu bermazhab Syafi'e dan
sebagainya..
Namun, liberalis juga mahukan ketelusan
pilihanraya, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, pasaran bebas dan
sebagainya.. Perkara ini adalah perkara yang baik.. Namun oleh kerana
kepelbagaian etnik di Malaysia, kebebasan bersuara perlulah diterhadkan untuk
mengelakkan perpecahan..
Liberalis juga berpendapat bahawa
pengguguran anak, perkahwinan sesama jantina, euthanasia dan pelbagai isu
kontroversi lain dibolehkan berdasarkan 'kebebasan memilih' dan 'hak asasi'..
Sesungguhnya idea-idea seperti ini boleh menjadikan negara Malaysia ini sebuah negara
yang dilaknat Tuhan..
Jadi, berdasarkan beberapa idea kaum liberalis ini, dapatlah diketahui akan sebabnya mengapa idea 'liberal' sangatlah ditakuti dan ditolak dengan keras oleh sebahagian umat Melayu di Malaysia.. Selain daripada menghapuskan hak istimewa Melayu dan pemerintahan beraja; sebahagian idea liberal juga dilihat bertentangan dengan syariat Islam..

Janganlah dinafikan terdapatnya idea yang
elok dalam liberal seperti pilihanraya yang bersih dan adil serta hak asasi
manusia yang perlu diambil kira.. Dalam hal seperti kebebasan bersuara, satu
garis sempadan harus dilukis untuk menjamin Malaysia tidak porak peranda..
Sebahagian idea liberalis yang bagus untuk iklim Malaysia harus diambil, dan sebahagian besar yang lain haruslah dibuang jauh-jauh.. Begitu juga dengan idea konservatif.. Sebahagiannya sudah ketinggalan zaman, namun ada sebahagiannya yang masih boleh diaplikasi..
Untuk melabel UMNO, PAS, PKR dsb sebagai penyokong liberal secara umumnya adalah sangat tidak berpatutan.. Malah ada antara mereka yang menyokong idea 'Islam sebagai agama persekutuan' namun pada masa yang sama mengamalkan rasuah, mengumpat, memfitnah dan pelbagai maksiat yang lain.. Ada yang menyokong monarki kerana monarki sebagai payung agama Islam dan adat Melayu, tapi pada masa yang sama payung itu sendiri mengamalkan budaya Inggeris (sehingga tidak ada Melayunya melainkan hanya dalam istiadat) dan melanggar syariat Islam..

Kebebasan untuk menyebarkan agama yang terhad, menghadkan penggunaan kalimah Allah dan pelbagai lagi usaha untuk memastikan agama Islam ini kekal mekar di Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk menggiatkan lagi usaha dakwah dan memperkenal serta menambah baik kefahaman Islam kepada umat lain.. Melihat kepada sudut yang sempit..
Jika mahu menolak idea liberal, jangan tolak seluruhnya.. Jika mahu menyokong idea konservatif, jangan disokong semuanya.. Jika benci akan idea komunis, jangan dipukul rata bahawa komunis itu tidak beragama dan tidak percaya akan Tuhan..
Masalah sebahagian umat Melayu ialah 'pukul rata'.. Asal pembangkang, makanya membangkang segala apa walaupun bagus atau remeh.. Asal macai, sokong segala apa walaupun bangang..
Di manakah perginya pepatah 'ambil yang jernih dan buang yang keruh' dan 'yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan'? Buang dalam longkang?
Pukul rata.
Untuk menjawab persoalan Atiq dalam twitter semalam: Ya Muslim liberal secara umumnya merupakan satu ancaman.
P/s: saya sebut tentang sistem politik Liberal sahaja dan perlaksanaannya dalam ruang lingkup Malaysia pada masa kini.. Tidak menyentuh sistem politik Islam.. Harap maklum//
Penulis merupakan seorang yang tidak liberal dan tidak konservatif. Beliau juga mencuba sedaya upaya untuk menjadi umat yang pertengahan. Wasatiyyah. Penulis merupakan seorang pejuang papan kekunci (keyboard warrior) yang tidak ada pengalaman luas dalam lapangan dakwah dan politik di alam nyata.. Hanya berpengalaman di alam maya..

Ini bukan liberal atau konservatif Gambar tak tau nak kredit sapa. Maaf. |
i like your post ! There is no greater wealth in this world than peace of mind.
ReplyDelete