4 tahun lepas; 8 Mac 2010, aku berada di New Delhi bersama rerakan 'tera' dalam trip ke utara India. Delhi merupakan destinasi yang hujung selepas melayan Jais Almer, Amritsar, Shimla dan Manali.. Secara umum, selepas melayan kesejukan di Manali, New Delhi bukanlah satu tempat yang enak.. Panas, serabut dan sebagainya mengusutkan jiwa..
Namun, hari pertama lawatan di Delhi agak signifikan kerana melawat 'Taj Mahal'.. Bangunan marmar yang bertatahkan batu permata.. Katanya tanda cinta Shah Jahan kepada isterinya yang aku tak ingat nama.. Sekurang-kurang trip ke Agra awal pagi 7 Mac itu tidak menyesakkan.. Namun usai kembali ke Delhi, keserabutan menerjah..
Perjalanan di Delhi tak banyak melainkan hanya melawat Masjid Jame', India Gate (atau Gate of India; aku tak ingat namanya) dan Lotus Temple puak Baha'i.. Ada juga melawat tinggalan sejarah ntah benda namanya.. Dah kenapa nak cerita menatang nie pulak?
Ini memori 'tera' atau dalam bahasa Melayunya 'tiga belas', melambangkan tiga belas ahli kumpulan yang bergerak dari Manipal menjelajah utara India.. Daripada tiga belas orang itu, sepuluh dah ada title 'Dr.' di depan nama mereka.. Tinggal tiga yang masih berjuang dalam pertempuran untuk melangkah ke sektor kesihatan umat Malaysia nie..
Empat tahun sudah.. Cepat sungguh masa berlalu..
Di Melaka nie, harapanlah nak bergerak dengan bebas.. Di India, ada masa dan bajet, di Malaysia takde kedua-duanya.. Dihujani dengan kelas klinikal yang menyibukkan, di samping masa bersosial (selain daripada dalam grup sendiri) yang semakin kurang.. Tahukah anda bahawa nak berjumpa sesetengah batchmates sendiri mungkin sebulan sekali? Itupun payah.. Ha ha ha..
8 Mac 2014.. Jauh lagi perjalanan aku..
Batch 24 dah pun menghilangkan diri mereka daripada Melaka.. Semoga lambaian yang diberikan bukanlah lambaian terakhir.. Ye la, dah berkerjaya nanti sibuk belaka.. Belum campur betapa meluasnya mereka ditabur di sekitar Malaysia.. Hehe.. Apa-apapun, aku ucapkan selamat maju jaya dan semoga hidup mereka aman dan dirahmati insya Allah..
8 Mac 2010, masa itu tidak menyangka pelbagai cabaran dan dugaan akan menimpa.. Hehe.. Kenangan..4 tahun selepasnya masa untuk muhasabah diri kembali, dan masa untuk merancang apa yang harus dilakukan untuk mengelak perkara yang mencabar itu tidak berulang..
Le Tera de India (Kredit: Mun) |
Duduk dari kiri: Mirae, Zaty, Fit, Syikin, Fara, Ina, Mun
Berdiri dari kiri: Oyop, Eddy, Hafiz, Sam, Do, Rohil
"It was a night to remember, that we must forget. We must never forget to not remember it. And if we do remember it, we must immediately forget it." (The Pink Panther 2 2009)
P/s: Adieu Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Tunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan pulak. Isu ni tak perlu diulas panjang. Ramai dah pakar undang-undang yang menjelaskannya dalam Blog, Twitter ataupun Facebook.
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?