Mafia ialah sebuah organisasi jenayah terancang yang berasal daripada kepulauan Sicily, Itali.. Namun mafia yang aku nak cerita ini ialah sejenis permainan pemecah belah umat.. Kali pertama aku bermain permainan ini ialah masa berjalan-jalan di Jais Almer, secara spesifiknya di Gurun Sam (Sam Sand Dune)..
Running Man Ep 193 |
Permainan yang mudah sebenarnya.. Undang-undangnya ialah daripada 13 orang (ikut korang la nak main berapa pun), 2-3 orang (sekali lagi ikut suka) mestilah Mafia.. Tiada siapa dalam kalangan orang kampung nie tahu siapa mafia, dan boleh juga mafia tak tahu siapa geng mereka..
Setiap kali perbicaraan/mesyuarat yang disertai semua orang, mesti kena buang seorang/dua ahli mesyuarat.. Sehinggalah tinggal 2 orang, di mana jika salah seorang daripadanya ialah mafia, maka mafia berjaya menakluk 'kampung' tersebut.. Undang-undang dan cara kerja permainan mungkin berbeza mengikut tempat/orang..
Setiap kali mesyuarat untuk memilih siapa yang dihukum, mafia kena pertahankan diri supaya tidak dibuang manakala orang kampung kena dengan bijaknya menyiasat dan menghukum mafia.. Kalau orang kampung menghukum orang kampung, maka mafia mendapat kelebihan daripada segi kuantiti.. Masa mesyuarat inilah nak kutuk orang, tuduh orang atau mempertahan diri.. Usai selesai dan hukuman dijatuhkan, semuanya telah terlambat..
Okeh..
Jom masuk bab politik.. Ha ha ha.. Dalam Malaysia nie ada dua golongan: pemimpin dan rakyat.. Pemimpin pulak ada yang penyangak dan ada yang baik.. Medan penghukum ialah pilihan raya.. Setiap kali kempen pilihan raya, semua jenis calon pemimpin menabur janji, menabur fitnah dan mengutuk lawan.. Ada juga yang mempertahan diri daripada segala tohmahan.. Ada yang mula rajin turun padang, menghulu ke pedalaman dsb.. Rakyat yang memilih pulak kena memilih.. Silap pilih, makanya yang 'dibuang' ialah calon yang baik, manakala mafia bebas mengaut harta rakyat atas nama 'memimpin' dan 'keselamatan'..
Permainan mafia nie ialah permainan politik dalam skala kecil, dan tidak memberi impak yang besar kepada pemainnya.. Manakala politik yang sebenar, menjahanamkan negara dan rakyat.. Heh.. Pemecah belah umat yang hakiki..
Sebenarnya permainan mafia nie sangat sesuai dijadikan modul dalam kem kepimpinan atau motivasi.. Sebagai satu cara mengenal politik, dan mencungkil bakat memimpin mesyuarat, berucap di khalayak dan semestinya seni lakonan dan menipu..
He he he.. Mohon cadangan saya diambil kira..
Aku nie minat main mafia JIKA dan HANYA JIKA aku jadi mafia.. Boleh berlatik teknik berlakon, poker face, menuduh dan mempertahan diri.. Pengalaman bermain di Sam Sand Dune dulu masih jelas dalam kepala.. Duduk dalam halaqah (bunyi Islamik sket) mengelilingi unggun api, sambil menuduh dan mempertahan diri.. Sambil bintang bertaburan di angkasa yang indah, kedinginan hawa serta kepanasa unggun api, pohpaleyh..
Boleh la Barisan Pemuda, Angkatan Muda, Unit Amal, Ikatan Muda dsb buat permainan nie sebagai permainan rasmi dalam mendidik ahli mereka.. AHakz..
Nak tengok contoh permainan mafia yang telah dinaik taraf kepada lebih rumit, boleh layan Running Man episod 193..
Sam Sand Dune (2010) Kredit: Mun Masri |
Sekian..
yeah.. running man
ReplyDelete