Salam Alaik..
5 Mei 2013. 4 tahun yang lepas.
Pagi-pagi lagi dah bersemangat nak pergi membuang undi di SMJ. Maklumlah pertama kali. Aku gerak sorang je sebab mak dan angah membuang undi di SMKPS.
Setibanya di SMJ terus ke kaunter yang berkenaan sehinggalah ke bilik undi untuk kaum muda. Beratur dengan penuh sabar.
Tetiba datang susuk tubuh yang kukenali beratur di belakangku. Setelah diamati, sahih orangnya ialah orang yang aku maksudkan. Namanya baru ku sebut beberapa bulan sebelum itu kepada mak aku.
Situasi janggal menyelubungi kami. Iyalah, kali terakhir jumpa barangkali masa darjah tiga, kini berjumpa semula pada umur 24 tahun. Berborak kosong dengan topik-topik yang aku tak ingat apa tajuknya. Masing-masing berdoa agar dipercepat barisan bergerak.
Ada juga Along yang turut membuang undi di SMJ datang menyapa. Aku dengan janggal memperkenalkan orang itu kepada Along: "inilah orangnya yang Duan sebut dulu."
Berbaris di situ, pada ketika itu memang terasa lama. Gagahkan diri juga berkata-kata. Usai selesai membuang undi, kamipun membawa haluan masing-masing. Next time kami berborak berdua sahaja bertemu mata ialah selepas majlis akad nikah, 3 tahun selepas itu.
Esok, kami akan berjumpa di Kuala Terengganu InsyaAllah. Lagi 23 hari cukup setahun kami bersama.
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?