Tuesday, October 13, 2009

Serius, Terima Kasih

Salam Alaik

Serius
Apa yang aku mahu
tentang perkara ini
sentiasa gagal
walau berusaha

Aku buat untuk kita
untuk dia
untuk aku
untuk kamu
untuk bersama

aku gagal lagi
kecewa
sering kali
banyak kali

Serius
aku cuba lagi
rancang segalanya
letak harapan tinggi
harap berjaya

tapi masih gagal
masih serupa dulu
dulu yang baru-baru ini
bukan dulu yang dulu-dulu

Serius
tika aku tiba sini
aku ingat boleh berlaku
rupanya ia berpuaka
mereka
membawa sepi sendiri
mengorak jalan sendiri
semuanya sendiri

Serius
bukan salah aku sendiri
bila yang diharap tak memberi
sedang aku cuba memaksa
semua lari dengan alasan sendiri
remeh.temeh.mudah.gampang

Serius
aku tahu perkara ini semut
tapi sengaja aku
membayangkan ia busut
kerana tanpa semut
tiadalah busut
perkara ini ringan bagi kamu
bagi mereka, dia semua
tapi berat bagi aku
menghempap aku jauh ke dalam

Serius
satu untuk semua
semua untuk satu
tak satu yang berfikir
tak satu cuba fikir
atau sengaja tak tahu

Serius
dimensi membutakan mata
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
dengan kerjasama musang
bagai Sylar dengan Danko

Serius
Aku tahu aku tak dapat
apa yang aku harap
tapi aku tahu
Dia bagi apa yang aku perlu
kini aku perlu senyap
ikut permainan mereka
permainan licik dalam diam
biar tergadai busut
agar semut gembira

Aku cuma mahu terbaik
aku cuma manusia biasa
aku mungkin unik
tapi unikku tak semestinya menolak segalanya

Aku takkan dapat semua yang aku nak
Dia bagi apa yang aku perlu
biar saja visiku itu
kerana aku tahu
siapa yang aku perlu
apa yang aku perlu
dengan itu aku mampu
untuk berdiri tanpa sendiku patah

Terima kasih
kerana menggagalkannya
walau tanpa kamu sedar
terima kasih
dengan alasan-alasan remeh itu
yang sudah lapuk
terima kasih
atas usaha bekerjasama
walau tak bekerjasama
terima kasih
kerana masih tak sedar
terima kasih
serius,terima kasih

Alhamdulillah~

p/s: Ini bukan masalah peribadi... Ini masalah manusia yang rumit... Sajak nie tidak ditujukan khas kepada sapa-sapa, cuma sekadar untuk berkongsi... Masalah yang nampak kecik, tapi sebenarnya boleh jadi besar~ Elakkanla masalah nie

Sunday, October 11, 2009

Perancangan Untuk Menghapuskan Malaysia dari Dunia di India

Salam Alaik...

Amaran: Ini hanyalah satu teori konspirasi yang dicanangkan oleh aku... Jadi, segala teori hanyalah sekadar teori atau persepsi... Teori tidak semestinya menjadi realiti...
Di India, ada sebuah organisasi yang bertopengkan syarikat Telekomunikasi iaitu Aircel yang mahu menghapuskan Malaysia dari peta dunia... Syarikat ini menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan nama Malaysia dan menggunakan sepenuhnya kelemahan masyarakat India di India yang tidak mengetahui dengan jelas nama Malaysia...

Pada awalnya, Aircel, sebuah syarikat telekomunikasi yang berpengkalan di India menanam satu asas yang kukuh dalam industri telekomunikasi dan bercadang untuk menjadi konglomerat telekomunikasi sebelum memulakan misi mereka menghilangkan nama Malaysia di peta dunia...

Setelah beberapa lama berusaha untuk menjadi gergasi telekomunikasi, Aircel gagal memusnahkan legasi Airtel yang jelas lebih hebat... Usaha untuk mengelirukan rakyat India dengan menggunakan nama yang hampir sama dengan Airtel gagal menaikkan reputasinya...

Berbekalkan nama yang ada dan kekayaan yang dipungut, Aircel memandang visinya yang perlu dilaksanakan secepat mungkin... Oleh sebab tidak mahu menunggu lama, Aircel menjalankan operasi pertamanya untuk memadamkan nama Malaysia, saya ulang memadamkan nama M.A.L.A.Y.S.I.A...

Lihat sahajalah gambar di bawah ini:



Nampak tak apa yang cuba Aircel lakukan?
Kalau tak nampak lagi, biar saya fokuskan sikit:



Kalau dilihat, Aircel cuba memadamkan nama MALAYSIA dan menggantikannya dengan MALASIYA... Inilah yang dinamakan konspirasi...

Selain itu, Aircel juga memadamkan nama Malaysia di menu-menu kedai makan yang ditajanya... Mereka menukarkan nama Malaysia kepada Malayshia, Malashia dan sebagainya untuk mengaburkan mata rakyat India daripada kewujudan Malaysia...

P/s: Rekaan semata-mata

Wad Trauma dan Kecemasan II

Salam Alaik...

Sambungan Siri Satu~

V
Keadaan di hadapan Manipal Store menjadi kabut apabila sebuah motorsikal melanggar seorang tua yang sedang berjalan kaki... Ramai saksi mencuba untuk membantu, mengangkat orang tua itu yang tidak berdaya untuk berdiri sendiri... Anak muda, Jonathan bangun serta bingung memikirkan kejadian itu... Mana mungkin ia akan terjadi jika dia tidak lalai ketika membawa motor...

Zack, seorang pelajar Malaysia yang memonteng kelas anatomi, kebetulan berada di sana terus menelefon ambulan memohon bantuan... Suasana bising tadi beransur tenang apabila semua orang mula meninggalkan tempat kejadian... Pratap terus duduk di bahu jalan, tidak mampu berdiri... Kakinya sakit, biru tidak mampu digerakkan... Jonathan memandang motornya yang tidak begitu teruk rosak... Hanya sekadar calar akibat terjatuh setelah membrek... Lututnya serta tangannya juga bercalar, darah membasahi lengan baju...

Pratap bersyukur kerana Jonathan sempat membrek... Walaupun Pratap dilanggar, tetapi impaknya tidak sehebat jika Jonathan tidak membrek... Jonathan membuat muka kecewa... Tidak sangka kejadian sebegini disebabkan olehnya... Sebuah van kecil berwarna putih tiba, membawa Jonathan dan Pratap ke Kasturba Hospital, kira-kira 1km dari tempat kejadian...

VI

0900
Sampai di wad trauma, Pratap diberikan rawatan awal... Doktor mencuci lukanya di muka sebelum dihantar ke pusat X-Ray untuk didiagnosis keadaan kakinya... Jonathan pula duduk di atas katil wad trauma, tunduk menyesal... Darah dari lukanya masih belum berhenti mengalir... Doktor di sana masih sibuk... Walau tiada pesakit lain... Lukanya masih belum dicuci...

1000
Setelah sejam menunggu giliran, di bahagian X-Ray, Pratap diberitahu bahawa tulang tibianya patah... Dia dikehendaki kembali ke wad trauma untuk pemeriksaan lanjut... Dia kembali ke katil sebelah Jonathan yang masih berdarah di luka kecilnya itu... Muka Jonathan pucat, dan nampak keletihan...

1100
Doktor masih tiada di wad trauma untuk merawat Jonathan... Jonathan mula pening, dan terus pitam... Pratap yang terbaring menyedari keadaan wad trauma hingar bingar, bising dan kalut tanpa menyedari puncanya... Doktor mula memasuki wad trauma dan melihat Jonathan... Jonathan pengsan setelah kehilangan darah yang banyak...

p/s: Cerpen ini gagal disiapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... Antara sebabnya ialah cerpen ini memerlukan lebih kurang 2 siri lagi, dan aku takde masa untuk itu...Maaf~

Friday, October 9, 2009

Wad Trauma dan Kecemasan

Salam Alaik...

I
Suatu pagi yang hening, seorang warga India, Pratap sedang berjalan kaki menuju ke pusat bandar Manipal... Suasana pagi diselangi kicauan burung sangat menyenangkan... Dia berjalan perlahan, menyusuri laluan-laluan yang dipenuhi dengan daun kering sambil mengunyah tembakau yang baru sahaja dibelinya... Hajatnya hanya satu, mahu membeli keperluan dapur di Manipal Store...

Di Pratham, seorang India dari Amerika, Jonathan menghidupkan enjin motornya sambil di mulutnya memuncung menghembus asap Winston yang baru dibelinya dari Nandini Store... Hari itu, tiada kelas di awal pagi... Dia hanya mahu ke BSNL membayar bil internetnya yang sudah 3 bulan tidak dijelaskan... Tanpa internet, hidupnya terpisah dari dunia luar, hidupnya hanya di Manipal...

II
Sedang Pratap berjalan, dia melihat kenderaan yang lalu lalang... Penuh kereta dan motor, bunyi hon menerjah telinganya yang robek akibat kemalangan 20 tahun lalu... Seketika dia berhenti, menghilangkan lelah, menghirup udara yang bercampur, bercampur bau lembu, hancing, asap dan sebagainya...

Jonathan memecut motor Pulsar 180cc-nya itu membelah sejuk pagi... Mengharapkan internet yang sudah lama ditinggalkannya itu kembali... Sepanjang perjalanan, dia melihat pelbagai ragam manusia... Ada sekali, dia terlihat seorang kanak-kanak berkaki ayam, mencari pelajar yang dtaang dari luar, meminta-minta akan sesuatu untuk dimakan... Di sudut yang lain pula, dia lihat pelajar memakai kot makmal berwarna putih, berjalan berkumpulan, mahu pergi ke praktikal barangkali...

III
Di susur jalan, berhadapan dengan stesen Auto Rickshaw, Pratap menghela nafas panjang... sudah beberapa kali berhenti, akhirnya Manipal Store berada di seberang jalan sahaja... Dia melangkah terus, tanpa menghiraukan keadaan trafik... Melangkah perlahan, kerana umurnya yang menjangkau 50 tahun... Masa terasa bergerak terlalu perlahan baginya yang bekerja sebagai tukang masak... Hidupnya penuh dengan kebosanan...

Motor merah kepunyaan Jonathan berkilau... Dengan stiker kuning berwajah syaitan dia memcut laju... Sampai di selekoh hampir ke BSNL, dia terlihat gadis Kaukasia, berkulit putih... Dari Kanada agaknya... Matanya tidak terlepas dari melirik gadis itu... Sangat manja dan cantik bentuk badannya...

IV
Pratap sudah hampir separuh jalan bergerak... Melangkah lagi sambil mengelak pejalan kaki yang lain... Kadang kala dia ditolak, terhuyung hayang dilanggar manusia... Tapi langkahnya tetap tegar ke hadapan... Tidak pernah dia berasa begitu gagah untuk mengharungi manusia sebanyak itu...

Jonathan masih melirik gadis cantik itu... Sesudah gadis itu masuk ke dalam Manipal Store, dia memandang ke hadapan... Memandang dekat ke hadapan, melihat seorang tua setengah abad berada 1 meter di hadapan motornya... Dia cuba membrek... Tetapi dengan kelajuannya, brek itu pun tak mampu nak memberhentikannya dalam jarak 1 meter...

Bersambung~

Friday, October 2, 2009

Kucing Anjing

Salam Alaik

Kalau kita lihat di Malaya, kucing memang tak pernah nak bersahabat dengan anjing, anjing pun sama... Mereka tak habis-habis bergaduh, berkejaran, saling menggigit (walau aku tak pernah nampak kucing gigit anjing)... Macam tiada apa yang mampu mendamaikan diorang... Serius, sapa pernah nampak anjing dengan kucing baik kat Malaya, memang bernasib baik... Satu dalam seribu...

Macam la jugak Hamas dan Fatah di Palestin... Macam payah sangat je nak berbaik sesama mereka... Ada je benda untuk diangkat menjadi isu... Tak boleh nak bertolak ansur langsung... Padahal jikalau mereka bersatu, itulah yang terbaik bagi Palestin...

Sekurang-kurang anjing dan kucing bergaduh sebab memang diorang lain spesies, tapi Hamas dan Fatah beragama, berbangsa dan bermatlamat yang sama... Cuma modus operandi yang berbeza... Yang mana lebih teruk? Anjing vs kucing atau Hamas vs Fatah?

Tapi, untuk bersatu, tidak mustahil... Bukan tujuan aku kat sini nak mengutuk je... Apa yang penting ialah kerjasama antara semua pihak, tak kiralah dari Hamas atau Fatah sendiri mahupun organisasi atau Islam yang lain sebagai contoh OIC dsb... Aku rasa, bagi pendapat aku, apa yang bermain di fikiran aku ialah diorang punya matlamat luaran yang sama tetapi matlamat dalaman yang berbeza... Kalau disatukan matlamat itu, nescaya boleh diorang bersatu...

Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal Palestin nie? Haha... Sebenarnya apa yang aku nak tunjuk ialah tak mustahil untuk berdamai... Anjing dan kucing pun boleh berdamai... Tengok je la bawah nie... Gambar yang aku ambik sehari sebelum raya...

Kucing dan Anjing
Matlamat: Mahu makan sisa ayam yang telah dibasuh

Modus Operandi: Tunggu sampai orang takde kemudian baham



Rahsia Motor Baru Budak Rumah Raya

Salam Alaik...

Walaupun sudah 7 bulan hidup bersama, sebulan duduk serumah, aku masih tak faham kenapa ada dalam kalangan budak rumah raya yang masih lagi berahsia... Ya, aku akui, baru 7 bulan, takkan nak bagitau semua rahsia... tapi yang aku bengangnye, benda yang tak payah nak rahsia pun dia nak rahsia...

Rumah Raya

Pagi tadi, semasa mahu pergi ke kelas, satu rahsia besar bocor kat rumah raya... Ada budak rumah raya beli motor baru tanpa pengetahuan semua ahlinya... Takkan Vincent (caretaker) pulak yang beli motor tue? Semua keluar rumah terkejut dengan kehadiran motor baru tue... Mana taknya, takde angin, tiba-tiba ada motor... Dah la besar dan tinggi, hitam pulak tue... Eish... Misteri...

Sampai sekarang takde sapa mengaku bertanggungjawab terhadap motor itu yang gambarnya ada kat bawah nie... Sape-sape yang kenal tuan motor ini sila hubungi saya di nombor 1-800-88-8008... Terima Kasih~




p/s: Ade agensi pembasmian haiwan liar tak kat India nie? Masuk umah orang pastu berlindung dari hujan kat parkir motor rumah Raya... Selamat tak berak~