Thursday, July 30, 2009

Kesian kat Diorang

Salam Alaik...

Suatu ketika dulu, ketika aku kat rumah, tak silap aku tahun lepas, aku ada berborak dengan kawan aku... Aku tanya diorang tentang pendapat diorang dalam bab Wahhabi... Aku masa tu baru terbaca tajuk akhbar Utusan "Cendiakawan Malaysia Membawa Wahhabi ke Malaysia"... Kawan aku nie pon berkata yang Wahhabi nie sesat... Huih? Hehe... Sesat ke? Aku tanya la sebab apa diorang sesat... Kawan aku pun kata la diorang nie tak baca doa qunut masa solat Subuh dan doa lepas solat serta semua perkara bid'ah tak kira la hasanah atau dholalah... Erks... Hurm... Kawan aku tambah lagi, kat Malaysia diorang menolak tahlil arwah, bacaan yassin malam jumaat dsb... hehe... Aku dengar je masa tue...

Tapi sekarang aku terfikir, imam masjidil haram yang berfahaman Wahhabi tue sesat ke? Lagi satu, Imam Syafie pun pernah tak baca qunut masa melawat makam guru dia (aku tak ingat imam yang mana) sebab guru dia tu tak baca qunut semasa subuh... Sesat jugak ke Imam Syafie? Kesian diorang kena cap sesat...

p/s: Exam aku dah habis...

Tuesday, July 28, 2009

Maaf

Salam Alaik...

Maaf sebab lama tak letak entri baru dan memberi komen kat ramai blogger... Bukannya ape, aku sibuk dengan exam... Maaf yerk... Nanti aku letak entri aku bila habis exam... Hehe...

Friday, July 24, 2009

Cinta Tiga Segi

A-Baik kau pilih, aku atau dia
B-aku tak tahu nak pilih yang mana
A-aku nak jawapan sekarang jugak!!! Aku tak suka aku dipermainkan
B-ye, aku tahu... Tapi aku sangat blur~
A-Apa yang dia ada? Aku dah bagi khidmat kat ko sejak dulu lagi, setiap malam aku temankan ko..APa lagi yang ko nak?
B-Bukan macam tue... DIa bagi aku perkara yang lain...
A-Apa dia bagi? Kesengsaraan, kan? Aku tau... ko sengsara bersama dia...
B-Aku sengsara? Tidak!!! Aku aman dengan dia... Dia menjamin aku di masa depan
A-Aku? Aku tak bagi ape-ape ke? Aku bagi badanku yang empuk... Aku bagi keseronokan kepada ko setiap malam... Ko tak tahu bersyukur la Sam!!
B-Ala, aku baru meninggalkan ko sekejap... Aku janji, akuu akan kembali kepada ko..Serius
A-Jangan janji kosong ko bagi... Aku tahu, janjimu kepada ku memang tak pernah dimungkiri...
B-Aku janji... malam ni aku akan datang kepadamu... Aku janji... ko segalanya...
A-dia? Aku tahu ko bersama dia... Baik ko tinggalkan dia sekarang jugak!!!
B-Aku tak boleh.. Aku tak boleh tinggalkan dia... Aku tak sanggup..> Aku memerlukan dia saat ini... Aku juga memerlukan kamu..
A-Baik... kalau ini yang ko suka... Jangan ko dekati aku lagi... jangan ko sentuh badan aku lagi...
B-Eh, jangan macam tu... Ok.. Aku bawa kamu berdua sekali dengan aku... Boleh?
A-Kalau itu yang tebaik aku tak kisah...

Lalu aku bawak la Buku Anatomi tue lepak atas tilam aku...

Wednesday, July 22, 2009

Teh Tarik Terbaik Sepanjang Zaman

Salam Alaik...

Fuh... Setel sudah viva (lisan @ oral) Physio... Aku taknak komen lebih-lebih pasal exam ni sebab memang aku jarang memberitahu pasal apa yang berlaku dalam exam aku... Haha... Sila faham bahasa berlapis ini ye...

Maka, selepas sahaja aku tamat exam physio tadi, aku bergerak menuju ke syurga makanan Rohil, The Fudkot... haha... Memang nie tempat faveret Rohil la... Tak disangkal lagi... Masa tu aku ada dengan Aliff, Panjang, Yobo, MatYie, Wawan, Hafiz dan Mantap...

AKu dengan senang hati memesan segelas teh tarik yang sejuk (Cold Teh Tarik) dari cashier tue... Sungguhpun sebelum tue aku dah bahan segelas, kali ini aku bahan lagi... Haha... Maka, setelah beberapa minit, teh tarik itu pun sampai... Wallaweh.. lepak sambil bahan tehtarik memang nostalgia seyh...

Dah sampai teh tarik, aku pun hirup guna straw... Aku hirup dengan perlahan dan sabar... Pegh.. manis... Tapi aku rasa macam ada sesuatu yang pelik dalam mulut aku... Aku pun ludah... Alamak, rugi aku ludah...

" kalaulah aku tak ludah, mesti aku dah jadi LIPAS-MAN dah pasni.. Cilakak!!! "

p/s: Sila ingat scene Saiful Apek minum kopi + cicak...

betheredz.blogspot.com

Tuesday, July 21, 2009

Fikirkan Akan Kegembiraan

Salam Alaik...

Menjelang beberapa hari lagi nak Block Exam, jiwa aku menjadi kacau... Aku tak tau apa punca utamanya... Yang aku tahu perasaan aku tak bagus dan aku boleh dikatakan melangkaui takat neutral ke takat stress...

Hipotesis #1: Aku kacau sebab peperiksaan yang bertubi-tubi datang... Mana taknye, Jumaat ada Physio Prac Exam, Sabtu lepas ada SDL test, Isnin ada Histo Spotter, Hari nie ada Table Test Anat, esok ada Physio viva, lusa ada SDL (katanya la) dan Jumaat ada spotter Anat Block... Kemudian minggu seterusnya ada Block Exam, mula hari selasa sampai khamis... Eish...

Hipotesis #2: Persekitaran yang tak sesuai dengan aku seperti sepanjang masa hujan yang menyebabkan aku terperangkap dalam bilik tanpa ada aktiviti yang mampu membuatkan aku berpeluh atau menyeronokkan... Kalau dulu boleh main bola masa petang... Kini? Duduk main laptop je la...

Hipotesis #3: Mungkin bosan menjadi salah satu faktor... Aku pun tak tau macam mana nak terangkan sebab apa aku bosan... Hehe... Payah nak terang.. Mungkin tak banyak aktiviti yang boleh aku buat kat bumi Manipal nie kot...

Hipotesis #4: Faktor sekeliling juga memberi peranan kot... Aku rasa lebih baik aku tak payah terangkan hal ini, sebab aku taknak terasa offensive... Huhu...

Hipotesis #5: Malaysia kalah dengan Man United... <-- serius ini bukan salah satu faktor... tapi saja nak tulis... Walau apa-apa pun, aku kena merentasi segala masalah ini dengan matang dan teruskan usaha aku untuk study... AKu ada satu penyelesaian yang mantap, tapi agak payah nak dilakukan, iaitu 'fikirkan yang diri aku tak stress'... haha.. amacam? ok tak idea aku?

p/s: Kepada sesiapa di Malaysia (yang kuat terasa), perkara ni bukan langsung berkaitan dengan kamu... Paham? Jangan nak meracau kata kamu la puca segalanya... Memang komfem bukan kamu punya hal sebab hal kamu tue dah bosan dilayan...

~Kemuncak Ilmu sesorang itu ialah takut akan Allah S.W.T, dan kemuncak kejahilan seseorang itu ialah merasa takjub akan diri sendiri~ MASRUQ IBNU AL_AJDA (dipetik dari cover Bukan Deja Vu Karya Rahi
min Idris

)
Baca Topik 'Lungs' sambil meletak 'Pembunuh Senyap' di sebelah... Moga memberi pengajaran

Saturday, July 18, 2009

Malaysia Oh Tanah Airku!!!

Salam Alaik...

Kemenangan tipis Kesatuan Manchester menentang Malaysia XI di stadium Bukit Jalil memang memeranjatkan aku... Sungguhpun aku menyokong Malaysia (dalam konteks Malaysia vs Man United), aku tak terdetik pun Malaysia mampu menjaringkan 2 gol... Walaupun gol kedua hasil daripada kesilapan Foster dan Gibson, aku tetap berbangga sebab Malaysia buat gol menentang Manchester United, King of England dan King of World (King of Europe dah takde)...

Aku memang sedih tak dapat tengok Manchester main, sedangkan aku tengok Chelsea vs Malaysia XI dulu... Tapi nak buat macam mana, aku berjuag demi negara di perantauan... hehe...

Ok... Kalau musim lepas Chelsea menang dengan Malaysia XI 2-0, dan Chelsea dapat no. 3, musim nie aku rasa Man United payah nak menang BPL... Setakat no. 2 boleh la aku bagi... hehe... Mudah sangat bocor... Dah la gol senang je Amri Yahyah buat... Hehe...AKu rasa diorang panas kot.... Huhu

Post Match talk nanti, mesti Ferguson salahkan padang tak rata la, padang huduh la, takut injured la... tapi apa yang pasti Malaysia buat 2 gol lawan Man United... Yang penting Malaysia boleh bla jugak la hebatnye... huhu...

Owen pulak, berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya dengan jersi United... Bagaimana masa BPL nanti? Boleh ke dia ganti Ronaldo? Ganti Teves... tak lama lagi Berbatov pon duduk kat Bench je la... haha...

Apa-apa pun, tahniah Malaysia atas kekalahan tipis menentang Man United...

Keputusan: Mas 2 - Man 3
Mas: Amri Yahyah 45, 52
Man: Rooney 9, Nani 28, owen 85

Thursday, July 16, 2009

Bila Hujan Membasahi Bumi Manipal, Terkenang Aku Kisah Lama

Salam Alaik...

Musim hujan yang melanda bumi Allah Manipal sekarang nie memang menyebabkan aku basah... Bayangkan je la, hampir setiap kali aku takde kelas, mesti hujan... Macam memang menyuruh aku bertapa dalam bilik sambil baca buku... Lagipun Block Exam dah nak dekat...

Bila musim hujan nie, mula la aku terfikir betapa otot aku dah lama tak bersenam... Ini la sebab mungkin badan aku lemah-lemah dan senang je penyakit datang... Kadang-kadang demam, kadang-kadang sakit tengkuk... Belum campur sakit hati, jiwa dan perasaan lagi... hehe...

Kali ni aku nak cerita aktiviti yang berkaitan dengan senaman aku sepanjang hidup aku kat SBPI Temerloh, INTEC UiTM, MMMC Manipal dan Umah aku kat Malaysia...

Kat SBPI Temerloh
Petang-petang memang jarang aku turun beriadah... Banyak masa aku habiskan dengan membasuh baju dan melepak dengan budak bilik aku dan bilik sebelah... Kalau datang musim sesuatu sukan, barulah aku mengada-ngada nak beriadah... Kalau masa Piala Thomas, mula la aku pegang raket... Kalau masa World Cup, turun main bola...

Kat SBPI Temerloh nie, aku selalu main badminton je la... Sebab senang nak pergi dewan (dewan depan ASpura je)... Nak ajak kawan pon senang... Masa Form 1 dulu selalu main takraw... Masa form 3 selalu layan bola sepak... Bila naik upper form, terus jadi malas... Dah la padang sekolah macam haram... Dengan rumput segan nak tumbuh, banyak pula populasi 'pokok yang selalu memenuhkan seluar trek aku ketika main bola' (maaf aku dah lupa nama pokok ape)...

Kat INTEC UiTM
Kat sini, memang aku jarang jugak eksesais... kalau jogging tue, masa kat Kolej Cendana rajin la... Seminggu 2 kali... Kalau kat Cemara, aku jogging sebulan 2 kali walaupun trek jogging 2 meter je kat belakang kolej aku... Masa kat Cemara, selalu jugak la petang-petang aku main badminton dengan kawan-kawan, Mus, Umar etc... Main Futsal memang aku tak minat... Kat Cemara, aku rasa aku main futsal 2 kali je selama 6 bulan aku kat sana... Ada sekali tue aku jogging dengan Azrul sampai KTM Komuter Seksyen 19 (klik sini)...

Kat MMMC Manipal
Huh, ini merupakan tempat aku suka nak beriadah... Tak tau sebab apa... Pengaruh rakan sebaya kot... Main bola 3 hai sekali bergantung kepada kecederaan dan kawan-kawan... tapi biasanya aku on je kalau orang ajak main... hehe... Jogging memang agak selalu la masa awal-awal dulu... Sekarang, dalam 3 minggu terakhir nie, memang haram la nak riadah... Hujan memanjang... Sedih betul la... Lemah otot aku...

Kat Umah aku kat Malaysia
hoh... Sungguhpun aku tak main bola kat umah, tapi aku selalu eksesais... Kalau petang-petang tue, aku ajak la member dari kecik aku Zimi n Ahmad pergi jalan-jalan keliling Taman Koperasi jalan kaki, walaupun ada motor dan kereta... Selamat la beskal Ahmad tue rosak, kalau tak selalu la kitorang buat ekspedisi ke Sungai Pahang naik basikal...

Kalau hari Ahad, kalau rajin memang jogging naik Bukit Istana la... Kalau ada rezeki ada la mamat buat maksiat atas tue... Tapi sebab Bukit Istana dah macam haram, memang takde dah orang nak berasmara dana atas tue... Kadang-kadang, hari Ahad, aku pergi kebun aku kat Sg. Jenerih Ulu Cheka... Mandi sungai tue sambil berenang... Bila dah berenang komfem la eksesais, kan?

Malam-malam, biasanya memang eksesais jugak... Jalan kaki pergi kedai cari rokok... Pastu lepak kat Taman malam-malam sambil berborak... Pastu balik umah balik jalan kaki... Memang kuat berjalan la kalo kat umah... Kalau rajin dan tak keluar melepak, pukul 12 malam naik atas balkoni buat eksesais ringan macam push-up etc... hehe...

Penamat
Sungguhpun aku kuat bereksesais, sila jangan tanya kenapa badan aku tak tough atau katang... Aku sendiri pun tak tau sebab apa walau aku kuat makan... Makan tak baca bismillah kot... Haha... Walau apa-apa pun, kita mestilah sentiasa bersukan atau bereksesais... Sekurang-kurangnya berjalan kaki... jangan la malas sangat...

http://betheredz.blogspot.com

Tuesday, July 14, 2009

Ape la pulak alasannya?

Salam Alaik...

"Kemenangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di DUN Manek Urai memang tidaklah memeranjatkan... Apa yang memeranjatkan, kemenangan dengan majoriti 65 undi SAHAJA... Apa kes? Adakah itu menandakan kepercayaan terhadap PR amnya dan kepercayaan kepada PAS khasnya semakin menyusut?

Bukan faktor 65 undi itu yang aku nak kupas, tapi apakah alasan yang akan mereka beri, tidak kira pihak PAS atau pihak BN? Pihak PAS, mesti pada awalnya akan mengucapkan syukur kerana berjaya menang... Tapi kalau ditanya tentang 65 undi itu, mesti diorang akan kata 'BN main tipu', 'BN main duit' dsb... Betul ka? Ada bukti ke? Hehe... Serius aku bukan penentang PR, dan aku juga bukan penyokong BN... AKu hanya sekadar memerhati pergerakan politik...

BN, bila kalah, kita dah dapat agak apa yang mereka akan katakan... Contoh, 'kami dapat menerima kekalahan ini dan akan membuat bedah siasat'... Dan apabila PAS menang dengan 65 undi, semestinya mereka akan mengutuk PAS dan bangga setelah berjaya menyusutkan majoriti PAS dari 1000 lebih kepada 65 sahaja..."

Sebenarnya apa yang aku cuba cakap nie? Haha... AKu sejak duduk India nie memang dah tak kreatif dalam menulis hal politik atau isu semasa yang berkaitan dengan tanah air yang aku sayang... Sebenarnya aku dah takde idea nak tulis tentang isu politik... Kadang-kadang ada idea tapi malas nak tulis takut nanti disalah erti...

Tiga perenggan pertama aku kat atas nie, sekadar suka-suka... Bukan bermaksud yang sebenar... Sengaja aku nak uji aku punya cara penulisan... Nampaknya memang cara aku menulis dah jadi macam haram... Tambahan pulak aku dah kata aku nak bersara dalam bidang penulisan politik... Lagi pun aku dah ada kontrak dengan orang atas... hehe... Sila faham...

Ok, berbalik kepada hidup peribadi aku... AKu baru baik dari demam kali ke-6, dalam masa 5 bulan aku kat India... Hehe... Giler punya imun... AKu pun pelik... Homesick, kot... haha... Takpe, Redz, bulan depan ko balik... haha...

Cukupla mencarut... Aku nak pergi makan kat Hot Spot... Makan ayam golek... haha... Seronok weyh... Melayang lagi duit aku 120 Rupee... Eish...

p/s: Terima kasih kepada manusia yang komen dalam entri PPSMI atau PPSMM... Aku terima semua pendapat... Tapi aku tetap dengan jayanya menyokong tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI... Tapi aku tetap berharap subjek BI dimantapkan dengan semantap-mantapnya...

Sunday, July 12, 2009

PPSMI atau PPSMM?

Salam Alaik...

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang baru sahaja dibatalkan baru-baru nie menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat... Ada yang membantah, ada yang menyokong... Pihak pembangkang terutama puak-puak Pakatan Rakyat tentunya berpuas hati kerana apa yang diperjuangkan oleh mereka dituruti oleh kerajaan...

Bagi aku, PPSMI merupakan satu cara untuk meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris sesetengah pelajar dalam bidang sains dan matematik... Tapi, bagi sesetengah yang lain, PPSMI hanya menyusahkan mereka...

Kenapakah kerajaan memansuhkan PPSMI yang mereka sendiri cadangkan dahulu... Ya, aku tahu, PPSMI dibuat dalam zaman Mahathir, dan tak kesah la nak mansuhkan sekarang sebab Najib yang jadi PM... Haha... Kalau ingin mengatakan PPSMI menjatuhkan keputusan SPM atau PMR atau UPSR, tak logik sebab sepanjang masa keptusan itu meningkat... Betul tak? Ok... Mungkin ada yang mengatakan gred turun, tu la sebab BI, Sains dan Matematik meningkat... Tapi andaian tu tak berbukti, jadi kita terima sajalah bahawa PPSMI meningkatkan keputusan sains, matematik dan BI di sekolah...

Mungkin kerajaan terikut dengan kata-kata intelek-intelek yang memperjuangkan Bahasa Melayu... Yang menyatakan PPSMI akan menjahanamkan bahasa Melayu... Baiklah... Memang diakui, PPSMI akan menidakkan BM sebagai bahasa Rasmi... nama pun bahasa Rasmi, takkan tiba-tiba bahasa rasmi tak digunakan sebagai bahasa pendidikan kebangsaan... Bukankah Mahathir yang perkenal Akta Bahasa Kebangsaan dulu?

Entri kali ini bukan lah aku nak back-up PPSMI... Serius bukan... Aku paham betapa penting PPSMI... Tapi aku lagi paham betapa BM lagi penting... BM bahasa kebangsaan... Jika dilaksanakan PPSMI, BM akan dihina... Kenapa aku kata dihina? Sebab bahasa kebagsaan diketepikan oleh bahasa Inggeris...

Ok... Ada yang kata BI ialah bahasa antarabangsa... Tanpa pengetahuan dalam BI, habis la... tapi ingin aku tegaskan kat sini... Perancis maju jugak kan? Jepun maju jugak kan? Russia? DIorang guna BI ke? Huhu... Kita nak guna BM boleh... Tapi kena pastikan BM menjadi bahasa ilmu dengan menterjemah banyak buku ke dalam BM... Contoh Buku Teks Fisiologi oleh FW Ganong, atau Peta Anatomi Manusia oleh Frank H Netter, atau Anatomi Klinikal oleh Richard S. Snell..

Kalau ikut pengalaman aku,... PPSMI penting sebab aku kena pergi ke luar negara... Masa tu barulah aku kalut nak tukar perkataan dan ayat sains dari BM ke BI... Dari Natrium ke sodium; kalium ke potassium, argentum ke silver, aurum ke gold , dari penyahtinjaan kepada defacation, dari tinja ke faeces, dsb... PPSMI penting untuk orang yang macam aku dan ambil bidang yang sama macam aku...

Tapi untuk orang yang masa depannya lebih kepada pertanian, perladangan, dan penternakan? untuk orang yang cita-citanya menjadi ahli sastera, polis, tentera, bomba? perlu ke belajar sains dan matematik dalam BI? Tak perlu... Maksud aku tak perlu, bukan tak boleh... Bukan aku nak mengecilkan kebolehan mereka... Tapi cumaaku nak beritahu sains dan matematik dalam BI hanya diperlukan oleh sesetegah golongan manusia... Macam ahli politik, mereka hanya perlu tahu istilah sains dan matematik... Tak kira la BM atau BI.. Tahu sikit-sikit sudah... Sebab itu bukan bidang mereka...

Apa konklusinya? AKu ingat apa yang terbaik ialah kita bagi opsyen kat pelajar... Sama ada untuk PPSMI atau PPSMM... Satu sekolah buat dua jenis kelas... Satu belajar Sains dan matematik dalam BI, satu lagi dalam BM... Yang mana rasa sains san matematik dalam BI berguna bagi mereka, silakan masuk kelas yang ada PPSMI... Kalau rasa belajar dalam BM sudah memadai, ambik kelas yang PPSMM...

Aku tahu, ada la yang kata cara/ cadangan ini akan membazir wang, membazir tenaga kerja (guru), rumit dan sebagainya... Tapi, mana yang lebih membazir? Membazir tenaga kerja atau membazir wang dengan membuat buku teks baru (BM) dan melupuskan buku teks lama (BI)... Cukuplah zaman aku dulu guna buku teks yang baru setahun (sebab silibus baru) dan terpaksa dilupuskira sebab buku teks yang lebih baru (BI) perlu digunakan untuk batch selepas aku...

Cukuplah.. Banyak sangat membebel... BM sangat penting, BI juga penting... Pilih la yang mana satu... Kalau aku ada anak, aku suruh diorang amik yang BM punya... Sebab BM ialah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa aku dan bahasa bangsa aku...

Orang melayu: berbahasa melayu, berketerunan melayu, beradat melayu dan beragama Islam...

Thursday, July 9, 2009

Terima Kasih Atas Kerjasama~

Salam Alaik...

Maaf sebab aku dah lama tak update blog aku... Ini semua disebabkan kesihatan aku terganggu selama 4 hari akibat demam + sakit tekak + sakit gigi... Cuaca hujan 18 jam sehari ( tengah malam je tak hujan) menyebabkan badan aku lembab... Heish... Suasana jugak lembab ditambah betapa lembabnya PakCik Dobi menghantar baju aku lambat....

Pagi nie, aku berjaya menghadiri 2 jam SDL Physiology sahaja sebelum serangan sakit gigi geraham besar menjatuhkan aku.... Aku, pada mulanya memang la tahan je, tapi hari nie, dia mencucuk-cucuk macam siot... Macam ada jarum kat gusi aku... Aku pon apa lagi, bertindak bergerak ke Manipal College of Dental Surgery (MCODS) la...

MCODS, Manipal

Aku sampai dalam jam 1045, dan aku kena uruskan fail kesihatan pelajar kat Student Clinic Kasturba Hospital... Habis la dalam 20 minit... Dahtu, aku kena pergi balik ke MCODS untuk tidakan selanjutnya... Sampai kat kaunter tue, aku kena la tunggu lagi 5 minit sebelum masuk ke bilik pemeriksaan... Maka, setelah dibelai student MCODS yang comel, aku pun disahkan ada cavity dan perlukan tampalan...

Lalu, aku disuruh ke bilik 2 untuk proses tampalan lebih kurang jam 1140... Aku pon duduk kat kerusi tue sebagaiman yang diarahkan oleh Student MCODS yang comel itu tadi... Sampai jam 1220 (kiranya aku dah tercongok kat situ 40 minit), aku panas hati dan menyerang sister tue... Nak tau ape sister tue cakap? :"It's time for lunch break, come back at 2pm"....

Aku panas hati giler... Kalo aku tak serang tue komfem dah aku tunggu sampai kul 1pm...

Kul 2pm, memonteng kelas Raj Shekar dan Anatomy, aku bergerak ke MCODS untuk menyelesaikan perkara yang belum selesai... Selamat kali ni aku sampai-sampai die dah panggil aku masuk, die takut aku marah kot... haha...

Masuk-masuk, ada lagi sorang pelajar yang comel merawat aku... Seperti biasa, aku disoal siasat dulu... aku pun tenang je la menjawab... Die pon check gigi aku, kemudian die kate lubang nie dalam sangat... Perlu buat Canal Root Treatment (CRT)... Kirenye aku kena buat appointment la...

Bila time mengatur masa, tarikh terawal sekali ialah 3 ogos... Tapi aku taknak sebab aku ada urusan hal ehwal perpindahan rumah dari hostel... pastu, available 26 ogos, takleh jugak, sebab aku ada seminar UNICEF kat Turtle Bay... Huh... AKu pon amik 31 Ogos...

tapi...
Kat Malaysia nanti aku tetap nak buat treatment... huhu... Tapi aku tah, kat malaysia leceh gak... Bukan masalah prosedur, tapi masalah kurang doktor gigi... Gigi aku nie, sepatutnya aku tampal kat Malaysia lagi, tapi 3 kali tangguh sebab doktor pergi mesyuarat... Eih!!!! Mesyuarat apa doktor? Aduh... Dah la doktor gigi... Aku tak kesah nak gi mesyuarat, tapi agak-agak la... Dentist dah la kurang... yang ada gi mesyuarat... Kesian kanak-kanak kecil menangis gigi berlubang...

p/s: buat rawatan gigi 31 Ogos batal puasa tak? Kalo batal aku nak batal appointment...

Saturday, July 4, 2009

Michael Owen? Ape kes?

Salam Alaik...



Aku cuma nak kata betapa terkejutnya aku bila aku dapat tahu yang Kesatuan Manchester mahu menggunakan khidmat Owen pagi tadi... Ya, aku bukak uk.eurosport dan aku terkejut sambil ketawa... Hurm... Tak silap aku, lebih kurang jam 12 tengah hari tadi... Haha...

Dan pada jam 6 petang, aku terkejut lagi bila aku baca yang Owen pergi ke Padang Latihan Kesatuan Manchester kat Carringhton untuk melakukan ujian perubatan... Huh? Betul ke nie?

Kemudian, jam 12 malam, iaitu beberapa minit yang lalu, aku bukak uk.eurosport lepas aku pulun citer House 6 eisod berturut-turut, aku dapat tahu yang Owen dah sign kontrak 2 tahun dengan Man United... Hhaha... Macam lawak giler... Tengok sini

Aku tak paham jugak... Sama ada Alex Ferguson nampak sesuatu dalam Owen atau dia terlalu terdesak setelah kehilangan Teves dan Ronaldo... Apa-apa pun, mungkin dia nampak Owen itu free maka dia rasa tak rugi apa-apa dia mencuba... Huh... Lawak sial...

Aku serius terkejut... Ye la, semalam aku baca Owen mungkin akan ke Stoke City, tiba-tiba hari nie ke Man United... Agak-agak macam mana perkara nie boleh berlaku?

Cuma aku harap, bila dia main dengan United, semasa perlawanan United, commentators akan cakap. "It's Owen with the ball.. He's running freely past the defenders and WHAT A GOAL from Manchester United striker!!!!!!"... Haha... Sounds unfamiliar?

Setakat nie aku taknak komen apa-apa tentang Owen dan United sebab aku jarang ambik tahu pasal Owen kat Newcastle...

p/s: Dengar citer ada syarikat Malaysia nak beli Newcatle?

Thursday, July 2, 2009

Antara Kontroversi, Realiti, Persepsi dan Reputasi: Of Bunga Telur and Balley Shoes

Salam Alaik...

Dalam dunia yang serba moden kini, yang dipenuhi dengan teknologi lebih-lebih lagi teknologi maklumat yang membawa maklumat tanpa sempadan, sering wujud berita-berita yang tidak berasas...

Apa masalahnya? Ko nak percaya, percaya la... Kalo ko taknak percaya, tak yah la amik kesah...

Huhu... Mentaliti ini sebenarnya sangat bagus tetapi tidak patut diamalkan... Apa yang penting ialah kita sama-sama memastikan berita yang palsu itu tidak disampaikan dalam kalangan kawan-kawan atau masyarakat sekeliling kita... Aku tak suruh pun memberhentikan maklumat tue sebab aku tau mustahil untuk menghentikan berita, hendak-hendak lagi kalau guna internet... Popaleyh payoh... Sedang zaman Hang Tuah yang takde radio pon berita senang tersebar dalam kalangan ahli mesyuarat tingkap yang dianggotai makcik Peah atau Makcik Orked (tak kira la apa nama pun), inikan pulak zaman yang lagi hebat...

Bukannya ape, berita yang mengarut atau tak berasas ni sebenarnya mampu menggugat kestabilan ukhwah dalam kalangan kita...Bila ukhwah dalam kalangan kita dah ranap, maka masyarakat, seterusnya negara boleh jadi hampeh... Eish... Tolonglah!!!

Nak tengok keburukan berita palsu? Banyak woo... Haha.. ku bukan nak cerita pasal berita palsu sebenarnya.. ku nak cerita pasal persepsi dan realiti...

Ok... Banyak orang mengakui bahawa realiti itu penting dalam menentukan sesuatu perkara... tetapi aku nak tanya, setakat mana yang realiti itu benar-benar realiti? Kebanyakan orang menganggap sesuatu itu realiti padahal ia sekadar persepsi... Persepsi la yang sebenarnya menentukan sesuatu perkara...

Aku bagi contoh... Jika seseorang pelajar memakai seluar pendek ala-ala boxer bermain futsal, tentunya orang sekeliling akan memandang bahawa budak itu tak tutup auratnya dan tak tahu malu... Maka timbullah segala macam khabar... Ada la bertanya "anak sapa tue?"... haha.... Tapi mungkin realitinya dia pakai boxer sebab dia bagi pinjam seluar dia kat member dia... sebab member dia tue seluarnya koyak sehingga punggung... Tapi, persepsi segala-galanya...

Lepas kejadian itu, mungkin ke mana-mana sahaja budak tue pergi, dia akan di'cap' budak yang pakai boxer... Haha... Walaupun lawak contoh aku, tapi kira ok la untuk idea pagi-pagi buta nie...

Lihat pulak dalam konteks politik... Rakyat marhaen mungkin membenci seseorang ahli politik berasaskan apa yang dia dengar tanpa mengkaji terlebih dahulu... Contoh: ada satu ketua kampung dituduh di'queen control'... Betul ke atau sekadar tuduhan tak berasas? Secara tidak langsung persepsi 'dia dikawal oleh bini dia' menerjah dalam minda semua penduduk kampung itu walhal dia sangat tegas... Nanti masa pemilihan ketua kampung, kecundang la dia sebab persepsi lebih dari realiti...

Dalam bab agama pulak... Sesetengah pihak (aku tak kata semua) mengatakan bahawa kita kena baca yassin pada malam jumaat di surau kerana itu ialah syariat... Padahal budaya membaca yassin di surau pada malam jumaat hanyalah satu adat... Tapi bila ada mufti membangkitkan hal ini, maka bisinglah orang kampung menyatakan mufti tue sesat dsb... Hal ini semua kerana persepsi dan bukannya realiti....

Kesan persepsi sangat mendalam... Sekali seseorang dah ditanam dengan sesuatu persepsi, maka payahlah untuk mengubah persepsi itu... Serius!!! Hanya realiti yang berlaku di depan mata tanpa ada keraguan yang munasabah sahaja mampu mengubah persepsi itu walaupun realitinya perkara itu sudah lama berlaku... Cuma kemalasan mencari maklumat dan hanya taat dan setia kepada persepsi membekas dalam jiwa mereka... Betul tak?

AKu takde la kata yang aku nie hebat atau bersandar pada realiti... Aku juga punya kelemahan untuk membezakan realiti dan persepsi... Apa yang penting ialah berusaha menuntut ilmu dan mencari maklumat... Insya Allah realiti menjadi tunjang maklumat kita... Sama-sama kita berusaha...

Ramai yang melihat epal itu gugur, tetapi hanya Isaac Newton sahaja yang bertanya 'kenapa?' - Marilah kita menjadi orang yang berfikir...

p/s: Reputasi dan kontroversi dalam tajuk di atas tidak ada kaitan secara langsung dalam entri ini... Haha

Wednesday, July 1, 2009

Mencari Damai Abadi + Bukalah Minda Cuba Kau Lihat

Salam ALaik...

Malam yang indah nie, aku bercadang nak membaca... Yep, membaca PBL, Anatomi dsb... Tapi tiba-tiba malas pulak... Tiba-tiba mood aku nak menulis sesuatu... Dan amiklah, satu sajak khas untuk sesiapa yang berkenaan:

Bukalah Minda Cuba Kau Lihat

Lihat dia menari
gembira sekali
suka hati
muka berseri
hitam manis
ceria sentiasa
tanpa ada sedih

Lihat di dalam naluri
sayu sekali
koyak hati
muka seram masam
putih pucat
sedih selalu
tanpa ada gembira

Apa di luar
bukan maksud di dalam
apa yang nampak
bukan selalunya benar
apa tersurat
tak selalunya tersirat

jangan diambil kucing kerana bulunya
kelak memakan ikan di peti
jangan selamat melihat taring tumpulnya
jika kukunya masih berbisa
jangan tertipu dengan ngiyaunya
jika nafsunya penuh muslihat

lihat sahaja dunia
dari sudut berbeza
jangan lihat dunia
dari pandangan semata

tengok dia tadi
tengok kucing itu
tengok dunia kita
tak semua indah belaka
dalamnya juga terselit perit
dalamnya juga terselit dendam
dalamnya juga penuh maksud

Mata lirik melihat
Mulut sedap berkata
telinga senang mendengar
muka tampak berseri
tapi hati siapa tahu?



p/s: Gambar menarik... Marlboro Malaya sekotak aku beli bersempena azamku untuk berhenti merokok menjelang Ogos 2011... Plan jangka panjang nie~ MRP 550/10kotak