Thursday, November 27, 2008

Takkan Melayu Hilang di Dunia

Salam AlaikTerima kasih kepada Jube' aka Safwan sebab memberi aku informasi tentang lagu ini... Agak menarik liriknya... Menyentuh hal-hal realiti berkaitan melayu...

Tetapi, lagu-lagu atau ucapan yang menyentuh hal-hal melayu sering mendapat cemuhan dan juga sokongan... Kalau yang mencemuh, mereka mengatakan bahawa ucapan/lagu ini hanya membuka pekung di dada... Kalau yang menyokong pula menyatakan lagu seperti ini penting dalam menaikkan semangat bangsa...

Aku pula malas nak menyokong mana-mana pihak sebab keduanya benar... Aku selalu jga memikirkan hal-hal berkaitan bangsaku ini... Dengan perpecahan disebabkan politik, masalah so-sial, Rempit, kutuk-mengutuk, realiti TV dsb... Tetapi harus juga dilihat dari aspek positif, yang mana Melayu jugalah yang (masih dan akan) memimpin negara ini, walaupun sumbangannya terhadap bangsa masih belum jelas dan nyata... Melayu jugalah yang menjadi angkasawan pertama, dan melayu jugalah yang sering menjadi johan tilawah al-quran antarabangsa... Tetapi, melayu juga yang menciptakan peribahasa, kerana nila setitik rosak susu sebelanga... Jadi, Sebab masalah-masalh yang aku sebutkan tadi, semua melayu mendapat nama... Tetapi, nila bukanlah setitik, sebotol agaknya...

Ok la, malas nak mencarut panjang,... Layan je la...

Layu by Malique n Dr.M...
Layu
malique ft. Dr. M

Dr.M: Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat, selain dari melihat bangsaku dijajah,tidak ada yang lebih menyedihkan, dari membiarkan bangsaku dipijak...

Malique:
Aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga yang bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tidak bersyukur, dikata tak sedar diri
jadi aku menyendiri, memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu ke kanan
dan dibiarkan bunga tak cantik

Aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupanenek moyang kaya raya
jangan sekali-kali digadai harta benda
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa kugiran tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu laru bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum menyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata takda otak
cuma tak berfikir di luar kotak
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

aku jadi sayu
bunga menangis dia mendayu
mahu jadi cantikaku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai

Dr.M:Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah saja dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Saturday, November 22, 2008

Bandar Lama Yang Best

Salam Alaik...

Semalam aku pergi membaiki kereta di kedai aksesoi kereta Abdullah... Dalam menunggu pomen tue membaiki kereta aku, aku berjalan-jalan la di sekitar kawasan tue...

Tengah jalan-jalan, aku berhenti di sebelah kedai buku Dian, lalu ternampak satu signboard pejabat... kat situ tertera dua nama yang sangat aku kenal... #@**@* Jusoh Sdn. BHd. dan *@#!*!* Builder Sdn. BHd... Aik, macam kenal...

Setelah berfikir, barulah aku sedar, kecik je dunia nie...

Wednesday, November 19, 2008

Aku dan Kemerdekaan

Salam Alaik…

Aku sudah sampai ke tanah tumpah darah aku di Jerantut… Aku kini sudah berada di tempat aku, tempat kesayangan aku… Sebenarnya sudah lama aku di sini tetapi kekangan masa dan logistik menyebabkan aku tidak berpeluang untuk menghamburkan carutan dalam blog aku…

Aku sampai ke Jerantut hari sabtu lepas, kurang lebih pukul 12.30 tengah hari… Tetapi, aku hanya berada di rumah selama sejam sebelum aku berangkat ke Kuala Terengganu untuk menghantar akak aku ke IPBR, KT…

Di KT, aku hanya melepak menenangkan diri di hadapan pantai di sana… Seronok melihat pantai, sangat menenangkan… Dah lama aku tak mandi di laut, tetapi memangdangkan ketika itu Monsun Timur Laut sedang berlaku, maka aku batalakan saje hajat untuk mandi kerana ombak ketika itu tak mengenal aku…

Di KT juga aku pergi melawat Taman Tamadun Islam, yang mengandungi 21 replika dan monumen masjid di seluruh dunia... Sempat jugak la aku mengambil gambar kenang-kenangan... Petang tue, aku pergi ke Stesen Bas KT untuk membeli belah, dan aku sangat tertarik dengan satu jersi United warna biru... Maka, tanpa berlengah lagi, aku terus membelinya... Haha... Lagipun United baru menang 5-0 dengan Stoke City...

Hari Isnin, aku bertolak pulang ke rumah… Aku ditugaskan menggantikan posisi akak aku sebagai driver bermula dari Kuantan sampai ke Jengka 8… Memang penat mata aku sebab kena drive malam… Sampai rumah pukul 8 malam… Agak lambat la…

Semalam, aku keluar mencari selipar baru setelah sandal aku putus semasa berjalan di pantai… Siot betul… Tapi takpe, takkan nak harap sandal tue selama-lamanya dengan aku kot? Haha...

Cuti yang masih panjang nie, aku masih tidak mempunyai idea yang konkrit... Ye la, rakan seperjuangan masih berada di Universiti... Aku dan beberapa kerat yang lain je sudah habis...

Cerita pasal SSABSA, aku taknak kate ape-ape... Secara umum, aku jawab OK... Takde masalah yang sangat besar timbul... Sikit-sikit tue ada la... Result akan keluar 18 Disember... Sangat cepat jika nak dibandingkan dengan sistem pendidikan Malaysia...

Cuti yang masih oanjang nie aku nak isi dengan ketenangan dan relax... Aku taknak fikir banyak-banyak... Kalau ada yang cuba menyerabutkan otak aku, aku dah tolak tepi... Malas sebab penat menjadi rajin ketika di Shah Alam...

Cukup la dulu setakat nie... Aku nak fokus untuk menulis sambungan ‘Hikayat Pengembaraan FINARE’... haha...

p/s: Aku tak lepak atas atap lagi selama 2 malam kat umah... Mungkin malam nie, aku akan lepak atas tue... Mencari ketenangan seketika...

Wednesday, November 12, 2008

Kebebasan Itu Hanyalah Nikmat Dunia Yang Sementara

Salam Alaik...

Tepat jam 1450 tadi, maka dengan rasminya aku telah menamatkan exam SACE Board of SA, atau SSABSA... Kertas Chemistry tadi walaupun tidaklah senang tapi kehadirannya tatkala pengakhiran menjadikan aku antara pelajar yang sehabis gembira di sini pada ketika itu...

Perasaan aku terasa seperti ingin melompat, tetapi memandangkan ada 200 pasang mata yang melihat aku kalau aku melompat, aku batalkan sahaja keinginan aku tue...

Malam nie, aku ingin enjoy... Aku ingin main futsal dan merembat 42 gol dan menjadikan aku lagenda (ini sebenarnya hanyalah mitos sematamata)... Aku juga ingin menjadi anjing dan bermain frisbee... haha... Seronok sungguh... Terlalu banyak aku nak buat sampai tak tau nak buat ape dah...

Aku tak tau macam mana nak gambarkan keseronokan aku ketika ini... Aku tak boleh nak tunjuk muka gembira aku ketika ini... Huh... Memang seronok la... Korang kalau boleh bayang betapa seronoknya aku ketika ini, memang pandai berimaginisasi...

Aku sangat hepi...

Tapi,
Ini hanya untuk sementara...
"Perjuangan kita masih belum selesai, kerana hanya yang tabah dan cekal sahaja mampu membina mercu bangsa yang berjaya"- Baca skill Che Det...

Aku masih ada perjuangan...
Aku masih ada pengorbanan...
Aku masih pelajar...
Aku masih hamba Allah...
Aku masih hidup,
dan hidup itu perjuangan
Perjuangan perlu dilalui dengan serius
Tiada main-main dalam serius
Tetapi sentiasa ada gembira dalam perjuangan....

Member aku!!!
nantikan kemunculan aku di Jerantut,
15 November 2008...

Tuesday, November 11, 2008

Selepas Gelincir Mentari Aku Akan Bebas Sebentar Menikmati Hidup Ini

Salam Alaik...

Esok tinggal paper Chemy jer lagi...
Aku akan berjuang lagi, untuk kali terakhir dalam AUSMAT...
Program pasni, aku tak tau lagi,... Kerja kot...
Tapi tak tau katne...
Kalau keje kat Seven E, haram pulak, kena layan jual beli arak...
Kalau keje stesen minyak, takde kosong kot...
Sekarang kan dah layan diri...
Keje dgn Rahimin je la... Bleh Min?

Monday, November 10, 2008

Mari Belajar Loghat (slanga) Pahang (basic): Lirik Lagu Meling-meling

Mari Belajar Loghat (slanga) Pahang (basic): Meling-meling


Kala dulu, meliyng-meliyng
jenuh nogheh, dapatnye sekepiyng
Baghu jemor getoh sekerak tok dey keghiyng
Diambiyk oghang belanje fanfer hok dindeynye zeynk

Lewat le nie, cemoih koi ghase,
Ande suar jean baghu koi beli behnye jename
Kawe jemo tempat sekale,
Meliyng-meliyng ambiyk dek oghang jue de bande

Ledey amat, meliyng-meliyng
sedey sangat, meliyng-meliyng
Ledey amat, meliyng-meliyng
sedey sangat, meliyng-meliyng

Kala dulu, meliyng-meliyng
buoh hati, oghang yang nyuntiyng
senalo meghebaih air mate tok keghiyng-keghiyng
jenoh beghubat mandi lima bebeseyn-beseyn

lewat le nie, cemoih koi ghase
ande makwe keknye ngintei kocek koi aje
meliyng-meliyng die pon pergi
koi takde 3k kondo, kete dan kad kredit

Sedey amat, meliyng-meliyng
Ai sedey sangat, meliyng-meliyng
Sedey amat, meliyng-meliyng
Ai sedey sangat, meliyng-meliyng

Kala dulu, meliyng-meliyng
Ande besiko, ghantei doh gentiyng
Ghate koi bawok ke daghat ke baghuh sampei ke tebiyng
Sudoh mandi koi naek ke daghat hok tinggeinye loceyng

Lewat le nie, cemoih koi ghase
Pulowh ghibu kawe peghabih beli keghete
Bagei gaye, bebunyi serey
Meliyng-meliyng ko sado-sado laptop koi liceyn


Kala dulu, meliyng-meliyng
Benege kedei modei tok musiyng
Nok orang datang meghubung ngelior ngeliling,
Keknye beghutang daghi gule sampei ke eskerim

Lewat le nie, cemoih koi ghase
Steseyn minyok kedei makan ladang kelape
Oghang laen gajie dah deme
Meliyng-meliyng habih dipunggohnye ghumoh kite

Ledey amat, meliyng-meliyng
Ai sedey sangat, meliyng-meliyng
Ledey amat, meliyng-meliyng
Ai sedey sangat, meliyng-meliyng

Ledey amat, meliyng-meliyng
Ai sedey sangat, meliyng-meliyng
Ledey amat, meliyng-meliyng
Ai sedey sangat, meliyng-meliyng

Tak paham? Boleh tanye Dzul, Don Balon, Min, Fakhrul, dan lain-lain yang faham loghat Pahang... Kalau tak silap aku, lagu nie integrasi loghat dan slanga pelbagai daerah... Contoh :
Koi (aku)- Temerloh
Deme (korang/kau)- Jerantut/Temerloh
Kala (kalau)- Jerantut
Musiyng (pusing)- Pekan
Kawe (aku)- Triang / Bera
Dsb.

Sebenarnye aku tak tau beberapa patah perkataan yang ada dalam lagu nie… Dan aku tidak mempraktikkan sangat loghat Pahang disebabkan aku seorang budak bandar… Rugi sangat aku rasa… Yang mungkin lekat kat aku cuma ‘tempo’ percakapan jer…

Kata orang tua-tua tempo percakapan kat Pahang berasaskan tempo aliran sungai sesuatu tempat…Kalau orang di Tembeling yang sungainya deras, maka diorang akan cakap laju… Dan, kalau orang dekat Temerloh akan menjadi sedikit ‘leweh’ dan kalau kat Kuantan, memang leweh sangat…

Mungkin itu la sebab kalau loghat Jerantut nie selalu hilang sikit suku katanye cth : Hija(Hijau), Kala(kalau), maca(macam); temerloh cth: Kucey(kucing), zey(zink) dan loghat belah-belah Pekan berlebih pulak sebutannya cth: Kuciyng @ Kuciang (kucing)…

Sesetengah loghat daerah dah dipengaruhi oleh negeri-negeri yang berdekatan cth: Lipis (Kelantan), Kuantan (Terengganu), Bentong (KL / N. Sembilan) dsb (Sumber: Firmad 2008)… Dan kekadang setiap daerah tue macam-macam variasi loghat… Kalau kat Tembeling lain, kat tebing Tingi lain, Pulau Tawar lain….

p/s: Kalau salah tolong betulkan di kotak komen…

Mari Belajar Asas Loghat Pahang II