Pages

Friday, October 31, 2008

Saturday Night Fever: Pertunjukan Fesyen

Salam Alaik...


Ketika aku di sekolah dulu, ada suatu tabiat pelik yang menjadi persis budaya kitorang semasa Form 2 & 3... Masa tue amat gila-gila lagi perangainye... Budaya yang pelik ini berlaku pada hari Sabtu malam Ahad... Hari sabtu dipilih kerana pada malam itu kelas prep tiada...


Pada setiap malam sabtu, kami akan menjadi gila dengan pelbagai aktiviti yang menarik... Kali ini aku nak menceritakan tentang persembahan fesyen Sabtu... Persembahan ini bukanlah dianjurkan oleh cikgu tetapi dianjurkan secara tidak rasmi oleh bebudak...


Setiap sabtu, segala makhluk Form 2 & 3 yang agak sporting akan mengenakan pakaian yang beraneka ragam dan dianggap stylo... Macam-macam pakaian ada... Ada yang pakai macam Pak Arab, ada yang pakai ala hip hop, ada yang pakai ala formal nak ke pejabat... tetapi yang penting havoc dan best...


Pertunjukan ini bukannya ada catwalk atau pentas, cuma ada sesi bergambar sahaja... Haha... Takde kuase kitorang nak mencapub melampau dengan catwalk etc... Aku ada satu gambar malam tue... Satu-satunya gambar yang aku ada... Haha... Layan je la...



Dari kiri (berdiri): Sapetah, Mesu, Kerry, Kamil, Means

Dari kiri (duduk): Sifu, Ayam

p/s: Siri Saturday Night Fever ini merupakan siri pertama seumpamanya seperti Plan Gila...

Thursday, October 30, 2008

Esok, Lusa, Tulat, Tubin

Salam Alaik...

Hari ini, menjelang jam 10.15am, aku telah berjaya menamatkan tugas terakhir dalam assignment aku sepanjang berada dalam program AUSMAT iaitu 'Oral Assessment' untuk Malay Background Speakers Studies (Bahasa Melayu)... Tamatnya tugasan itu bermakna tiada lagi assignment untuk aku kecuali study untuk SSABSA...

Tajuk Oral Assessment aku tadi ialah Terapi Gen atau Gene Theraphy... Tajuk aku ini berjaya memikat para pemeriksa mungkin kerana tajuk aku ini yang pertama mereka dengar sepanjang tugasan mereka sebagai pemeriksa ujian lisan... Pada awalnya, aku agak gugup macam nak akad nikah pulak, tetapi bila masa soal-jawab, aku menjadi lebih bertenaga dan bersemangat...

Memandangkan ada beberapa soalan di luar bidang kajian aku, aku terpaksa melancarkan jurus Ahli Politik, iaitu menghamburkan kata-kata yang penuh retorik... Takkan aku nak cakap 'saya tak tahu la encik...'? Haha...

Hari ini sudah 30 Oktober, bermakna aku hanya ada esok, lusa dan tulat untuk study sebelum aku akan menjawab peperiksaan tubin... jangan korang kate tak tahu pulak ape itu tulat dan tubin... Kalau tak tahu rujuk kamus dewan... Mungkin tulat tue berasal dari perkataan 'too late' dan tubin dari perkataan 'too been' <-- Gramatic Error... Haha...

Malas aku nak pikir pasal exam lagi walaupun aku study dengan giatnya... Kalau aku fikir pasal exam, mesti aku akan fikir tentang 'balik rumah selepas habis exam', jadi aku akan tidak study... Haha... bapak la tak logik...

Esok ada kelas ESLS buat kali terakhir sebelum aku exam dengan mak angkat aku, Puan Faizah... Haha... Pasni mesti rindu perabih la kat die... Malam nie aku nak study Kimia dan Biologi (mungkin)... Matematik aku tak start study lagi... Nak mampus agaknye aku nie... Padahal matematik la paling tak stabil...

Malas aku nak mencarut panjang... Aku cuma nak ucap tahniah kat Man Utd sebab menang dengan WHU... Tahniah kepada Liv sebab menang dengan Pompey dan tahniah kepada Chelsea sebab menang dengan Hull City dan tidak lupa, tahniah yang amat teramat sangat kepada Spurs sebab berjaya mengikat Arsengal 4-4... Haha...

Dah la tue, aku nak solat asar plak... Dah lambat nie... Huhu...

p/s: Tulat maknenye '3 hari selepas hari ini @ hari selepas lusa' dan tubin maknanya '4 hari selepas hari ini @ hari selepas tulat'...

Monday, October 27, 2008

Aku sangat penat...

Salam Alaik...

Aku baru sahaja pulang dari Bandaraya Jerantut dengan menaiki seekor Kancil Kelabu (Albino kot)... Perjalanan yang menjangkau 3 marhalah tue aku lalui dengan masa 2.5jam... Memang lame...

Sebelum aku cerita perjalanan pulang aku, biar aku cerita apa aku buat tym cuti... Hari Jumaat, aku hanya bergerak ke K.Pilah, melawat akak aku di sana... Hari itu aku tak buat ape2... Just duduk relax jer...

Sabtu, akak aku mengajak aku pergi tengok High School Musical 3: Senior Year, tetapi aku menolak sebab aku malas nak jalan jauh... Aku nak relax sahaja... Malam tue, ada Match Everton vs Man Utd... Aku malas nak tengok sebab aku dah malas nak ambik tau pasal bola sepak BPL sebab Malaysia kalah dengan Vietnam... Malam tue, aku lepak kat restoran Tom Yam dan tengok Ch813... Saje boring2...

Keesokan harinya, aku dah pepare balik pahang... Balik Paang jugak aku akhirnya... Masa balik Pahang, aku drive kereta Kancil Hijau akak aku... Aku race dengan Grand Livina akak aku yang satu lagi... Aku ingat aku dah kalah sebab aku tercicir kira2 19.451 minit... Tetapi, sampai kat Bera, aku berjaya intas kereta dia... Dan aku terus lead sampai Jerantut...

Sampai di Jerantut, aku menonton TV... Aku teringat ada match Chelsea vs Liverpool... Aku tak tengok... sebab aku dah berpantang dari tengok bola... Keputusan Man Utd vs Everton pon aku tak tau..

Malam tue, aku melepak sepuas-puasnye atas atap untuk kali terakhir sebelum aku exam... Aku melepak dan menghirup udara segar malam... Sebab dengki kat kesegaran udara itu, aku mencemarkan alam dengan CO dan Karsinogen... Haha... Puas hati aku... as lepak atas atap, aku menghantar sms kepada sorang kawan aku... Kemudian aku pun keluar... Semasa aku keluar...

____________________________________
Bahagian ini dipotong kerana mempunyai unsur-unsur diluar normal
____________________________________

Isnin, aku bangun pagi dan membeli sarapan... Kul xx.xxpm aku bertolak ke S.Alam... Perjalanan aku selamat sehinggalah aku sampai di suatu jalan raya yang seumpama lebuh raya... Aku melihat papan tanda 80km/j... Dan aku menganggap papan tanda itu seperti biasa... Dan aku menekan edal minyak sehingga 90km/j...

Dan...

____________________________
Bahagian ini terpaksa dipotong untuk keselamatan...
____________________________

Akhirnya aku sampai ke Shah Alam... dan aku sangat penat... Aku nak relax...

p/s: Bahagian yang berwarna biru itu hanyalah satu penipuan untuk menyejukkan hati setelah Man Utd seri dan Chelsea kalah (aku harap seri)...

p/s2: Bahagian yang dpotong tidak boleh disiarkan atas sebab-sebab keselamatan, ketenteraman, kemaksiatan dan sebagainya...

Friday, October 24, 2008

Kalau ada rezeki, aku akan tengok Man Utd vs Everton di luar Shah Alam

Salam Alaik...

Hari ini merupakan jumaat kedua terakhir aku sebelum aku menempuh ujian SACE Board of SA... Jumaat kali ini agak bermakna apabila inilah Jumaat terakhir aku ada kelas kat INTEC... Inilah juga kelas terakhir Biologi aku sebelum exam...

Bila sebut pasal exam yang hanya seminggu lebih lagi, aku masih lagi berada dalam keadaan separa normal atau separa sedar... Aku masih lagi hidup seperti exam tue akan berlaku pada sem depan... Ah, pedulikan...

Sedang aku berkelas tadi, aku mendapat tahu yang kawan-kawan aku yang lain berhajat ingn pulang ke kampung masing-masing untuk mencari restu dengan keluarga... Aku ketika itu berfikir untuk pulang minggu depan... Tetapi memandangkan kalau aku pulang minggu depan, aku akan pulang ke Shah Alam sehari sebelum exam, jadi tak berapa bagus la untuk aku study...

Jadi, setelah habis kelas ESLS tadi, aku terus terfikir nak balik umah hari ini juga... Tidak boleh tidak... Maka, aku hantar mesej kat Mak aku untuk memberitahu aku akan pulang...

Sekembalinya aku dari solat Jumaat, mak aku telefon dan menyatakan bahawa mereka akan pergi ke rumah akak aku di K.Pilah... Huhu... Alamak, kalau macam nie memang aku tak balik Jerantut la... Padahal Jerantut tue la tujuan aku sebenarnya...

Aku masih lagi menunggu berita terkini samada aku akan pulang ke Jerantut atau ke K.Pilah... Sama ada aku akan menonton Man Utd vs Everton di K.Pilah atau di Jerantut... Aku cuma berharap aku akan balik ke Jerantut, tanah tumpah darah aku, aku nak balik ke Pahang, negeri kecintaan aku, aku nak duduk atas atap sebelum exam untuk capai ketenangan malam...

Mampukah aku?

Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada segala makhluk-makhluk yang baca blog aku atas segala kesalahan aku, atau segala keceluparan aku mencarut, atau segala apa yang buat korang tak puas hati kat aku... Sebab aku taknak aku masuk exam dengan sumpah laknat korang semua...

p/s: Aku akan menggantung penulisan blog ini sehingga aku kembali ke Shah Alam... Kalau aku tak jadi balik, aku akan tetap menulis...

Wednesday, October 22, 2008

Aku macam player Livepool, Chelsea dan Arsenal

Salam Alaik...

Sejak semalam, aku begitu bersemangat untuk menguji stamina aku… Aku juga teringin nak tengok setakat mana kehebatan stamina aku setelah beberapa bulan tidak bersenam dan asyik mengumpul kandungan nikotin dalam badan aku… Di samping itu, aku terasa nak meningkatkan tahap stamina aku untuk menghadapi peperiksaan SACE Board of SA (formerly known as SSABSA)…

Bukan apa, tetapi perperiksaan yang akan berlangsung selama dua minggu itu memerlukan tahap fitness mengalahkan Torres dan Gerrard… Tambahan pula, setiap kertas mengambil masa sebanyak 3 jam… 3 jam untuk memerah otak memang mengunakan tenaga yang banyak iaitu melebihi tenaga Didier Drogba dan Lampard… Tenaga keseluruhan yang aku perlukan (exam + study) memang setara dengan Safie Sali dan Khairyl Muhaimeen tetapi tidak menjangkau stamina Rooney dan Cristiano Ronaldo…

Oleh sebab keperluan tenaga yang amat banyak itu, aku perlu menguji stamina dan fitness aku agar setanding dengan sekurang-kurangnya Anderson dan Rafael da Silva… Banyak pulak aku citer pasal stamina… Merepek pulak jadinye…

Senang cerita, tadi aku dengan Azrul pergi berjogging di Seksyen 18... Pada awalnya, kami hanya berhajat nak berlari-lari anak di Taman Rekreasi belakang kolej aku je, tetapi tiba-tiba aku teringin nak berlari di sekitar seksyen 18... Haha... Secara tiba-tiba sahaja...

Berbekalkan semangat yakin boleh dan demi SACE, aku dan Azrul memulakan rentak larian ala-ala Nani mengawal bola... Sedang asyik berlari tanpa mengambil tahu hal-hal kereta dan lori di sekeliling kami, tiba-tiba kami terasa larian kami sudah jauh... Sedar-sedar dah sampai Stesen Komuter Seksyen 19 Shah Alam... Kalau naik teksi, kena RM5 jugak tue...

Pegh, sebagai perokok separa tegar, aku berasa amat berbangga dengan pencapaian itu... Kalau suruh Ryan Babel atau Albert Riera berlari sejauh tue, confirm pengsan ataupun pitam... Kalau secara relatifnye, jarak kolej kitorang tersayang dengan stesen komuter tue umpama Bandaraya Jerantut ke Sungai Pahang (Dekat Sungai Teh)...

Dalam perjalanan pulang, kami meneruskan rentak larian separa penat ala-ala Roy Keane atau Kuyt (Kunyit)... Sepanjang perjalanan pulang, kami menghiburkan hati dan mencapub dengan berlari sambil menyanyi lagu ‘Lari-lari’ ala-ala tentera... Memang ramai la pandang kami, tapi tak lesah la, asalkan hilang penat...

Sampai di Taman Rekreasi yang aku sebutkan tadi, kami bertekad untuk kembali berlari sebab kami nampak ada beberapa awek cun (tym nak exam ni ada lagi nafsu aku kat awek yerk?)... Kami round lagi trek jogging tue 3 kali... Kali ini kami tak berlari dah, sekadar berjalan...

Walaupun tak sempat nak tackle awek tue, kami amat berpuas hati dengan stamina kami... Walaupun tidak setaraf dengan Ronaldo ataupun Rooney, kami mampu menjadi setaraf dengan Arbeloa dan Xabi Alonso, dengar tue, stamina kami setaraf dengan Arbeloa dan Xabi Alonso...

Kalaulah Cesc Fabregas dan Adebyour berlari bersama kami, mesti injured dan tak dapat main hujung minggu nie... Begitu juga Terry dan Carlvalho, mesti tak fit nak main lawan UEFA malam nie... Haha... Kalau Indra Putra dan Hardi Jaafar yang ikut kami, mungkin lah mereka mampu lagi bermain selama 15 minit dalam pestabola merdeka nanti...

Akhir kalam, aku berjaya buktikan stamina aku masih di tahap yang baik walau dah lama tak bersenam dan asyik-asyik menjahanamkan peparu... Walaupun pada tahap yang baik itu, kami masih gagal menyamai stamina player baru Man Utd seperti John Evans, Eskersly dsb...

p/s: Haha... Azrul si member aku tue fan Liverpool, aku harap die tak panas la aku ‘puji’ player Llivepool nie... Haha... Esok aku takleh jogging sebab kena jumpa mak angkat, Madam Faizah...

Tuesday, October 21, 2008

Press Statement: Latest Ops. Lasmin II

Salam Alaik...

Kepada sesiapa yang berkenaan:

Merujuk kepada entri tentang Ops. Lasmin (Last Minutes) yang baru-baru ini dikeluarkan, saya dengan ini mengeluarkan kenyataan media tentang perkembangan semasa Ops. Lasmin itu. Ops. Lasmin itu pada setakat ini sangat berjaya kerana Ops. Lasmin tidak memerlukan perubahan drastik kepada jadual harian saya.

Oleh sebab Ops. Lasmin sangat berjaya, jadi saya sangat khuatir bahawa modus operandi Ops. Lasmin itu akan menjerat saya kerana peraturannya sangat longgar. Selain itu, saya melihat Ops. Lasmin merupakan satu operasi yang berlandaskan hipokrit, retorik dan cakap besar.

Oleh sebab yang demikian, saya dengan ini mengumumkan operasi baru yang diberi nama Ops. Lasmin II. Ops. Lasmin II mempunyai modus operandi yang amat mudah tetapi jelas iaitu: Saya akan baca buku jika saya mempunyai semangat untuk membaca buku; Saya akan belajar jika saya tiada apa-apa untuk dilakukan (masa lapang); Saya akan melakukan latihan stamina pada petang hari jika masa dan keadaan mengizinkan; Saya akan tidur selewat-lewatnya jam 0130 waktu Malaysia pada hari-hari bekerja dan selewat-lewatnya 0330 pada hari bukan bekerja; Saya akan mengurangkan kebergantungan terhadap nikotin sekurang-kurang yang saya mampu; dan saya akan menjadi budak yang sederhana baik (untuk jadi amat baik sangat sukar).

Maka, dengan kehadiran Ops. Lasmin II, Ops. Lasmin telah terbatal dengan rasminya. Ops. Lasmin II akan bermula selepas Subuh 22 Oktober 2008 dan berakhir pada 2 November 2008 sebelum Ops. Lasmin III akan bermula pada 3 Nov 2008 dan berakhir pada 14 Nov 2008. Butir-butir Ops. Lasmin III akan diumumkan kelak.

Sebarang pertanyaan, komen atau pendapat bolehlah ditinggalkan atau dimelkan kepada emel saya.

Terima Kasih,

Yang Benar,

Redz da Tsar

sk.: D:\Be The Redz Document\Fail Penting Saya\Blogger.com

p/s: Kenyataan media ini tidak memerlukan tanda tangan kerana disiarkan di dalam blog saya.

Monday, October 20, 2008

Plan Gila: Kumpulan FINARE (anak syarikat Perintis 020six Group of Company) SBPI Temerloh

Salam Alaik...

Ruangan Plan Gila kali ini ingin membawa pembaca melangkaui memori aku ketika Tingkatan 4, 2005... Aku nak cerita tentang pengalaman aku membuka syarikat yang digelar FINARE... Banyak cara nak sebut, Fi-Na-Re atau Fai-ner...

Kisah ini bermula apabila aku dan Nasharuddin Othman atau aku gelarkan Nasha berbincang untuk membuka perusahaan ala SMKA TAHAP... Apekah bisnes kami? Tunggu jap... nanti aku cerita...

Step pertama kami ialah ,encari rakan kongsi ketiga... pada awalnye, kami ingin mengambil Zul Katak sebagai partner memandangkan die tokey koperasi, ada pengalaman dalam bidang perniagaan... Tapi, setelah perbincangan gagal untuk mengambil khidmat dia, Firmad anak DO Raub, datang untuk menawarkan diri... Jadi, kami pun dah ada partner...

Perniagaan kami bermula pada suatu malam Ahad (sebab prep takde) di dorm L07 dengan modal RM33, RM11x3...tak banyak kan? haha... Standard la perusahaan kecil dan sederhana... Dengan modal permulaan kami sebanyak itu, kami membeli pemanas air (heater), sos sebotol, beg plastik dan beberapa bungkus sosej... Ya, tentunya anda tahu apa yang kami jual- Asrama style...

Pada perniagaan pertama kami, kami menerima banyak cemuhan dek kerana barang jualan kami, sosej rebus amatlah sempoi dan nampak tak sedap dari luar... Haha... Adatlah berniaga... Mula-mula memang kena kutuk sebab ada malaun-malaun dengki... Setelah kami membuat pengenalan dan penerangan tentang modus operandi kami, ramai yang ingin mencuba... Tak mahal, RM0.50 jer...

Hari pertama, kami mencatat pulangan sebanyak RM50.00 rasenye... Untung tak? Haha... Otak bisnes...

Minggu-minggu berikutnya, kami meneruskan perniagaan kami... Dari permulaan sebanyak 10 bungkus sosej, kami menjalar kepada 15 dan seterusnya 20 bungkus sekali berniaga... kami juga mengembangkan perniagaan daripada sosej rebus kepada fish ball rebus, dan crab cake rebus... Kami juga pernah mencuba untuk menjual pau rebus (kukus) tapi gagal sebab kekurangan gajet...

Sebagai langkah mempromosi perniagaan kami, kami pernah mengedarkan pamplet tentang prniagaan kami... Kami juga pernah melalak kat asrama untuk menarik perhatian pelanggan dan mencapub...

Dalam mencari stok perniagaan, kami selalu mencari stok kat Haddad Jaya Food Temerloh... Kat situ amat murah stok dan mudah untuk mendapatkan stok secara pukal... Segala alatan dan barang kami cari kat situ...

Semasa menjalankan perniagaan, banyak kenangan manis kami... Aku paling tak tahan apabila Nasha dan Firmad asyik-asyik begaduh... Macam anjing dan kucing pulak... Tapi kitorang steady...

Untuk menjadikan perniagaan kami lebih sistematik, aku menguruskan akaun... Aku dibei kepercayaan itu kerana aku nie jujur, amanah, berhemah tinggi dan segala aspek yang positif (angkat bakul sendiri sket)... Aku juga mengawal bajet agar tidak kerugian...

Perniagaan kami berjalan dengan amat lancar dan berjaya... Kami menyambut kejayaan kami dengan mengajak Miss Lenny Nurlinda, teacher English kami untuk keluar makan doa selamat... haha... Nak tau kat mana? Kat Pizza Hut Temerloh... Grand giler... Perniagaan kecil-kecilan buat majlis kat Pizza Hut... Belanja cikgu plak tue...

Selepas itu, kami menyambut kejayaan kami dengan berbelanja di KFC, McD dan sebagainya... Bapak untung... Dengan berbekalkan modal RM33 yang kami tak pernah tambah, kami dapat makan besar kurang-kurang 4 kali...

Setelah ditambah, ditolak dan dikira, kami menyimpulkan pendapatan kami melebihi RM600... Kira-kira 300% daripada modal asal... Untung kurang lebih RM570++... Kami mula bergerak slow apabila mendapat persaingan dengan 'Pasar Malam Parking Cikgu' yang dianjurkan oleh Koperasi SBPI Temerloh dalam usaha untuk melenyapkan perniagaan kami... Taktik yang berjaya... tetapi, dalam bergerak slow itu, kami masih dapat menghabiskan stok kami...

Kami berhenti berniaga apabila masuk suku keempat tahun 2005 kerana kemalasan yang amat sangat.... Kami amat berpuas hati dengan perniagaan itu... Sangat puas hati...

Semasa tingkatan 5, kami ingin memulakan kembali FINARE, tetapi, semangat muda itu sudah tiada... Dan perniagaan itu hanya hangat-hangat tahi ayam... Walaupun begitu, FINARE tetap di hati...

p/s: Suatu kali semasa kami mencari stok berniaga, kami ada satu memori yang best... Nanti aku cerita balik...tTunggu kemunculan: 'Plan Gila: Fly Secara Tidak Rasmi dan Kantoi...'

Sunday, October 19, 2008

Ops. Lasmin (hakcipta terpelihara)

Salam Alaik...

Hari ini sudah 19 Oktober 2008... Semalam, 18 Oktober, kelmarin 17 Oktober... Esok, kalendar akan setuju kalau aku kata 20 Oktober... Minggu depan pula, 26 Oktober... Dua minggu lagi, 3 November... Kalau dua minggu lagi 3 November, maknanya, kurang lebih, peperiksaan Lembaga Penilaian Menengah Senior Selatan Australia atau SSABSA akan berlangsung dalam 15 hari lagi...Tetapi, aku masih lagi tak cakna... 'Gior*' dengan kehidupan aku kini... Aku persis menganggap dua minggu lagi itu jatuh kepada 3 Oktober... Tapi malang sungguh, 3 Oktober dah dua minggu berlalu...

Jadi, walau apa-apa sekalipun yang berlaku, 3 November akan datang jua mengikut perancangan... Lainlah jika aku berjaya menggerakkan badan aku selaju mungkin untuk memecahkan zon relativiti masa yang dicanangkan Albert Einstein, mungkin juga aku boleh melambatkan masa... Tapi, itu hampir mustahil untuk berlaku kini...

Aku masih lagi culas memegang buku... Kalau aku pegang pun, sekadar untuk diisi ke dalam beg dan dibawa ke INTEC... AKu juga masih lagi menggunakan laptop untuk bermain game, melayari internet untuk melihat perkembangan semasa Man Utd dan memuat turun video aksi Ronaldo memperbodoh lawannya... Sepatutnya kini aku sudah menjdi ulat buku...

Sikap aku kini masih lagi seperti sikap aku sebulan sebelum ini, ketika menghadapi peperiksaan percubaan...Sikap ini jugalah yang aku buat beberapa bulan yang lalu sebelum peperiksaan pertengahan tahun... Sikap ini jugalah yang aku adaptasi sebelum aku mengambil SPM... Tapi, ketika itu nasib aku baik... Sangat baik... Tak dapat jawab, aku hentam dan alhamdulilah, betul... Tak semua, separuh dapat markah... Masa tu, tak hairanlah dapat result 'boleh tahan la'...

Tapi sekarang, SSABSA bukan permainan... SSABSA bukan SPM, trial atau mid-year... SSABSA ialah peperiksaan yang akan menetukan sama ada aku akan fly ke Australia, atau berkelana ke India atau Indonesia, atau hanya panjat bukit seksyen 2 untuk ke UiTM, atau paling teruk, aku kena sambung belajar asasi di Malaysia... Huh...

Kalaulah aku ambil tawaran untuk menjadi cikgu Matematik atau Kimia di bawah Program Pelajar Cemerlang Kementerian Pelajaran, aku boleh la buat sikap camni... Kalau aku ambil program Matrikulasi, sekurang-kurangnya aku dah fly ke Indonesia... Tapi, aku ambil SSABSA, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan pulak tue...

Tapi, kalau aku menyesal pun, Firmad tetap kata "sape suruh amik medic", cikgu SBPIT aku tetap kata, "Awak boleh punya", Man United tetap menang 4-0 dengan West Brom, harga minyak dunia tetap turun, harga barang kat Malaysia masih tinggi tak turun2 dan yang paling penting SSABSA tetap 2 minggu dari sekarang... Huh...

Aku taknak 6 minggu dari sekarang , bila aku dapat result SSABSA, aku bermonolog dalaman, "kalaulah aku study betul2, tak dapat result macam nie" sebab masa tue dah terlambat, dah jauh sangat... Betul kata imam al-Ghazali, perkara yang paling jauh ialah 'masa yang lepas'...

Sebagai solusi kepada kes ini, aku ingin melancarkan satu operasi tergempar yang diberi nama Ops. Lasmin [bukan Ops. Oktober (Syaaz 2008)]... Ops ini mempunyai modus operandi yang luar biasa yang mana aku akan buka buku jika dan hanya jika aku tidak berblog, tidur, main, tengok game Man Utd, balik umah, berborak dan keperluan2 biasa manusia...

Paham tak modus operandinya?

Ops Lasmin bermula sekarang...

p/s: Agak-agaknye la kan, berjaya tak aku dalam exam kalau buat ops macam nie?

Thursday, October 16, 2008

Memori Aku Dulu

Salam Alaik...

Jikalau aku membuka laptop aku, aku mesti akan mendengar lagu sambil menaip, buat asignment, tulis blog, layari internet dan sebagainya... Tanpa lagu, aku rasa dunia ini sepi sangat... Sunyi...

Dalam aku mendengar lagu, aku selalu mendengar lagu yang pernah signifikan dalam hidup aku... Lagu-lagu ini semua aku letak dalam satu playlist yang aku beri nama ‘Nostalgia’...

Setiap kali aku dengar lagu-lagu nie dalam keadaan tenang, aku akan terkenang memori-memori aku... Banyak sungguh... Ada memori ketika SPM, ketika kecil, ketika bercinta dsb... Haha...

Kali ini, aku nak letak salah satu lagu yang aku minat... Aku minat sebab lagu ini amat tenang... Malah, lagu ini akan membangkitkan semangat cinta akan negeri aku... Aku juga akan terkenang waktu-waktu Hari Anugerah Cemerlang stiap tahun, pasti ada lagu ini sebagai latar belakang...

Lagu yang aku maksudkan ialah ‘Menghilir di Sungai Pahang’, Roslan Madun...

Menghilir di Sungai Pahang
Roslan Madun

Menghilir di sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambak

Menghilir di sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambak (2x)

Tempat sejarah pahlawan terbilang,
XXX Tok Gajah ke medan perang.

Menghilir di sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)

Tempat lahirnya pahlawan Mat Kilau
Makam diraja abadi di sana

Mari menghilir di sungai Pahang

Menghilir di sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)

Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang siur tombak pahlawan

Menghilir di sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)

Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan (2x)

Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh dibayang cerita rakyat

Menghilir di sungai Pahang
Singgah di Pekan bandar diraja (2x)

Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan

Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Wednesday, October 15, 2008

Plan Gila: Kisah Filem Jiwa Kacau...


Salam Alaik...

Pada suatu malam, beberapa bulan sebelum SPM, aku dan kawan2 satu batch dengan aku telah melepak di Dewan Makan SBPI Temerloh... Waktu tue, ramai ang ada... Antaranya Megat, Scott, Mursyed, Hakim, Firmad dsb...

Tiba-tiba, tercetus satu persoalan, apakah persembahan yang kami akan buat apabila menjelang malam Panca Delima? Untuk pengetahuan segala pembaca blog, Malam Panca Delima ialah malam yang dianjurkan untuk pelajar Form 5 yang akan dihalau keluar dari SBPI Temerloh, yang mana malam itu, elajar Form 5 perlu melakukan persembahan sebagai kenang-kenangan...

Ada antara kami mencadangkan agar buat teater... maka, ada yang membangkang kerana idea itu telah digunakan oleh Form 5 sebelum kami... Idea koir juga ditentang habis-habisan kerana idea itu pernah digunakan oleh Form 5 sebelum kepada sebelum kami...

Lalu, aku terfikir sesuatu... Aku teringat ketika aku form 2, aku dan kawan-kawan pernah membuat video pendek tentang rembatan bola kertas yang melencong dengan powernye... Kami juga pernah bercadang untuk membuat filem hantu... Aku pon menjerit, "Ape kate kalo kite buat FILEM?"... Satu dewan makan pandang aku... cilakak...

Maka, idea aku itu lantas membuat semua ahli majlis mesyuarat tidak rasmi itu setuju... Betapa gembira aku... Mana taknye, dah 3 tahun plan nak buat filem, tapi tak jadi-jadi... Siot betul... Kirenye lepas gian la nie...

Setelah lama kemudian, barulah proses pembikinan filem itu dilakukan... Tak silap aku, penggambaran tue start sebelum puasa rasenye...

Perkara pertama dalam otak kami ialah, kat mane nak cekau kamera? Lalu, sahabat kami berkata, "pinjam la kat Cikgu Am..." Lepas satu problem... Dah dapat kamera, kena pikir jalan cerita pulak... Lalu, Scott, Aku dan Firmad mencadangkan satu jalan cerita yang amat menarik...

Tetapi, sape nak berlakon? Kami dah cari makhluk2 yang best, tapi diorang demand macam pelakon Hollywood plak... Ape kes? Berlakon teater pon tak pernah, nak demand tinggi plak... Setelah dibincang dan dicari persetujuan, maka Nasha dan Zahid dipilih sebagai karektor utama dan Firmad diangkat menjadi Pengarah...

Proses penggambaran pun dilakukan... Cameraman ketika itu ialah Cibo @ Zamirun Zubir sebab die baik dengan Cikgu Am, jadi senang nak pegang kamera... Alhamdulillah, 3 suku pertama filem berjaya disudahkan sebelum tibanya Ramadhan...

Semasa Ramadhan, semua krew dan pelakon lupa akan filem sebab terlalu menumpukan perhatian kepada ibadah... Maka, penggambaran tergantung sebentar...

Selepas raya, penggambaran disambung... Sebab tym tue Firmad tak balik asrama lagi, jadi Zul ambil alih jawatan pengarah... Pastue, ada adegan selingan ingin diletakkan, iaitu klip video lagu suasana hari raya... Bukan susah, miming jer... Haha...

Setelah kesibukan sekejap, (sekejap je, sebab deadline da dekat) jadi filem itu berjaya dirakam... Cuma belum diedit...

Ketika proses pengeditan, Cikgu Am la yang banyak membantu... Gune laptop die, die yang edit (atas nasihat kitorang) dsb... Setelah tinggal sehari sebelum tayangan di Malam Panca Delima, filem itu siap... Alhamdulillah...

Malam Panca Delima, setelah menjamu selera, filem kami ditayangkan... Aku tak berapa puas hati sebab sistem audio dewan amat sangat mengecewakan... Audio filem kami mantap... Sampai scene aku, aku menyorok... Mane taknye, babak macam sial... Ada ke patut aku kena *******... Haha... Apekah itu? suspen... Jangan pikir lucah!!!

Selepas tayangan, kami mendapat tepukan walau audio macam gam***g (jarang aku mencarut kasar dalam blog nie).... Firmad umumkan bahawa CD Jiwa Kacau Available untuk dibeli... RM5 untuk batch lain, RM3 untuk O2Osix... Dan, akhirnya kitorang dapat RM500++... Duit tue kami labur kat Kerusi Simen kat SBPI Temerloh,... Aku tak tau la ada lagi ke tak kerusi tue...

Proses pencetakan CD tue menggunakan laptop Cikgu Am lagi.... memang berjasa la Cikgu Am kat kitorang... haha...

Fakta Jiwa Kacau:
1. Jalan cerita diubah saat akhir sebab takut disaman malu oleh Dato' Siti Nurhaliza...
2. Filem ini tiada watak perempuan dan masih mendapat sambutan... Sape kata filem kena ada heroin?
3. Filem ini menelan belanja tak sampai RM50 sebab banyak alat pinjam... Pelakon plak free... cost-efective
4. Sebenarnya, banyak efek khas ingin dibuat dalam filem ini tetapi kesuntukan masa...
5. Tema filem ini ialah "Mari membaca"... Nampak macam boring, tapi kalau tak tengok jgn nak komen...
6. Selepas filem ini meletup zaman batch kitorang, batch2 lain pon ada yang follow wat filem...
7. Aku punya CD da rosak... Selamat Farhana Maswan bagi... Thankz Farhana...

Di sini saya nak ucap terima kasih kepada krew: Scott (penerbit), Firmad (Pengarah), Zul & Saufi (Timb Pengarah), Zamirun (Cameraman), Cikgu Am (props dan peralatan), dan semua pelakon : Nasha, Zahid, Acap Amin, Acap Nor, Qudus, Faizal, Zul, Firmad, Farhan, Aswad, Afiq, Wan Nuar, Asfar, Firdaus Hashim, Mad Bukhari, Salikn Nordin, Mustaqim, Pizul, Zamirun, Epol, dan semua sekali la... Tak daya nak sebut satu2... Penat... Thankz jugak kepada semua yang beli dan tengok... Tanpa anda, siapalah kami (alamak, macam dapat anugerah Grammy plak)...

p/s: Pastu kami ingat nak masuk Anugerah Filem Pendek, tapi sebab kesuntukan masa, kami batalakan sahaja...

p/s2: Bio aku tak menepati Ramalan aku (C @ D), tapi aku dapat B, alhamdulillah... ESLS dapat 72... Sekarang au merekodkan 4B... Kalau aku dapat B kimia, maka, aku masih kekalkan prestasi 5B aku semasa mid-year dulu... Kalau C, humph, lingkup la aku...



Update: Salinan 'Jiwa Kacau' dah lama dimuat naik dalam You Tube.. Kalau takde kerja tengok la.. Komen lebih jangan la.. Zaman tue mana senang nak cari kamera video power.. Edit pun pakai Microsofr Movie Maker..

Part II

Aku kena tag la...

Salam Alaik...

1.If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Err... Nothing... Buat ape nak kesah... Ramai lagi makhluk Allah kat dunia nie... Adat la manusia membelot... Buat ape nak pikir sangat...

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Jadi seorang PM ke-8 dan memerintah selama 10 tahun sebelum dirampas kuasa oleh kawan aku sendiri...(Logik tak?)

3.Whose butt would you like to kick?
Hullamak.. Aku nak kick kawan yang rampas kuasa aku kalau aku jadi PM ke-8

4.What would you do with a billion dollars?
Aku akan pastikan aku jadi PM ke-8 walau guna politikus wang sekalipun... Aku nak bantu rakyat aku... Aku nak turnkan harga minyak... Aku nak beli Liverpool dan sabotaj dari dalam...

5.Will you u fall in love with your best friend?
Ntah... Depends... Kalau da jodoh, takkan nak elak plak kan?

6.Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Tentula dua-dua... Sape yang taknak menyayangi dan disayangi... Ape punye soklan da...

7.How long do you intend to wait for someone you really love?
Huh... Tak lama... Buat ape nak bertepuk sebelah tangan... Ape kes? Dah tunggu lama tapi tak dapat, baik cari yang lain...

8.If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Nie lagi satu... Kalau dah maam tue, cari lain la...

9.If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?
Hurm... No comment... Sape2 je la... Tapi aku taknak berlakon....

10. What takes you down the fastest?
Rokok...

11. How would you see yourself in ten years time?
Seorang doktor yang bersedia untuk masuk ke arena yang penuh dengan cabaran (politik)...

12. What's your fear?
Allah s.w.t...

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Huh... Ntah... No comment...

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Baik single dan kaya... Lama2 ada la yang terpikat... haha... Tapi kalau boleh aku tak nak dua2...

15. What's the first thing you do when you wake up?
Baca doa bangun tido...

16.Would you give all in a relationship?
Hape kes? Buatnye kena sabotaj... Tak ke bodoh tue...

17.If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Tak mungkin... Tapi, kalau la terjadi, aku plih yang paham keadaan dan diri aku...

18.Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Yup... Ape la sangat dosa dia dengan aku nakk banding dosa aku dengan Tuhan dan kawan2 aku yang lain...

19.Do you prefer being single or having a relationship?
Hah... No comment... Depends pd situasi...

20.List 5 people to tag
Taknak tag sesape... Boring... Sape nak buat, buat la...

P/s: Aku sebenarnye tak berapa minat nak tulis hal-hal jiwang cam nie... Tapi da ada org tag... Nak buat camne, kan? Layan je la...

Tuesday, October 14, 2008

Plan Gila: Kami Mencari Hantu sebagai sekumpulan Seekers…

Salam Alaik


Hari itu, beberapa hari sebelum peperiksaan Biologi kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku dan rakan-rakan aku, Zul da Katak, Pidot Hashim, Alif Zali, Nasharaden dan Aku merancang untuk menjadi Seekers di Dewan Besar SBPI Temerloh…


Kami merancang untuk melakukan ritual memanggil hantu. Objektif aktiviti ini ialah melihat secara bersemuka dengan makhluk halus dan merasakan kecuakan apabila diganggu…


Kami merancang untuk menggunakan satu ritual… Ritual ini merupakan ritual rekaan kami berdasarkan kegemaran hantu dan suku-sakatnya. Perancangan ini merupakan satu aktiviti terakhir yang signifikan sebagai seorang pelajar SBPI Temerloh… Rancangan disusun dengan rapi agar program tidak tergendala atau memberi efek negatif sesudahnya...


Maka, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba… Akhirnya kami berjaya menamatkan SPM… Malam itu, kurang lebih jam 12.00 malam, persiapan rapi telah diatur. Nasha membawa pelita minyak zaitun daripada botol minyak atar yang direka olehnya... Aku dengan membawa medium perasapan aku dan juga satu dek kad terup... Kami dengan yakin melangkah ke Dewan Besar bersama-sama setelah memastikan tiada sesiapa berhampiran dewan itu...


Kami masuk ke dalam dewan yang gelap itu dan bersila di atas pentas... Kami duduk membulat persis usrah... Nasha menyalakan pelita nya, aku menyalakan medium perasapan aku iaitu rokok, bertujuan untuk memanggil makhluk halus... Mereka kan suka makan asap...


Setelah step pertama berjaya tanpa halangan, kami masuk ke fasa berikutnya... Aku membuka kad terup, dan membuka table permainan pair persis judi God of Gambler... Aku mula mengagihkan kad pertama kepada semua peserta Seekers… Walaupun kami berlima, tetapi aku memberi kad untuk 6 peserta, sebagai tanda menjemput benda tu bermain bersama-sama…


Selesai kad pertama, kami menerima cabaran pertama… Pintu dewan dihempas… Hallamak, baru kad pertama… Aku buat tak kesah.. Aku teruskan dengan memberikan kad kedua… Kemudian, hempasan pintu semakin kuat… Aku masih keras sedang kawan-kawan aku yang lain sudah cuak…


Masuk kad ketiga, hempasan pintu semakin ganas… Aku masih rileks… Kad keempat pula aku hulur… Mase nie, memang ekstrem… Kami mendengar bunyi pintu dicakar… Pegh… Memang ekstrem… Masuk kad kelima atau kad terakhir, cakar makin kuat… Dan, menambahkan lagi kepelikan, kad yang diberi untuk semua peserta cantik-cantik belaka nombornya… Ada triple dan double… Suspen tak?


Kami masuk ke plan berikutnya… Firdaus Hashim mengumandangkan azan… Laungan azan tue serta merta menghentikan gangguan… Selesai azan, kami berpegangan tangan keluar dewan untuk mengelakkan seseorang dari kami hilang diculik makhluk tue…


Sampai di depan asrama (asrama berhadapan dengan dewan), kami bertanyakan kepada Mursyed dan Syamsu yang melepak di situ sejak dari awal samada mereka ada ternampak orang menghampiri dewan (untuk memastikan gangguan tadi bukan dari orang)… Mereka menidakkan… Maknanya, itu gangguan mungkin betul…


Aku sebenarnya semasa memberi kad tue, aku agak orang yang buat dajal… Jadi aku tak takut la… Lepas aku tau takde orang dekat dewan selain kami, barulah aku mula menyesal sebab tak cuak…


Kami merangka strategi untuk mengulang Seekers kali kedua.. Kali ini, Zul da Katak tak join sebab dah lemah semangat… Saufi Ariff menggantikan tempatnya… Tetapi, plan kali kedua gagal menjemput hantu itu semula….


Mungkin lari selepas diazankan tadi… Malam itu, kami tidur bersama-sama untuk mengelakkan hantu tue mengganggu kami jika kami berseorangan…


Kesimpulannya, plan Seekers kitorang memang menjadi… Aku je yang gagal sebab tak takut…Aku mati-mati ingat ada orang yang kacau kitorang… Huh… Sesal aku…


p/s: Aku tulis entri ni pukul 2.27am, berseorangan di ruang tamu bilik aku… Aku nak tido la… Tiba-tiba meremang bulu roma… Huhu…Tu la sebab aku tak tulis panjang pada penghujung entri nie…

Sunday, October 12, 2008

Kembara Mencari Tenang: Cerita Aku dan Ayam

Salam Alaik...

Semalam aku terasa amat bosan. Semangat aku untuk belajar amat rendah kerana aku perlukan sesuatu aktiviti yang mampu mengurangkan kebosanan aku. Aku tidak bosan untuk belajar, tetapi kebosanan itu tidak mampu membuatkan aku ingin belajar.

Seawal pagi aku menghantar mesej SMS kepada rakan aku, Pizul, bertanyakan tentang kesibukan dia pada hari itu kerana aku bercadang untuk melawat dia di Maktab Perguruan Teknik Cheras, mana tahu alang-alang aku boleh terus ke Nilai, melihat seseorang di sana. Setelah beberapa jam aku menunggu, jelas sekali dia amat sibuk kerana tidak membalas mesej aku.

Lalu, aku bergerak ke kafe siber untuk menulis entri berkaitan isu. Semasa menulis, aku disapa oleh Hakim dalam Utusan Yahoo (YM), lantas dia menjemput aku untuk melawat UIAM Gombak. Aku pada awalnya, ingin menolak kerana Gombak agak jauh. Tetapi, setelah memikirkan betapa bosannya aku di sini, di samping aku memerlukan semangat, aku lantas bersetuju.

Dalam jam 3 petang, setelah melayan kehangatan Permainan Pengurus Bola Sepak (Fooball Manager) aku berangkat ke Gombak. Di stesen komuter Shah Alam, aku terpandang 2 orang perempuan yang seagak aku Melayu, dan semestinya Islam. Mereka hanya memakai seluar pendek ketat. Apabila dipadankan dengan baju blaus pendek, mereka persis tidak berseluar. Lantaklah, pandailah mereka pilih yang mana baik, yang mana buruk.

Ketika dalam Sistem Transit Aliran Ringan, aku terpandang sepasang Mat Salleh. Mereka mungkin sedang bercuti di Malaysia. Aku tertarik dengan kebahagiaan mereka.Mereka sudah tua, mungkin sudah lama berkahwin, tetapi hubungan mereka sama seperti orang yang sedang hangat bercinta, persis sepasang kekasih di waktu muda. Kalau dilihat di Malaysia, pasangan sudah lama berkahwin, memang sudah tidak romantik. Jikalau ada, tidaklah seromantik ketika masih muda-muda dahulu.

Sampai aku di Gombak, aku terus mengambil bas Rapid KL ke UIAM. Perjalanan ke Gombak memang memenatkan. Tetapi aku tidak kisah sebab aku akan berjumpa kawan yang aku dah lama tidak jumpa. Semasa aku tunggu Hakim, aku membaca isu yang dikupas Mastika. Banyak benar isunya. Tetapi, aku tidaklah ingin kupas isu itu. Cukuplah Mastika yang kupaskan.

Hakim menyapa aku dari belakang, aku agak terkejut melihat susuk tubuh dia yang semakin kurus. Adatlah seorang pelajar. Mungkin teruk agaknya kerja yang diberi kepadanya. Aku mengekori sahaja dia sehingga ke biliknya. Dalam perjalanan itu, aku amat tertarik dengan seni bina UIAM, indah dan cantik. Penuh dengan nilai islamik.Petang itu, aku tidak melakukan aktiviti yang signifikan. Cuma penuh dengan aktiviti kutuk-mengutuk dan bermain bola sepak PES 2008.

Malam itu, aku bergerak dengan Hakim, menyusuri UIAM, bercerita tentang hidup masing-masing. Masalah yang kami bincangkan tidak akan aku ceritakan di sini kerana tertakluk di bawak Akta Rahsia Rasmi. Cuma, malam itu, aku mungkin berasa sedikit tenang. Sudah lama aku tidak bersama kawan rapat aku.

Malam itu, kami tidur agak lewat. Esoknya, aku bangun juga lewat. Selepas mandi dan bersiap, aku makan di kafe UIAM. Selepas makan, aku mengemas barang, aku ingin balik ke Shah Alam. Setelah tidur sejam dua, aku kemudian bergerak meninggalkan UIAM pada jam 4 petang. Kembara aku minggu ini amat berjaya. Aku sudah kembali tenang. Sebagai seorang 'Lone Ranger', aku mencari ketenangan dengan bergerak, melawat kawan, dan sebagainya.

Cukuplah setakat ini. Aku ingin berusaha untuk menulis dalam bahasa Melayu (Malaysia) yang tulen sabagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SSBASA 'Malay Studies'. Aku sekarang ada tugasan yang perlu dilakukan, jadi aku memohon untuk berundur.

P/S:Cerita kali ini agak panjang. Maaf jikalau membosankan.

Saturday, October 11, 2008

Kupasan Beberapa Isu Semasa Berdasarkan Pandangan Saya...

Salam Alaik...

Hari ini saya ada membaca beberapa keratan akhbar tentang beberapa isu yang melanda Malaysia dan Dunia... Keratan itu saya ambil dalam Berita Harian hari ini edisi tengah...

Isu pertama yang saya tertarik ialah isu berkenaan dengan penyatuan parti komponen BN dalam satu parti iaitu BN, tidak lagi ada UMNO, MIC, MCA dsb (betulkan saya kalau saya salah)... bagi pendapat saya yang buta politik dan amat mentah dalam ilmu-ilmu politiuk ini, saya beranggapan penyatuan BN merupakan satu perkara yang amat bahaya kepada UMNO... Kerana, jika dilihat daripada nisbah parti komponen itu, dapat dilihat bahawa kepimpinan Melayu dalam BN bakal terhakis... Ditambah pula dengan perpecahan Melayu dalam politik dewasa ini, maka secara tidak langsung meningkatkan risiko kepimpinan Malaysia jatuk ke tangan bukan Melayu... Artikel ini bukan bertujuan untuk membangkitkan semangat perkauman, tetapi sekadar memberi pendapat yang boleh disanggah jika tidak dipersetujui atau difikirkan sedalam-dalamnya jika disokong...Saya malas memberi hujah atau pendapat lebih panjang sebab saya bukanlah ahli politik... Cukuplah pendapat ini...

Isu kedua yang saya tertarik ialah isu keruntuhan ekonomi... Walaupun keruntuhan ekonomi di Amerika dan beberapa bahagian lain di dunia amat teruk, termasuk jiran kita, Indonesia, Alhamdulillah, Malaysia masih lagi selamat dengan keruntuhan ekonomi yang agak kecil... Walaupun KLCI sudah menjunam ke bawah 1000 mata, tetapi tidaklah penurunan itu sampai merencatkan ekonomi negara... Adakah kemampanan ekonomi Malaysia ini disebabkan olehh kebijakan Menteri Kewangan Malaysia yang baru sahaja menerajui sistem ekonomi Malaysia ini? Atau faktor Menteri Kewangan sebelumnya, atau sebelum kepada sebelumnya? Tapi yang penting, ekonomi Malaysia (mungkin) masih stabil...

Isu seterusnya ialah berkaitan dengan penurunan harga minyak mentah sedunia... Saya ada membaca tadi bahawa harga minyak mentah dunia kini turun 4 dollar kepada 77 dollar... tetapi saya tidak pasti adakah 77 dollar itu harga minyak mentah yang sering dicarutkan oleh semua orang... Tetapi, jika itulah yang dimaksudkan, maknanya, harga minyak mentah memang sudah amat rendah jika dibandingkan dengan harga tertinggi pasaran dahulu iaitu 148 dollar... Betulkan saya jika saya salah... Jadi, jika begini situasi sekarang, saya rasa harga minyak petrol di Malaysia setelah rebat tunai dimansuhkan sepatutnya seperti dahulu, iaitu RM1.92/l atau lebih rendah daripada itu... Ini berita yang menarik...

Sebelum artikel ini menjadi lebih bosan dek kerana penggunaan bahasa yang agak baik dan betul, saya ingin menegaskan bahawa artikel ini merupakan pandangan peribadi saya yang boleh disokong dan disanggah... Sila tinggalkan komen untuk memberi pendapat, cadangan, sokongan atau bantahan... Terima kasih...

p/s: Layak tak aku jadi PM dengan gaya bahasa seperti nie? macam tak layak jer... Haha...

Friday, October 10, 2008

Kisah Toyol di Jerantut...

Salam Alaik...

p/s: Aku dapat idea dr cerita Dzul...

Suatu masa dahulu, aku pernah ke pasar malam Jerantut City... Melihat kesesakan orang memang seperti biasa... Tiada yang luar biasa...

Ketika itu, jam menunjukkan pukul 6.30pm... Aku ditugaskan untuk mencari makanan untuk makan malam... Biasanya aku beli Tau Fu Fa je... Sedap dan mudah...Aku pergi sorang je mase tue... Biasanya aku ajak Zimi dgn Ahmad sekali...

Selepas mencari dan membeli makanan yang dikehendaki, aku melalui satu lautan manusia yang amat padat... Aku pon pergi menjenguk kehebatan keramaian itu... Aku berhenti di satu sudut yang agak jelas... Melihat telatah si penjual ubat gatal-gatal...

Dia membawa sebijik bakul, dan dilaungnye dlam bakul tue ada toyol yang sudah dirantai... Huh, macam menarik... Ingat boleh tengok hantu kat pameran jer... Kat Jerantut pon boleh jugak... Tapi, sebelum dia nak tunjuk tue, dia akan membuat magik lain dulu, seperti melepaskan diri dari rantai la, dsb...

Aku mula naik bosan...

Dalam jam 1900, dia pun mulakan jampi serapah nak bangkitkan toyol... Sebelum tue, dia letakkan rantai atas bakul tue, sebagai cara untuk mengunci toyol tue jangan bagi terlepas... Haha... Bukan ikat, tapi letak... Hoh... Buat lawak jer...

Aku sabar... Nak tengok apa da buat lagi...

Pastu, dia seluk tangan dia dalam bakul tue, kemudian dia baca jampi lagi... Hurm... Aku dah mula boring...

Dia kata setelah 2 minit jampi, "Nampaknye toyol nie bahaya untuk dipamer keluar... Amat bahaya"... Aku dah agak... mesti auta punye...

Pastu dia kata, "Tapi, oleh sebab taknak mengecewakan saudara semua, saya akan dengarkan suara toyol...Ini betul-betul, bukan cobaan."

Dia tekan 'toyol' tue, kemudian dihalakan mikrofon kepada toyol tue lalu terkeluar lah bunyi persis kanak-kanak "HELP ME!"...

p/s: Huh, penipuan... Toyol tangkap kat England la tue... Dah la tak tunjuk toyol, bagi suara pon jelas dan nyata menipu... Penjual ubat memang layak jadi ahli politik, kuat pungkau, kuat janji, lantang bersuara, cakap lebat dan memunyai agenda tersembunyi (jual ubat)...

Wednesday, October 8, 2008

Semua nak citer tentang raya... Aku pon nak join gak...

Salam Alaik...

Raya aku tahun nie amat sederhana... Tidak langsung menggambarkan raya ini mungkin merupakan raya terakhir aku di Malaysia sebelum aku fly... Raya pertama, aku hanya lepak di rumah dan beraya di 2 rumah member aku... Firmad dan Firdaus Amiruddin... Mungkin kepenatan merencatkan perjalanan aku...

Raya pertama, selepas bermaafan dengan keluarga aku, aku bergerak ke masjid lam Jerantut... Masjid tue mengungkai kembali memori ketika aku kecik, masa aku ikut ayah aku ke masjid... Masa tue dia jadi imam... Aku sering meluahkan bunyi bising ketika itu... Biasa la budak kecik...

Ish, lari topik plak... Patut la kalau buat esei selalu merapu...

Raya kedua, aku masih di rumah... Melayan sepupu aku yang cun-cun datang... Sepupu dari KL semuanya.. Masa raya la baru nak jumpa... Raya kedua memang aku tak keluar rumah... Jadi anak dara...

Raya ketiga, aktiviti jalan-jalan bersambung... Aku jalan rumah SU Sulit pizul, Rumah pizul dan pergi rumah terbuka YB Amizan, DUN Tahan... kire raya ketiga aku aktif la...

Raya keempat, aku melawat member di temerloh... dengan malik, pizul n firmad... raya la umah Mr. Sepet, Zul, Mursyed dan Cikgu Razak...

raya kelima, duk umah... aku dapat tiket 7.30 mklm... malas sebenarnye nak balik... tapi aku kena berjuang...

cukuplah serba sedikit tentang raya aku tahun nie...

p/s: Semoga raya taun depan lebih bermakana...

Tuesday, October 7, 2008

Lone Ranger

Salam Alaik...

Sebelum aku masuk ke tajuk utama aku, aku ingin memberitahu suatu berita gembira tentang Trial Exam aku... Matematik aku, walaupun menurun, masih lagi menemui standard pencapaian biasa aku, maknanya masih menepati target selepas exam la... Malay study pun sama... Masih mencapai standard piawai dan melangkaui target post-exam aku... Markah? Malay aku dapat 78 (antara yang terendah) dan Matematik 69 (Antara tertinggi)... haha... Alhamdulillah...

Masuk ke topik utama... Aku seorang lone ranger... Apakah maknanya? maknanya aku memang selalu bergerak bersendirian... Kenapa? Ni la aku nak cerita...

Aku dari kecil memang selalu bergerak atau berjalan atau bermain atau bersama member... Aku amat rapat dengan 2 orang member aku kat rumah, Zimie Hamdan, dan Ahmad Sulaiman... Mereka nie memang kawan rapat aku kalo kat umah... Kalau aku balik umah confirm jumpa diorang... Tidak boleh tidak...

Masuk sekolah menengah, aku berkawan dengan ramai orang... Aku dah pernah cerita dalam blog aku tahun lepas... Masa tue aku masih bukan lone ranger... kalau kat rumah tym tue, memanjang la ajak Pizul dengan Firmad keluar...

Lepas SPM, aku lepak dengan set-set Aznan Ali n da geng... Masa tue, aku suka jugak keluar dengan Pizul dan Firmad... Keluar mandi sungai Jenerih sama-sama...

tapi kini, aku suka bergerak seorang... Kenapa yerk? Aku pon sering terfikir... Aku seorang yang sempoi tapi serius, tak suka buang masa bodoh tanpa aktiviti, dsb... Jadi, bila aku keluar sorang, aku rasa aku akan lebih fokus kepada hala tuju aku... Aku keluar sorang menyebabkan aku akan fikir tentang aku, diri aku dan semuanya tentang aku... Aku tak payah fikir tentang orang lain.... Nak kata aku selfish pon ok gak la...

Kalau aku ada tujuan nak keluar, aku akan keluar bergerak sorang... Pergi beli barang ke, jumpa member ke (Kalau aku memang keluar nak jumpa member, memang la kena gerak dengan member tue...), study ke dsb... Bila bergerak sorang, amat senang... Tak leceh nak fikir orang tue lambat ke, jumpa awek ke, dsb...

Faktor lain mungkin aku seorang yang suka mencari ketenangan dunia... Aku kalau keluar wajib ada rokok... Kadang-kadang member aku tak merokok, benci rokok dan amat anti-rokok, jadi amat leceh la aku nak merokok kalau macam tue... Member-member aku kat sini semua skema, payah la nak keluar dengan diorang... haha...

Boring ke? Kalau keluar sorang memang boring, tetapi aku lebih suka boring dari serabut... Haha... Aku pon dah biasa boring...Kadang-kadang, kalau ada member kat sebelah lagi boring kalau member tue tak reti nak berhibur...

Senang kata aku tak minat la benda serabut lagi menyerabutkan nie...

Tapi tak semestinya aku memang sentiasa sorang... Aku akan bergerak dengan member aku kalau ada aktiviti lasak seperti mendaki, mandi sungai, cycling, dan macam-macam lagi... Maknanya aku bukan seorang yang lonely...

Ingin aku tegaskan di sini, aku bukan terpaksa lonely, tetapi aku biasanya akan memilih untuk alone... Haha... Apa-apa la...

p/s: Apa petua nakpastikan aku suka bergerak dengan member?

Monday, October 6, 2008

Kembali semula: Tragedi PT dan Laptop...

Salam Alaik...

Aku malas nak cerita pasal raya sebab aku tau ramai dah cerita pasal keenakan ketupat, nasi himpit, lemang dan sebagainya... Jadi dalam entri kali ini aku nak cerita perjalanan pulang aku ke Shah Alam...

Bermula di Jerantut City pada jam 1930, aku mengharapkan jalan yang sesuck pada tengahari dan petang semalam sedikit lengang... Tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...

Perjalanan yang aku tempuhi dari Jerantut City ke Lanchang melalui LPT amat ancar dengan amat kurang kesesuckan... Cuma apabila bas itu bergerak bermula di tol Karak di Lebuhraya Karak-KL, kenderaan semuanya melakukan transformasi kepada unta padang pasir... Kelembapan pergerakan disebabkan oleh kesesuckan di plaza tol Karak-Gombak... Bayangkan betapa jauh jem tue...

Biasanya aku atas Highway Karak hanya lebih kurang 45 minit, tetapi kesesuckan itu telah membawa aku berada atas Lebuhraya itu dalam 2 jam... Alhamdulillah, selepas di plaza tol Gombak, laluan amat lancar dari Pekeliling ke Shah Alam... Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam keseluruhannya telah mengambil masa 6 jam...

Apabila aku sampai di terminal Shah Alam, aku stabang la sket... dalam masa menunggu teksi pada jam 0130 tue, aku mendengar ada pengumuman dari Cik Kaunter, "Perhatian kepada pemegang tiket ke Kota Bharu pada pukul 8.30 malam, sila tunggu sebentar kerana bas mengalami kesesuckan". Huh... Tengok tue... Betapa sesucknye jalan...

Bila aku balik kolej, aku kemas kinikan Research Paper aku dan Outline... Huhu... Baru balik dah bukak asignment... memang rajin giler aku... Beg baju pon aku tak hantar dalam bilik lagi... Sampai-sampai aku bukak laptop atas meja, dan terus tengok Research Paper tue...

Maka, setelah selesai kerja aku itu aku pon mengangkat beg aku untuk dibawa ke dalam bilik... Tiba-tiba, tali beg aku tersangkut pada laptop dan laptop aku menjunam setinggi 75cm menghempas ke lantai... Sebotol jem menjadi mangsa korban malam itu...Botol jem itu mengalami kecederaan parah di badan dan lambakan percikan jem merah itu menjdaikan jem itu layak ke tong sampah je...

Sambung balik, Aku tengok laptop aku yang aku beli pertengahan tahun lepas, monitor dan hard disk nye terpadam... Aku punya bulu tengkuk meremang... Selepas itu, aku mengangkat laptop aku dengan tenang sebelum mengelap semua percikan jem... Semasa mengelap, aku melihat baterinya terkeluar sikit... Lega... Maknanya, kematian monitor dan hard disk tue bukan disebabkan hentakan tetapi keputusan bekalan kuasa... Aku hidupkan kembali laptop aku, dan alhamdulillah, dia hidup dengan jayanya...

p/s: Memang barang-barang lama nie teguh, kan?