Pages

Wednesday, September 30, 2009

Rumah Yang Terbuka Luas

Salam Alaik...

Ramadhan dah lama berlalu, Syawal dah 10 hari berlalu... Diam-tak diam, dah 7 hari kelas bermula... Kepompong Ramadhan dah lama terbukak... Kini keluarlah rama-rama berdasarkan apa yang berlaku dalam kepompong... Jika cantik perbuatan dalam kepompongnya, keluarnya rama-rama yang cantik juga... Hehe...

7 Syawal dulu, ada open house kat rumah Anis Nabillah, Munira, Husna, Arifah, Mastura dan Farah Inaz... 8 Syawal, rumah raya a.k.a rumah Edi, Azrul, Aliff, Rohil, Wawan dan Aku pulak membuka pintu rumah untuk jamuan makan-makan dan majlis kesyukuran... Insya-Allah, Jumaat nie, rumah Asmira dan rakan-rakan pulak yang dibuka...

Rumah terbuka nie, sangat bagus dalam mengeratkan silaturrahim dalam kalangan semua budak... Masa ni la, semua orang dapat mengenali seseorang yang lain dengan rapat... Ukhwah yang dahulu sangat 'cetek' kini bertambah dalam... Kegembiraan terpancar di mana-mana... Yang penting, hubungan sesama manusia dapat dieratkan... Lihat sahajalah tetamu yang datang, jelas dari pelbagai bangsa dan umur... India, Cina, Melayu, Serani, malah pelajar dari Maldives pon datang beraya... Inilah dia 1Malaysia yang dicanang oleh Najib... hehe... (Dah puji nie boleh la naik elaun)...

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa... Sengaja menulis walau takda isi sebab taknak blog aku sunyi sepi... Haa, ada satu berita bagus, 'The Redz Devil' aku dah keluar dari workshop dengan banyak benda baru... Yang tak baru cuma Nama dan jiwanya sahaja... hehe...

Semoga aku sentiasa selamat di sini... Kalau injured, payah woo... Dah la jauh dari keluarga... mungkin la ada kengkawan yang baik hati memberi semangat dan bantuan... Alhamdulillah, setakat nie masih belum ada ujian berat yang menghalang aku selain ujian Blok, dan ujian kelas (Class Test)... Hehe...

Bergerak lah dahulu aku... Aku nak melukis pulak... Salam Aidilfitri, masih belum terlambat agaknya...

Wednesday, September 23, 2009

CSI: Manipal (Kes 18 September)

Salam Alaik

Hari: Jumaat
Tarikh: 18 September 2009
Masa: Jam 1300
Tempat: Depan Pasar Sayur Manipal
Cerita Mangsa:

Nama Mangsa: Sam der Tsar
Ketika itu saya dalam perjalanan bersama dengan Mohd Aliff ke Masjid Manipal untuk menunaikan solat Jumaat... Ketika itu hujan turun dengan renyai-renyai... Disebabkan saya mahu mengelak muka saya basah, saya menutup muka dan bahagian depan badan saya dengan jaket tebal yang saya beli di Wicked (sebelah Primus)... Saya menjadi pembonceng motor yang bernombor plat KA 20 K 2002, jenis Honda CBZ berwarna merah hati... Ketika itu Mohd Aliff menjadi 'rider' saya...

Sampai sahaja di hadapan Sonia Clinic (kira-kira 20m dari tempat kejadian), saya membuka muka saya dan mendapati hujan semakin lebat... Lalu saya kembali menutup muka dengan jaket itu... Beberapa saat kemudian, saya mendengar bunyi dentuman sebelum suasana tiba-tiba sunyi sepi selama beberapa saat... Saya terasa saya melayang dan apabila saya berada di atas tanah, saya memandang ke kanan... Saya lihat Ediamin sedang meluncur laju...

Saya bangun dan memeriksa kaki dan tangan saya untuk memastikan bahawa bahagian badan saya tidak mengalami kepatahan... Kemudian saya memandang ke belakang dan saya mendapati kereta bewarna merah berada kira-kira 2 meter di belakang saya... DI belakang kereta itu, saya nampak motor yang saya naiki tadi...

Saya kemudian melihat Aliff berdiri dan mengalami kecederaan di mukanya... Lalu saya berkata, "Jauh jugak aku terbang"... Setelah mengarahkan Aliff dan Ediamin pergi ke Sonia Clinic untuk pemeriksaan lanjut, saya bergerak ke pemandu kereta dan bertanya, "What happen?"... Tetapi pemandu itu marah-marah dan berkata yang bukan-bukan... Saya biarkan sahaja dan bergerak ke klinik... Saya capai selipar kiri saya yang berada di atas tingkap kereta itu dan selipar kanan di sayap kanan motor merah itu lalu berjalan...

Setelah mendapati klinik itu tidak mempunyai doktor yang bertugas, kami bertiga mengambil keputusan untuk ke KAsturba Hospital untuk rawatan lanjut... Di sanalah saya menyedari bahawa tedapat butir-butir kaca di kopiah yang saya pakai... Di sana juga saya mendapati saya mengalami kecederaan ringan di bahagian 'dorsal' kedua-dua belah tangan dan luka di lutut kanan saya...

Aliff pula mengalami kecederaan di dagu, pipi dan dahi belah kanan... Ediamin mempunyai kesan calar di kaki dan tangan kanan manakala tangan kirinya patah di 'styloid process of radius', radius dan ulna... Setakat itu sahajalah cerita saya...

Nama Mangsa:Ediamin
Saya menaiki motor Bajaj Pulsar 180 biru bersendirian... Saya mengikuti di belakang Aliff dan Sam... Ketika melepasi selekoh, saya memecut laju untuk memotong mereka... Saya bergerak dengan kelajuan yang agak tinggi untuk memotong motor yang Aliff bawa sebelum saya melihat kenderaan berwarna merah melakukan pusingan U secara tiba-tiba...

Saya mengagak Aliff dan Sam memang akan kemalangan dan saya cuba membrek... tetapi malangnya jalan licin dan saya cuba mengelak kereta itu... Tetapi 'handle' motor saya tersangkut kepada kereta mengakibatkan saya hilang kawalan... Saya terjatuh dan menahan badan dengan tangan kiri sebalum bergeser dengan bahagian kanan badan saya...

Selepas kemalangan, saya melihat tangan kiri saya membengkak... Di Sonia Clinic, Pegawai Perubatan itu syak tangan saya 'dislocated'... Tetapi setelah di Kasturba Hospital, doktor mengesahkan radius, ulna dan 'styloid process of radius' kiri saya patah dan memerlukan pembedahan untuk membetulkannya...

Nama Mangsa: Aliff
Saya menunggang motor Honda CBZ bersama Sam... Ketika itu hujan dan saya bawa motor dengan kelajuan sederhana... Ketika menaiki bukit di hadapan Sonia Clinic, saya memerlahankan motor saya kerana saya mahu membetulkan baju hujan saya...

Saya tak sedar apa-apa semasa naik bukit tu... Tiba-tiba ada kereta di hadapan saya dan saya berlanggar... Saya tak ingat apa-apa, yang saya tahu suasana menjadi sepi dan saya jatuh terduduk di sebelah kanan motor yang saya bawa...

Selepas kemalangan itu, Sam menyuruh saya pergi ke Klinik kerana bimbangkan kecederaan kepala saya... Tetapi syukur, ia hanya luka biasa dan petugas hospital Kasturba hanya memerlukan 6 jahitan untuk menutup luka saya...

Kajian kes:

1. Sam der Tsar didapati melambung dalam keadaan 'horizontal' dari motor
- Selipar kanan mangsa melekat di sayap kanan motor itu... Jika melambung dalam bentuk melengkung, pasti selipar itu juga melambung jauh...

2. Sam Der Tsar melanggar cermin kereta di dua bahagian (Bahu kanan dan 'iliac crest' kanan)
-Dua retak besar di cermin kereta
-Selipar kiri di atas retakan cermin
-Rasa sakit di bahu kanan dan 'iliac crest' kanan
-Kesan kaca pada kopiah Sam der Tsar
-Luka di tangan Sam 'cutaneous', seperti tekena kaca berterbangan

3. Sam mendarat dengan bahagian lutut kanannya dahulu kemudian siku kanannya dalam keadaan 'pronated'
-Kecederaan 'geseran' di lutut kanan Sam
-Beg galas yang Sam bawa bersih dari kesan kotoran dan calar
-Ada kesan geseran di jaket yang Sam pakai di bahagian siku

4. Sam bebas dari kecederaan serius kerana kebanyakan momentumnya dilambatkan oleh cermin kereta sebelum jatuh ke tanah sejauh 4 meter

5. Luka yang Sam dapat di tangan disebabkan kaca

6. Luka di dagu Aliff yang menerima 4 jahitan akibat hentaman ke dagunya ke badan kereta setelah kepalanya ditolak oleh momentum badan Sam yang sedang melayang ke hadapan

7. Luka di dahi dan pipi Aliff akibat kaca yang pecah setelah Sam melanggar cermin kereta itu
-Luka 'cutaneous' yang tak dalam

8. Tangan Ediamin patah akibat impak daripada perlanggaran 'handle' + tangannya dengan badan kereta bukannya akibat menahan jatuhan
-Tiada kesan calar di sebelah kiri motornya menandakan motor jatuh ke sebelah kanan, dan mustahil tangan kiri yang menahannya
-Tapak tangan Ediamin tidak mengalami kesan calar atau cedera akibat dari menahan berat badannya

Kesimpulan:
1. Sam diselamatkan dari cedera parah dengan izin Allah oleh kopiah, jaketnya, dan cermin kereta yang menyerap impak yang banyak
2. Ediamin patah tangan bukan kerana menahan badannya, tetapi kerana tangannya menghentam badan kereta ketika dia dalam kelajuan yang agak tinggi...
3. Aliff cedera ringan kerana posisinya masih kekal di atas motor selepas impak dan tidak melayang... Jika dia tidak bernasib baik, kepalanya mungkin menghentam badan kereta dengan kuat

Penutup:
Ketiga-tiga mangsa harus bersyukur kerana tidak mendapat kecederaan yang parah... Jikalau kemalangan itu berlaku kepada orang lain, mungkin kecederaannya lagi teruk dan parah...

Alamdulillah
Wallahu 'Alam

Laporan disediakan oleh Detektif Redzwan

Tuesday, September 22, 2009

DalamDinginSUbuh~ Akhirnya

Salam Alaik...

Semalam, merangkap 1 Syawal 1430 atau 21 September 2009, Majlis Hari Raya Aidilfitri di Manipal berjaya disempurnakan... Majlis itu tidak begitu meriah kerana pelbagai rintangan dan dugaan yang datang...

Bermula dengan 3 kemalangan yang membabitkan 6 orang (1. Asmira dan Izati; 2. Sam, Aliff, Edi; 3. Yob) pada 18 September, sehingga ke kejadian anak bulan tak keluar diteruskan dengan junior yang seramai 27 orang tak dapat hadir kerana komitmen kepada Davangere dsb... Banyak sangat...

Aku memulakan pagi raya dengan Subuh pukul 7.15am... Haha... Hampeh... Dah siap mandi semua, cadangan hendak bersolat raya gagal diteruskan kerana ketidakcukupan kenderaan setelah kenderaan yang tinggal hanyalah sebijik motor Wawan yang kuncinya entah ke mana...

Tak dapat solat raya berjemaah di Masjid, aku dengan Aliff melepak kat depan umah, makan madu yang tinggal dan mengemas sikit-sikit setakat termampu halaman umah yang kotor macam haram...

Dah swelesai kemas dalam pukul 8.30am, Rohil dengan Edi balik sebab tak sempat nak solat di Masjid, lalu kitorang bukak solat jemaah sunat hari raya kat tingkat atas... Aliff jadi Imam, Sam jadi khatib... Bila jadi khatib, barulah tahu betapa seksa membaca khutbah...

Dalam kul 10am, siap berbaju Melayu kebangsaan dan bersamping songket, aku dengan Aliff serta Rohil dan Edi bergerak ke Greenwood untuk majlis besar-besaran... Segalanya berjalan dengan lancar... Nampak ok jer... Walaupun kali pertama beraya di perantauan, jauh dari famili...

Raya tue, aku ambik 300 gambar... Sapa nak gambar boleh la contact aku... Haha... Habis majlis, Edi kena balik hospital sebab ada pembedahan kat tangan hari ini... Hehe... Kesian... Dah la raya tanpa keluarga, eksiden pulak tue... Ish3x...

Sebahagian gambar aku letak kat dalam Facebook kalau nak tengok... Hari nie raya kedua... Sunyi seperti biasa... Aku buat ketupat nasik 3 bijik... Sebagai percubaan... Haha... Jangan terkejut aku pandai buat ketupat... Haha... Ok la... Cukup sekadar...

Minal 'Aidi Wal Faizin
Salam Aidilfitri
Maaf~ (Sila jangan ingat raya sahaja masanya untuk bermaafan, sebab mati tak tunggu raya)

Sunday, September 20, 2009

DalamDinginSubuh~ Sayu

Salam Alaik...

Hari ini, merangkap 19 September 2009 merupakan hari yang sangat sibuk di Manipal kerana segala urusan untuk memeriahkan majlis Hari Raya peringkat Manipal perlu disiapkan kerana esok dijangka jatuhnya hari raya Aidil Fitri...

Aku sebagai biro persiapan berasa sangat gembira dengan segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam usaha menjayakan majlis yang dijangka jatuh pada hari esok... Segala persiapan tempat, backdrop, informasi dan advertasi serta masakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar...

Menjelang pukul 8 malam, rendang daging dan rendang ayam serta kuah kacang hampir selesai... Dan menjelang 8.30 malam, ada berita macam haram keluar~

ESOK KITA MASIH PUASA, RAYA HARI ISNIN!!!

Bayangkan bagaimanakah perasaannya? Bagaimanakah persiapan dan mood rayanya? Bayangkan!!! Ok, ya, Malaysia raya esok, Pakistan raya esok jugak, tapi India, Arab Saudi raya hari lusa... Apakah maknanya semua ini? Mungkin ada hikmah di sebalik perkara ini...

~Hai Anak Bulan, awat hang tak komfem hang nak keluaq bila? Kalau tak takde la Hancur Musnah macam nie... Jadi Manipal bertukar lagu dari suasana hari raya kepada Harapan Ramadhan~

"Dugaan berada di perantauan"

Wallahu 'Alam

Friday, September 18, 2009

DalamDinginSubuh~ Berita EKsklusif dari India

Salam Alaik...

Manipal, 18 September- Keghairahan tiga orang pelajar untuk bergerak menunaikan solat Jumaat di sini pada jam satu tengah hari bertukar menjadi tragedi setelah motosikal yang mereka naiki menghentam sebuah kereta...

Mangsa yang ketiga-tiganya berumur 20 tahun baru sahaja 7 bulan belajar di India dalam bidang perubatan... Ketiga-tiga pelajar itu kini sudah stabil setelah berjam-jam menunggu di Kasturba Hospital...

Mangsa pertama yang hanya digelar Doo dan pemboncengnya Sam, hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar memandangkan kecederaan yang mereka alami tidak begitu teruk... Manakala mangsa ketiga, yang identitinya tidak mahu didedahkan terpaksa ditahan wad akibat kecederaan di pegelangan tangan...

Saksi di tempat kejadian menyatakan kemalangan ini berpunca dari kereta yang tiba-tiba masuk ke jalan besar tanpa menyedari kehadiran motor-motor itu... Pemandu kereta itu disahkan tidak mengalami kecederaan apa-apa melainkan keretanya lekuk dan ceminnya retak...

Mengulas tentang kejadian itu, Doo menyatakan bahawa keadaan cuaca yang hujan juga menyumbang kepada kemalangan ini... Tetapi, punca utamanya tetap kecelakaan pemandu kereta itu sendiri...

Ditanya tentang mangsa ketiga, Sam dengan segera menyatakan bahawa mangsa itu kini ditahan di wad kerana disyakki mengalami patah proses styloid di pergelangan tangannya... Mangsa itu sememangnya akan bersedih memandangkan dia terpaksa beraya dalam hospital tahun ini melainkan mendapat kebenaran daripada doktor bertugas...

Menjelang hari raya ini, pemandu dinasihati agar memandu dengan cermat dan perlahan agar kemalangan seperti ini dapat dielakkan... Sungguhpun kerajaan menjalankan ops sikap, tetapi rata-rata pemandu mengambil sikap sambil lewa dalam pemanduan... Jika perkara ini diteruskan, tidak mustahil angka korban dan kecederaan boleh meningkat...

Berita Terkini: Seorang lagi pelajar Malaysia di Manipal kemalangan dengan menjadikan jumlah keseluruhan pada hari ini 4 orang... Tiada kemalangan jiwa dilaporkan... Pelajar itu yang hanya dikenali sebagai Yobo hanya mengalami cedera ringan setelah jatuh dan bergeser di atas jalan akibat dihimpit dari motor dan bas yang bergerak laju...

Berita lengkap tentang perkara ini akan disiarkan kelak...

Laporan oleh Redz der Tsar

Thursday, September 17, 2009

DalamDinginSubuh~ (sambungan III)

Salam Alaik...

Tengah hari tadi, aku dah setel tarian sempena menyabut kedatangan junior ke MMMC... Nak tengok boleh klik di sini... So, satu masalah dah setel...

Pas majlis tue, aku dapat camera yang aku beli di eBay... Murah jer... RM 200++... So, aku dah ada kamera sendiri sekarang...

Tinggal lagi satu masalah jer sekarang iaitu majlis raya ahad nie... Macam mana la agaknya?


Wednesday, September 16, 2009

DalamDinginSubuh~ (sambungan II)

Salam Alaik...

Hari Raya tinggal lagi 4 hari... Dalam 4 hari nie la macam-macam yang kena buat sebab ada majlis hari raya budak Islam MMMC... Sebagai Biro Persiapan, aku dan rakan-rakan kena buat deko di lokasi sambutan nanti... Selain tue, hari nie aku kena pergi Udupi untuk beli barang-barang deko... pa la yang aku kena beli? mesti banyak kena bawak balik... So, memang tak boleh nak merempit ah... Sekadar naik kenderaan beroda tiga la...

Petang nie jugak aku kena buat persembahan untuk budak-budak junior yang baru masuk... Nanti lepas siap persembahan, aku akan upload video persembahan kat dalam YouTube dan Facebook... boleh la korang tengok... Lama jugak berlatih, 5 hari... hehe... Khamis ada presentation PBL Anatomi... Sepatah haram tak baca lagi... Eish... Kesian... Sibuk sampai ManUnited main semalam pun aku lupa... Selamat la aku terbukak www.manutd.com...

Ada lagi satu cerita, tapi aku simpan untuk entri berikutnya pulak... haha... Tak saspen la...

Blah dulu la... Aku ada mesyuarat plak nie...

Sunday, September 13, 2009

DalamDinginSubuh~ (sambungan)

Salam Alaik...

Kalau kat Malaya dulu, maksud aku setahun yang lepas, aku sering dapat duit raya dari sanak saudara dan sebagainya... Kalau minggu depan, komfem takde duit raya sebab siapa yang nak bagi, kan? Nak harap ke member, mampus la nak dapat sebab diorang pun dapat elaun sama dengan aku... Nak harap dari lecturer Muslim kat sini, huh, duit raya bukan budaya dan adat diorang...

Aku nak tulis pendek jer sekarang... Sebab aku banyak kerja malam nie... hehe... Kat sini aku nak letak satu perbandingan, dulu dan kini... Layan~


Dulu: RM 10
Kini: Rs 100
Raya kat perantauan la aku~ haha

Friday, September 11, 2009

DalamDinginSubuh~

Salam Alaik

Hari nie dah 19 hari kita berpuasa... Tarawikh pulak, dah malam ke-20... Awal pagi nie, sapa nak qiamullail bagus sangat la... Kalau terkena masanya boleh jadi malam lailatul qadar... Untung weyh, malam yang lebih baik dari seribu bulan...Bila dah masuk malam ke-20 nie, kiranya 10 hari lagi la kita nak puasa... Merangkap 11 hari lagi nak raya...

Pada malam raya mulalah kita semua bertakbir... Tak kira la kat rumah atau kat surau... kalau budak-budak, takbir diorang dah jadi takabbur dengan keberanian membakar bahan letupan di sekitar rumah dan surau sehingga pak imam marah-marah sambil melatah... Mungkin pak imam tue dengki sebab zaman dia bahan letupan seperti ini payah nak dapat... Kalau ada pun, bom jepun atau brengun askar British...

Kalau pagi raya pulak, masing-masing sibuk datang masjid bertakbir dengan alunan mendayau-dayu... Sedih macam ada orang mati pulak... Pastu, semua pakat ziarah kubur baca tahlil sambil menangisi yang telah pergi... Mungkin mereka sedih dengan pemergian Ramadhan, secara Husnu-Zonnye aku berfikir...

Tapi la, bagi pendapat aku, Hari Raya nie sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan sambil melupakan kesedihan... Keutamaan gembira apabila tibanya Syawal mengatasi kesedihan meninggalkan Ramadhan... Kalau tak masakan Allah mengharamkan puasa pada 1 Syawal? 1 Syawal memang Allah dah reserve untuk kita semua bergembira setelah menang melawan nafsu pada sebulan sebelumnya... Mana mungkin kemenangan kita sambut dengan kesedihan?

Ya, pemergian Ramadhan memang satu keadaan yang sedih di mana kita semua meninggalkan bulan yang mulia... Tapi kita kena ingat, Ramadhan itu hanyalah bulan latihan, dan segala amal kita di bulan Ramadhan hendaklah diteruskan sehingga Ramadhan tahun depan sebelum kita mula berlatih kembali... Janganlah Ramadhan je nak buat solat sunat, baca quran, sedekah, pergi berjemaah kat surau, tapi bulan lain tak buat... Tapi janganlah pulak sampai solat Tarawikh dalam bulan Syawal pulak... Bidaah la pulak namenye...

Syawal kali ini, syawal pertama aku kat perantauan, di mana aku akan menyambutnya dengan aku tidak berada di sisi orang tua aku... Tapi ini bukan bermakna aku kena sedih (walaupun aku memang agak sedih)... Kerana aku punya kawan-kawan di sisi yang kalau tidak boleh menggantikan kehadiran keluarga pun, sekurang-kurang menemani ketika bergembira bersama-sama... Tapi apa yang pasti, pada subuh satu syawal tue, aku takkan mengada-ngada dengar lagu 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' semata-mata untuk menaikkan mood sedih...

Kalau boleh aku taknak apa yang sepatutnya aku menjadi gembira, tiba-tiba aku buat mood sedih... Dan aku juga taknak kalau sepatutnya aku sedih, tiba-tiba aku buat mood gembira... Hehe... Pagi-pagi raya tue, aku nak bangun dengan senyuman di bibir aku, aku nak mandi dengan kegirangan dan takbir dengan penuh semangat tanda aku syukur berjaya menghabiskan Ramadhan dengan baiknya...

Junior batch 25 dah datang... Aku menyambut mereka la malam tadi... Kesian, hehe... 10 hari lagi nak raya kena datang ke sini untuk sambung belajar... takpe-takpe, ini semua jihad untuk kita... Berada jauh untuk ilmu...

Sampai kat sini je lah dulu... Aku nak sambung tido... Moga bertemu lagi... Kalau ada salah dan silap dalam penulisan aku, boleh la tegur aku... Aku bukan maksum... hehe.... Aku bukan ulamak salaf yang Ustaz Rasul Dahri kata 'takde salah dan silap' dan tak boleh nak tegur... Aku hanya orang biasa~

Adios, dan salam alaikum...

Rujukan: Feqah Keutamaan, Yusuf al-Qaradhawi; drmaza.com; youtube.com etc...

Monday, September 7, 2009

1Malaysia, Satu Malaysia

Salam Alaik...

Sejurus selepas aku sampai kat Malaysia kira-kira sebulan lepas, aku terus terlihat banyak papan tanda, iklan di TV atau akhbar menyatakan atau mempromosikan slogan 1Malaysia... Sebagaimana yang aku faham, objektif 1Malaysia ini ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia... Kalau dalam bab perlaksanaan ke arah objektif, aku tak nampak ada masalah yang besar (sekali lagi aku tekankan, takde masalah yang BESAR) dalam 1Malaysia... Tetapi kalau dalam bab tercapaikah objektif itu, aku masih ragu-ragu...

Bukannya ragu-ragu aku ini ragu-ragu yang tak bertempat, tapi raguragu aku berdasarkan pengalaman silam... Pelbagai kempen dah dijalankan untuk menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu, tetapi kebanyakannya gagal memenuhi ojektif... Sebagai menggalakkan sifat 'Husnu az-Zon' atau bersangka baik, aku sangat berharap projek/slogan 1Malaysia ini tercapai dengan jayanya... Sejauh mana berjaya, kenalah lihat daripada modus operandinya... Sebab aku tak habis lagi aca modus operandinya, jadi aku tak boleh nak komen...

Sebenarnya aku bukan nak tekankan hal itu... Apa yang aku nak tekankan ialah konsep 1Islam... Konsep ini memang dah lama sangat dah bertapak dalam Islam... Sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi... Tak pernah tukar... Tapi, konsep ini telah dilupakan sejak berpecahnya umat Islam pada zaman Khaifah Uthman bin Affan berlanjutan ke zaman Saidina Ali dan seterusnya memecahkan umat Islam kepada 73 (ada riwayat kata 74) golongan... Kesian... Antara yang terawal ialah Syiah-Sunnah-Khawarij...

Pada zaman moden, perpecahan semakin teruk apabila ada yang melabelkan mereka Liberal, Konservatif dan sebagainya... Perpecahan seperi ini jelas telah merosakkan kesucian Islam dan konsep 1Islam... Perpecahan seperti inilah yang kita perlu elakkan dalam dunia kini melihat Islam sebagai satu ancaman...

Belum campur lagi mazhab-mazhab dan aliran-aliran... Sepatutnya perbezaan pendapat dalam kalangan imam-imam besar dan ustaz-ustaz dalam perkara 'cabang' menjadi rahmat kepada umat Islam, tetapi sebahagian dari mereka terlalu fanatik mazhab dan aliran sehinggakan sanggup mengkafirkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka sedangkan golongan itu masih lagi mengucap 2 kalimah syahadah, solat lima waktu, melaksanakan haji, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat...

Mereka yang fanatik ini menjadikan umat Islam berpecah belah dan saling mengutuk dan memaki sesama mereka... Inilah menjadikan umat Islam lemah... belum campur lagi perpecahan yang disebabkan politik dan bangsa... Kesian... Sedih mengenangkan umat Islam, umat Muhammad berpecah kerana perkara kecil... Di sebelah pihak, ada yang menegakkan ulama' lama (golongan tua), dan di sebelah pihak yang lain menegakkan golongan baru (kaum muda) dan saling menuduh... Padahal apa yang dicanangkan atau pebezaan pendapat itu hanya sekadar cabang dan ranting yang tidak menjejaskan akidah dan ibadah...

Sepatutnya, orang yang fanatik dan mengikut taklid melampau ini perlulah betolak ansur dan saling melihat kepada al-Quran dan as-Sunnah... Jika melanggar keduanya, maka tolaklah pegangan mereka... Dan jika benar ambillah pendapat itu tanpa mengira mazhab, fahaman, atau aliran...

Peganglah kepada al-Quran dan as-Sunnah... Lupakan perbezaan dalam kalangan cabng dan ranting... Kita ada keutamaan... Dalam bidang fiqh keutamaan, dijelaskan betapa penting 'ukhwah dan bersatu padu ke atas perkara cabang'... Semoga kita sentiasa bersatu... Barulah Islam itu kuat... Lihatlah Malaysia... Jika 1Malaysia berjaya, TAK MUSTAHIL Malaysia akan hebat... Dan jika 1Islam kembali dipupuk, maka SEMESTINYA Islam akan hebat!!!

Kalau ada yang salah sila betulkan...

Wallahu 'alam...

Sunday, September 6, 2009

Malam Pesta Muda-Mudi

Salam Alaik...

Aku baru jer berjaya memborikan perut aku yang ramping nie setelah bergerak melayan jemputan 5 rumah... Hehe... Kelima-lima rumah tue semuanya buat function/parti/kenduri/majlis bukak rumah baru... huhu... Al-maklumlah, sangat teruja apabila berpindah ke rumah baru...

Trip bermula pada jam 630pm di rumah McD dan rakan-rakan... Kat sane duk solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa sama-sama dengan set-set Melayu Islam... hehe... Diorang masak rendang agaknya... Aku pun dah lupa sebab banyak sangat makan... Lepak sana agak lama sebab melayan tetamu dan berborak... Jarang dapat peluang macam nie sebab masing-masing sibuk belajar....

Selesai bukak puasa, dalam 930pm, bergerak ke Pratham (Nama apartment) untuk melayan lagi 5 bijik rumah... Bermula dengan tingkat 2, bilik nombor 2 atau no rumah 202... Rumah milik Skantha dan kawan-kawan... Kat sana layan Coca Cola dan Sprites jer memandangkan perut dah full berbuka tadi... Selamat beer tak bukak lagi... Eish..> Astaga...

Pas tingkat 2, naik pulak tingkat 4, rumah Vidia dan kawan-kawan... Kat sana layan potato lovers dari Snack Shack... Mase tue aku dan Edi jer... Tambah makan ayam menda tah... Sedap gak...

Bila makanan/bolus dah menyesakkan salur pengahdaman aku, aku naik tingkat sepuluh, umah Pinky, Shar dengan Ina...Kat sana tak makan banyak dah... Sekadar layan masakan punjab Shar dengan Coke dan Sprites lagi... Berborak sakan la mase tue... Nak-nak pulak ada speaker macam haram besar... Berdiskosi la budak nie...

Gambar aku tak ambik banyak... Nak tengok, sila bukak facebook.. Aku upload gambar hp aku dulu... Gambar dalam hp Edi, aku upload lain kali...

Setakat ini saje... Nanti aku update lagi