Pages

Sunday, November 15, 2009

Biarkan atau Tidak?

Salam Alaik...

Rambut aku memang selalunya panjang... Apabila aku kecik dulu, masa sekolah rendah, rambut aku memang panjang, tetapi tidaklah sepanjang sekarang... Biasanya masa tue, rambut depan atau atas je yang panjang, sebab aku sikat belah tepi...

Bila masuk sekolah menengah, rambut aku panjang lagi, lebih panjang dari sekolah rendah... Sebab aku dah mula belah tengah, jadi rambut aku panjang kat atas... Kalau tarik, boleh sampai hidung la... Walaupun aku Ketua Biro Disiplin, aku tetap punya rambut yang panjang... Cuma, dalam 5 tahun aku kat situ, sekali je kena hampir botak... Itupun sebab sekolah buat undang-undang gila, suruh budak potong rambut guna mata satu... Aku jugak yang last sekali potong rambut tue, itupun lepas berdebat dengan Kapten ROR...

Lepas SPM, aku biarkan sahaja rambut aku tidak terpotong... Memang kembang + serabut + panjang giler la... Pergi sekolah masa Hari Anugerah Cemerlang pun masih panjang, siap kena tegur dengan cikgu lagi... Hehe...

Bila masuk INTEC, aku masih lagi kekalkan kepanjangan rambut aku... Cuma tidaklah sepanjang lepas SPM... Dan, kadang-kadang aku potong pendek bagi boleh jadi pacak... Kiranya kat INTEC nie la rambut aku mula pendek... Walaupun tak selalu, tapi boleh la tahan pendek...

Kalau kat India, aku biarkan dia panjang... Sejak lepas AUSMAT, aku biarkan dia panjang dan gunting hanya sekali sekala... Bila kat India, rambut aku agak panjang... Semester pertama, aku gunting sekali... Bila balik umah bulan 7 baru nie, aku ingat nak potong pendek, buat spike, tapi aku kansel saat-saat akhir....

Sekarang, rambut aku giler panjang... Walaupun tak speanjang budak Aussie, aku rasa dah cukup panjang bagi aku... Rambut belakang dah lebih bahu, rambut atas dah cecah bibir... Cuma belah tepi je nipis dan pendek sikit sebab Yob yang potong selepas raya...

Aku nak buat pendek rambut aku nie... Tapi aku sayang sebab nak simpan sampai sepanjang nie makan masa lama... Tapi kalau panjang, serabut pulak aku nak uruskan... Nak pakai gel atau minyak rambut memang aku tak suka... Ada yang kata suruh aku pendekkan rambut, ada yang kata biar je macam nie... Aku pulak 60-40... 60 untuk biar, dan 40 untuk potong... Kiranya aku nak ambik pendapat korang la nie, nak biar atau nak potong...

Undian:
Siapa yang rasa perlu potong, sila undi ya, dan sapa rasa perlu simpan, sila undi tidak... Undi anda merangkumi hanya 40% dari markah penuh... Sesiapa pun boleh cuba untuk mengubah keputusan aku dengan meninggalkan komen... Untuk mengundi sila lihat ruangan sebelah kanan entri ini..

Untuk pengguna facebook, sila ke sini untuk mengundi

10 comments:

  1. TTTTTIIIIIIDDDDDAAAAAAKKKKKK!!!!!


    sila potong ok. sgt tidak mgemari rambut anda yg pjg itu. serupa cam jambu bersama daun2nye.

    btw, rmbut masa sekola lagi anggun. rambut buku. i really admire that 1. huhu.

    ReplyDelete
  2. bek botak bro....baru r hensem mcm aku...haha

    ReplyDelete
  3. kalau nak simpan..
    simpan r..
    kalau nak botak..
    botak r..
    image ko..
    tapi kalau nak botak, wat je macam Eqal 2..
    lg licin ag bgus..
    wlucamne skali pn rmboot ko..
    ak tetap ag ensem r broo..
    sowie r..

    ReplyDelete
  4. meh aku adjust..
    nak??
    akoo layer nipis2...
    kasi cun cam rambut variant...
    wahhh...

    ReplyDelete
  5. Wehhh.. baik aok botak je... Koi tak suka ada rambut sbb lebaih kemas dn tak payah nak minyak2 dh...

    ReplyDelete
  6. Koi sokong kala aok botak jer..hehe!

    ReplyDelete
  7. Tok mempayoh potong weh..kuikui
    koi dulu zaman Carcass dulu bapok panjangnya..
    nok kawin munya hal misti potong hehe
    kala koi bujang koi layan panjang je machanc Rahimin..kuikui

    ReplyDelete
  8. Keknya kawan mmg x leh rambut panjang rajin pening ayam gitu hehehehe

    ReplyDelete
  9. tk payah potong.. baru lah maskulin

    ReplyDelete
  10. hmm...kalo nak potong jgn terlalu pendek,paling tidak boleh pacakkan..

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?