Pages

Monday, April 26, 2010

Kalau Lihat Panjangnya Tembok Besar, Panjang Lagi Aku Mencarut...

Salam Alaik...


Oh, nampak tenang awan ini, tapi malam tue ribut seyh~

Sebab dah hampir seminggu aku tak mencarut, jadi terpaksa la melayan entri aku yang aku rasa 'panjangdanlebatmengalahkanjanjiahlipolitik' nie~

Aku memang dah lama berhajat besar dan berhati besar bak taj mahal nak mencarut dalam blog nie, cuma masa dan tulang belakang aku gagal memberikan kerjasama penuh dalam usaha aku untuk menghapdet blog yang cikai ini...

Sepanjang minggu bermula hari isnin yang lepas (bukan hari nie), aku agak sibuk... Pagi memang takleh nak update sebab bilik ak nie matahari memang terbit lambat... Hatta jam loceng berdesing kat sebelah telinga pun aku tak sedar... Oh, aku sangat rindukan jam loceng Malaysia yang menjengkelkan... Eish...

Bila tiba tengah hari, aku pun makan + tido... Kalau bukak laptop pun, balas komen dalam FB dan mengtongsampahkan emel yang bersepah... Setiap petang pulak aku biasanya akan layan stamina aku kat depan umah sambil lepas stress kat bola hitam yang dah nak tercabut kulit... Elok-elok kaler hitam, pastu tukar putih sket (sebab tercabut kulit) dan sekarang sebab main atas tanah berdebu Manipal, dah tukar jadi cokelat~ Haha...

Cari Bola Yang Tak Tersembunyi

Pas maghrib, biasalah, sebagai seorang budak yang sedang belajar, bergerak ke library.. Ceh, rajin gilak aku~ Takde la study mana pun, cuma lepak kat Cofe Day berbincang isu semasa dan isu-isu lain... Cerita pasal FB, status kontroversi, Muktazilah, Syiah, dsb... Pastu gelak slow-slow sebab takut tempe yang berdating kat belakang tue terganggu~ Hehe...

Pas balik dari library, macam bese la, layan lepak lagi kat Nandini.... Sambil ditemani sebatang rokok berasap, dan lime juice 5 rupee sebotol (RM0.40), bersembang lebat macam ahli politik la... Kalau ada orang tangkap gambar aku, campur photoshop sket, buleh la buat kontroversi aku layan Carlsberg... Haha... Mangkuk la~

Sampai bilik memang la online, tapi tak lama... Aku takleh duk bersila lama-lama, kebas Gluteus Maximus aku... Belum campur vetebra yang macam osteoporesis nie (sejak bila lelaki muda ada osteoporesis nie)? Pas online seminit dua, sambil layan sokernet dan berkebun di Barn Buddy, aku duduk atas meja tulis 'diari seorang lelaki'... Hehe.. Kalau aku jadi PM, aku jual diari tue kat eBay... Boleh cecah RM 4 juta tue...

Itulah rutin seharian aku sepanjang minggu nie diselit sket dengan aktviti melayan ragbi, bola sepak, basketball malam-malam (ikut perangat tempe pakai jeans main basket) dsb... Maka, al-kisahnya aku pun berharap agar aku dapat tulis blog dan melawat blog kawan-kawan pada hujung minggu yakni semalam dan kelmarin... tetapi, ribut kencang malam sabtu tue berjaya meranapkan sistem elektrik kat Manipal lantas menggagalkan aku untuk online~

Hari Ahad, azamku bersambung.... Hajat nak cakap lebat pas MU menang dengan Spurs, tapi macam bese la, sibuk pulak dengan tido, test motor laju-laju kat highway dan melayan chroma key effect kat dalam video... Maka, terbantutlah lagi...

Malam isnin, sebelum tido, aku bukak la blog aku yang dah lama aku tak bukak nie... aku saja tengok livefeed, nampak la ada orang search dalam google yang terus direct ke blog aku... Aku bukak tengok terus ke link arkib Ogos 2008... Maka aku baca la segala apa yang aku tulis masa tue... Hehe.... Nostalgia beb... Dari hal peribadi, sampai ke hal politik semua aku lenjan... Masa tu kat Intec, banyak masa dan boleh online atas sofa~ hehe... Banyak la artikel yang boleh keluar...

Lepas syahdu melayan nostalgia, aku pun membukak blog member-member aku... Wah, boleh tahan update.... Banyak tertinggal nie... Aku pun mencatat isi yang sesuai untuk aku tulis pada hari esoknye (hari nie)... Tapi, masa tulis tadi, isi aku jadi berterabur.. Ah, tak payah la nak ikut isi.. Lenjan je la ikut otak... Apa ingat nak buat esei BM setebal 5 muka surat cikgu Mai masa kat SBPIT dulu ke? hehe...

Maka terhasil la entri ini~

Kah-kah-kah... Sapa yang nak baca cerita pasal travel aku dulu, boleh la layan kat sini.... Ketua rombongan yang buat... Aku tak rajin nak tulis panjang-panjang.,... Haha... Maaf... Ingat nak cakap lebat MU menang lawan Spurs, tapi tiba-tiba Chelsea pun nak menang jugak, 7-0 pulak tue... takpe la.. Ada rezeki menang la MU BPL nie... Kalau takde rezeki nak wat camne, kan? hehe...

Apa-apa pun yang berlaku, atau apa-apa pun yang kita fikir, atau apa-apa pun yang kita buat; pastikan semuanya berlandaskan Quran dan Sunnah.... Jangan duk kalut nak angkat sesetengah ulama khalaf tapi duk kutuk ulama khalaf yang lain... Jangan duk sibuk nak marah atau kritik ulamak lain 100% (SERATUS PERATUS) KECUALI ulama dia maksum melampau...

Sesungguhnya Islam itu agama Allah dan yang menerangkan syariatnya hanya rasulullah... Kalau nak angkat sangat Ibnu Arabi, atau nak angkat Ibnu Taimiyah sampai kutuk dan kritik Ibnu Hajar al-Asqalany atau al-Ghazali macam ulamak tue takde langsung jasa; baik tak payah la...

Sebelum habis, nak tunjuk gambar katil aku yang sentiasa kemas sepanjang minggu...
(Buleh klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Katil aku yang sangat kemas sepanjang minggu


Jazakumullah Khair~

Sunday, April 18, 2010

Lama Dah Wei

Salam Alaik...

Serius lama bebenor aku tak mengemaskini entri dalam blog aku nie... Bukan takde idea, cuma masa yang tak membenarkan sangat untuk aku duduk lama depan laptop... Tapi memandangkan hari nie hari minggu, aku kemas kini la sket~

Takde apa yang signifikan pun aku nak tulis, cuma aku nak letak satu gambar~


Haha... Nampak menarik, kan? Tapi, semuanya bergantung kepada takdir~ Harap-harap boleh la menang, tapi ekspektasi aku tak tinggi melangit sebab masih lagi satu mata kat belakang dan masih ada game dengan 'Ayam'... Apa-apa pun, tunggu dan lihat...

Adakah United akan memecahkan rekod 4 BPL berturut-turut + kejuaraan ke-19, atau kena tangguh musim hadapan untuk nombor ke-19...

Yang penting, perjuangan masih belum selesai... Hehe...

"Bola itu tak bulat, tapi sfera"

Monday, April 12, 2010

Incredile India: Trafik dan Bisleri

Salam Alaik...

Trafik
Balik dari kelas kurang lebih jam 3.30pm waktu India tadi memang masyuk naik Vespa merah Mirae dengan Edi... Banyak betul cabaran kat India nie... Haha...

Memandangkan jalan utama Manipal-Udupi dibaiki, jadi jalan alternatif (lencongan) menjadi sesak... Yang bagusnya, jalan alternatif tue lalu kat jalan yang set-set aku guna untuk balik umah...
Tadi, kesesakan berlaku sebab ada bas rosak betul-betul kat simpang yang kecik menghala ke Udupi... Paham la kesesakan dia tahap macam mana, kan?

Kitorang berdua nie duk naik Vespa kena la berhenti kat tengah jalan menuruni bukit depan Sonia Clinic (20m dari kejadian 3 hari sebelum raya)... Nak bagi saspen lagi, ada bas steady je main cucuk angin Vespa tue... Gerak sket Vespa, bas pun ikut gerak jugak.. Bunyi ngauman brek tue memang menyeramkan...


Aku rasa kalau boleh bas tue nak rapat 2 kaki dengan Vespa tue... Hampeh... Kalau brek bas tak jadi, eish....

Bisleri

Sampai kat umah, air mineral 20 liter dah habis.. Jadi, kerja Edi la duk telefon Air Bisleri suh hantar stok kat umah... Nie lagi satu perangai tempe, kitorang biasanya mintak 6 botol sekaligus sebab taknak telefon banyak kali... Tapi yang Bisleri nie memang hantar tak pernah cukup..

Mintak 6 dia bagi 4... Mintak 4 bagi 2... Sabor je la... Petang tadi:

(Setelah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu Pasar)
Aku: Pakcik, 6 botol ada tak?
Bisleri: Jap eh, nak tengok sat...
Aku: (Buat muka cool tahan nafas panas hati)
Bisleri: Takde la... 2 lagi esok eh?
Aku: (Senyum Sinis)
Bisleri: (Senyum kerang)

Aku tau, kalau dia cakap esok tue maknanya takkan hantar la.. Tunggu la next delivery, perkara yang sama akna berlaku...

INCREDIBLE INDIA!!!

Thursday, April 8, 2010

Incredible India: Bahagian II

Salam Alaik...

Seperti yang aku janjikan... Aku akan sambung lagi muat naik gambar pilihan dalam blog nie... hehe...Sebelum tue, biar aku bagitau sket statistik gambar aku berdasarkan tempat...

Secara ringkas aku ada 11 kumpulan gambar... Dan jumlah gambarnya seperti yang tertera:-

Aku dah muat naik gambar pilihan dari album 1-5... Dan kali nie giliran gambar pilihan album 6-11 pulak... Sila layan~ hehe


Redz 6: Manali dan Salji

Redz 6: Gagak hitam dan Bunga Epal yang putih


Redz 7: India Gate, lambang pengorbanan tentera India


Redz 7: Lambang keagungan malap dibawah imej bunga

Redz 8: Lambang cinta 2 manusia

Redz 8: Lambang Cinta Lagi... Jiwang sungguh

Redz 9: Menara Masjid Jama'; Masjid Terbesar India

Redz 11: Taj Mahal Hotel, pernah diserang pengganas


Redz 11: 5 daripada 7

Dah habis dah sesi gambar pilihan... haha... Gambar dipilih secara automatik yer... haha...

p/s: teknik terbaik untuk memastikan blog di'update' ialah dengan memecahkan satu entri kepada 2 bahagian.... Haha... Dan, walaupun kalah semalam, United akan tetap bangkit kembali... Aduyai~

Wednesday, April 7, 2010

Kita Percaya atau Kita Yakin?

Salam Alaik...

Apakah beza percaya dan yakin? Mungkin ada yang akan kata sama, dan ada jugak yang kata berbeza... Tapi aku bagi analogi mudah (mudah ke?) kali nie untuk membezakan yakin dan percaya...

Bayang kan kita berada di satu pertunjukan sarkas ngeri... Ada seorang pemanah hebat sedang membuat pertunjukan... Dia memanah sebijik epal yang diletakkan di atas kepala seorang pembantu sehingga epal itu terbelah dua... Pemanah tue ulang perbuatan yang sama sebanyak tiga kali, dan semua percubaannya berjaya...

Dan kita yang sedang berada di tempat duduk penonton mungkin akan percaya akan kehebatan pemanah tue... Tetapi adakah kita yakin?

Jika pemanah itu menyuruh kita meletakkan epal atas kepala kita, dan pemanah itu akan memanah epal itu, adakah kita akan berani menyahut cabaran tue? Kalau kita berani, maknanya kita bukan setakat percaya, tetapi yakin akan kebolehan pemanah tue....

Itulah yang membezakan percaya dan yakin... Tukarkan situasi tue kepada hal berkaitan iman... Iman yang kukuh ialah 'yakin dan percaya'... Adakah kita dah cukup yakin atau sekadar percaya? Tepuk dada dan lihat perbuatan kita~ Semoga iman kita kepada Allah dan rasul-Nya etc berteraskan keyakinan insya Allah...


Santai Sebentar~
(Ada kaitan dengan tajuk tapi sekadar persoalan, dan bukan tema)

NotaKaki: Aku percaya United boleh menang malam nie, dan aku jugak yakin United boleh pergi ke final UEFA Champs League.... Menang UCL? aku percaya... Yakin? Belum lagi~

Tuesday, April 6, 2010

Incredible India: Bahagian I

Salam Alaik...

Sewaktu cuti semester yang lepas, dari 20 Feb sampai 12 Mac, aku bersama lagi 12 orang budak berjalan-jalan merentasi utara India... Dan macam biasa la, aku komfem akan tangkap gambar... Secara umumnya, setelah sampai kat umah, aku telah membekukan kra-kira 2725 gambar (tak termasuk yang telah disampahkan)....

Secara keseluruhan, ada 6452 gambar diambil oleh beberapa kamera termasuk kamera aku...Gambar dari kamera aku telah dipecahkan kepada 11 album~ Hehe...

Biasanya aku akan letak segala gambar dalam blog lagi satu atau dalam Facebook, tapi memandangkan aku nak tulis panjang, aku letak dalam blog nie je la.. Haha...

Gambar yang aku letak dalam nie dipilih berdasarkan pilihan rambang dari album aku sebab kalau letak semua mati la aku nak muat naik satu-satu.... Jadi, layan je la...

Redz 1st: Muqadimmah Le Tera de India


Redz 2nd: Jaisalmer dan Unta Padang Pasir


Redz 2nd: Jaisalmer lagi


Redz 3rd: Kuil Emas Penganut Sikh (ala-ala Mekah)


Redz 4th: Amritsar dan Merpatinya

Redz 5th: Hotel Yang di Lereng Bukit

Redz 5th: Shimla dan Langit Biru


Insya Allah pasni aku letak gambar dari Manali, dsb pulak~

p/s: Klik gambar untuk paparan lebih jelas~

Saturday, April 3, 2010

Agak-Agak La Wey Kalau Nak Blog Walking Pun

Salam Alaik...

Biasanya memang ramai yang datang blog kita dalam stail blog walking... Dan biasanya memang diorang akan tinggal jejak dalam shoutbox... Ok, aku tak kesah... Bila letak jejak, aku boleh linkkan terus blog diorang...

Korang pun tau aku ada satu lagi blog pasal gambar (fotografi) kat sini, dan kalau korang pernah tengok blog tue, memang aku tulis sket jer... Yang ada hanya gambar dan deskripsi tentang gambar iaitu Tarikh, Masa dan Tempat... 3 Baris je untuk satu entri dan satu gambar yang biasanya aku upload terus dari Flikr... Kalau tak tengok lagi, silalah jenguk kalau rajin...

Maka, aku melawatlah blog itu tadi... Melihat shoutbox aku, aku nak gelak besar... Tengok la yang sempat aku 'alt+PrtSc' tadi...


Haha... Apa yang aku pelik ialah apa yang 'xborink bce'? Aku tak rasa blog tue boleh dibaca atau sesuai dibaca.. Kalau sesuai dilihat atau kata 'nice pic' takpe jugak... Jelas sekali shoutout yang copy-dan-paste untuk setiap blog yang dia jalan...

Kalau nak blog walking, sebelum kita tinggal jejak dalam shoutbox, baca la lebih kurang... Jangan la main copy n paste jer... Jelas sekali, masuk gengblogger pastu bukak semua link yang ada dalam satu window pastu letak jejak tanpa membaca...

Kalau salah letak macam nie la jadinya... Kantoi tak bertempat... haha...

Kepada sesiapa yang berkenaan, mintak ampun eh...Saja nak tegur... Kalau nak kopi-n-pes pun, biar berpada-pada...

p/s: Aku main agak je dia kopi-n-pes.. Tak tau la pulak kalau dia betul-betul baca blog tue... hehe

Friday, April 2, 2010

Snap-snap dan Memori

Salam Alaik...

Dah lama aku nak tulis dalam blog nie... Cuma banyak entri aku terpaksa aku batalkan dan tong-sampahkan sebab nampak macam terlalu kontroversi dan bahaya... Haha... Nak citer pasal Rooney injured dan bayern menang, kat ESPN pun boleh baca...

Kat Entri yang pendek nie, aku cuma nak kongsi gambo-gambo yang aku snap masa Le Tera de India [Tiga Belas (orang) di India]... Antara gamba yang aku rase semat, boleh check kat sini.

Selain tue gambar-gambar lain boleh check kat:-
Manali
Shimla
Tren Manipal to Delhi
Golden Temple

Gambar kat Taj Mahal, dan Delhi II dan Mumbai belum lagi dimuat naik.... Hehe... Sibuk... Link kat atas nie boleh jugak digunakan untuk pengguna yang tidak ber'facebook'...