Pages

Monday, July 26, 2010

Cerita Malam Minggu: RUMPAI

Salam Alaik

Hari itu di Laut Cina Selatan, merayau-rayau sekor penyu melayan alunan ombak syahdu di permukaan laut. Jaraknya dari pantai kira-kira lima belas rantai mengakibatkan alunan ombak yang sepatutnya hebat itu, dirasakan perlahan tatkala musim monsun timur laut melanda timur semenanjung Malaysia.

Penyu itu turun ke lautan dalam, mencari rumpai-rumpai yang dirasakan sedap tatkala perutnya masih belum lagi diisi... Sungguh, penyu itu hanya mahukan rumpai yang terbaik di saat nyawanya yang berumur 350 tahun itu hampir tamat... Ketika ia berenang perlahan, seperlahan alunan ombak menggerakkan batu karang, dia mencari-cari rumpai yang terbaik dari segi warnanya, dan lembutnya...

Dia terlihat rumpai yang hijaunya seperti daun pokok pisang (walaupun dia tidak pernah berjumpa secara terus dengan pokok pisang), dan lembutnya seperti timun laut yang mengesot-esot perlahan... Dia terliur, tetapi hasratnya mahukan yang terbaik sahaja... Dia teruskan perjalanan yang perlahan itu menghala ke pantai...

Dalam perjalanan itu, dia ternampak lagi rumpai yang berwarna hijau lebih muda dari daun pokok pisang, dan selembut ulat beluncas yang pernah dia nampak ketika bertelur di Hawaii dahulu... Diacukan mulutnya yang tidak bergigi ingin menjamah rumpai yang dirasakan sedap itu, tetapi apabila ingin sampai ke mulut, dia menarik kembali nafsunya... Mungkin ada yang lebih sedap bisiknya...

Perjalanan sejauh 13 rantai itu memperlihat kepadanya berpuluh-puluh rumpai yang semakin lama semakin mengiurkan.. tetapi setiap rumpai ditolak satu persatu kerana mahukan yang terbaik... Kini tinggal hanya 2 rantai untuk dia sampai ke Rantau Abang... yang mungkin destinasi terakhirnya untuk bertelur dalam hayatnya...

dan ketika berenang 2 rantai itu, dia hanya melihat butir-butir pasir pantai... dan tiadalah satupun yang ada rumpai yang seenak rumpai yang dia jumpa sebelum itu...Dia tidak mahu berpatah balik, karena dia tahu, jika dia berpatah balik, maka tenaganya akan habis tanpa sempat bertelur anak-anak penyu yang merupakan telur-telur bongsunya...

Ketika di pantai.. Digagahkan dirinya untuk mengesot... Di hayunkan kakinya menggali lubang... Dan ketika itu dia bertelur dengan tenaganya yang disimpan lama... Ketika bertelur dan menangis kesakitan, dia pengsan kerana hipoglisemia dan kurang tenaga...

Pasukan Sukarelawan Penyu WWF Cawangan Rantau Abang dengan segera menyedari perkara itu, ketika mereka mengintai penyu itu... Lalu, pasukan itu mengambil tindakan yang separa normal dengan mengangkat penyu itu dan dibawa ke pusat pemulihan penyu pengsan... Diberi bantuan perubatan haiwan oleh pakar penyu, sehinggalah penyu itu kembali jaga... Dia kecewa kerana sedar dia tidak sempat menghabiskan stok telurnya...

Setelah sedar, pasukan itu menghantar kembali panyu itu ke telurnya untuk menyambung tugas... Dan ketika itu, pasukan itu menghidangkan rumpai yang ditambah dengan MSG yang lazat kepada penyu itu sambil bertelur... Penyu itu menangis terharu dan makan sambil bertelur... Impiannya untuk memakan rumpai terlazat menjadi kenyataan... Ketika telur terakhir berjaya dikambuskan oleh penyu itu, penyu ituoun bergerak sejauh dua langkah, dan menghembuskan nafas terakhirnya...

Soalan SPM:

BERDASARKAN cerita di atas (melainkan soalan 3), sila jawab soalan di bawah.
1. Apakah moral di sebalik cerita di atas? [2m]
2. Kenapakah penyu itu menangis? [2m]
3. Bagi pendapat anda, apakah kesan MSG terhadap manusia? [1m]

2 comments:

  1. "penyu menangis siapa tahu' kawan amik SPM tahun bile yeek...tak reti nok jawab juge hehehe...

    Salam juga semoga aok ceria sokmo.

    ReplyDelete
  2. Kome tak dan pun SPM..suh sekoloh bantai lari masuk hutan..

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?