Pages

Tuesday, November 30, 2010

Cerpen: Diari Seorang Lelaki III

Salam Alaik...

p/s: Ini ialah sebuah Cerpen

Malam itu hatinya begitu gembira. Menerima sebuah pesanan ringkas di telefon genggamnya daripada seorang rakan perempuan yang diminatinya memang sangat mengujakan... Setiap kali menerima pesanan ringkas itu, dia terasa seperti dia berada di kayangan, seperti menerima hadiah berupa sehelai baju sang bidadari syurga. Kegembiraannya seperti tiada tolok bandingnya, hatta apabila mendapat markah 99% untuk kertas Matematik Tambahannya masih lagi gagal menyaingi kegembiraannya itu, walaupun markah Matematik Tambahannya tidak pernah melepasi dua angka...

"Dah makan nasik ayam tadi"

Mesej yang ringkas, ditenung lama... Dirasakan berdasarkan mesej itu bahawa penghantarnya mempunyai perasaan cinta kepadanya.... Ya, hanya satu ayat, yang tidak punya makna yang besar bagi sang kebanyakan dirasakan begitu istimewa... Senyumannya panjang sehingga lidahnya mampu menjilat Mastoid Process di belakang telinganya... Dia membalas, "Sedap tak nasik ayam?" dan kemudian menunggu... Menunggu dengan penuh harap... Matanya tidak pernah lepas daripada telefon genggamnya, Nokia Siri 3 yang paling popular, 3310...

"Sedap"

Dan kegembiraannya kembali lagi... Hebat seperti tadi... Dia terasa seperti mengambil kokaina pada dos yang kecil, mampu menyebabkan euforia* dan perasaan dihargai... Dia tersangat yakin, yang pengirim pesanan ringkas itu sangat cinta akan dia... "Serius", getusnya dalam hati... Dan dia tertidur dalam kegirangan yang amat melampau, dan terbawa-bawa ke dalam mimpi...

***

Keesokan harinya, dia bersarapan di Restoran Ali Hijrah, bersendirian... Roti canai dua keping, dan kuah dal sambal menjadi hidangan paginya setiap hari, tanpa gagal... Dan telefon genggamnya seperti biasa, berada di sisinya di atas meja itu...

"Sorang je?" tiba-tiba Aiman menegurnya... Ditarik kerusi di hadapannya dan duduk tanpa dijemput...

"Sorang je la... Sapa lagi nak makan dengan aku," balasnya ringkas...
"Ala, awek kesayangan ko takde ke?" Aiman menambah...

"Haha... dia bangun lambat la... Mana sempat nak bersarapan"
"Owh... Aku tak pernah nampak pun ko keluar dengan dia... Ko selalu citer, tapi tak pernah tunjuk pun..."

"Alang-alang ko kat sini, meh aku tunjuk bukti," dia menolak pinggan roti canainya ke tepi dan mengambil telefon genggamnya dan dibuka pilihan 'peti masuk' dan menunjukkan mesej yang diiterimanya semalam kepada Aiman...

"Apekah?" soal Aiman, pelik...
"Ko baca tak mesej tue?"

"'Makan nasik ayam'?"
"dan lepas tue?"
"'sedap'?, so?"

"ko tak nampak ke apa yang aku cuba buktikan?"
"Apekah?" Aiman membuat muka bosan sambil mulutnya senyum sinis...

"Ko tak rasa ke dia mencintai aku?" katanya bersungguh-sungguh...
"Ape daa... Dengan dua mesej tue ko nak kate dia cinta akan kau? Takde pulak aku baca ayat 'aku cintakan kau' atau sekurang-kurang 'ILUSM'"

"Ah, ko tak tau! Aku baca mesej nie je pun aku dah tau dia cintakan aku sebagaimana aku cintakan dia..."

"....... Aku rasa kau ada masalah la." Aiman bermuka serius...
"Ko tak percaya kat aku ke?" balasnya dengan muka seposen...

"Aku rasa baik ko taip perkataan Erotomania kat Wikipedia, dan fahami apa maksud tue" Aiman bersahaja, dan menganggkat punggungnya bergerak meninggalkan Ali Hijrah tanpa bersarapan...

-Tamat-

*Euforia - Perasaan gembira yang berlebihan, teramat sangat gembira
*Erotomania - Perasaan delusi seperti dicintai seseorang walaupun sebenarnya tidak...
*Delusi - Kepercayaan yang palsu, tetapi sangat utuh; berlawanan dengan realiti dan kebenaran; tidak boleh digoncang, diubah dan dikongsi walaupun kepalsuannya telah dibuktikan.

P/s: Aku pun tak faham sebab apa aku tulis cerpen nie.. Nie semua sebab exam forensik kot... Haha... Sorry kalau plot terlalu ringkas... Malas nak tulis panjang-panjang... Lagi satu, nak memperkenal 'adab memerli' yang ditunjukkan oleh Aiman pada dialognya yang terakhir... Hehe...

Monday, November 29, 2010

BAD: Bait al-Hikmah

Salam Alaik...

Aku punya satu impian, di kala waktu aku sudah dewasa, yakni ketika sudah aku bekerja dan juga mungkin tika aku sudah punya rumah sendiri yang tetap dan tidak hidup secara nomad (berpindah randah akibat ditukar hospital), aku mahu punya sebuah bilik yang khas di rumahku untuk menempatkan buku-buku aku... aku dah fikir banyak kali dah, aku mahu jadikan satu bilik di rumahku sebagai satu bilik Ilmu...

Kau jadi doktor nanti sempat ke nak baca?

Peduli ape aku sempat ke tak... Yang penting aku cuba untuk kumpul buku-buku terbaik... Kalau bukan aku yang sempat baca, insya Allah keluarga aku boleh baca... Mungkin anak-anak aku rajin nak baca... Aku nak didik diorang budaya membaca... haha... paling koman pun, paling bangsat (ini bukan bahasa kasar, ini loghat) pun aku boleh baca bila aku dah pencen... haha.. Plan jangka panjang beb...

Benda nie bak kata orang, hendak seribu daya, taknak seribu dalih...

Buku ape ko nak letak?

Haha... Banyak la... Sebagai seorang muslim wajib dah aku ada koleksi Tafsir Ibnu Katsir, dan Sunan Sittah (Koleksi Hadis oleh Imam Hadis yang enam)... Kalau awal-awal dapat Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan Thirmidzi jadi dah... Senang nak rujuk kalau ada permasalahan... Takde la asyik nak google jer... Google nie bagus, cepat; tapi hadis atau ayat quran yang kita cari tak melekat dalam kepala... Aku ingat nak buat koleksi buku hadis yang Bahasa Arab... Itupun kalau bahasa Arab aku tak berkarat bila dah jadi doktor....

Dan sebagai seorang doktor (insya Allah) maka, wajib jugak bagi aku untuk koleksi buku berkaitan dengan Perubatan... Pathology, Surgery, Medicine, Pharmac, OBG dan sebagainya... Kalau ada buku agama tanpa buku perubatan, aku hanya seorang Muslim, dan bukan Doktor yang Muslim... Kalau dapat Qanun fi t-Tib oleh Ibnu Sina pun bagus jugak... Walaupun tak penting dah sekarang buku tue, tapi koleksi sejarah tue yang penting... Haha... Senang la nak rujuk kalau lupa... Ingat dha jadi doktor kira dewa (hebat ok, bukan dewa yang syirik tue) la dalam bidang perubatan? Nope... Kalau dewa, takde la patient mati sebab salah diagnose... Aku bukan Greg House...

Lor, tue je ke? Formal dan skema giler kau!

Agak-agak la! Takkan aku nak bagi anak-anak aku baca Sunan Thirmidzi atau Medicine waktu umur 10 tahun? Nanti bila baca hadis ak tau Mustolah Hadis payah gak... Mula la sesat... Pergi sekolah membid'ahkan semua benda (hehe)...

Aku seorang bapak yang baik hati... Aku memahami kehendak anak-anak aku... Jadi, aku bercadang jugak nak letak komik.. Haha... Antaranya aku terfikir full-volume Doraemon... Bagi anak aku pandai imaginasi, mengasah otak... Shin Chan? Tak kot... Lucah... Haha... Selain tue aku nak letak gak Ujang... Faveret aku kot... Di kala lapang, boleh la baca...

Buku bukan fiksyen lain aku nak letak gak.. Mungkin briefer History of Time, atau buku-buku sejarah... Biografi, dan sejarah penting kot... Bak kata ntah-sapa-ntah, "Orang yang melupakan sejarah akan mengulanginya"... Erks, Liverpool selalu ingat sejarah, jadi diorang takkan ulang la, kan? Haha...

Mungkin jugak aku isikan buku-buku seni... Mungkin la... Aku pun tak tau sebab ape... Hehe... Kalu ada pun, kecil je prioritinya... Buku lain-lain aku fikir lain kali... Hehe

Sebut pasal Liverpool, takde buku pasal United ke?

Banyak cengkadak kau! Mesti la ada... Takkan aku nak sebut satu-satu kot... Sendiri faham la...

Ada lagi nak cakap apa-apa?

Hurm... (diam sebentar)
Jadikan membaca budaya kita!

Ceis... Skema sungguh!

Sukati aku la! Ko tanya tadi, kan?

p/s: BAD ialah satu segmen baru yang aku wujudkan... BAD merujuk kepada Bila Aku Dewasa... haha... Bertambah lagi satu segmen selain 'Siri Falsampah'; 'Plan Gila'; dan 'Cerpen'... Keh3x...

Saturday, November 27, 2010

Hai Mambang!

Salam Alaik...

Aku bersyukur kerana diberi peluang yang indah untuk menulis kali ini... Mana tau lepas nie takde peluang dah nak menulis... Hehe... Sebenarnya aku cilok kejap masa study microbe nie untuk menulis... Bukannye aku taknak study, tapi tekanan dowh... Banyak giler... Huhu...

Banyak usaha aku malam ini untuk meminati Microbe, antaranya membayangkan semua kuman-kuman comel itu menarik, dan memberi kata semangat kepada diri sendiri untuk mencintai Microbe... Tapi sayang, microbe terlalu banyak untuk disayangi, terlalu rumit untuk dikenali, dan paling penting, terlalu dalam untuk difahami dan dihafal...

Mungkin salahku mengambil jalan minit terakhir, tetapi aku yakin, ramai jugak member-member aku yang lain akan fikir sama dengan aku... Takpe la, salah satu cabaran dan dugaan dalam dunia perubatan... Bukan senang untuk senang, dan bila dah memilih jalan ini, hadapinya dengan tabah, dan sanggup korbankan segalanya untuk agama, bangsa dan negara....

Sekian...
Yang hanya fikir-nak-tidur-lepas-exam,

RDT

Friday, November 26, 2010

Khutbah Jumaat Yang Komfem Makmum Tak Tido

as-Salamu 'Alaikum...


Inna l-hamduliLlah. Asyhadu an la ilaha illaLlah, wa asyhadu anna Muhammad rasuluLlah. Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad.

Sidang Jumaat sekalian, ittaquLlah!

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 2: "Dzalikal kitaabu la raiba fiih. Hudal il-Muttaqin" yang bermaksud, "Itulah kitab yang tidak ada keraguan dalamnya, petunjuk bagi orang yang bertakwa". Mimbar jumaat hari ini menegaskan betapa al-Quran itu penting sebagai sumber petunjuk bagi orang yang bertakwa. Jika mahu menjadi orang yang bertakwa, bersedialah untuk menjadikan al-Quran sebagai garis panduan yang ketat untuk menjalani hidup di dunia ini.

Aqulu qauli hadza, wa astaghfiruLlah al-'azim li walakum.


Alhamdulillah. Asyhadu an la ilaha illaLlah, wa asyhadu anna Muhammad rasuluLlah. Allahumma salli 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad. Ya ayyuhal Muslimin, "ittaquLlaha haqqa tuqaatih. Wala tamuutunna illa wa antum Muslimuun."

Mimbar jumaat dengan ini menyeru agar hadirin sentiasa bertakwa kepada Allah, dan sentiasa menyeru kepada kebaikan serta menegah kemungkaran.

Allahummaghfirlil Muslimeen.

Aqimus Solah!

p/s: Inilah teks khutbah yang mencukupi syarat wajib yang perlu ada dalam khutbah... Kalau ada khatib baca macam nie, komfem, makmum takkan tidur, sebab diorang takkan sempat nak tidur. Sekejap sangat... Hehe... Boleh pendek lagi sebenarnya...

Jom melakukan revisi rukun khutbah (aku ingat-ingat lupa sebenarnya, betulkan kalau salah):-
1. Pujian kepada Allah
2. Mengucap Syahadah
3. Selawat ke atas Nabi
4. Menyeru ke arah ketakwaan
5. Sekurang-kurang satu ayat Quran
6. Doa kepada kaum Muslimin
7. Semua rukun mesti dalam Bahasa 'Arab.

Lengkap, kan? Hehe... Sekadar berkongsi di pagi Jumaat... (^^) Selamat Menyambut Penghulu Segala Hari!

Monday, November 22, 2010

Cerpen: Diari Seorang Lelaki II

Salam Alaik...

p/s: ini ialah sebuah cerpen

Fajar pagi jam 5.14am sudah muncul di ufuk timur dan lelaki itu masih berada di depan mejanya, memerhati setiap penjuru yang penuh dengan keserabutan buku dan alat tulis. Sebuah bingkai gambar yang terisi lukisan ala kanak-kanak tadika menjadi unsur selain daripada itu. Dialih pandangannya ke sisi paling hampir kepadanya. Dilihat pada monitor telefon genggamnya, tertera bait-bait nombor 0515, sambil komputer ribanya masih menyanyi lagu 'Diari Seorang Lelaki' sejak dari selepas malam melepasi jam 12am.

Sudah lebih 5 jam dia memerhati telefon genggam itu. Apple iPhone 3G 16Gb masih lagi berada di tempat yang sama. Dan selama lebih 5 jam itu dirapatkan tangannya ke telefon itu, dan kemudian ditarik kembali menghampiri badannya yang ber'sweater' berwarna perang. Terasa seperti sesuatu yang menghalang dia memegang telefon genggamnya.

Setelah 5 jam berada di meja. Dia bangun, membasuh muka dan mengambil wudhu'. Setelah itu dibukanya almarinya mengambil sehelai shemagh, dan dililitkan di lehernya. Diambil kunci motornya yang dicampaknya ke atas katil malam tadi, dan pantas menuju ke arah motornya lantas memecut meredah kebiruan malam akibat fajar tadi.

Dalam perjalanan, tangan kirinya sentiasa meraba poketnya. Cuba mengesan jika terdapat getaran yang hadir dari telefon genggamya. Dan sehingga tiba di destinasinya, getaran itu tidak kunjung tiba. Ditongkatkan motornya dan dihayun langkah perlahan menuju ke dewan solat. Ketika itu hanya bilal berada di saf hadapan. Menunggu jemaah lain dan tok imam. Jam di dinding menunjukkan 5.25am. "5 minit lagi mungkin," getus hatinya.

"Assalamualaikum warahmatullah," solat Subuh tanpa sujud sahwi walaupun qunut tidak dibaca. "Imam mazhab Hanbali memang macam ni," teringat kata-kata seniornya dulu. Selesai salam, terus dia berdiri meninggalkan jemaah yang ada kira-kira 6 orang termasuk imam itu. Pantas langkahnya menuju keluar. Melepasi pintu, dia mengeluarkan telefon genggamnya, dan melihat jika ada sesuatu.

Bergerak perlahan meninggalkan masjid, dia memulas pendikit minyak dengan tenang sambil menghirup udara pagi segar. Berhenti seketika di tepian bukit, berhampiran pencawang elektrik, dan melihat ke arah timur, ke arah pantai yang terletak 7km daripadanya. Kedudukannya di atas bukit memampukan dia melihat terus ke arah pantai, dengan bantuan cahaya yang telah banyak menerangi langit. Ditongkat dua motornya, dan dia duduk di atas motornya. Mengeluarkan sebatang rokok, dan menyalakannya.

Ditenung ufuk timur, dan dibayang memori silamnya, memori yang manis, dan pahit bergabung mencarcamerbakan pemikirannya. Setiap bait-bait lagu yang pernah didengarnya, menambah kerumitan dalam jiwa. Dia termenung sendiri, seperti selalu pabila hati terasa seksa. Lepas sebantang, ditambah sebatang, sehingga habis isi dalam kotaknya yang telah tinggal lima. Segala seksa jiwa masih terasa, cuma intensitinya berkurang dek kerana 100mg nikotin melalaikan mindanya yang kusut.

Sesudah tiba di rumahnya yang tersergam indah, dia menuju ke biliknya yang berada di tingkat bawah. Duduk di hadapan meja belajarnya, dan shemaghnya dicampak ke atas katil bersama 'sweater'nya. Diletak telefon genggamnya itu kembali ke atas meja. Dan masih menunggu sesuatu. Dia sepi sendiri. Hanya bunyi pusingan kipas menemaninya. Rakan serumahnya semua masih enak dibuai mimpi selepas Subuh. Sedang dia masih belum lagi menjamah nikmat katil malam itu. Matanya terasa berat.

Dan sedang dia hampir tertidur di atas meja. Dia terasa getaran, lantas matanya dibuka dan dipandang tepat ke arah telefon genggamnya. Ya, teleofn genggamnya sudah bernyawa baginya. Dia angkat, dan melihat mesej. Membuka dengan penuh harapan. Dan dia tersenyum. Penantiannya berbaloi.

"Tambah nilai anda berjaya. Baki: RM14.25 Sah sehingga 25/11/2010. Sender: 2888"

p/s 2: Pernah ke orang tunggu pengesahan tambah nilai sampai 8 jam? Tak logik sungguh cerita nie
p/s 3: Haha... Aku tak boleh resist untuk menulis... Ceit.

Saturday, November 20, 2010

Kersani: Mentera Semerah Padi dan Mat Kilau

Salam Alaik...

Lepak-lepak di Nandini Store dengan Doo dan Edy selepas balik library memang satu rutin... Dan malam tadi mendengar lagu Mentera Semerah Padi M. Nasir... Lalu timbullah satu persoalan... Apakah maksud 'Kersani'?

Sebelum membebel panjang, aku letak dulu lirik mentera semerah padi...

M. Nasir
Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Aku ambik kat sini

Memula dengar aku ingat mentera semerah padi nie hanya mentera lagu biasa, yang takde kaitan dengan apa-apa jampi klasik... haha... Lepas aku dengar dan timbulnya persoalan tentang apa itu 'kersani', maka aku pun balik dan tanya Mr. Wikipedia...

Maka jawapannya:

Besi Kersani adalah istilah yang sering digunakan di dalam mantra pendekar silat dan penganut ilmu batin di kawasan Nusantara (Indonesia dan Malaysia) terutama di dalam budaya Melayu. Di dalam bahasa Minangkabau besi kersani disebut sebagai basi karasani. Istilah besi kersani ini juga tertulis di dalam Alkitab di Kitab Yeremia 15:12 versi Terjemahan Lama, yang berbunyi: "Adakah besi yang dapat memecahkan besi dari utara, yaitu besi kersani?". Istilah kuraisani (bahasa Melayu lama untuk kersani) ini juga terdapat di dalam Naskah Melayu tua yang ditemukan di Tanjung Tanah, Kabupaten Kerinci yang berisi tentang undang-undang dari Raja Aditiawarman untuk daerah tersebut [1]


Jika melihat dari bahasanya, besi kersani ( besi kursani, qursani, khurasani , khursani) mungkin berasal dari kata khurasan [2] atau khorasan, suatu kawasan yang meliputi bagian dariIran, Afganistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Di kawasan ini dahulunya dihasilkan pedang dengan kualitas besi yang sangat bagus dan kuat. Kekuatan besi inilah yang kemudian diibaratkan menjadi kekuatan batin di dalam tubuh oleh pengamal ilmu batin.

Nampak tak apa maksud kersani?

Kenapa Kersani ada dalam Mentera?

Untuk melambangkan kekuatan yang baca mentera tue la... Takkan tak baca kat atas nie... hehe... Jadi, mentera yang mengandungi unsur perkataan kersani nie memang wujud la... Dan semestinya bila namanya 'mentera' maka ada unsur metafizik... Ishk... Nampak tak unsur khurafat kat situ? Hehe..

Maka katanya Mat Kilau, pahlawan kebanggaan Pahang, juga punya mentera yang ada unsur kata kersani, yang berbunyi lebih kurang begini:-

Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........

Hehe... Adakah ini petua untuk menjadi kuat dan hebat? Gagah dan berani? Oh, anda salah... Ini sekadar mentera untuk pembakar semangat (bukan semangat hantu tue)... Sekadar satu rima yang membawa maksud yang dalam..

Kalau ingat baca mentera nie jadi kuat, atau pakai besi kersani boleh jadi kuat, nanti ada risiko untuk khurafat, dan mungkin boleh menjadi syirik... Aku dah bagi amaran awal-awal ok...

Tapi bila baca kat sini, aku dapat tambahan banyak lagi mentera... Mula la sifat syak wasangka dalam diri aku menyelaputi sisi-sisi husnuzon aku... Maka bilamana terbaca akan mentera ini, aku berfikir sejenak betapa mentera ini ada unsur yang nampak 'islamik' tetapi diselit dengan sedikit unsur khurafat, bid'ah dan wahdat al-wujud...

Aku bukan mufti atau ulama' untuk menilai benda tue... Haha... Sesuka hati aku jer nak kata khurafat la, bid'ah la, wahdat al-wujud la... Jadi, aku tarik balik komen aku di atas tue... Boleh tengok sendiri dalam blog tue untuk menilai... Tapi, mengikut pengamatan aku yang kurang ilmunya ini, maka janganlah diamalkan mentera atau jampi atau doa itu kerana jelas sekali tidak menepati syariat Islam dan sunnah Nabi S.A.W...

Eish... Ape kejadah? Nak cerita pasal besi kersani tetiba pulak termasuk dalam mentera, khurafat dsb nie? Lari topik sudah!

Mengetahui sejarah itu penting, yang benar jadikan panduan, dan yang salah dijadikan sempadan... (^^)

Aku nak exam selasa nie... Bebudak SPM, aku ada block exam... Jadi, aku menggantung dulu la penulisan blog ini selama semaksimanya sehingga minggu selepas minggu depan...

p/s: Teringat petua seseorang kepadaku untuk mengelakkan diri ditahan ketika pemeriksaan pengawas sekolah (zaman rambut panjang dulu). Baca ayat ke 9 (tak silap aku) surah yassin... Jangan amalkan, kerana tidak menepati sunnah!!

Tambahan (26 Mac 2014)

Setelah bertanya kepada Ulama' kontemporari, beliau berkata bahawa mentera dan jampi lama-lama yang tidak berasaskan ayat Quran dan Hadis Nabi DIHARUSKAN untuk diamalkan selagi tidak ada unsur syirik dan khurafat..

Kalau duk puja besi, panggil jembalang tanah atau seru penjaga kawasan, maka itu ialah syirik dan haram diamalkan.. Kalau sekadar sebut besi dan doa kepada Allah supaya tulang sekuat besi, takde masalah..

Mungkin ada daripada tulisan awal aku nie yang perlu diubah.. Aku akan ubah nanti la bila berkelapangan jika perlu..

Tuesday, November 16, 2010

Salam

Salam Alaik...

Raya Haji Eid al-Adha kembali... Kat India diorang panggil Bakrid.. Tak tau la sebab apa... Aku tak kesah pun, asalkan ada cuti dan ada solat sunat hari raya... Hehe...

Selamat Eid al-Adha la kepada semua Muslimin di seluruh dunia khasnya yang membaca blog aku nie...

Esok meriah la surau-surau apabila ramai datang membantu menumbangkan haiwan korban... Biasanya kat Malaysia lembu la yang menjadi keutamaan... Tapi di India, kerana lembu sangat sensitif, jadi korban di sini hanya kambing...

Kambing pun kambing la, asalkan Sabtu nie ada sambutan di rooftop Premier Greenwood gulai kambing... (^^) Alhamdulillah...

p/s: Apa-apa pun aku merindui daging bakar dengan cicah kicap... Pegh... Klasik... Kat sini, takde la nak dapat lembu walaupun lembu bersepah merata-rata...

Sunday, November 14, 2010

Nampak Elok Je...

Salam Alaik...

Autopsi ialah satu terma yang digunapakai untuk merujuk kepada prosedur post-mortem iaitu pembedahan selepas mati untuk mengkaji punca kematian seseorang... Autopsi hanya untuk orang yang mati, dan sebaliknya Biopsi, hanya untuk orang hidup...

Boleh tahan tak intro aku? Hehe...

Aku dah pergi 3 autopsi dari 4 autopsi yang diwajibkan untuk pelajar MBBS seperti aku.. Alhamdulillah, aku balik dengan selamat tanpa pitam, pengsan, muntah dsb... Dan juga takde badi mayat ikut (khurafat sungguh).... haha...

Daripada 3 kes autopsi tue, dua daripadanya kes RTA atau dengan kata lain Road Traffic Accident, atau Kemalangan Jalan Raya... Dua-dua kes tak menyeramkan dari segi rupa luaran... Mayat elok, tanpa ada kesan yang teruk seperti patah, tercabut kepala dsb... Hanya ada luka kecil dan kesan lebam...

Agak-agak kenapa maut? Sakit jantung sebab terkejut? Haha... Tak... Maut sebab pendarahan dalam otak... Ya, tak nampak di luar, tapi di dalam tengkorak penuh darah yang bakal menyebabkan fungsi otak hilang dan seterusnya maut...

Biasanya yang pendarahan otak nie sebab tengkorak pecah atau retak, atau paling koman otak lebam sebab berlaga dengan tengkorak akibat pergerakan yang ekstrim...

Jadi artikel aku yang panjang lebar nie sebenarnya nak memesan supaya penunggang motorsikal, SILA PAKAI HELMET!

Ada seorang student Malaysia di India maut beberapa hari lepas sebab pendarahan bawah dura atau secara umum pendarahan otak jugak la... Kepala terhantuk kat longkang setelah terbabas mengelak Auto (Beca Bermotor)...

TAPI, kalau pakai helmet TAK IKAT tak guna jugak... Kalau pakai helmet, dan ikat kemas TAPI BAWAK MACAM SETAN sama jer la... Yang penting, ikut undang-undang keselamatan jalan raya.. Boleh mengurangkan risiko eksiden dan maut... Tapi, ingat, ajal maut di tangan Tuhan... Kalau dah ikut semua tiba-tiba sebijik kelapa jatuh atas handle dan kemudian terbabas melanggar bas dari arah bertentangan, nampaknya takde rezeki nak hidup lama...

Sekian... Keh3x

Wednesday, November 10, 2010

Adakah Anda 2 Peratus Terhebat?

Salam Alaik...

Albert Enstein katanya telah menyediakan satu teka-teki yang hanya 2% daripada populasi dunia mampu menjawabnya... Dan aku lampirkan satu gambar tentang teka-teki itu... Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Persoalannya: Siapakah yang memelihara ikan?

Layan...

Aku dah tau jawapan.. tengok korang plak macam mana... Huhu...
Boleh copy dan save gambar untuk disebarkan... Mana tau, ada yang dapat jawab.. haha...

Kalau dapat jawab, aku tak bagi hadiah sebab kos penghantaran dari India mungkin dah melebihi nilai hadiah itu...

Kalau ada masa terluang dan terasa macam nak menguji minda, boleh la try... Cikgu-cikgu boleh ambik bagi kat anak murid tengok IQ sapa power...

Amaran: Nama, watak, dan situasi hanyalah rekaan semata... Aku cuma terjemah dan ubah sikit... Meminum beer (yang memabukkan) adalah haram di sisi Islam...

Sapa dapat jawab, sila tinggal di ruang komen berdasarkan turutan berikut:- No rumah, warna rumah dan nama pemilik..
Contoh: #6 Ungu Redz

Selamat Mencuba, dan selamat maju jaya...

ADAKAH ANDA 2% DARIPADA POPULASI DUNIA ITU?

Sunday, November 7, 2010

Ketua Geng Merpati Diberkas

Salam Alaik.

MANIPAL, Ahad -- Ketua Geng Merpati yang menceroboh rumah penduduk di Manipal diberkas tengah hari tadi. Merpati itu yang berwarna hitam keperakan ditahan dalam usahanya untuk menceroboh bilik di rumah raya. Penahanan itu membantu siasatan dalam 3 kes pencerobohan yang lain.

Ketika dikepung oleh penduduk tempatan, merpati itu ditemani pasangannya yang mempunyai warna yang sama. Walau bagaimanapun, pasangannya berjaya meloloskan diri sebelum penduduk tempatan menutup tingkap dan menghalang merpati itu keluar dari bilik itu.

Merpati itu kemudiannya dibawa untuk disoal-siasat, dan kemudian dibebaskan setelah mendapat ikat jamin oleh penduduk yang enggan dikenali. Penahanan merpati itu belum cukup untuk menghalang kegiatan menceroboh rumah penduduk di Manipal pada musim mengawan merpati itu.



Berita lain:

MANIPAL, Ahad -- Pasukan Standard Kampung (24 I) yang memakai jersi Liverfool berjaya mara ke separuh akhir Liga Inter-Batch MMMC yang dianjurkan oleh Student Council. Pasukan itu yang menang satu perlawanan (vs 25 I) dan seri untuk 3 perlawanan yang lain berjaya mara setelah mengumpul 6 mata. Lawan mereka di separuh akhir masih lagi tidak diketahui dan akan diketahui menjelang petang ini.

Mengulas pencapaian itu, kapten Standard Kampung, Aliffdo berkata, "kita rasa seronok lah dengan pencapaian ini. Misi kami dari awal perlawanan sehingga habis, hanya satu. Dan kami berasa gembira la mengekalkan misi itu."

Ketika ditanya tentang misi itu, kapten itu enggan memberitahu. Pasukan Standard Kampung diwakili oleh Doo, Mantap, Rohil, Semi, Oyop, MatYie, Arvend, Redz dan Wawan.

Gambar Ihsan Irfan Bakhtiar

Update: Standard Kampung telah menjuarai pertandingan Futsal Interbatch 2010... Kejayaan Standard kampung disusuli dengan kejayaan Liverpool di EPL masing-masing menentang Chelsea dan West Ham... Apabila Standard Kampun menggantung kasut bola (tak main la makenye sebab dah menang), Liverpool kembali kepada prestasi hambar dengan kalah kepada Stoke City dan juga yang terbaru Spurs...

Pengumuman: Entri aku tentang Statistik Perokok telah dikemaskini dengan fakta baru. Boleh dirujuk di sini (tulisan warna kuning)

Saturday, November 6, 2010

Cerpen: Diari Seorang Lelaki

Salam Alaik...

p/s: Ini sebuah cerpen.

Jam di atas meja belajar berwarna coklat itu berbunyi bising. Hendak dicapai, tangan yang malas itu terlalu berat untuk diangkat menekan punat merah jambu di kepala jam itu. Lalu ditarik selimut tebal yang juga berwarna merah jambu itu meliputi seluruh badannya yang bergetar marah akan jam yang berbunyi bising.

Beberapa minit selepas itu, sinaran mentari menerobos melalui tingkapnya menyuluh tepat ke tubuhnya yang berselimut tebal. Dia lantas menyumpah seranah sang mentari yang hanya menjalankan tugasnya. Dia bangun dengan muka kelat dan masam, menuju ke arah tingkap. Dan sedang ingin menutup tingkap itu, dia ternampak segerombolan manusia sedang melintas di hadapan rumahnya. Mereka berpakaian hitam, bertutup kepala dan membawa pada setiap seseorang sebiji bola berantai yang berasap.

Dia menjadi kaget, lantas berlari deras menuju ke pintu, berhajat untuk bertanya tentang itu kepada rakannya, di tingkat bawah. Ketika dia melepasi pintu dan menghala ke tangga, badannya terasa amat berat dan bergerak perlahan. Langkahnya dirasakan sangat kaku dan keras, berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk menuruni anak-anak tangga yang dirasakan bergoyang.

Melepasi tangga, berhadapan dengan tingkap dia melihat perarakan hitam itu berkawat kemas, dan setiap jiran-jirannya keluar rumah berpakaian hitam dan mengikuti perarakan itu. Dia berasa sangat pelik. "Mana mungkin aku tidak tahu jika ada perarakan besar seperti ini," getus hatinya pelik.

Sedang langkahnya masih berat, dan keras, dia menuju ke bilik kawannya. Dia bergerak sangat perlahan, sehinggakan semut yang berarak di sebelahnya lebih laju memawa gula. Sedang dia bergerak perlahan, dia melihat kawannya juga berpakaian hitam, dan keluar menuju ke pintu depan. Dia cuba menjerit memanggil rakannya itu, tetapi suaranya seakan tersangkut di kerongkong, gagal melepasi tekaknya yang kering dipanah matahari.

Dia cuba mengejar, tetapi pergerakannya yang perlahan dan keras itu menghalangnya. Setelah kawannya bergerak keluar dari rumah, dan pintu tertutup rapat, dia terasa bebas kembali untuk bergerak. Dia berlari ke arah pintu dan cuba membuka pintu. Dia gagal. Seperti pintu itu dikunci dari luar. Dia ketakutan dan berlari kembali ke biliknya.

Dia melmpat ke atas katil, dan menutup mukanya dengan selimut merah jambunya. Bergetar ketakutan. Dia panik dengan situasi yang berlaku ke atasnya. Dia bangun kembali, mengambil ubat batuk yang dipreskripsi oleh Doktor Kurt Cobain kepadanya semalam. Menelan sehingga habis separuh ubat batuknya. Dia berjalan ke katilnya semula. Dan tertidur.

Jam di atas meja belajar berwarna coklat miliknya kembali berbunyi bising. Hendak dicapai, tangan yang malas itu terlalu berat untuk diangkat menekan punat merah jambu di kepala jam itu. Lalu ditarik selimut tebal yang juga berwarna merah jambu itu meliputi seluruh badannya yang bergetar marah akan jam yang berbunyi bising. Dia terlupa akan sesuatu.

Beberapa minit selepas itu, sinaran mentari menerobos melalui tingkapnya menyuluh tepat ke tubuhnya yang berselimut tebal. Dia lantas menyumpah seranah sang mentari yang hanya menjalankan tugasnya. Dia bangun dengan muka kelat dan masam, menuju ke arah tingkap. Dan sedang ingin menutup tingkap itu, dia ternampak segerombolan manusia sedang melintas di hadapan rumahnya. Mereka berpakaian hitam, bertutup kepala dan membawa pada setiap seseorang sebiji bola berantai yang berasap.

Dan cerita itu kembali berulang..........

Monday, November 1, 2010

Kalau Kita Samseng, Ada Yang Lagi Samsen Dari Kita

Salam Alaik....

Kali nie aku nak kongsi satu ayat dari al-Quran... Alang-alang dah lama tak update, biar kita update dengan yang bermanfaat ye dop?

Surah Faathir, ayat 15.

يأَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَآءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِىُّ الْحَمِيدُ

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Ayat nie sebenarnya menerangkan satu perkara, iaitu bahawa Allah itu Maha Berkuasa Atas Setiap Sesuatu... Sebab Dia Tuhan, Dia yang menciptakan kita, menciptakan langit dan bumi dan segala isinya..

Ayat seterusnya menyatakan bahawa Allah mampu memusnahkan kita, dan menggantikan kita dengan makhluk yang lain, kalau Dia berkehendakan...

Apa yang aku cuba nak bagitau kat sini, berpada-padalah di bumi Allah ini... Kalau kita ingat kita nie samseng, Allah boleh jadi lagi hebat dari kita... Kalau ingat kita kaya, Allah boleh tarik balik kekayaan tue kalau Dia nak... kalau kita rasa kita bodoh, Allah boleh bila-bila sahaja nak bagi kita pandai...

Apa-apa pun, berdoalah.. Dan akan Dia kabulkan, tidak sekarang, mungkin waktu depan...

Sumber: Tafsir Ibnu Katsir.