Wednesday, June 16, 2010

Khas Untuk Perokok: Statistic Revealed

Salam Alaik...

Saban tahun kita akan mendengar pelbagai statistik yang dikeluarkan oleh iklan di TV, atau media massa yang lain berkenaan dengan keburukan merokok... Tidak dinafikan bahawa statistik itu sangatlah benar... Cuma konklusi kepada statistik itu tidak menunjukkan fakta yang tepat..
Meh kongsi statistik yang selalu kita dengar~
  1. 90% kanser yang berkaitan lelaki berpunca dan berkait rapat dengan rokok
  2. 30% kematian akibat kanser berpunca dari rokok
  3. sebatang rokok memendekkan hayat 5 minit
  4. Rokok punca 10 jenis penyakit dan 9 jenis kanser
  5. terdapat 4000 bahan kimia dalam rokok, lebih 60 karsinogen
  6. 10000 kematian berasaskan rokok setahun di Malaysia
  7. perokok pasif 2x ganda risiko dari aktif
  8. rokok menyebabkan gangrene
Ada lagi nak tambah?

Memang banyak lagi... Tapi kat sini aku nak letak statistik yang jarang diiklankan...

Semua statistik berdasarkan World Health Organization (WHO) atau WHO Malaysia (2006)...

  1. Sebanyak 4.6 juta perokok di Malaysia
  2. 8% daripadanya remaja (0.4 juta)
  3. Kira-kira 50 remaja mula merokok sehari (setahun = 18 000)
  4. RM15 Juta dibelanjakan sehari oleh perokok (Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan)
  5. Mengurangkan rokok yang dihisap tidak mengurangkan risiko kesihatan (American Journal of Epidemiology)
  6. 700 Ribu pesakit kanser di Malaysia (WHO Malaysia, 2008)
  7. Malignant Neoplasm (kanser yang malignant mendapat tempat ke 10 dalam turutan hospitalized patient di Malaysia (WHO Malaysia 2008)
  8. Malignant Neoplasm, merupakan yang ke-3 dalam turutan punca kematian di Malaysia (WHO Malaysia 2008)
  9. Kanser biasanya berlaku kepada orang berumur lebih 50 tahun (^^) [jangka panjang beb]
Ok, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan...

  1. 4.6 juta perokok di Malaysia, hanya 700 000 yang mendapat kanser, itupun bukan semua 700000 tue perokok... (500000 kanser peparu) [0.15 %]
  2. 18 000 perokok bertambah setahun, dan hanya 10000 yang mati kerana penyakit yang berkaitan rokok
  3. RM 15 Juta dibelanjakan perokok sehari, merangkap kurang lebih RM 7.5 juta diberikan kepada kerajaan hasil cukai rokok sehari. RM 2.74 bilion setahun untuk kerajaan. Boleh la beli beberapa kapal selam lagi (^^)
  4. 90% dari kanser paru-paru ialah perokok. kalau yang pasif 2x ganda risiko, kenapa pulak statistik kata sebaliknya. Kalau pasif dua kali ganda, harusnya statistik ialah 67% - pasif, dan 33% -aktif..
  5. kematian akibat kanser (bukan kanser yang disebabkan rokok sahaja) menduduki tempat ke-3... Tempat pertama ialah penyakit jantung (kebanyakan akibat obes), kardiovaskular (obes, kolesterol, kurang bersenam) dsb... [review: kardiovaskular dan jantung  ada kaitan dengan rokok. Poin nie tak valid]
  6. Mengurangkan rokok tidak mengurangkan risiko kematian, kecuali berhenti terus... (^^)

Banyak lagi poin sebenarnye.. malas nak letak... Kalau aku letak pun macam bagus jer... Lagi teruk ada la... Haha..'

Ini bukan entri yang menggalakkan merokok... Cuma aku nak sampaikan statistik yang tidak diberikan fokus..
lagi satu, jangan la kata merokok sebatang mengurangkan 5 minit hayat... Mana la faktanya... Hehe... Kalau bawak motor merbahaya boleh mengurangkan hayat selama 10 tahun percaya tak? Atau makan banyak lemak mengurangkan hayat 20 tahun? Komfem tidak...
Katakan taknak kepada merokok (aku cuba kay)

Dan sapa yang tak merokok lagi, jangan anggap statistik nie menunjukkan anda tak boleh kena kanser... Bak kata lecturer aku, "kanser berlaku bila genetik tak kuat"... Kalau genetik lemah senang kena kanser... Tapi kalau genetik kuat, kanser payah nak berlaku...

p/s: Merokok membahayakan kesihatan. Penyebab kanser, gangrene, kelahiran pra-matang, pengguguran, dsb...

Sumber-sumber statistik bernombor aku semua boleh percaya kay...
a) WHO Yearly Health Statistic
b) MOH Health Statistic 2008, 2006
c) Malaysia Cancer Statistic
d) American Journal of Epidemiology
e) Berita Harian, Utusan, Metro
f) Blog-blog tertier yang bersumber sekunder

AMARAN: Entri nie 'sedikit' bias kay~ sebab entri-entri Tak Nak yang lain semua bias 'melampau'

Update: Berdasarkan buku Underwood (Pathology),
  1. Karsinoma Sel Squamos merupakan karsinoma primer yang disebabkan rokok
  2. Karsinoma Sel Squamos merupakan primary cancer (Kanser Peparu Primer)
  3. Insiden Karsinoma Sel Squamos secara relatifnya menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini
  4. Jumlah perokok semakin meningkat saban tahun
  5. Pesakit Kanser Peparu Sekunder lebih banyak daripada Kanser Peparu Primer
Kesimpulan: Haha... Lu fikir la sendiri...

Update lagi (2013): Merokok bukan sekadar penyebab kanser peparu, malah ada kaitan dengan kanser perut, kanser tekak dan kanser mulut sungguhpun kanser tekak lebih kepada 'bangsa' dan kanser mulut tak banyak di Malaysia.

Merokok juga boleh menyebabkan penyakit lain yang agak serius seperti darah tinggi, jangkitan paru-paru, radang paru-paru  dan lemah jantung.. Beberapa penyakit lain seperti, mati pucuk, keguguran janin, trombosis, emboli (selain daripada jantung) juga boleh disebabkan oleh rokok walaupun kebarangkaliannya rendah.. Merokok juga boleh menyebabkan duit berkurang, ketidakselesaan dan sebagainya..

Kanser kebanyakkannya berlaku kerana genetik yang tak hebat.. Jadi, jika anda rasa genetik anda lemah, jangan merokok.. Kalau rasa genetik anda kuat, maka bolehlah cuba nak merokok.. Kebarangkalian 70% untuk  anda mempunyai genetik yang kuat daripada terkena kanser.. Ini ialah perjudian.. Your bet..

Walaupun statistik menunjukkan kanser peparu dalam kalangan perokok menurun, dan kanser peparu disebabkan perkara lain lebih banyak dari kanser peparu disebabkan rokok, saya tetap dengan tegas menyatakan:

Katakan TAKNAK!

12 comments:

Holden Caulfield said...

Arwah atok gua hisap rokok keretek at least 1 kotak sehari.Masa dia meninggal umur dia 95 tahun.

Rilek jer.

Nko nak tau pembunuh no.1 apa?

Tekanan perasaan.

Redz da Tsar said...

Holden Caulfield: Yup... atuk aku pun maut umor 90 tahun, tapi steady merokok... Haha... Tapi taknak letak sebab bukan statistik...

Tekanan perasaan memang bahaya... Itulah sebab bila tertekan ada yang bawak motor laju2, bunuh diri, makan banyak, merokok, ambik dadah etc...

(^^)

akuanakpahang said...

Aki kawan jaman mude hisap rokok gulong lepas tu paip + cerut semasa dia ninggal pun asap cerut dia masih menyala usia dia masa itu 99tahun. ..kalau ikut teori itu sebatang 5 minit memendekan usia ada aok me setuju tak kalau kawan cakap umo aki kawan itu boleh sampai 200tahun? kalau dia x merokok? mustahil laa kan.

** jadi fakta memendekan usia 5 mimit x 1 btg tu tak kena la kawan rasa.

Cikgu Jang .. said...

Allahyarham aki koi dulupun hisap rokok jugak...tapi nyuruk2 jugak takut uwan koi marah....heeehehe

Jantan Keparat said...

uiks!
biar betul?

.b.e.d.d.y. said...

kesimpulannya janganlah mula merokok. tak gitu?

"18 000 perokok bertambah setahun, dan hanya 10000 yang mati kerana penyakit yang berkaitan rokok"

tak setuju penggunaan perkataan 'hanya'. 10000 daripada 18000 tu angka yang agak besar kan?

:)

Redz da Tsar said...

Aku Anak Pahang: Hehe, orang dulu kuat keje kot~

Cikgu Jang: haha... Takut jugok ke tokwannye eh?

Jantan: Betoi la nie

Beddy: Kalau nak banding 10000 dengan 4.6 juta perokok? berapa persen?

Kalau nak banding peningkatan 18000 setahun dengan kematian 10000? Angka memang besar...

Kalau tengok kes kes lain seperti jantung akibat obes, diabetes akibat obes, dsb, lagi besar~

Amir Ariff said...

aku merokok gak. huhu. takut la plak

Don Balon said...

Merokok itu haram. Minum arak pun haram. mende beza? Ingat weh.. azab neraka tu amat pedih..

Apple Pie said...

dan semakin hari semakin ramailah perokok yang mana merupakan generasi pelapis perokok-perokok tegar yang 'menyumbangkan' keada statistik.

Wan Perlis said...

apapun aku tak merokok
ahhahaha

mohammad zubear said...

Tentang sebatang rokok memendekkan usia selama 5 minit...ajal ditangan Tuhan...sebab itu banyak komen yang menafikan hal ini...saya setuju dengan saudara2 yang mengatakan sebatang rokok memendekkan usia selama 5 min...saya sokong!