Pages

Monday, April 23, 2012

Bab tentang Saf ketika Solat Berjemaah.

Salam alaik..

InnalhamduliLlah..

Abu Hurairah R.A telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, "Jika seseorang itu mengetahui betapa hebatnya menjawab azan dan berada dalam saf yang pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan tempat itu jika perlu......" [HR Bukhari dan Muslim]

Daripada Jabir bin Samurrah (R.A.A) berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda, "Kenapa kamu semua tidak membuat saf seperti malaikat membuat saf di hadapan Tuhan mereka?" Kemudian kami bertanya, "Bagaimana malaikat membuat saf di hadapan Tuhan mereka?" Nabi S.A.W menjawab, "Mereka memenuhkan saf pertama dan merapatkan diri sesama mereka" [HR Muslim]

Telah diberitahu olehku berdasarkan hadis Nabawi di atas ini, dan hadis yang lainnya bahawa betapa pentingnya berada dalam saf pertama ketika solat berjemaah. Memang tidak ada khilaf dalam kalangan ulama' muktabar bahawa betapa memenuhkan saf pertama itu suatu perkara yang dituntut dalam solat berjemaah..

Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri, bahawa ketika Nabi S.A.W melihat kecenderungan para sahabat untuk berada di saf belakang, Nabi S.A.W bersabda, "Ke hadapan dan berada dekat denganku dan biarkan orang yang selepas kamu berada di belakang kamu. Jika seseorang itu terlambat, maka Allah meletakkan mereka di belakang."  [HR Muslim]

Sebenarnya panjang lagi aku nak tulis.. Tapi memandangkan tetiba aku berubah pendapatku tentang sesuatu perkara yang ingin aku tekankan dalam entri ini, maka tidaklah dapat aku  menulisnya melainkan aku berjumpa hujah dan dalil yang bagus untuk menyebabkan aku kembali kepada pendapatku yang lama..

JAdi, kesimpulan dalam entri kali ini, sila penuhkan saf pertama, dan berikutnya.. Jangan tinggalkan ruang antara bahu, dan luruskanlah saf.. JIka orang di sebelah merenggangkan diri mereka, tariklah mereka agar merapatkan saf..

Kalau datang awal ke masjid, mohon maju ke saf hadapan, dan elakanlah berada di saf belakang..

Kalau nak duduk di saf belakang supaya dapat keluar masjid cepat dan pergi kelas  awal, saya tidaklah tahu akan hukumnya..

No comments:

Post a Comment

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?