Aku buat dalam bentuk poin sebab aku malas nak karang panjang-panjang..
- Aku menyokong pilihanraya yang bersih dan telus.
- Aku menyokong beberapa tuntutan dalam BERSIH 2.0 dan tidak berkenan dengan beberapa tuntutan yang lain.
- Tuntutan yang aku sokong ialah: i) membersihkan daftar pemilih; ii) Mengubah sistem undi pos; iii) Penggunaan dakwat kekal; iv) Memperkasa institusi awam
- Yang aku rasa tak relevan dalam objektif ialah: i) hentikan korupsi dan ii) hentikan politik kotor
- Aku tak berkenan dengan: i) 21 hari tempoh minima berkempen; dan ii) kebebasan media
- Sebab apa aku sokong dan sebab apa aku tak berkenan aku malas nak bagitahu secara detail.
- Hentikan korupsi dan politik kotor tue sebenarnya tak payah ada dalam objektif pun takpe.. Sebab kalau tak letak pun aku percaya bahawa marhaen tak kira BN, PR atau Berkecuali pun sokong.. Tak perlu nak berhimpun..
- Tempoh 21 hari minima berkempen itu membazir masa dan duit rakyat, menambah dosa mengutuk, dan tidak relevan sebab rakyat dah ada masa 4-5 tahun untuk menilai.. Tak payah tunggu kempen..
- Kebebasan media sebenarnya sangat bahaya.. Rakyat tidaklah cerdik seluruhnya untuk dicanang dengan media.. Kalau canang berita salah, maka mungkin tercetus pergaduhan kaum, rampasan kuasa, fitnah dsb.. Cuma ringankan ruang untuk semua pihak, jangan bolot dia sorang je..
- Aku sokong kerajaan dalam hal yang benar, dan yang salah tetap aku bangkang.. Dan pembangkang yang mana benar aku iyakan, dan yang mana salah aku akan lawan.. Aku bukan jenis taat dan setia sampai semua aku nak junjung walau salah..
- Aku baca semua sumber dari Utusan Malaysia, sampai ke Malaysiakini.. Jangan kata aku baca sebelah pihak.. Aku seorang yang realist dan neutral..
- Dan tolong, tolong JANGAN ambik berita dari sumber yang tak boleh dipercaya dan anonymous.. Tolonglah!
- Habis..
Sepatutnya aku pos ni pada 17/07/2011.. Tapi aku sengaja tunda sampai 24/04/2012 atas sebab tertentu..
No comments:
Post a Comment
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?