Pages

Friday, April 27, 2012

Masanya Akan Tiba

Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah sajak yang tiada 'jiwa'..

Ku perlukan sebuah kanta
untuk mencari jiwa yang sebesar zarah
yang mungkin masih wujud di dalam hati

setiap kali itu
tidaklah ku jumpa walau sedikit
kerana
pedihnya luka, dan manisnya cinta dunia
telah tidak ada menghias hati ini.

hanya sebuah luka lama
yang sembuh sepenuhnya
berparut tipis
tidak mampu mengkayakan jiwa

mencari sekelumit jiwa
dalam diri yang membatu
seperti mendaki Kinabalu

AKu perlukan sebuah lagu indah
dan karangan cerita fantasi
agar aku dapat hidup dengan berbunga
saat taufan dan guruh cuba menghampiriku

biarkan masa menentukannya.

No comments:

Post a Comment

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?