Pages

Sunday, April 29, 2012

Di Balik Bau Wiski dan Rum

Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah sajak yang aku karang pada 28/11/09.. Tak silap aku, sajak nie memang tak pernah dikeluarkan untuk tatapan umum.. Sebab apa pun aku tak ingat.. Mungkin lupa nak tekan 'publish' agaknya.. Apa-apapun, layan je la ye..



Di balik kegelapan malam
menunggang si merah hati
melanggar batu dan memecah debu Titik Tamat
mencari apa yang lama hilang
Mungkin unik dan mungkin pelik
tapi itulah aku tatkala rindu akan alam 
Melepak seorang, di atas kuda merah
berbekal pepsi separuh sejuk
melayang pandangan jauh ke hadapan
terfikir sejenak betapa aku
sangat jauh dari visiku
hati merajuk
pabila gelap malam diselubungi ketawa tempe
yang berlagak seperti ayam jantan
yang berjalan mendada, digertak lari 
Sesuatu terjadi
merisaukan hati lara
berpatah balik kembali
mencari yang hilang
usah dikenang hati merajuk 
tatkala tiba
kenangan lama menerjah minda
perjumpaan pertama
menyebabkan aku tertarik
di balik bau wiski dan rum
aku tersenyum sinis
melihat gelagat remaja yang mahu bergembira 
sudah lama jiwa ini tidak memerhati
gelagat insan yang cintakan dunia
gelagat insan yang tidak tahu apa-apa
jiwa ini meridui kenangan lama
merenung jauh ke dalam jiwa manusia lagha
bukan mahu terjebak
apatah lagi mencuba
sekadar mahu melihat dunia dari sudut berbeza
mahu meletak sempadan
agar menjadi teladan

No comments:

Post a Comment

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?