Pages

Sunday, June 17, 2012

Euroforia

Salam Alaik..

"It's Ozil! What a fantastic goal from Real's midfielder, great finishing!!" komentator dalam televisyen menjerit meraikan gol Ozil menentang Denmark.. Peter Gade yang sedang menonton televisyen sambil makan Koko Kranch pastinya memandang sinis penjaga gol yang melepaskan rembatan pemain tengah Jerman itu.

Mamat yang duduk di atas sofa, masih keras di atas sofa. Tidak langsung terpengaruh dengan 'screamer' daripada Ozil itu. Tapi jelas dia tidak senang duduk. Rakan-rakan serumahnya semua melompat-lompat girang kerana pasukan sokongan mereka berjaya menjaringkan gol. Mamat yang sebelum ini aktif, tetiba pasif malam itu.

Dia meninggalkan rakan-rakannya yang khusyuk menonton televisyen, masuk ke biliknya dan mengambil kunci motor EX5 yang berada di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul 12.40 pagi, tinggal 5 minit lagi sebelum tamat separuh masa pertama. Dia bergerak keluar rumah dengan pantas, tetapi rerakannya yang tercongak depan TV tidak mengendahkannya. Euro 2012 tidak boleh diganggu!

Malam itu agak sejuk. Tindakan Mamat mengenakan sweater coklatnya sebelum keluar memang satu tindakan yang bijak. Dia meredah malam itu dengan kelajuan sederhana. Dalam beg kecilnya ada sebuah cakera keras (Hard Disk), dan sekotak Marlboro merah. Dalam kepalanya hanya difikirkan destinasi yang ingin dituju. Hatta jika ada hantu melintas jalan pun, dia tak endah.

Dia tiba di apartment 10 tingkat milik kawannya. Kawannya itu keseorangan di rumah kerana yang lain semuanya pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu. Mamat menaiki lif hingga ke tingkat ke-10.. Usai keluar lif, dia pergi ke kiri, menghala ke apartment rakannya. Diketuk pintu, dan rakannya menjemputnya masuk.

"Kau tak tengok Euro ke, Mat?"
"Malas la. Kalau kau nak tengok, aku ok je"
"Nak tengok kat mana? Aku takde TV"
"Streaming ikut laptop la"
"Internet lembab dowh"
"Takyah tengok la. Layan movie je la malam nie"
"Bawak sini laptop kau"

Mamat mengeluarkan cakera kerasnya. Malam itu, movie I'm not single menjadi pilihan. Mamat pun tak tahu kenapa kawannya itu nak tengok cerita tue. "Bengong sungguh," bisik hati Mamat walaupun tahu cerita tue ada dalam cakera kerasnya. Tapi kerana kawan, dilayankan saja kehendaknya.

Kawan Mamat tue seorang yang kaya. Apartmentnya berpendingin hawa. Sejuknya sampai ke tulang. Hatta sweaternya tidak mampu menahan suhu 17 darjah selsius. Mamat melayan cerita itu sehingga habis sampai hampir-hampir menangis sebab sedih. Mamat kemudiannya melayangkan pandangannya kepada kawannya itu yang sudah enak dalam lena.

Semalam Mamat sudah menemaninya. Dan semalam Mamat ketar menggigil kesejukan seorang bila kawannya tidur. Malam ini takkan harus ketar lagi? Mamat pun takde pilihan, terpaksa juga la tidur tanpa selimut.

Kawannya terjaga daripada tidur dan melihat Mamat sedang menggigil. Dia mengajak Mamat berkongsi 'comforter'nya. Mamat yang kesejukan tak fikir panjang, dan tanpa berasa janggalnya masuk sekali dalam comforter itu. Mamat dan rakannya kemudian tidur dengan lena sampai ke pagi.


No comments:

Post a Comment

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?