إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره. ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيِّئات اعمالنا
من يهده الله فلا مضلله. ومن يضلل فلا هاديله
اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريكله واشهد ان محمدا عبده ورسوله
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Pembaca sekalian, marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan cara melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh-Nya dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh-Nya. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 10:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah (hubungan) antara dua saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kamu semua dirahmati-Nya.
Entri hari Jumaat ini bertajuk 'Muslim Sepakat Islam Berdaulat'.. Muslim secara asasnya bermaksud 'orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu ialah pesuruh-Nya'.. Sebahagian para ulama' juga menambah bahawa seseorang itu mesti 'mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji di BaituLlah'.. Manakala dengan merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, 'berdaulat' bermaksud 'mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal' atau ''bertuah/berbahagia'..
Umat Islam di Malaysia, tidak kira sama ada Melayu, Arab, Cina, India dan sebagainya haruslah sentiasa berpadu atas dasar Islam.. Apabila perpaduan itu wujud antara kaum muslimin, nescaya sebuah negara Islam yang berdaulat akan berkembang makmur di bumi Malaysia ini.. Firman Allah S.W.T dalam al-Hujurat ayat ke-13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk berkenalan sesama kamu. Sesungguhnya yang mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha cermat.
Dalam kalangan umat manusia di muka bumi ini, Allah lebih memuliakan taraf ketaqwaan seseorang itu berbanding perkara yang lain.. Malah Allah juga mengangkat darjat orang yang berilmu daripada kalangan manusia.. Sesungguhnya Allah tidak melihat bangsa atau warna kulit seseorang itu, tetapi Allah melihat agamanya..
Para pencinta Islam sekalian,
Jika kita melihat negara Islam dengan definisi 'negara yang majoritinya penganut Islam', maka layaklah Malaysia digelar sebuah negara Islam.. Sebanyak 61.3 peratus daripada lebih 28 juta penduduk Malaysia ialah orang Islam.. Jika lebih daripada 17 juta umat Islam di negara ini bersatu dan mengamalkan budaya Islam berteraskan al-Quran dan sunnah, nescaya Malaysia mampu menjadikan Islam itu benar-benar mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal..
Umat Islam di negara ini haruslah bersepakat dan bersatu di bawah al-Quran dan sunnah, serta tidak bergaduh dalam hal-hal yang remeh temeh kerana pergaduhan membawa kepada perpecahan dan perpecahan membawa kepada umat yang tidak kuat dan hebat..
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda,
"Janganlah kamu saling mendengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seseorang muslim ialah saudara bagi muslim yang lainnya, tidak menzalimi dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya.Taqwa itu di sini (sambil menunjuk ke dada baginda S.A.W sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika ia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." [HR Muslim]
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda,
"Janganlah kamu saling mendengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seseorang muslim ialah saudara bagi muslim yang lainnya, tidak menzalimi dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya.Taqwa itu di sini (sambil menunjuk ke dada baginda S.A.W sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika ia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." [HR Muslim]
Di zaman Nabi S.A.W, dakwah Islam tidak mengenal suku bangsa.. Yang mana hebat ilmunya, dan petah bicaranya dihantar ke luar semenanjung Arab dan Hijjaz untuk mengembangkan Islam ke serata dunia.. Ingatlah suatu masa dahulu, di zaman kegemilangan Islam, Islam telah menguasai dua pertiga dunia.. Ini kerana mereka berjuang bersama-sama di bawah panji Islam tanpa mengira suku Arab, Parsi, Afrika, Kaukasia dan sebagainya.. Ketika itu semua umat Islam melupakan warna kulit dan membawa Islam ke peringkat tertinggi kerana berjuang kerana Allah s.w.t..
Marilah kita semua sebagai umat Islam bersatu dengan berpegang kepada syariat Islam, dan melupakan persengketaan sesama kita.. Firman Allah S.W.T dalam surah Ali 'Imran ayat ke 103
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
Yang bermaksud: Berpeganglah kepada tali Allah (syariat Allah) dan janganlah kamu berpecah belah.
Marilah bersama kita memastikan Islam ini berdaulat, dengan cara menyatukan semua MUSLIM, tanpa mengira fikrah.. Tugas mengangkat Islam ini bukan tugas sesuatu kaum bangsa sahaja, tetapi merupakan tugas kaum Muslimin seluruhnya.. Marilah kita menjadi umat Islam yang beragenda dan bersatu, beragenda untuk mengangkat Islam ke dalam kehidupan kita, dan menunjukkan kepada sekalian umat manusia bahawa Islam itu satu cara hidup yang sempurna.. Semoga Islam akan terus bersinar dan berkuasa di muka bumi Allah ini..
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم. وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم
أقول قولي هذا واستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين من كل ذنب فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
P/s: Ini memang macam teks khutbah Jumaat, bezanya cuma tidak dibaca atas mimbar.. Kadar bosannya, aku rasa masih sama.. Hehe
Salam duan..
ReplyDeleteBila setiap tindak-tanduk ada natijah politik, susah. Satu pihak, kita dah maklum perangai kurang islamiknya. Satu pihak lagi, nak jaga hati pihak kafir yang bersetia dengannya..
Dah goner gaye...
Itulah sebabnya asas-asas Islam dalam kalangan pemimpin dan rakyat perlu diterapkan.. Natijah politik, biarlah berlandaskan agama, dan tidak menyebabkan permusuhan..
ReplyDeleteCakap memang senang, hehe...