Pages
▼
Monday, June 11, 2012
Malu Bertanya Sesat Jalan
Salam Alaik..
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Apa yang aku larang hendaklah kamu hindari daripadanya, dan apa yang telah aku arahkan, lakukanlah dengan setakat yang kamu mampu. Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kamu kerana banyaknya soalan mereka dan tentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka." - [Bukhari dan Muslim]
Hadis ini melarang para sahabat daripada banyak bertanya, terutamanya soalan-soalan yang remeh kerana Nabi SAW bimbang jawapannya akan memberatkan. Nabi SAW menegaskan kepada sahabat untuk melakukan apa yang diarahkan, dan meninggalkan apa yang dilarang. Dan apa yang didiamkan Nabi SAW termasuk dalam perkara yang 'harus' dan tidaklah perlu dipersoal lagi.
Oleh itu, kita sebagai umat yang kemudian hendaklah berpegang kepada apa yang telah disyariatkan dan mengelakkan daripada bertanya perkara yang boleh merumitkan kita e.g "Apakah tugas malaikat Israfil sekarang sebab kerja dia tiup sangkakala di akhir masa je?" atau "apakah hukum memakan sayur yang dibaja dengan tahi?" etc.
Bertanya tidaklah salah, cuma pastikan soalan itu 'appropriate' dan berkaitan dengan masalah pokok. Hendakkah kita menjadi golongan yang hancur kerana banyak bertanya perkara yang 'remeh' dan 'karut'? Tapi janganlah pulak kita langsung tidak bertanya kalau punyai masalah yang 'asas'. Mohon jangan salah tafsir entri aku ini.
Malu bertanya sesat jalan, banyak bertanya?
Wallahu a'lam
1 comment:
Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?
Banyak bertanya jadi machanc dalam Surah Al-Baqarah itula.. :)
ReplyDelete