Salam Alaik..
Sekarang nie aku posting Perubatan Komuniti (Community Medicine), atau nama lain Kesihatan Awam (Public Health). Orang kabor posting nie antara posting yang 'heaven' sebab takde banyak sangat tekanan seperti dalam posting Medicine atau Surgery.. Kesihatan Awam nie bertugas dalam 'mencegah', iaitu sebelum sesuatu penyakit tue berlaku..
Kelmarin aku pergi ke sebuah SMKA di Melaka, untuk Health Visit.. Kerjanya tak berat pun, tolong nurse 'screening' bebudak dan buat suntikan vaksin kancing gigi (TT) kepada bebudak tingkatan tiga..
Secara umumnya, bebudak tingkatan tiga nie sihat-sihat orangnya.. Tidak ada kencing manis, darah tinggi etc.. Dan setiap budak yang aku 'screen' hampir semuanya bagus melainkan obesiti ataupun kurang berat badan.. Kemudian seorang budak datang kat aku untuk screen. Aku sebenarnya dah boring, dan awalnya aku anggap budak tue macam sihat je la.. Aku tanya la simptom asas seperti lelah, semput, sakit perut, batuk etc.. Semua dia geleng.. Kemudian aku tanya, ada sakit dada tak? Dia mengangguk.. Ok, aku dah rasa tak bagus.. Muka aku masih 'control'..
Aku pun tanya la lagi banyak soalan tentang sakit dada tue.. Dan semua jawapan dia sangat menjurus kepada satu diagnosis iaitu 'angina' atau 'myocardial ischemia' atau dalam bahasa biasa 'lemah jantung'. Yup, semua jawapan dia memang hampir sama dengan buku teks tentang angina nie.. Apa lagi, aku pun bagitau nurse, dan nurse menyuruh cikgu hantar budak tue jumpa doktor untuk pengesahan dan diagnosis tepat..
Inilah antara tugas set-set Kesihatan Awam.. Mengenal pasti risiko dan simptom pada peringkat awal..
Cuba bayangkan kalau aku seorang yang 'lagha' masa tue.. Budak tue datang dan aku selamba badak kata budak tue sihat tanpa bertanya atau 'check'.. Dan tetiba budak tue 5 tahun akan datang kena serangan jantung masa marathon, dan rebah kat situ jugak.. Sapa yang salah? Salah budak tue tak jumpa doktor awal, atau salah aku yang bila diberi peluang untuk 'elak' dan aku tak melaksanakan tugas aku?
Kalaulah ada antara kita yang sakit dada, atau semput walaupun buat kerja yang sikit, mohon pergi ke klinik atau hospital.. Itu tanda-tanda ada penyakit yang serius..
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Vanilla Coke~
"lemah jantung" tu sebenarnya heart failure/congestive heart failure
ReplyDelete