Pages

Monday, May 27, 2013

Kufur Nikmat Syukur

Salam Alaik..

P/s: Ini ialah sebuah sajak

Sajak nie dikarang pada 23 Mei dan dah diposkan dalam FB.. Tapi untuk edisi blog, aku buang dua rangkap pertama..

Kufur Nikmat Syukur
27/05/2013

biar anjing menyalak
biar sang puaka memerintah
biar dajjal menabur cerita
di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung

hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
ambil emas, bawalah pulang

Huduh tidak seperti disangka
cantik tidak seperti dicanang
kata syukur jangan dilupa

bukan tidak pandai menghulur kasih
namun kasih dihulur kepada yang berhak
tidak kepada yang diberi sedikit
namun disamun banyak

desa permai
kawasan mainan
tempat tumpah darah
aku kembali
seketika.

***************

Sekarang nie aku belajar dalam bahagian kanak-kanak.. Bahagian nie, antara bahagian yang paling kurang pendedahan.. Zaman di Manipal dulu, ntah apa-apa belajar.. Zaman di Melaka nie mencicit la nak mengejar balik.. Heh... Prognosis yang tidak bagus..

Sibuk, masih sibuk.. Tunggu Perubatan Komunis Komuniti (ComMed) baru tenang sket.. Itupun mungkin dah kalut persediaan nak menghadapi P2S1.. Aghhhh! Banyak benda kena hafal dan fikir.. Doa kena banyak, agar nasib jadi baik.. Semoga Allah permudah~

Thursday, May 23, 2013

Sajak: Serius, Terima Kasih

Salam Alaik..

P.s: Ini ialah sebuah sajak yang aku tulis pada 13/10/2009, ada dalam Nota FB aku.. Sengaja aku keluarkan kerana aku rasa zaman-zaman 2009-2010-2011 ialah zaman sajak-sajak dan puisi-puisi aku gempak.. Haha.. Bajet je..

Serius, Terima Kasih
13Oktober 2009

Serius
Apa yang aku mahu
tentang perkara ini
sentiasa gagal
walau berusaha

Aku buat untuk kita
untuk dia
untuk aku
untuk kamu
untuk bersama

aku gagal lagi
kecewa
sering kali
banyak kali

Serius
aku cuba lagi
rancang segalanya
letak harapan tinggi
harap berjaya

tapi masih gagal
masih serupa dulu
dulu yang baru-baru ini
bukan dulu yang dulu-dulu

Serius
tika aku tiba sini
aku ingat boleh berlaku
rupanya ia berpuaka
mereka
membawa sepi sendiri
mengorak jalan sendiri
semuanya sendiri

Serius
bukan salah aku sendiri
bila yang diharap tak memberi
sedang aku cuba memaksa
semua lari dengan alasan sendiri
remeh.temeh.mudah.gampang

Serius
aku tahu perkara ini semut
tapi sengaja aku
membayangkan ia busut
kerana tanpa semut
tiadalah busut
perkara ini ringan bagi kamu
bagi mereka, dia semua
tapi berat bagi aku
menghempap aku jauh ke dalam

Serius
satu untuk semua
semua untuk satu
tak satu yang berfikir
tak satu cuba fikir
atau sengaja tak tahu

Serius
dimensi membutakan mata
memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
dengan kerjasama musang
bagai Sylar dengan Danko

Serius
Aku tahu aku tak dapat
apa yang aku harap
tapi aku tahu
Dia bagi apa yang aku perlu
kini aku perlu senyap
ikut permainan mereka
permainan licik dalam diam
biar tergadai busut
agar semut gembira

Aku cuma mahu terbaik
aku cuma manusia biasa
aku mungkin unik
tapi unikku tak semestinya menolak segalanya

Aku takkan dapat semua yang aku nak
Dia bagi apa yang aku perlu
biar saja visiku itu
kerana aku tahu
siapa yang aku perlu
apa yang aku perlu
dengan itu aku mampu
untuk berdiri tanpa sendiku patah

Terima kasih
kerana menggagalkannya
walau tanpa kamu sedar
terima kasih
dengan alasan-alasan remeh itu
yang sudah lapuk
terima kasih
atas usaha bekerjasama
walau tak bekerjasama
terima kasih
kerana masih tak sedar
terima kasih
serius,terima kasih

Alhamdulillah~




Tuesday, May 21, 2013

Bukak Puasa!

Salam Alaik..

Selasa lepas aku dah berjanji dalam twitter bahawa aku akan berpuasa daripada komen tentang politik dalam facebook dan twitter selama seminggu.. Dan hari ini, genap seminggu!

Seminggu aku tahan daripada memberikan pendapat dan kritikan dalam hal politik tanah air, namun ada jugak satu dua tweet yang aku TER-retweet dan TER-reply.. Maafkan gua, tak sengaja.. Seminggu tue jugak la macam-macam perkara yang menguji keimanan aku dalam berpuasa.. Daripada pemilihan menteri kabinet yang terdiri daripada orang kuat Nasrani, dan wakil HINDRAF, sehinggalah kes Adam Adli yang mencabar PDRM.. Haha.. Aku tahan je..

Belum campur rasa nak mengkritik orang yang hanya melibatkan diri dalam isu politik pada 20 April 2013, tetiba sibuk bukan main nak tweet politik tiap-tiap hari, hatta pasca PRU.. Macam  dia dah tau bab politik sejak tahun 2001 lagi! Haha.. Ghuluw!

Nak aku komen tentang kabinet? Takpe la.. Benda dah lepas usah dikenang.. Cuma terkilan bila Zul Noordin, Ibrahim Ali dan Hassan Ali tak dapat masuk kabinet.. Wakil daripada ISMA pun tak dipanggil.. Ishk.. Kehkehkehkeh..

Tentang Adam Adli, padan muka dia.. Haha.. Dia yang nak kena tahan dengan polis, dia yang cabar.. Siap bagi nombor IC lagi.. Bukan aku tak kesian, tapi dia yang mintak.. Apa ada hal? Lagipun kenyataan nak tumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan tue agak berat.. Pandai cakap pandai la tanggung.. Nak berpolitik, nak keluarkan kenyataan; jangan keluarkan kenyataan yang boleh memakan diri.. Negara kita nie negara yang mengamalkan demo-kerasi terpimpin... Sila faham! (kenyataan rasis boleh pulak).. Kehkehkeh..

Hidup ini penuh dengan lawak..

Thursday, May 16, 2013

1Aspirasi 1Agenda

Salam 'Alaik..

Saya ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI GURU

kepada semua warga pendidik yang masih berkhidmat atau pernah berkhidmat dalam mendidik saya daripada Tadika sampailah sekarang, dan juga kepada Along dan Abelong.. Jasa kalian dalam mendidik dan mempersiap anak bangsa ini dalam menghadapi hidup ini akan tetap saya kenang dan hargai. Tanpa kalian, tidak ada anak bangsa yang hebat-hebat dilahirkan.

Bertepatan dengan tema hari guru 2013, 1Aspirasi 1Agenda;

Saya mendoakan agar guru-guru seluruh negara amnya, dan warga pendidik yang pernah mendidik saya, mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selain itu, saya berharap agar warga pendidik sekalian berjaya melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Saya juga berharap agar para pendidik sekalian berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025 di samping perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat guru-guru sekalian, dan semoga kalian dirahmati Allah dan dipanjangkan umur yang diberkati supaya terus teguh dalam jalan ini dan mampu menyumbang kepada agama, negara dan bangsa dengan penuh semangat.

Saya berjanji akan menyokong penuh segala usaha warga pendidik sekalian dalam usaha membangunkan modal insan kelas pertama; dan membantu dalam apa-apa jua hal jika diperlukan selagi saya mampu.

Sungguhpun 16 Mei didedikasikan untuk warga pendidik sebagai Hari Guru, namun saya tetap menghargai dan menyayangi guru-guru saya pada setiap masa.

Semoga Allah mempermudah segala urusan warga pendidik sekalian. Sekali lagi saya mahu mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk kalian.

Untuk guru-guru tidak rasmi, kira sekali la ucapan nie yek!

1ASPIRASI 1AGENDA

Tuesday, May 14, 2013

Pantun Barang Hilang

Salam Alaik..

P.s: Ini ialah sebuah puisi.


.
Pantun Barang Hilang

Badak berat berlari-lari,
rama-rama di pohon naga;
Sumber terhad dekad mencari,
sekian lama bertemu juga.

Jual kati berangan muara,
bali bandar tergesa-gesa;
Rasa hati tidaklah gembira,
hanya sekadar pemuas rasa.

Malam kelam bulan terang,
Peneman petapa sang laks'mana;
Cari lama barang yang hilang,
bila berjumpa tak guna-guna.

*************************

Barang yang hilang biasanya tidak akan disedari melainkan apabila kita rasa perlu kepada barang itu.. Kalau pemetik api hilang, takkan terasa nak mencari jika tidak mahu merokok atau mahu membakar sampah.. Tapi secara umumnya, kalau kita tak rasa perlunya barang itu, mudah pulak dijumpa.. Bila kita mahu, haramja nak jumpa..  Mulalah keliling rumah mencari..

Aku pernah ada sesuatu yang hilang.. Hilang daripada radar.. Pernah ada, namun hilang tah ke mana.. Lama jugak mencari, nak mencari dengan sumber yang terhad, hanya tahu bila adanya; tetapi tidak tahu bila kali terakhir berjumpa.. Pencarian tetap dilakukan dengan sabar sehinggalah selepas beberapa tahun akhirnya berjumpa.. Haha~ Bertahun tue, bukan sekejap mencari..

Apa-apa la..

PAsca PRU aku tak tulis apa pun dalam blog nie.. Takde sebab dan idea nak tulis tentang keputusan PRU.. Lagipun dah ramai yang tulis, dalam FB, twitter etc.. Yang aku tahu, 24 jam pasca PRU, aku mendapat jangkitan salur pernafasan atas (URTI - Upper Respiratory Tract Infection) yang menjadikan aku selesema dan batuk.. Tak tahulah pulak lepas keputusan diumum tetiba imunisasi aku jadi kucar-kacir.. Mungkin sibuk sangat turun padang sebelum tue.. Haha..

Sambung di lain masa~


*mencari*

Saturday, May 4, 2013

Ijtihad Ulama Kecil

Salam Alaik..

5 Mei 2013 merupakan satu tarikh yang signifikan bagi aku kerana inilah kali pertama aku layak mengundi, menentukan wakil rakyat daripada kalangan penduduk tempat aku.. Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka menjadi PRU yang paling sengit sepanjang 56 tahun Semenanjung Tanah Melayu merdeka.. Buat kali pertamanya, Barisan Nasional (dahulunya Parti Perikatan) nampak goyah dek armada parti lawan..

Membuang undi dalam PRU negara ini ialah sebuah ijtihad, yang mana perlukan dalil dan hujah.. Jika ada dalil dan hujah untuk menyokong pilihan kita, itu sudah dikira ijtihad.. Tak kiralah kita menyokong BN atau PR atau ISMA-BERJASA atau Bebas, setiap undi kita itu layak disoal rasionalnya.. Kalau mengundi tanpa tahu dalil dan hujah, umpama taqlid buta kepada sesebuah pihak..

Aku percaya ramai dalam kalangan kita yang dah berfikir tentang siapa yang bakal diumdinya, dan setiap pilihan itu ada sebabnya.. Kalau sebabnya kerana agama, bangsa dan negara tidak mengapa.. Kalau undinya kerana duit, kronisme dan sebagainya, kita dalam bahaya..

Bila membuang undi, kita nie sebenarnya seorang "ulama' kecil", yang berijtihad bahawa orang yang dipilih itu akan membawa negara jauh lebih baik.. Namun kita bukan Nabi S.A.W, boleh jadi ijtihad kita salah.. Dan jika salah ijtihad itu, mohonlah perlindungan daripada Tuhan, dan jika ijtihad kita benar, dengan kehendak-Nya, Tuhan kurniakan kita kebaikan yang banyak..

Pilihlah dengan akal.. Pilihlah dengan alasan.. Pilihlah dengan dalil dan hujah.. Insya Allah ijtihad kita benar..


Coming Soon: PRU ke-21.. Hahaha..

Wahai Tuhan yang memberikan petunjuk,
Berikanlah aku petunjuk, dan jadikanlah pilihanku pilihan yang benar.. 
Berikanlah kepada sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia selepas ini petunjuk, agar pemerintahannya itu pemerintahan yang berlandaskan syariah, dan berkebajikan kepada rakyatnya.. Berikanlah mereka kekuatan untuk membela rakyat berasaskan al-Quran dan as-Sunnah yang mana kami terpaksa taat kepada mereka tanpa gagal..

Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi,
Kurniakanlah kepada kami kerajaan yang diredhai-Mu dan rakyat, kerajaan yang berkhidmat untuk-Mu dan untuk kami, kerajaan yang berintegriti dan tiada korupsi.. Sesungguhnya Engkaulah raja segala raja, pemerintah tertinggi seluruh alam..

Amin~