Re: "Plan Gila: Set-Set Penjaga Keamanan SBPI Temerloh"
'Set-Set Penjaga Keamanan' mengikut tafsiran aku ialah 'sebuah badan atau organisasi yang ahlinya dilantik oleh pihak sekolah untuk membantu pihak sekolah (guru-guru etc) dalam menegakkan undang-undang sekolah serta membantu dalam tugas-tugas khas yang lain seperti melaksanakan majlis, mengawal pelajar dan sebagainya bergantung kepada sekolah masing-masing. Badan dan organisasi ini secara rasminya digelar sebagai pengawas, ketua umum, jawatankuasa disiplin dsb.'..
Dan aku ialah salah seorang daripada set-set penjaga keamanan sekolah aku dulu.. Pertamanya, aku mengakui bahawa aku tidaklah hebat dalam melaksanakan amanah ketika zaman aku di sekolah dahulu.. Malah aku boleh dikatakan agak korup dan mengamalkan kronisme.. Walaupun kekorupan dan kronisme aku tidaklah sehingga disifatkan sebagai 'rasuah', namun yang salah tetap salah.. Secara umumnya, tugas aku dalam menegakkan undang-undang, memang tidak sepenuhnya aku lakukan.. Namun dalam tugas-tugas khas, aku sering membantu..
Tidak berat untuk aku mengatakan bahawa 95% set-set penjaga keamanan ini tidak 100% bersih.. Untuk 100% bersih, set-set nie hendaklah 100% bergantung kepada undang-undang sekolah.. Dan aku percaya bahawa kebanyakan undang-undang sekolah jelas melarang pelajar-pelajar daripada menggunakan atau mengeluarkan perkataan 'mencarut'.. Dan jikalau set-set penjaga keamanan ini tidak korup dan 100% bersih, seharusnya mereka menegur dan/atau melaporkan kepada guru.. Ada juga yang tahu rerakan mereka 'fly', namun disembunyikan sahaja.. Apabila senior melakukan kesalahan, kekadang hanya dipandang sebelah mata.. Apakah ini bersih? Secara teknikalnya, TIDAK!!
Kebanyakan ahli set-set penjaga keamanan sekolah harus punyai satu keadaan yang dipandang sebelah mata, dan juga mengikut budi bicara.. Inilah seninya.. Sudut pandang antara sesetengah cikgu, dan pelajar berbeza.. Kebersihan seseorang pengawas, dan kekorupannya secara umumnya hanya boleh dinilai secara subjektif..
Aku akui sekali lagi bahawa aku seorang set-set penjaga keamanan yang korup.. Matlamat aku ketika menjadi set-set penjaga keamanan ialah membantu cikgu dalam hal tugas khas (pengurusan majlis etc), dan mengelakkan pelajar susah.. Namun kalau pelajar tue nak buat celaka, tapi kecelakaannya tidak menyusahkan pelajar lain, silakanlah.. Kalau pelajar itu nak merokok kat dalam longkang tepi dewan, silakanlah.. Asalkan jangan menyusahkan pelajar lain sudah la.. Kalau kes curi, itu harus dilaporkan.. Kekadang sebagai set-set penjaga keamanan, ada yang terus menghukum setelah didapati bersalah tanpa dibawa kepada cikgu.. Sebab apa? Untuk mengelakkan rekod buruk.. Yup, ada kalanya kami korup sebegitu.. Dan itu semestinya salah..
Ada juga set-set penjaga keamanan yang korup dengan melakukan hukuman tanpa siasatan.. Maaf.. Tidak semua perfect.. Hatta ada juga cikgu yang keluar ngeteh semasa sesi persekolahan, ada juga ahli politik yang culas ke parlimen lantas mengambil sijil cuti sakit yang palsu.. Manusia, dan sistem ciptaan manusia tidak sempurna..
Ini baru satu kritikan umum kepada sistem pendidikan dan persekolahan.. Belum lagi kritikan terhadap pembinaan modal insan yang ke arah peperiksaan (exam oriented).. Mujurlah Kementerian Pendidikan memperkenal kurikulum baru yang menilai pelajar daripada keseluruhan aspek, dan bukannya ke arah peperiksaan sahaja.. Dengarnya kurikulum baru itu agak melecehkan untuk guru-guru.. Tapi, untuk menjadi seorang guru yang 100% bersih secara teknikal, penilaian itu harus dilakukan dengan penuh dedikasi dan adil.. Susah, kan? Kalau guru itu terlepas pandang sehari kerana kepenatan, adakah kita terus melabel guru itu korup? Tidak boleh.. Itu bersikap zalim..
Panjang pulak aku tulis.. Sebenarnya aku tulis nie tidak berangka.. Itu sebabnya caca merba dan tidak sampai maksud sebenar.. Tema sebenarnya ialah: Jangan label berdasarkan hanya beberapa fakta yang kita tahu..
AKhir kata, kepada warga SBPIT (cikgu atau pelajar atau staf) yang sempat berkhidmat dengan aku, aku minta maaf kalau ada kecelakaan yang aku buat.. Aku faham tugas sebagai pendidik atau staf dalam institusi pendidikan ini tugas yang berat.. Begitu juga tugas set-set penjaga keamanan nie.. Kekadang, ada yang menjadi ahli set-set penjaga keamanan semata-mata untuk sijil
.. Maaf sekali lagi~
Bekas Ketua Biro Disiplin (kiri) dan Bekas Ketua Pelajar SBPI Temerloh era 2005/06
[Tahun 2013]
Pewww..ketua biro disiplin aok weh.. kuikui
ReplyDeleteTapi memang layok weh..
kuranc2 aok berjaya dalanc pelajaran..:)