Tuesday, August 26, 2008

Hantu Raya..

Salam Alaik...

Ramadhan dah dekat sangat... Tinggal lgi kurang lebih 6 hari sahaja lagi... Amacam persiapan korang semua? Kurang-kurang aku dah buat raptai penuh...Hehe... Puasa, suatu perkara yang terkandung dalam rukun Islam, maka dengan secara automatiknya, sesapa yang meninggalkan puasa tanpa sebab yang membolehkannya akan dilucutkan keislamannya... Betul ke ape aku cakap nie? Aku bukan mufti pon... Haha... Takde la...Cuma kalau fikir balik, kalau rukun nikah tak diikuti, maka nikah tu tak sah... Macam rukun Malaysia gak, kalau tak buat ape yang terkandung dalamnya, maka bukanlah dia seorang Malaysia... Tapi aku tak berhak nak mengkafirkan orang, kalau aku mengkafirkan orang, maka aku pulak yang jadi kafir, Nauzubillah... Bila dah nak puasa nie, apa kata kalau korang start baca niat puasa, mudah saja, Sahaja aku puasa dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah... Dah siap... Boleh dah puasa sebulan... Islam inikan mudah...Hantu-hantu, Syaitan, dan segala yang berkaitan dengannya akan diikat... Haha... Takde la hantu raya nak berkeliaran dah...

Hari ini, atau secara spesifiknya, 26 Ogos 2008, berlaku satu Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh... Semasa aku menulis nie, sukarelawan SPR sedang mengemas peti undi untuk dibawa ke pusat pengiraan undi... Sesapa je yang menang, aku ucapkan takziah sebab bila dah menang, banyak tanggungjawab terhadap rakyat perlu ditunaikan... Janji-janji bak KLCC, malah lebih tinggi, yang ditabur dan direnjis hendaklah dikotakan... Segala macam sumpahan, pergaduhan, cacian, pujian, perlulah disetelkan agar tidak wujud perpecahan atau pergaduhan lanjutan... Tetapi, adatlah pilihanraya... Mesti ada alasan kalau kalah, dan ketakburan kalau menang... Mari sini, biar aku jadi tukang tilik jap...

Pasca Pilihanraya, setelah keputusan diumumkan:
  1. Pihak yang menang akan dikerumuni media massa dan segala macam makhluk pengampu untuk menemuramahnya...
  2. Pihak yang kalah akan memberikan alasan dan sebab-sebab kekalahan seperti: ada hantu raya, lawan memang hebat dan popular, penipuan, hasutan dsb...
  3. Pihak yang menang akan mengulangi janji mereka dan pihak yang kalah akan mengatakan bahawa janji itu takkan terlaksana
  4. Sumpah menyumpah tidak akan berakhir
  5. janji tidak dikota
  6. Permatang Pauh akan sunyi sepi
  7. Segala kerajinan wakil rakyat turun padang akan berhenti, tiada lagi pergi kenduri kahwin, tiada lagi meredah banjir
  8. dan sebagainya

Di samping itu, jikalau BN menang:

1. Anwar confirm tidak akan menjadi PM pada 16 september 2008

2. Kutukan ke atas Anwar

3. Isu hantu raya akan timbul

4. BN akan kutuk PR

Kalau PKR menang

1. Najib malu, sebab kata BN confirm menang

2. 5% (tak banyak boleh aku letak sebab aku ragu) Anwar akan jadi PM

3. PR akan bangga dan mengutuk BN

Secara keseluruhannya, politik akan sama sepert dahulu, iaitu persis hantu...

Kalau Ramadhan tiba, harap-harap hantu-hantu politik nie dah bertaubat dan bekerja seperti yang sepatutnya...

haha... lawak giler cara aku pikir... Biasa la, patut la kerajaan tak bagi pelajar berpolitik, sebab pelajar kan tak reti metafsir dunia politik...Kalau diberi juga, macam yang aku piki ni la jadinye...

Cukuplah mencarut...Aku nak tido pulak...

Sebelum terlupa, Manchester United menang dengan Pompey 1-0 pagi tadi... Jadi No. 5... hahah...

Bye

No comments: