Monday, February 9, 2009

Bon Voyage

Salam Alaik...

Kali ini aku taknak sentuh isu yang menjengkelkan dalam politik... Biarkan mereka menyelesaikan hal mereka sendiri... Aku baru-baru nie mendapat mesej dari member-member aku yang menyatakan bahawa pendapat aku dalam isu Perak sangat pedas dan bias... Bias ke? Cube bace betul-betul dan fahamkan segala apa yang aku tulis... Pastu fikirlah sendiri... Yang bagi komen terima kasih... Amaran sekali lagi, aku tidak menyebelahi mana-mana parti politik... Lagipun aku sayang biasiswa aku... hahaha....

Selamat Berjuang sahabatku...

Pagi tadi aku dapat mesej dari member aku, John dan Aidi yang telah berangkat meninggalkan Malaysia ke Australia untuk menuntut ilmu... Aku cuma mendoakan agar mereka aman dan makmur di sana dan dapat belajar dengan fokus dan baik-baik... Peluang belajar kat sana bukan senang nak dapat... Bon Voyage aku ucapkan...

Kepada sahabatku di Russia, belajarlah dengan baik sekali... Aku rindu kat ko sebenarnye... lame tak berborak... Mungkin kita hanya berkongsi kegembiraan apabila Man United berjaya... betul tak? haha... Esok aku ke KL, ada hal sikit nak diuruskan... Mungkin dapat jumpa Mr.Iqbal, Mr.Ijoi danMr. Hakim... Itu pon kalau ada masa dan peluang...

Aku dijangka fly 12 Mac nie, kot... Aku tak confirm lagi... Cuma doakan aku berjaya di bumi orang...

2 comments:

aide said...

salam mate..
ahah thanks anyway
fly bulan 3 ka?
all the best lah

lah said...

jmpe kt london beb..hehe