Thursday, May 7, 2009

Jumpa di sana dalam masa 20 hari!!!

Salam Alaik...

Kemenangan Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-juara Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA Champion League) berdasarkan jaringan gol di tempat lawan menyebabkan aku terasa agak sedih... Aku sedih bukan kerana Chelsea kalah, tetapi aku sedih kerana Barcelona agak hebat untuk bertemu United...

Jikalau Chelsea pergi ke Rom untuk menentang United, aku agak pasti kali ini kemenangan mudah kepada United... Ya, mungkin peminat Chelsea berasa sedih kerana pengadil perlwanan agak sial dengan menidakkan penalti milik Chelsea sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali, tetapi, itulah adat perlawanan bola sepak... Pengadil ialah segala-galanya... Tiada ulang tayang, atau panel juri untuk menentukan sesuatu tindakan pengadil... Ini semua berdasarkan pendapat 3 orang di atas padang, Pengadil dan 2 orang Pembantu pengadil...

Kesian Chelsea... Aku paham... United juga mengalami nasib yang sama apabila Fletcher diberi kad merah setelah menjatuhkan Van Persie, sungguhpun ulang tayang menyatakan Fletcher bermain bola, bukan bermain kaki dahulu (paham tak?)... Mungkin tindakan penalti masih boleh diterima, tetapi, untuk kad merah, ia terlalu berat... Walaupun penalti, ia jelas tak menjejaskan keputusan separuh akhir... Tidak seperti Chelsea, yang jelas sekali menjejaskan harapan untuk bertemu United di Rom...

Ya, Barca mungkin susah untuk dikalahkan United, tetapi jelas sekali perlawanan akhir itu adalah yang terbaik kerana membandingkan liga perdana Inggeris dan Liga perdana Sepanyol... Corak kedua-dua pasukan bermain juga berbeza, jadi aku mengharapkan perlawanan yang terhebat dlam sejarah... Kalah dengan Barca aku tak kesah dah... Sememangnya mereka hebat... tapi, aku tetap optimis kerana pemain pertahanan utama Barca, kebanyakan cedera dan digantung perlawanan...

Apa-apapun, nasib tidak menyebelahi Chelsea... Kesian Zul Katak... Mesti die bengang giler... Dah la musim lepas kalah sebab Terry tergelincir, musim ini pulak, kalah sebab pengadil... Mungkin Chelsea belum bernasib baik untuk memenangi Liga Juara-juara...

Kepada Barcelona, jumpa di Rom 27 Mei ini... (Erks, 28 Mei waktu India)...

14 comments:

Don Balon said...

Koi bukan penyokong Barcelona sebab koi Madridista dan musuh abadi Barça..

Tapi....
Koi harap Barça menang untuk menunjukkan kepada dunia La Liga masih yang terbaik, dan pemain favourite koi masa kini kebetulan bermain di sana, Xavi Hernandez.

¡Viva España!
¡Visca Catalunya!

Monsieur Anonymous said...

Barca msT menang r..
huhu~

Redz da Tsar said...

Don>>
Hehe... Jangan sokong rival... Sokong la United... Haha... La Liga memang baik, tapi BPL lagi baik... Liga Malaysia? No komen... haha...

Portgas>>
Erks... Man City bila nak masuk Champs League?

~Cinta Cukulet~ said...

nak komen apa ni? tak reti la..haha

err..majulah sukan utk negara :D

Mus said...

Ref s**k giler!!
Huhu..
Tahneah wat MU..
Mgkin aku TERPAKSA sokong MU kot 4 final nnti..
EPL ttp terbaek..

Don Balon said...

Duan & Mustapa,
Baik itu subjektif, terbaik itu lebih subjektif..

Baik itu abstrak, terbaik itu kadang-kadang abstrak kadang-kadang tidak..

Senanc cerita, kita pergi kepada statistik & logik, salah satu cabanc matematik yang duan mesti kena belajor..

Berapa banyak Trofi CL atau Piala Eropah (nama lama) yang kelab2 inggeris menanc berbanding La Liga atau Serie A?
Ever heard of the mighty Real Madrid Club de Fútbol or AC Milan?
kuikui..

Redz da Tsar said...

Don:
Hehe... Kelu untukku berkata-kata... Hehe... Barca memang hebat sebenarnya...

Cuma La Liga tu, kini macam kurang menyerlah... Erks, sejarah memang ada kata Real Madrid, AC Milan menang banyak trofi UEFA, piala eropah dsb... Hehe... Lebih banyak dari Man United maksud aku...

Alamak... Takde hujah dah la... Ok... La Liga terbaik... haha...

"Kekuatan sesutau Liga bukan dilihat semata-mata kepada satu team sahaja"...

Kalau Man United je kuat, tak semestinya EPL best kan? betul tak?

fadzil hafiz said...

wahai penyokong si setan merah durjana.jangan sesekali memandang rendah kredebiliti pasukan lawan.nanti buruk padahnya.kah kah kah juga...

MieTo said...

MANU tetap terbaik wook..
memang barca kuat menyerang tapi bek dorang lemah..
cam x makan sayur..
glory2.

Don Balon said...

Duan,
koi akui tigampat tahun ni la Liga agak merosot..
sebab tu koi kata terbaik itu subjektif..
dari tahun berapa ke berapa?
kalau aok rujuk kebelakangan ni koi akui EPL lebih menyerlah..
(koi prefer guna term epl sebab barclay boleh bertukar jadi Singha beer mungkin untuk tahun2 akan datang.. kuikui
di sepanyol pun tahun ni Liga BBVA, sebuah bank jugek..)
tapi kalau keseluruhan sejarah di ambil kira atau kita mengambil kira pertengahan 90-an hingga awal 2000-an masih la Liga..

Cuma dari pemerhatian koi yang dulu gila all-out bola ni..
EPL akan jatuh dalanc setahun dua ni sebab jenis bolasepak yang dipraktikkan agak "sadis" dan cepat membosankan..
nasib baik kamera dan comentario menarik..
Koi rasa akan sampai masa pengadil akan bertegas dengan terjahan-terjahan kasar dalam epl..
semua pemain perlu dilindungi..
bukan ronaldo sahaja yanc menjadi mangsa..
bila praktis "sliding tackle sejauh 14 meter" dapat dihapuskan, tibalah semula masa la Liga, serie A dan juga Liga Turki kembali naik.. :)

Pemain-pemain sepanyol yang bermain di epl juga menyumbang kepada stigma "epl terbaik" ini..
Bila diinterview je di Sepanyol, deme sendiri kata epl lebih baik..
bagi koi deme tok saloh sebab demeh kerap merujuk cara pengurusan kelab, pengurusan liga, cara penonton menyokong (penyokong sepanyol fail, kuikui) dan perkara-perkara yang ex-fútbol.
Seabab itu sekali koi kata terbaik itu subjektif dan abstrak..
dari sudut apa aok pandanc..
sebab itu kebanyakan bakat latin masih memandang ke sepanyol dan itali untuk mengembangkan karier, bukan Berkelah Premier League. punto.

Redz da Tsar said...

Don,
Keh amat setuju dengan pandangan aok tu... Aok pandang dari sudut skil dan permainan atas padang... Ye, keh pun suke bile tengok Barca main macam tue... Tapi kekadang, bile buat macam tu, payah sangat nak gol gayenye bile berjumpe kelab EPL...

Keh pandang EPL terbaik dari pelbagai sudut luaran atau dalaman selain kejutan-kejutan yang selalu muncul seperti kelab kecil mampu menewaskan kelab besar dan kelab yang baru naik pangkat berjaya hampir membenam penyandang juara dsb...

Pendapat peribadi pulak:
Lagi menambah menarik, EPL selalu ada live kat INdia dan Malaya... Jadi senang nak tengok...

Dan yang paling kukuh:
Keh seorang penyokong Man United yang berada di dalam EPL... Tentulah persepsi keh kate EPL terbaik.. hehe... Dalam dunia kini persepsi lebih dipandang tinggi dari kenyataan... tak gitu Don?

Keh ada jugak jersi Barca kat umah tue... Keh sokong barca jugak bila barca main dgn team lain... Haha...

tapi takpe lah, La Liga ataupun EPL, semuanya tetap Liga Bola sepak... Ada pro dan kontra masing-masing... Tengok je la nanti... Pasukan mana yang bernasib baik pasti menang (ada nasib ke dalam dunia realiti ni?)...

MatJu said...

salam duan...
congrats sbb g final...
hahaha...
mmg fuck*ng disgrace betol reff overbo...
tapi koi yakin Pensioners dapat bawa satu piala season nih...
sian guus hiddink pny pasal...

tapi koi kurang berkenan kalo ade yg mengatakan BPL x bes...
actually Bpl adalah liga yang paling bes skali tgk...

dari segi kelab pun sama...
rules n mcm2 lagi...
kalo La liga stakat no 2 tu boleh la...
dari segi penyokong pun sama..
dieorg x berbaloh sesama england sendiri...
sbb tu dieorang bleh lepak duk sebelah player lagi...

kalo nak cakap team BPL manU je kuat, x bleh r...
stakat nih, ade 4 kelab terkuat dari taun 2001...
ManU, Chelsea, Liverpool, Arsenal..
4 kelab ni slalu fight..
kalo La Liga just ade 2 kelab yg always jadi contenders tuk juara..
Barca ngan Real Madrid...
kelab len x konsisten...

satu lagi kalo tgk skrang, kelab BPL je yang byk memonopoli UEFA...
Barca arituh mujur je...
kalo x kalah gak...

ok lah...
pjg sgt...
papehal contact kalo nak tau info lagi...
wawawawawa...
duan..
jage diri...
balik nnti bleh friendly ngan aku...
practice byk2 kat sana...
k...

Don Balon said...

Mat Ju,
koi rasa koi doh bagi cukup point koi..
persepsi aok gitu koi nok buat goner?
Koi pun akui tiga empat tahun ni EPL banyak menguasai..
tapi ni semua dibantu oleh kejatuhan bundesliga, serie A dan la liga.

Valencia dan Deportivo selama ni contender jugek, cuma msalah pergeseran dalaman yang selalu menyebabkan jadi gitu..
Villareal pulak ialah kuasa baru bolasepak sepanyol..
kalau villareal agak kukuh dari segi kewangan memang boleh pergi jauh..
tak ingat game seri lawan machester di awal CL tahun ni?
wokme keney berapa oranc je main.. pires, cazorla, senna tapi nok muntah MU cari gol..

Satu point yang England susoh nok kalohkan Sepanyol:
BAKAT TEMPATAN.

Liga hebat, team kebangsaan karat.

Machanc Sepanyol dulu la..
ha..pegi blog koi koi ader cerita hey sepanyol sket..

Anonymous said...

MATJU berkate...

koi sokong gak pandangan aok tu don balon...
mmg valencia ngan deportivo contender tuk La Liga...
koi pun sokong gak team La Liga..
cume yg menjadi maksud aku, kelab La Liga ni kurang konsisten kalo nak dibandingkan dgn BPL..
dari segi talent koi mmg tabik kat La Liga tapi dari segi keseluruhan BPL lagi terbaik...
Barca 2nd fav team koi..1st(tny duan die tau)

dari segi permainan kite tgk final CL nnti...
aku taget seri jeh...
dua2 team payah nak wat gol(gamoknye)

OK...