Monday, September 7, 2009

1Malaysia, Satu Malaysia

Salam Alaik...

Sejurus selepas aku sampai kat Malaysia kira-kira sebulan lepas, aku terus terlihat banyak papan tanda, iklan di TV atau akhbar menyatakan atau mempromosikan slogan 1Malaysia... Sebagaimana yang aku faham, objektif 1Malaysia ini ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia... Kalau dalam bab perlaksanaan ke arah objektif, aku tak nampak ada masalah yang besar (sekali lagi aku tekankan, takde masalah yang BESAR) dalam 1Malaysia... Tetapi kalau dalam bab tercapaikah objektif itu, aku masih ragu-ragu...

Bukannya ragu-ragu aku ini ragu-ragu yang tak bertempat, tapi raguragu aku berdasarkan pengalaman silam... Pelbagai kempen dah dijalankan untuk menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu, tetapi kebanyakannya gagal memenuhi ojektif... Sebagai menggalakkan sifat 'Husnu az-Zon' atau bersangka baik, aku sangat berharap projek/slogan 1Malaysia ini tercapai dengan jayanya... Sejauh mana berjaya, kenalah lihat daripada modus operandinya... Sebab aku tak habis lagi aca modus operandinya, jadi aku tak boleh nak komen...

Sebenarnya aku bukan nak tekankan hal itu... Apa yang aku nak tekankan ialah konsep 1Islam... Konsep ini memang dah lama sangat dah bertapak dalam Islam... Sejak dari zaman Rasulullah S.A.W lagi... Tak pernah tukar... Tapi, konsep ini telah dilupakan sejak berpecahnya umat Islam pada zaman Khaifah Uthman bin Affan berlanjutan ke zaman Saidina Ali dan seterusnya memecahkan umat Islam kepada 73 (ada riwayat kata 74) golongan... Kesian... Antara yang terawal ialah Syiah-Sunnah-Khawarij...

Pada zaman moden, perpecahan semakin teruk apabila ada yang melabelkan mereka Liberal, Konservatif dan sebagainya... Perpecahan seperi ini jelas telah merosakkan kesucian Islam dan konsep 1Islam... Perpecahan seperti inilah yang kita perlu elakkan dalam dunia kini melihat Islam sebagai satu ancaman...

Belum campur lagi mazhab-mazhab dan aliran-aliran... Sepatutnya perbezaan pendapat dalam kalangan imam-imam besar dan ustaz-ustaz dalam perkara 'cabang' menjadi rahmat kepada umat Islam, tetapi sebahagian dari mereka terlalu fanatik mazhab dan aliran sehinggakan sanggup mengkafirkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka sedangkan golongan itu masih lagi mengucap 2 kalimah syahadah, solat lima waktu, melaksanakan haji, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat...

Mereka yang fanatik ini menjadikan umat Islam berpecah belah dan saling mengutuk dan memaki sesama mereka... Inilah menjadikan umat Islam lemah... belum campur lagi perpecahan yang disebabkan politik dan bangsa... Kesian... Sedih mengenangkan umat Islam, umat Muhammad berpecah kerana perkara kecil... Di sebelah pihak, ada yang menegakkan ulama' lama (golongan tua), dan di sebelah pihak yang lain menegakkan golongan baru (kaum muda) dan saling menuduh... Padahal apa yang dicanangkan atau pebezaan pendapat itu hanya sekadar cabang dan ranting yang tidak menjejaskan akidah dan ibadah...

Sepatutnya, orang yang fanatik dan mengikut taklid melampau ini perlulah betolak ansur dan saling melihat kepada al-Quran dan as-Sunnah... Jika melanggar keduanya, maka tolaklah pegangan mereka... Dan jika benar ambillah pendapat itu tanpa mengira mazhab, fahaman, atau aliran...

Peganglah kepada al-Quran dan as-Sunnah... Lupakan perbezaan dalam kalangan cabng dan ranting... Kita ada keutamaan... Dalam bidang fiqh keutamaan, dijelaskan betapa penting 'ukhwah dan bersatu padu ke atas perkara cabang'... Semoga kita sentiasa bersatu... Barulah Islam itu kuat... Lihatlah Malaysia... Jika 1Malaysia berjaya, TAK MUSTAHIL Malaysia akan hebat... Dan jika 1Islam kembali dipupuk, maka SEMESTINYA Islam akan hebat!!!

Kalau ada yang salah sila betulkan...

Wallahu 'alam...

5 comments:

fizi said...

Salam.

Kena tanamkan pemikiran KBKK dalam masyarakat. Baru nampak betapa jahilnya pemikiran ekstremis puak, parti, mazhab sehingga mengkafirkan orang yang keluar dan berpindah kepada mazhab dan parti yang lain.

iszaid said...

Tatabahasa Dewan
(Unit Bahasa Maharaja)


Pemahaman = 4.5/5
Pengayaan bahasa= 4/5
Isi & Hujah= 5/5
tatabahasa = 4/5
struktur & Kesantunan= 3.5/5

gud2... haha, happy ramadhan..

andalusia said...

lama dah xbuka blog hang..
menarik pula bc entry yang ni..
cam maulana redzwan pl..hehe..
apa2 pun..abg mu ini bersetuju dengan hang..umat Islam perlu kepada penyatuan..1Islam..ALLAHHUAKBAR!!!

Anonymous said...

btol
100% sokong...
pegang pada al quran assunnah
insyaAllah x berpecah

Henshin said...

weh..sape bayar zakat fitrah utk ko skrg ea?

p/s: soalan SGT xde kaitan dgn artikel...