Sunday, September 20, 2009

DalamDinginSubuh~ Sayu

Salam Alaik...

Hari ini, merangkap 19 September 2009 merupakan hari yang sangat sibuk di Manipal kerana segala urusan untuk memeriahkan majlis Hari Raya peringkat Manipal perlu disiapkan kerana esok dijangka jatuhnya hari raya Aidil Fitri...

Aku sebagai biro persiapan berasa sangat gembira dengan segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam usaha menjayakan majlis yang dijangka jatuh pada hari esok... Segala persiapan tempat, backdrop, informasi dan advertasi serta masakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar...

Menjelang pukul 8 malam, rendang daging dan rendang ayam serta kuah kacang hampir selesai... Dan menjelang 8.30 malam, ada berita macam haram keluar~

ESOK KITA MASIH PUASA, RAYA HARI ISNIN!!!

Bayangkan bagaimanakah perasaannya? Bagaimanakah persiapan dan mood rayanya? Bayangkan!!! Ok, ya, Malaysia raya esok, Pakistan raya esok jugak, tapi India, Arab Saudi raya hari lusa... Apakah maknanya semua ini? Mungkin ada hikmah di sebalik perkara ini...

~Hai Anak Bulan, awat hang tak komfem hang nak keluaq bila? Kalau tak takde la Hancur Musnah macam nie... Jadi Manipal bertukar lagu dari suasana hari raya kepada Harapan Ramadhan~

"Dugaan berada di perantauan"

Wallahu 'Alam

1 comment:

Lah said...

mungkin hangpa kna pkiaq plan B..

dis kind of thing mmg akn berlaku..

sweet hari raya from moscow :D

maaf zaher batin redz..