Wednesday, November 11, 2009

Tok, Nak Air Satu

Salam Alaik...

Aku dulu kat Malaya memang selalu turun pasar malam/pekan sari kat bandaraya Jerantut... Memang sangat meriah... Pelbagai kaum wujud, tak kira Melayu, India ataupun Cina... Malah, orang Asli pun turun bersama memeriahkan pasar tue...

Kalau dah kata pasar, memang sangat bising la... Tak boleh tak bising... Dengan orang tawar menawar sampai la Mat Rempit jalan-jalan usha awek... Semua bising... Campur bunyi generator lagi masyuk... Ceis...

Tapi yang paling mendapat tempat selain kedai jual jersi Golok dan kedai Ayam Goreng, ialah kedai ubat herba... Ramai la datang dari seluruh Pahang, dan kadang-kadang ada jugak sesat dari Kelantan atau Kedah mempromosi ubat-ubat herba mereka... Pakai tiang speaker 3 meter melangit, cakap-cakap macam ahli politik dah, ayat hambur macam penceramah agama... macam-macam...

Tapi yang paling aku pelik dan rasa macam nak gelak ialah bila mana ada satu PakCik yang menjual air jampi... Dia beria-ia kata air jampi tue sangat mujarab dalam membentuk minda anak-anak supaya jadi lebih pandai dan boleh dapat 10A, sangat hebat dalam mengawal anak muda yang liar, boleh elak gangguan Syaitan dsb...

Maka berteriak la PakCik tue kata "Air jampi nie 100% dibacakan ayat al-Quran"... Hehe... Cuma satu aku nak tanya kat PakCik tue (tapi tak tertanya), "PakCik, kalau saya beli air nie, saya minum dengan selawat 40 kali campur dengan Habbatus Sauda', dan saya minum tiap-tiap kali sebelum makan dan sebelum solat, adakah saya akan menjadi pandai tahap Gaban?"...

Mesti sapa-sapa yang baca perenggan kat atas nie akan jawab, "Kalau tak berusaha mana boleh pandai!!!"... Ok... Betul tue, tepat sekali... Kalau minum air jampi ke, air mentera ke, air Habbatus Sauda' ke, makan kismis 45 bijik ke, kalau tak berusaha mana boleh jadi:... Inilah dia sebahagian daripada silap kita dulu-dulu... Asyik bergantung kepada air jampi dan umpama membuat air jampi tue seperti dewa yang boleh membijakkan orang...

Aku tak kata tak boleh minum, cuma kalau sapa-sapa yang beli tue silalah jangan kata, "dengan air nie, boleh la anak aku berjaya"... Tapi aku yakin, pada zaman IT dan kepesatan pelajaran dan keluasan jajahan ilmu ini tidak ada lagi sikap seperti ini... Khurafat + Syirik namanya tue... Nak minum boleh, tapi sandarkan permintaan kita kepada Allah selaras dengan usaha kita...

Lagi satu yang best dalam bab pagar-memagar makhluk halus nie... Bila pagar rosak atau runtuh atau pecah, mulalah masing-masing menikus kata dah takde perlindungan dari kejahatan makluk halus... Ceit... Ape kejadahnya paku tue yang menghalang? Ini semua kuasa Allah... Bila pagar pecah, macam Allah dah takde je nak cover kita... Haduyai... Doa mohon perlindungan sudah cukup... Tak perlu nak perantara seperti paku, batu dsb... Boleh jadi khurafat nie...

Hurm, sebelum aku berundur, aku cuma nak pesan, kalau ada apa yang aku salah, sila betulkan... Aku cuma manusia biasa yang tidak sempurna...

Jazakallah
Wallahu 'Alam

5 comments:

pungkar said...

aku sokong bro..zaman skang ni memang mudah gila orang islam lari akidah...

bG said...

kes beli soalan bocor lagi tak patut.. org kerajaan skrg susah nak percaya.. sila pantau.. haha

saharul said...

org jual ubat ni. macam pesen ande...kekadang ter banyak ke podoohnya pada yg betul..hanya pada kite jelah yg pandai menilai....

mazru said...

kedai herba tu mmg bagus,koi pernah pg...

Monsieur Anonymous said...

mnum je air mani sndri..
haha~
mesti kompem nmpak sgt bebal tahap gaban..
huahua~