Saturday, July 31, 2010

Siri Falsampah: Teori Kenikmatan Dunia Redz

Salam Alaik...

Aku sebenarnya keberatan untuk memulakan entri ni dengan salam kerana entri nie bersifat jahat dan nakal... Haha... Tapi takpelah, sekurang-kurang sebelum berkongsi kejahatan, ucapan sejahtera telah diucapkan... Semoga korang sejahtera dan fikir panjang.. kehkehkeh...

Petua pemuda hari ni sangat mudah sebenarnye... Ini berkaitan pengalaman aku zaman muda-muda di SBPI Temerloh dulu... Biasa la, zaman muda-muda...

"Kalau nak langgar peraturan, langgarlah dengan nikmat"

Hehe... Ini bukan fatwa, atau hukum atau apa-apa je yang berkaitan dengan 'positif'... Tapi ini hanyalah falsampah aku... Maklumlah, lama dah tak berfalsafah, boleh la jugak kadang-kadang berfalsafah... Apa aku cakap nie?

Ok, kembali kepada perbincangan...

Sebelum-sebelum ni entri aku agak berat... AKu mengaku dan aku mintak maaf... Jadi sekarang aku nak ringankan sket... hehe.... Harap-harap ringan la.... Eh, lari topik lagi... Eish.... Ok kembali....

Sebenarnya aku meluat jugak tulis isu berat-berat, sebab kena guna bahasa yang agak skema... Nak buat entri berat ala santai (seperti cerpen aku nie) tue kena perah otak pulak... Haha... Padahal entri tue aku hasilkan spontan tanpa proof reading pun... haha... Tue sebab dia punya 'peleraian' sangat mendadak turun...

Ok... Ini betul balik kepada perbincangan...

Kenapa bila buat jahat kena buat dengan nikmat...? Aku bagi satu situasi dengan harapan korang faham akan apa yang aku nak sampaikan... Kalau aku tak bagi situasi, nanti korang pening dengan ayat-ayat yang panjang dan perkataan yang macam-haram-memang-bagi-korang-taknak-faham...

Situasi Awal:

Samsul dan Sameon sedang menyorok di belakang bilik dobi sambil menyalakan rokok... Undang-undang sekolah melarang pelajar seperi Samsul dan Sameon merokok di kawasan sekolah... Samsul, dengan tenang menyalakan rokok dan menikmati setiap sedutan sehingga ke dalam otak... Dan Sameon pula, merokok sambil jantung berdegup kencang dan tak tenang... Sambil mata melilau-lilau dan telinga cuba mengesan bunyi yang disyakki warden...

Ok.. Samsul dan Sameon merokok... Cuma bezanya 'kenikmatan'...

Teruskan kepada situasi...

Sambungan:
Samsul dan Sameon meneruskan agenda merokok dan masing-masing masih dengan perasaan yang sama seperti sebelumnya, yakni Samsul tenang dan Sameon kalut... Dan, setelah 30 minit, rokok berjaya dihabiskan sebanyak 2 batang... Dan apabila batang ketiga dinyalakan:

a. Samsul dan Sameon terus merokok sehingga habis dan balik hostel dengan aman.

atau

b. Samsul dan Sameon terkantoi dengan Ustaz Abdul Samad sejurus selepas melepasi tengah rokok.

Kita andaikan bahawa kenikmatan = 'x' dan kekantaoian = 'y'

Samsul dalam situasi a mempunyai kenikmatan, dan terus mempunyai kenikmatan.. Jadi hasilnya Samsul akan mempunyai hasil yang positif:-
Nikmat - Kantoi = Hasil
x-0 = x

Sameon tidak mempunyai nikmat, dan tidak juga kantoi... Jadi hasil Sameon ialah:-
0-0 = 0 (kosong)

Jika melihat situasi b,
Samsul mempunyai kenikmatan tetapi kantoi... Sekurang-kurang hasilnya masih positif, kerana dia ada kenikmatan...
x-y = x-y

tapi sameon tidak ada kenikmatan dan kantoi, hasilnya, ialah negatif:-
0-y = -y

Berdasarkan situasi b,
x-y > -y

Jadi,
Samsul lebih untung dari sameon.. Hehe


Aku harap korang faham la mantiq mudah aku nie... hehe.. kalau faham, boleh la buat kesimpulan sendiri... Kalau tak faham, cuba fahamkan... Hehe... Boleh jugak gantikan x dan y tue dengan nombor apa-apa yang korang suka dengan syarat nombor itu ialah nombor positif...

Maka, dengan ini tamatlah siri falsampah aku kali ini... Harap falsampah aku berjaya memeningkan korang.. keh3x...

Teori ini aku bagi nama sebagai 'Teori Kenikmatan Dunia Redz'... (Eh, boleh buat tesis nie?)
Ini dia kertas kerja aku:-



teori aku nie sesuai untuk sesiapa yang buat kejahatan sahaja... kalau untuk yang buat baik, tak payah teori pun takpe... buat je la baik.. asalkan ikhlas sudeyh... (^^)

7 comments:

oyop said...

gune algebra tue..salute..salute....da lal2 al-khawarizmi da aku tgk..haha

anum farida said...

terbek r weh.....hahahhaha

Fadh Rahman said...

apa yg ko carut kan nie? jgn sampai aku mencarut plak udah ler heheheh

pungkar said...

haha ...teringat zaman kanak2...kehkeh
nk wat nakal kena wat sehabis baik...haha

Redz da Tsar said...

Oyop:
Algebra dalam permasalahan mantiq perasaan..

Anum: Haha... Faham eh? Bagus2x..

Fadh: Aok kena baca bebetoi... Baru fahamm..

Punkar: Betoi tue... Seeloknya jangan nakal=-nakal... tapi kalau dah terbuat, kena nikmati~ hehe

Relevan said...

Baik punya tesis ko ni hehe!

Hanisham Ab Halim said...

Terbaekkkkkk... hahhahaha