Saturday, March 3, 2012

Manipal: Peleraian.

Salam Alaik..

InnalhamduliLlah..

Tiga tahun di Manipal, KA India; memang sela masa yang sangat optimum.. Tidak terlalu singkat untuk menghayati budaya masyarakat India, dan tidak terlalu lama sehingga mampu melupakan tanah air..

Tiga tahun yang banyak mematangkan aku.. Tiga tahun di Manipal banyak mengajar erti sabar dan tabah, di samping membiasakan aku dalam keadaan ekstrim.. Di Manipal aku mula mempraktikkan teknik berdikari, dan cuba belajar cara adaptasi dengan suasana yang agak pantas dan celaka..

Banyak memori indah berlaku sepanjang tiga tahun ini, bermula daripada mengenali seseorang; belajar menghayati indahnya alam, dengan bermusafir di utara India dan Nepal; mengaji banyak ilmu agama; bertukar daripada pemikiran ala 'muktazilah' kepada 'sunnah'; rerakan yang hebat; dan bermain bola sepak setiap petang..

Ada juga kenangan yang tidak bagus seperti eksiden dua-tiga hari sebelum raya; tempe yang menguji kesabaran dengan birokrasi; kecederaan hati dan fizikal; gagal tahun kedua; etc.. Benda buruk tak payah nak kenang ye dop? Kalau nak kenang, biarkan ia menjadi pengajaran..

Hidup aku di India banyaknya rahsia.. Kalau apa yang aku tulis dalam blog hanya 30% daripada yang sebenar.. 70% lagi aku simpan kemas dalam hati..

Di kala terbitnya entri ini, mungkin aku sedang 'board' flight MAS daripada Bangalore ke Kuala Lumpur KLIA..

Semua orang tanya, apa perasaan meninggalkan India?

"Bercampur-baur.. Seronok kerana akan pulang ke tanah air, dan meninggalkan ketamadunan Indus ini; tetapi pada masa yang sama akan merindui kebebasan dan memori di sini.. Rindu tetap ada, aku tidak mahu menipu.. Tetapi, bukan sekarang.. Mungkin dah sebulan dua di Melaka barulah aku mula merindu.. Haha.."

SBP Integrasi Temerloh mengajar aku untuk menjadi manusia yang bagus dan baik; MMMC Manipal mengajar aku untuk biasa dengan keadaan 'ekstrim', i.e mengajar aku realiti dunia..

Selamat Tinggal India, selamat semuanya.. Moga rakyatmu berubah menjadi lebih bertamadun, dan urusanmu tidak celaka dan dipenuhi dengan birokrasi..

Tempe memang bangsat..

Next post (kalau ada) insya Allah ketika aku di Malaysia..

Doakan kesejahteraan aku di Melaka..

"SubhanakaLlahumma, wa bihamdika, asyhadu an la ilaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik."

Moga tiga tahun ini menjadi tiga tahun yang berguna untuk aku menghadapi cabaran dunia dan fitnah kubur kelak insyaAllah..

...
Aku akhiri entri India aku dengan ALHAMDULILLAH..

No comments: