Saturday, March 30, 2013

Kamelia

Salam Alaik..

12 minggu dalam posting yang kritikal iaitu perubatan (medicine) dan pembedahan (surgery).. Dan ada 4 minggu lagi untuk posting pembedahan ini.. Dalam melewati masa-masa yang belalu dengan pantas, tidak tercapai dek akal apabila memikirkan bahawa peperiksaan akhir tahun 4, P2S1 bakal menjelma dalam 20 minggu lagi.. Nampak macam panjang 20 minggu tue, namun jika melewati posting yang hanya tinggal Ob-Gyn, Paeds dan ComMed selepas Medicine nie, masa yang panjang tue secara relatifnya pendek..

Andai dibandingkan pergerakan pembelajaran aku ke arah P2S1, nampaknya masih dalam gear yang pertama.. Pergerakan sangat perlahan walau sudah separuh perjalanan.. Seharusnya tatkala ini paling koman gear ketiga sudah digunakan.. Kemalasan untuk memecut nie tidaklah diketahui puncanya melainkan hanyalah malas.. Mujur dalam 12 minggu yang memenatkan ini tidak ada mental breakdown.. Mungkin aktiviti yang penuh mengelakkan aku daripada berfikir tentang cabaran dan dugaan..

Tenang..

Mungkin kekurangan komitmen dan kebiasaan hidup di Melaka nie menyebabkan aku secara relatifnya seronok berbanding 6 bulan lepas.. Dan aku ingin terus begini, atau ditambah baik.. Mungkin akan mulakan proses pembelajaran yang lebih serius untuk mengelakkan kecelakaan di tengah jalan.. Tapi sebelum itu, segala tekanan rasa harus dibebaskan..

Hati ini tidak lagi dihantui oleh hantu, tidak lagi dikoyakkan dengan rasa rindu; malah luka yang berdarah selama setahun lebih dahulu sudah mula menunjukkan perubahan.. Biarlah hati itu berparut sebagai pengajaran agar tidak lagi cuba untuk menjebakkan diri dalam situasi yang mempunyai risiko ditikam.. Yeah, mungkin penyembuhan luka itu menjadi faktor yang membantu dalam mencapai ketenangan..

Life goes on, bro!

Lagu-lagu dalam playlist masih sama, setiap ungkap kata setiap bait memberi memori.. Memori yang signifikan takkan padam, bezanya bagaimana kita menghadapi dan menerima memori itu akan memberi kesan kepada rasa.. Lagu Kamelia masih senang untuk dihayati, lagu Makwe Koi masih menjadi halwa telinga dalam perjalanan ke Jerantut.. Lagu-lagu baru sungguhpun tidak diikat memori tetap ditambah dalam playlist sebagai penghibur hati..

Perjalanan waktu sangat pantas.. Sehinggakan DUN Negeri Sembilan dah terbubar secara automatik.. Tak lama lagi DUN Pahang dan Melaka pun akan turut serta kalau DS Najib masih berteka-teki..

Dalam banyak perkara yang berubah, Belantik masih kekal bentuknya..


No comments: