Monday, June 24, 2013

Masa

Salam 'Alaik..

"Seseorang yang tahu bila masanya untuk mengalah, maka dia ialah seseorang yang menang"

Satu terjemahan terus daripada satu kata-kata yang aku baca baru-baru ini.. Ayat itu rumit untuk difahami kerana 'bila masanya untuk mengalah' itu bersifat subjektif.. Dan bagaimanakah kalah boleh jadi menang? Kemenangan itu juga satu yang subjektif.. Biasanya perkara ini diaplikasikan oleh anak-anak sulung, yang terpaksa mengalah kepada adiknya dalam sesuatu perkara.. Tapi aku tak pernah merasakan contoh ini sebab aku anak bongsu.. Kehkehkeh..

Begitu jugak dengan 'masa untuk berhenti'.. Selalu orang kata 'belakang parang kalau diasah lama-lama tajam jua'.. Namun, apakah berbaloi menghabiskan masa yang lama untuk menajamkan belakang parang? Satu usaha, kalau dah 30 kali dicuba namun tetap tidak menjadi, harus difikirkan kembali, berbaloikah usaha? Perlu tahu bila masa sesuai untuk berhenti mencuba, dan fokus ke arah perkara lain.. Macam jawab peperiksaan subjek Matematik Tambahan, bila kita sangkut kat satu soalan itu, berbaloikah untuk habiskan masa yang lama? Kita harus bergerak ke soalan lain dahulu, sebelum kembali kepada soalan itu jika ada masa..

Pengurusan masa, meletakkan perkara yang lebih utama ke atas perkara yang utama.. Keutamaan sesuatu perkara itu pula bergantung kepada pendapat sendiri, jika perkara itu dalam konteks 'sendiri'.. Dan, pusing-pusing, penafsiran itu kembali subjektif..

Itulah kisah aku dahulu.. Seharusnya aku berhenti pada masa yang sesuai.. Namun aku teruskan jugak, walau berkali-kali peluang untuk berhenti.. Akhirnya, aku mengambil langkah drastik mengikut minda untuk berhenti secara paksa walau hati tidak suka.. Dan aku berhenti!

Perkara itu membuatkan aku menyesal, namun aku tidak tahu jika aku teruskan; apakah kecelakaan yang bakal menimpa.. Membuat keputusan dalam hidup nie umpama main poker.. Silap langkah, rugi besar.. Kekadang nasib baik, untung gedabak.. Kekadang keputusan yang dirasakan terbaik untuk kita, menjadi sebuah keputusan yang kurang baik..

"Tidak Kami  ciptakan sesuatu itu sia-sia"

No comments: