Showing posts with label sazzul. Show all posts
Showing posts with label sazzul. Show all posts

Saturday, August 9, 2008

Positif atau negatif? dan 6.5 atau 7.5?

Aku, spek maroon, dan telefon genggam maroon...tym Mesyuarat Protokol...

Salam alaik...

Hari ini aku merasa amat bahagia dalam sesetengah aspek dan agak negatif dalam sesetengah aspek...

Ambik positif dulu...

Aku bangun seawal pagi, 6am kot untuk prepare ke Subang untuk ambik IELTS listening, reading dan writing... Perjalanan ke Subang tidak lah menarik, yang menjadi maksud aku positif ialah aku telah berjaya menamatkan IELTS aku hari ini... Maknenye, tak perlu risau dah tentang IELTS... Result ok atau tak, itu bukan dalam pertimbangan aku, yang penting aku dah buat yang terbaik... Habis IELTS, aku pergi makan dengan Iman, Hazra, Min, Shasha dan Abid... Berborak secukup rasa dan kemudian mereka menemani aku ke stesen KTM Komuter... Dalam perjalanan tue, ada satu peristiwa yang aku taknak ceritakan kat sini... Sensitif... Hehe... Dah sampai kat KTM, aku bergerak ke KL dan mereka ke S.Alam... Sampai kat KL, aku berjumoa dengan Firmad (positif)... Dah lama tak jumpa dia... Dia ajak aku lepax UM tapi aku tolak sebab aku ada mesyuarat malam nie... Pas jalan kat Mid Valley, aku balik dan sampai ke Kolej dalam jam 1908... Rehat sebentar sebelum pergi mesyuarat jam 2100... Berjumpa kembali dengan Hazra dan Iman... Makhluk 2 orang nie memang boleh buatkan aku gelak tym aku tengah stress...Setakat ini jer positif...

Negatif...

Aku habiskan IELTS aku dan berfikir, mampukah aku capai minima 7.0? Itu negatif pertama... Negatif kedua, aku balik ke Kolej dan melepak ke 1107, dan pergi menyapa member aku, biar aku gelarkan die Panda... Kenegatifan bermula pabila sapaan aku disambut dingin... Alahai, apa pulak masalah Panda nie? Aku tanpa berfikir apa2 bergerak ke bilik... Pergi ke CIMB, cucuk duit, tengok aku telah kelarian bajet melampau... Negatif betul... Pas CIMB aku ke Awwal prepare untuk mesyuarat... sampai kat Awwal, ada member aku dan Panda, dan sekali lagi panda dingin dengan aku... Alamak, memang sah die dingin... Hazra dan Iman datang bawa berita Negatif, Biro Protokol dituduh tak banyak buat kerja... Malah mungkin diberi kerja mengedit CD malam merentasi zaman... Alamak!!! Ini sudah lebey...Mendengar keluh kesah Wanita protokol tue, aku n Zaid menggelengkan kepala... Habis mesyuarat...


Balik bilik bukak tenet... tengok blog member... Nampak plak blog Panda... Dan, memang sah Panda dah salah anggap dengan aku... adoh... Baru nak relax dari masalah, datang lagi masalah/... Macammana aku nak atasi nie? Lantak ah...

Neutral...

Nak neutralkan negatif aku, aku tulis blog... Medium peluahan perasaan... Agak bagus la perekaciptaan blog nie...


~end~

Tuesday, July 29, 2008

Bila dah dapat Ijazah Sarjana Muda!

Salam Alaik...

Dalam tajuk kali ini aku nak mencarut tentang pengalaman aku dalam industri perokokan... Iaitu berkenaan dengan tahap pembelajaran aku dalam bidang ini...

Orang biasanya bangga bila dapat ijazah, tetapi dalam konteks aku ini, aku dapat ijazah dalam biang perokokan... Layak ke nak bangga? Haha... Langsung tidak...

Aku bermula dengan sijil perokokan pada umur aku 14 tahun, tetapi sudah bermula mempelajari bidang ini pada umur 11 tahun...Untuk mendapat sijil ini aku perlu pandai 'menarik' asap rokok yang dipenuhi kandungan nikotin, dan berpuluh-puluh karsinogen serta beribu-ribu bahan kimia yang merbahaya... Caranya mudah, cuma perlu hisap rokok seperti tarik nafas, dan pada awalnya aku terbatuk macam orang dah kena kanser... Setelah aku berjaya 'menarik' asap rokok tue, aku dah dikira mendapat sijil perokokan...

Apabila dah dapat tarik, aku mula dengan menghisap secara profesional untuk mendapat diploma.. Dan diploma aku memerlukan aku menghisap rokok secara perlahan dan melayan kandunan nikotin yang bakal mengalir dalam darah aku... Untuk pengetahuan pembaca sekalian, nak dapat diploma ini bukan susah, cuma perlu merokok secara konsisten sehingga anda boring... Haha.. Disamping itu, dalam diploma ini, aku perlu mengkaji faktor-faktor dan kesan merokok... Untuk membuktikan aku dah berjaya manghayati seni ini, aku pernah mendapat markah 97/100 dalam esei BM ketika trial SPM tak silap aku..Dalam konteks kebosanan, aku dah pernah sampai nak termuntah isap rokok... Kirenya dah dapat diploma la..Dan aku dapat diploma tue tahun awal 2008, pada umur 18 tahun...

Kemudian, aku meneruskan pembelajaran aku ke tahap ijazah sarjana muda, iaitu ijazah sarjana muda dalam bidang seni merokok... Dalam bidang ini aku mengambil pengkhususan dalam 2 perkara iaitu menghasilkan 'O' dan keluarkan asap ikut hidung... Dan, dalam perkara kedua, mengeluarkan asap ikut hidung, aku dah berjaya buat semenjak dari aku ambik diploma lagi... Hehe... Dan, setelah berguru dengan encik Sazzul Iqbal, aku berjaya berlatih membuat 'O' dan akhirnya berjaya secara konsisten pada hari ini, dan akhirnya aku dah dapat ijazah... Tahniah untuk aku...

Aku akan menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana, iaitu sarjana berhenti merokok, antara bidang yang paling payah sekali dalam industri perokokan... Dan dalam usaha aku untuk berhenti tue, aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai ranjau dan duri... Aku dah mula mengkaji untuk Sarjana ni sejak aku berumur 17 tahun... Tetapi memang payah...Aku mengambil cabaran ini kini dan insya Allah target aku, sebelum aku berangkat ke Australia aku dah dapat Ijazah Sarjana...

Bila sebut akan kedoktoran atau PhD, aku perlu mengambil inisiatif untuk memberhentikan perokok-perokok tegar sekurang-kurangnya seorang... DAn aku akan cuba membuat PhD ini selepas mendapat ijazah sarjana dan MBBS, insya Allah... Sokonglah aku dalam pembelajaran ini...

Soalan lazim:
1. kenapa aku merokok?
Jawapan: Aku merokok pada awalnya kerana inkuiri, bosan dan pengaruh rakan sebaya, kemudian kini, aku merokok kerana ketagihan nikotin..
2. Apa sedapnye merokok nie?
Jawapan: Dapat nikotin, release tension sebab nikotin boleh tenangkan minda, dan mengisi masa lapang...
3. Kau kan akan jadi doktor, takkan merokok plak?
Jawapan: Aku akan cuba berhenti... Lagi pun aku boleh tunjuk sempadan kepada pesakit aku... Kalau aku berjaya dapat Ijazah Sarjana, aku boleh tunjukkan tauladan... Hehe...

Tambahan:
Ciri perokok professional:
1. Tak habiskan sebatang rokok sampai ke puntung
2. Hisap dengan lambat, penghayatan.
3. Dapat ijazah sarjana muda...
Hehe...

Tue je malam nie...
Thankz for reading...