Sunday, August 31, 2008

Teka-teki: Ayam dan Telur

Salam Alaik...

Alhamdulillah, cuti di rumah memang agak menyeronokkan walaupun rakan-rakanku majoriti tidak pulang... Walau tiada rakan karib di rumah, hidup di rumah memang jauh daripada tekanan pembelajaran... Jauh bezanya...

Walaupun hari semalam bermula dengan agak negatif dengan sang bakteria menyerang mata aku sehingga kegatalan dan kemerahan, aku masih lagi berada dalam keadaan yang baik... Walaupun Manchester United kalah dengan St. Petersburg dalam Super Cup, aku masih berpuas hati kerana aku berada di rumah... Hidup di rumah memang best sehinggakan segalanya yang negatif dapat aku terima dengan positif...

Bila aku check emel aku yang tertinggal selama 2 hari, aku menerima kira-kira 33 mel baru... Kebanyakkan tentang friendster... Alamak, ramai la pulak bagi komen... Semasa aku menulis post nie, aku masih belum melihat segala komen yang diberikan... Hehehe... Harap-harap positifl la...

Hari Jumaat yang lalu, kerajaan membentangkan bajet yang bagi pendapat aku agak baik dan berkebajikan... Mana tidaknya, duti eksais rokok naik lagi... Heheh... Bagus tak? Boleh la aku berhenti pasni... Huh... Kalau nak dilihat, harga rokok pasni akan melambung ke RM7.30 sekotak dua puluh... Bukan setakat tue jer, kerajaan juga mengumumkan bonus sebulan gaji kepada kakitangannya... maknanya, akak aku sebagai seorang jururawat dan cikgu akan mendapat bonus... Boleh la aku paw...Huhu... Kaya aku raya nie...Ayah aku pulak, tidak mendapat kenaikan sebab tempoh perkhidmatannya dalam kerajaan tidak sampai 25 tahun... Di samping tue, kerajaan mengumumkan bil elektrik percuma kepada pemegang bil-bil bawah RM20... satu percubaan yang baik... Banyak lagi bendanya, tetapi tidak ada signifikan sangat kepada aku...

Seperti biasa, bila ada cadangan kerajaan, mesti ada bangkangan... Baru-baru nie aku ada minum kat Restoran Lot 702 Bandaraya Jarantut, aku terdengar ada beberapa pakcik berborak tentang bajet nie la... Diorang cakap bajet nie nak pancing rakyatlah, bajet nie tak membawa kepada memangkinkan ekonomi lah, bajet nie bajet best la, malah ada diorang cakap, bajet nie tak cukup bagus... Aku bukan nak kata apa, kalo aku menyampuk apa diorang cakap kang, aku kena pelempang... Aku pelik, kenapa cadangan yang baik dan berkebajikan kepada rakyat pon nak bangkang? Mungkinlah tak cukup untuk menampung segala-galanya, tetapi bukankah bersyukur itu baik... Macam tue jugaklah masa harga minyak turun 15sen... Ada yang bangkang, memanglah 2.55sen tue mahal lagi, tapi kalau turun tu dah kira bagus dah (kalau boleh turun lagi)...Cuba bayangkan kalau maintain jer 2.70sen? Macam mana?

OKlah, aku nak blah... Esok dah puasa, esok aku dah balik, esok aku nak date, esoklah segala-galanya.. Malam nie jom kita reramai memeriahkan masjid untuk tarawikh... Jom ke masjid!!!

Friday, August 29, 2008

Inilah dinamakan Professional : Soal siasat!!!

Salam Alaik…

Hari ini aku akan bergerak ke halaman rumah aku di Jerantut dengan menaiki bas SE Super… Balik lagi? Ya, betul… Tetapi, pada entri kali ini, bukan pasal balik akan aku ceritakan, tetapi pasal professional…

Aku menerima beberapa miskol dari nombor yang tidak aku kenali sejak dari semalam… Pagi tadi, setelah aku tamat kelas Biologi, aku kol lah balik nombor tue dan kemudian aku mendapat tahu orang yang kol aku malam tadi dan pagi tadi ialah cikgu Hasan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar INTEC… Terkejut jugak aku… Dah la telefon kepada telefon genggam rangkaian Maxis aku… Aku tidak dapat mengagak apakah tujuan sebenarnya pada awalnya sebab aku hanya gunakan nombor Celcom aku untuk urusan rasmi… Mungkin hal INTEC InPro kot sebab aku bagi nombor maxis masa daftar InPro dahulu…Dia meminta aku mengahadap dia… Jadi, aku pon pergi lah…

Sampai je kat bilik Cikgu Hassan, aku pon duduk… Aku terus terpandang ke PC dia… haha.. Gotcha, Cikgu Hasan tengah tengok blog aku… Pegh, cuak kejap aku… Terfikir jugak aku, adakah posting aku tentang politik ini sensitif? Haha… Betul tekaan aku, ada orang melaporkan blog aku ini berat kepada aliran pembangkang dengan satu frasa ‘Tahniah kepada PKR kerana berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh’… Huhu… Biasnye aku… Aku pon memberi hujah bahawa blog aku ialah neutral dan mungkin gaya penulisan aku agak keberatan sikit… Apa yang mengkagumkan aku, Cikgu Hasan amat professional… Dia tak pernah nak tekan aku, malah berkongsi idea dengan aku… Dia menasihati aku dengan baik dan tidak meletakkan aku dalam keadaan yang tertekan… Aku respek cara pemikiran Cikgu Hassan… Dan, sebagai penutup perenggan nie, aku nak tegaskan bahawa BLOG AKU BUKAN BLOG POLITIK, tetapi blog peribadi… Post yang baru-baru ini sahaja yang ada kaitan dengan politik, tetapi tidak bias dan hanyalah neutral… Terima kasih Cikgu atas keprofesionalan anda… Aku juga akan menjadi penulis yang professional dengan memberi pendapat yang neutral dan disokong dengan bukti sahaja…tapi, kalau tentang peribadi, takkan nak letak bukti jugak kot?

Habis cerita soal-siasat, aku pon balik kelas untuk teruskan pembelajaran… Sampai di kelas, aku dapat kertas Kimia… Alhamdulillah, A-84.3%... OK lah… Syukur…. Kejayaan aku adalah kejayaan rakan-rakan aku, kejayaan lecturer yang mengajar, kejayaan INTEC sebagai institusi dan kejayaan kerajaan dalam memberi biasisiwa kepada aku…

Dalam jam 10.10am, Puan Faizah, mak angkat aku masuk kelas… Selama sejam pertama, dia banyak memberikan nasihat… Aku respek dia sebab dia tak pernah putus asa dalam mendidik… ‘Don’t give up’, ‘Jangan berangan nak panjat ‘bukit’’, ‘Pergi fly’, dan ‘You can do it’ ialah ayat yang selalu dia bagi... Terharu aku... Baik puan, akan saya belajar dan fly... Saya takkan mengecewakan puan!!!

Sampai di sini dulu lah yerk… Banyak lagi aku nak tulis, tapi masa mengekang…. Aku nak pack barang dan balik ke rumah... aku nak sambut puasa di Rumah...

Thursday, August 28, 2008

Bapak gampang soklan math tadi!!!

Salam Alaik...

Test Math baru sahaja melabukan tirai sebentar tadi... Dan, seperti juga test yang sebelumnya, aku masih gagal menjawab semua soalan dan mencicirkan 20markah secara tepat... Belum ditolak jawapan yang salah... Adatlah, study secara giat hanya dijalankan selama 2 jam sebelum exam... Inilah yang dipanggil 'Uji Minda'.... Sebut pasal uji minda, perkataan inilah yang aku selalu guna time kat SBPI Temerloh dahulu... Jikalau tibanya ujian, maka aku akan mengelak dari untuk study dengan alasan aku ingin menguji kefahaman pembelajaran aku dalam kelas tanpa sebarang ulangkaji... Dan, kebanyakan result adalah positif... Tetapi, apabila tiba diIntec, istilah uji minda adalah amat bahaya untuk diaplikasikan... Kepada sahabatku, maka janganlah menguji mnda, kelak kamu akan binasa... Haha... Pada hakikatnya, istilah uji minda hanyalah satu alasan kepada makhluk yang malas study dan mencari alasan atas kemalasannya itu... Jadi, janganlah malas-malas...

Merujuk kepada topik 'Bapak gampang soklan math tadi!!!', kenapa aku guna istilah gampang? Tidak ada istilah lainah yang lebih sopan? Bukan niat aku menggampangkan soalan Math tue, cuma aku ingin menguji 'set minda' para pembaca... Jikalau anda memikirkan maksud topik itu ialah 'bapak susah soklan math tadi', kamu tergolong dalam golongan yang negatif... Jangan terasa, saja nak uji... Kalau korang fikir maksudnya 'bapak senang soklan math tadi', maka kamu seorang yang positif dalam pemikiran... Tetapi, harus diingat, perenggan ini hanya sekadar memberitahu info dan bukan menggambarkan soklan math tadi senang bagi aku.... Tetapi, walau apapun cara aku jawab, atau sebanyak mana pun aku tinggal, aku tetap optimis aku boleh buat... Pemikiran persis ini lah penting dalam pembelajaran-POSITIF...

Sebut pasal pemikiran, aku baru sahaja lepas lepak-lepak makan dengan Azrul dan John di Imtiaz... Sedang aku makan, kami terlihat iklan 'berhenti merokok' dalam ASTRO... Maka, aku menyatakan betapa susah berheni merokok, maka dengan tidak semena-mena, ada pak cik kat sebelah menyampuk, menyatakan betapa susah berhenti smoke, lebih-lebih lagi berhenti ganja... Haha... Ape hal orang tua nie.,.. Tiba-tiba Pak cik A (biar aku gelar dia PCA) nie menambah, kalau orang main belakang lagi susah nak berhenti... Aku, Azrul, dan John mula tertarik dengan corak pemikiran PCA nie... Aku dan Azrul mula melayan... John dah blah awal sebab tak tahan dengan hemburan asap yang penuh dengan karsinogen... PCA menambah, yang ranai pelajar UiTM dah kena tebuk, UiTM U sampah, UiTM tak wajar dibuka kepada non-bumi dsb,.. Tapi, yang paling menarik aku ialah pendapat dia yang mengatakan pemimpin sekarang menjadi seseorang yang rajin buang masa, dan sifat-sifat negatif yang lain adalah disebabkan ingin menunjuk kepada rakyat perilaku rakyat itu sendiri atau dengan kata lain, pemimpin mencerminkan rakyat... Aku agak tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana bukan pemimpin perlu mencerminkan rakyat, tetapi pemimpin perlu tunjukkan kepada rakyat contoh agar rakyat ikut, atau rakyat mencerminkan pemimpin... Ape-apelah, aku pon dah pening...

Cuma, sebagai kesimpulan, pemikiran setiap orang dimuka bumi ni lain... Terpulang kepada kita untuk ikut orang atau fikir cara kita sendiri... Harap-harap pilihan kita baik... Itu aje... Sentiasalah positif...

Wednesday, August 27, 2008

Malam Selepas Test Bio...

Salam Alaik...

Topic Test 4 Bio telah berlangsung dengan amannya... walau terdapat banyak kekeliruan dan penghentaman ke atas jawapan, aku masih boleh menjawab semua soalan... Jika teruk keputusan ini, maka adatlah, baru mula study semalam... Kalau bagus, maka itulah nikmat Tuhan...Syukur pada-Nya... Penat kalau lepas memeras otak, hendak pulak lepas jawab Bio, lagi la...

Habis test, aku, dan Azrul teman Hanis di depan dewan kerana motornya kehabisan minyak... Maka, Humam lah pulak bersusah payah membeli minyak... Sepenungguan kami, sempat berborak dengan madam Lili... Maka diceritakan akan kekeliruan soalan periuk kera, maka Madam Lili gelak pelik... Mungkin baginya itulah soalan yang senang... huhu... Setibanya Humam, maka diacukan masalah ketiadaan botol, maka kami berempat pon bergerak selembab semut, Humam tolak motor Hanis, Aku dan Azrul lepak naek motor layan angin malam...

Esok, test Math pulak menjelma... Seperti biasa, langkah study serius masih belum digerakkan... Bukan aku tak tau yang Math adalah subjek yang paling teruk kat INTEC nie, tapi bila dah malas... Lagi pon, kalau aku study pon, macam boleh jawab jer... Balik-balik banyak ak tempat kosong... Stress aku... baik aku tido awal malam nie, regain Energy lepas test Bio...

Petang tadi, aku buat perbentangan Malay Study, In-depth study tentang terapi gen... Haha...kul 1330, aku pergi print bahan Malay, dan buat slaid... Slaid yang aku buat pada jam 1400 aku guna pada jam 1500... Kiranya, aku ambik 1 jam 30 minit untuk siapkan segala-galanya... Pakar last minute la katekan...Aku sempat baca secara pintas tentang terapi gen sebelum aku bentang... Punya cetek ilmu tentang terapi gen nie... Selamat ada draf Mustakim, boleh aku cilok idea...

Dan, hari ini, aku berasa amat marah, tapi tak stress bila melihat seorang yang pernah suatu masa dahulu menjadi kawan baik aku, kini macam bangsat... Aku selama ini memang tak pernah marah walau pon sekelumit pada orang lain, tetapi kat budak nie, memang aku panas... Setiap kali dia bersuara memang menyakitkan hati,... Entahlah, perasaan aku je kot... Bukan ape, kalau bengang dengan aku, jangan sampai macam ie...Dah... Cukup... Habis dah marah...

Anyway, kepada pembaca blog aku, boleh lah doakan kejayaan aku dan rakan-rakan se'Sydney'ku dalan test Math esok...Aku dah nak tido...

Bye, Maas Salamah...

Haha...

Salam Alaik...

Jangan salahkan aku diatas segala kesilapan yang aku post... Ini semua berpunca dari kesilapan akhbar online BHARIAN DAN UTUSAN...Patut la orang suruh boikot akhbar tue.,.. Huhu...

Hari ini, keluar akhbar tentang jumlah pengundi 47000++ orang dengan peratusan keluar mengundi 80++%... Haha... Semalam cakap 38000++ dengan peratusan 67++%... Cakap tak serupa bikin...

Ape-ape pon, tahniah kepda PKR sebab menang... Kepada BN, jangan lupakan rakyat..Teruskan perjuangan... Jangan putus asa walaupun Anwar dengan berapi kata 16 september PR akan naek Putrajaya...

Tuesday, August 26, 2008

Isu: Kehadiran hantu Raya (9114 ekor) pada malam sebelum Ramadhan tiba

Salam Alaik...

Yeah... Keputusan PRK Permatang Pauh sudah menjelma... Seperti yang dijangka, DSAI memenangi kerusi itu lantas membuka ruang untuk ke Parlimen, dan Putrajaya... Haha...
Tetapi, bukan itu yang aku ingin ceritakan, tetapi lihat statistik oleh Utusan Malaysia:
Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh
26/08/2008 10:28pm
KEPUTUSAN/RESULTS -
PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:
PP:58,4591.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398
— Bernama

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Cuba lihat dari undi DSAI+BN+ AKIM+undi rosak...
31195+92+15524+447=47258
Pastu tengok Jumlah Keluar mengundi: 38144

Kalau dikira, macam undi yang dikira lebih dari jumlah keluar mengundi dengan 9114?
Macam mana tue?

Sila fikirkan...