Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Kenyataan Blog Aku Tentang Bersih 2.0

Salam Alaik..

Aku buat dalam bentuk poin sebab aku malas nak karang panjang-panjang..

  1. Aku menyokong pilihanraya yang bersih dan telus.
  2. Aku menyokong beberapa tuntutan dalam BERSIH 2.0 dan tidak berkenan dengan beberapa tuntutan yang lain.
  3. Tuntutan yang aku sokong ialah: i) membersihkan daftar pemilih; ii) Mengubah sistem undi pos; iii) Penggunaan dakwat kekal; iv) Memperkasa institusi awam
  4. Yang aku rasa tak relevan dalam objektif ialah: i) hentikan korupsi dan ii) hentikan politik kotor
  5. Aku tak berkenan dengan: i) 21 hari tempoh minima berkempen; dan ii) kebebasan media
  6. Sebab apa aku sokong dan sebab apa aku tak berkenan aku malas nak bagitahu secara detail.
  7. Hentikan korupsi dan politik kotor tue sebenarnya tak payah ada dalam objektif pun takpe.. Sebab kalau tak letak pun aku percaya bahawa marhaen tak kira BN, PR atau Berkecuali pun sokong.. Tak perlu nak berhimpun..
  8. Tempoh 21 hari minima berkempen itu membazir masa dan duit rakyat, menambah dosa mengutuk, dan tidak relevan sebab rakyat dah ada masa 4-5 tahun untuk menilai.. Tak payah tunggu kempen..
  9. Kebebasan media sebenarnya sangat bahaya.. Rakyat tidaklah cerdik seluruhnya untuk dicanang dengan media.. Kalau canang berita salah, maka mungkin tercetus pergaduhan kaum, rampasan kuasa, fitnah dsb.. Cuma ringankan ruang untuk semua pihak, jangan bolot dia sorang je..
  10. Aku sokong kerajaan dalam hal yang benar, dan yang salah tetap aku bangkang.. Dan pembangkang yang mana benar aku iyakan, dan yang mana salah aku akan lawan.. Aku bukan jenis taat dan setia sampai semua aku nak junjung walau salah..
  11. Aku baca semua sumber dari Utusan Malaysia, sampai ke Malaysiakini.. Jangan kata aku baca sebelah pihak.. Aku seorang yang realist dan neutral..
  12. Dan tolong, tolong JANGAN ambik berita dari sumber yang tak boleh dipercaya dan anonymous.. Tolonglah!
  13. Habis..
Sepatutnya aku pos ni pada 17/07/2011.. Tapi aku sengaja tunda sampai 24/04/2012 atas sebab tertentu..

Sunday, November 13, 2011

Kau Ahli Politik Pahang Ke?


Salam Alaik...

Sedang aku melepak minum teh malam-malam depan laptop, tetiba ada orang mesej Facebook aku, gayanya memang aku tak kenal la.. Begini kurang lebih perbualan aku dengan Mamat tue.. (Aku bagi nickname Mamat la, bukan nama sebenar)

Mamat: Hey ho! Apa khabar Redz!
Aku: Baik aje..

... Pung pang pung pang sesi ramah mesra dan memecahkan ais...

Mamat: Kau punya blog banyak jugak citer pasal politik eyh.
Aku: Takde la banyak sangat.. Kekadang je, kalau ada idea..
Mamat: Ala, tengok header kau pun dah tulis kau memang cerita pasal politik.. He3x.
Aku: Kenapa? Aku tulis salah ke?
Mamat: Takde la, saja je.. Header kau memang boleh jadi orang politik la.. Terbaik dari Ladang..
Aku: Ah ye..
Mamat: Kenapa nama blog kau mencarut?
Aku: Erks, baca la 'Tentang Aku'.. Aku dah tulis kat situ, kot..
Mamat: Malas nak baca.. Aku tengok gaya kau, pastu kau dari Pahang, dan nama blog pun Bila Mencarut, so aku ingat kau nak tiru MB Pahang, Adnan Yaakob..
Aku: Kenapa MB Pahang pulak?
Mamat: Kan dulu dia mencarut masa PRK apa tah.. Glamer kot video tue.. AKu ingat kau angkat tangan macam dia..
Aku: Ishk3x..

... Pung pang pung pang aku unfriend dia...

Layan mamat macam nie boleh jatuh reputasi aku..

Tuesday, July 19, 2011

Letupan, Ekonomi dan Borak

Salam Alaik..

13 Julai 2011, Mumbai dikejutkan dengan tiga letupan yang mengorbankan lebih 20 nyawa.. Setelah kes serangan ke atas Hotel Taj Mahal dan kawasan sekitar Mumbai yang meragut lebih 100 nyawa, kali ini intensiti serangan tampak kerdil, tetapi tetap serius..

Aku dapat tau cerita nie bila aku bukak FB JPA India.. Aku terus cari kat al-Jazeera, sebab al-Jazeera merupakan sumber berita antarabangsa aku sekarang nie.. Ternyata, benar terdapat letupan di Mumbai.. AKu tak kisah sangat, sebab aku masa tue sedang menyokong Harimau Malaya menentang Meriam Tin yang berkesudahan Meriam Tin menang 4 - 0..

Lewat malam sket, aku macam biasa meneruskan rutin harian bermesyuarat tengah malam di Malaysian Hall Nandini Store.. Sedang melepak sambil melayan Gudang Garam Untuk Pasaran India yang tak berapa 'kaw' tokey kedai tue pun bukak cerita pasal kes bom nie.. AKu terjemah lebih kurang la, ok..

"Kes bom kat Mumbai nie dah bunuh 17 orang (pada masa tue).. Saya rasa ini semua kerja Pakistan, Mujahideen yang ada kaitan dengan Ben Laden. Amerika la bagi duit kat Mujahideen Pakistan buat bom sana bom sini kat India nie.."

Aku tanya, "ape kes Amerika pulak terlibat?" sambil tersenyum sinis stail aku..

"Sekarang ekonomi India tengah naik.. Matawang Amerika turun.. Dulu satu dollar 50 rupee, sekarang satu dollar 40 rupee.. Ekonomi semua naik, Amerika je yang jatuh."

Telinga aku masih khusyuk mendengar.. Mulut aku muncung sambil hembus asap bentuk 'O', mata pulak kerling awek Cina lalu depan kedai, baru lepas dinner agaknya.

"Ringgit pun naik, dulu sedollar RM3.8, sekarang sedollar RM3," sampuk Edi..

Aku angguk je la.. Kaki duk bersilang, sandar bukan main lagi, kalah mafia..

Tokey tue sambung, "Amerika hantar orang Pakistan suruh bom India bagi orang takut.. Bila orang takut, ekonomi India jatuh dan ekonomi Amerika naik la sikit.."

"Ini semua strategi Amerika nak bagi negara lain yang nak naik jatuh.. India la salah satu mangsa.. Amerika bagi duit kat Mujahideen Pakistan suruh bom India, lepas tue Amerika senyap macam takde kaitan apa-apa secara langsung.. Ekonomi dia naik, ekonomi India jatuh, Pakistan kena tuduh," tambah Tokey Nandini lebih kurang..

Aku duk senyap.. Malas nak balas cakap lebih kurang sebab Tempe nie jenis payah nak faham bahasa Inggeris slang Perancis aku.. Aku angkat punggung lepak luar kedai.. Aku ingat orang Malaysia dan Islam je sedar yang Amerika nie tekong konspirasi, orang India pun ada yang sama pemikirannya.. Kehkehkeh..

Tue sebab aku suka lepak dengan orang tua yang suka berborak.. Dia punya borak, pehhhh.. Dengar dan layan sangat masyuk.. Tambah dan bakar lebih kurang supaya semakin hangat.. Memang berisi borak malam tue.. Kalau bab percaya, kena fikir guna otak la dulu der, baru boleh 'konsider' untuk percaya..

p/s: Balik Malaysia nanti seronok jugak borak dengan orang tua hal-ehwal politik ye dop? Maklumat yang diorang ada, boleh kalah menteri dan ahli parlimen.. Pehhh..

Sunday, July 17, 2011

Kenyataan Blog Aku

Salam Alaik..

Aku dengan ini berhenti daripada mengulas tentang politik secara jelas dalam laman Facebook dan blogspot.. Segala ngomelan dan leteran aku akan hanya dapat didengari melalui twitter..

Tempoh masa 'berlindung' nie akan tamat pada waktu yang akan diberitahu kelak..

Malah, aku juga membuat keputusan untuk memberikan kebebasan bersuara dan memberi komen kepada semua manusia dalam page FB dan blog aku tanpa tapis, tanpa ban, tanpa block, dan tanpa delete..

Setiap komen adalah di bawah tanggungjawab dan dosa-pahala sendiri.. Aku memohon berlepas tangan..

AKu sedar kebebasan memberi komen dan sebagainya dalam FB dan blog aku nie mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri, tetapi sebagai menghormati demokrasi tidak terpimpin, aku tak kisah..

Tetapi, sebarang komen yang menghina Islam, akan terus dipadam dengan serta merta tanpa gagal.. Maaf, ini aku tak boleh bagi demokrasi..

Segala kesulitan amat dikesali..

Tuesday, July 12, 2011

Cerpen: Begini Rupanya Menjadi FRU


Salam Alaik..

p/s: Ini merupakan cerita pendek.

Kelas petang tadi membuatkan Mamat penat.. Mahunya tidak, dua jam disumbat dengan sejarah Malayan Union yang ditentang menggunakan tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dihalalkan Raja-raja Melayu dan para pemimpin Pekembar.. Bukannya Mamat tidak suka akan subjek sejarah, cuma dia merasakan kurikulum sejarah itu satu cara untuk menyelami minda separa sedarnya untuk menyanjung perjuangan anak bangsa ke arah kemerdekaan..

Mamat tahu betapa berjasanya Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn, dan rakan-rakan berjuang menggunakan kuasa rakyat dan semangat bangsa untuk memperoleh kemerdekaan.. Biarlah Indon mahu pertikai bahawa merdeka Malaysia bukan melalui perjuangan tulen.. Bagi Mamat, perjuangan tulen ialah perjuangan yang berjaya dengan meminimakan tumpahnya darah ke tanah.. Mamat cuma tidak puas hati apabila perjuangan haluan kiri tidak diiktiraf oleh kurikulum.. Bagi Mamat, itu satu diskriminasi yang terancang..

Mamat dah tidak mahu berfikir tentang subjek sejarah di kelas tadi.. Selepas dicabut baju dan seluarnya sehingga tinggal seluar katoknya, dia baring di atas katil empuknya.. Berbantalkan beruang Tedi, dia cuba melelapkan matanya yang dah separa terkatup.. Sambil mencuba untuk tidur, dia terbayang-bayang impiannya menjadi seorang Perdana Menteri yang berkaliber.. Bayangan imaginasinya berlarutan sehingga dia tertidur..

"Bangsat Celaka Haram Jadah!" Mamat melatah.. Dia terjaga dengan ekstrim daripada tidur apabila tidurnya diganggu oleh bunyi bising burung merpati mengawan di tingkap biliknya.. "But*h punya Merpati! Takda masa lain ke nak bising?".. Mamat hilang kawalan emosi.. Mungkin burung itu silap masa dan tempat mengawan ketika Mamat sedang mimpi menaiki Bumblebee dengan Megan Fox..

Mamat panas hati dan perasaan.. Merpati itu selamba mengawan macam tak peduli Mamat menjerit dan mencarut.. Mamat lagi la rasa tercabar, nak pulak Mamat nie pantang dicabar.. Mamat tutup tingkap biliknya, menyebabkan burung Merpati itu terperangkan antara tingkap dan jaring nyamuk biliknya.. Burung tu memang dah tak boleh lari.. Terperangkaplah dua merpati sejoli itu..

Tanpa tunggu, Mamat capai setin penyembur nyamuk Baygon, dan menutup hidungnya dengan mafla yang dibelinya ketika pasar lambak dahulu.. Dia acukan Baygon itu ke arah merpati yang terjebak itu, dan menekan picu Baygon tersebut.. Maka kalutlah merpati dua ekor itu cuba lari tetapi gagal kerana tersekat.. Mamat memang tak fikir dah.. Dia sembur sampai Baygon itu jadi ringan.. Dia tak kisah sebab dia dah tutup hidung, cuma merpati je la yang teruk.. Melepek tak larat terbang kerana efek 'Acetylcholinesterase Inhibitor' sangat ekstrim..

Bila merpati tu dah lemah, Mamat tangkap dan ikat kaki merpati tu kemas-kemas dengan tali rapia.. Seekor lagi dibiar layu di tingkap.. Merpati yang diikat itu cuba meronta lemah, tapi Mamat tak terjejas.. Ye la, merpati lawan manusia, komfem tak bergerak merpati tu.. Mamat campak merpati tu ke dalam bakul dan merpati yang lagi satu Mamat lepaskan, walaupun tak larat terbang..

Mamat puas hati.. Merpati dah tak mengganggu tidurnya.. Kekejaman Mamat menyembur gas pemedih mata dan air kimia Baygon ke arah merpati itu membuahkan hasil.. Mamat dalam hati berkata, "kebebasan berkicau aku boleh bagi, tapi kena waktu aku tak tidur la!".. Mamat senyum sinis dan memandang merpati yang terikat dalam bakul di luar pintu biliknya..

"Macam nie rupanya perasaan menjadi FRU" - bisik Mamat sebelum tertidur dengan sendirinya..

Sementara itu, ratusan merpati sedang menuju ke arah rumah Mamat setelah menerima laporan bahawa Mamat menyalahguna kuasa menyeksa merpati walaupun termaktub dalam undang-undang alam bahawa merpati mempunyai kebebasan untuk mengawan kerana merpati takde akal yang sehebat manusia..

Siaplah Mamat, tidurnya akan terganggu lagi..




'Mamat memang tak peduli merpati tue sakit ke, maut ke. Apa yang penting Mamat hanya mejalankan tugas.. Apa tugas Mamat? Pastikan tidur secukupnya.' - Kalau tak banyak masa boleh terus ke minit 8:48

TAMAT

Sunday, July 10, 2011

Keris Tajam Akal Tumpul

Salam Alaik..

Sajak di ambang tengah malam 09 Julai 2011.. Sewaktu aku sedang belajar, kira-kira 12 jam sebelum BERSIH 2.0 dan PATRIOT.. Semoga bagus untuk dibaca.. Inteprestasi bebas..








Versi Muka Surat Penuh..


Friday, July 8, 2011

Paranoid


Salam Alaik..

Kata-kata seorang Anarkis yang menentang kekejaman sebuah kerajaan yang paranoid. Diterjemah dari petikan filem 'V for Vendetta', antara filem tentang revolusi terbaik yang pernah aku tengok.

"Sementara keganasan itu boleh digunakan sebagai ganti perbualan, kata-kata akan sentiasa mengekalkan kuasanya. Kata-kata menawarkan tindakan untuk sesuatu maksud, dan kepada orang-orang yang mendengar, kata-kata menjelaskan kebenaran. Dan kebenarannya ialah, ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan negara ini, kan? "

"Kekejaman dan ketidakadilan, tiada bertoleransi dan penindasan. Apabila kita mempunyai kebebasan untuk membangkang, untuk berfikir dan bercakap seperti yang kita rasa tepat, kita kini mempunyai sistem penapisan dan sistem pengawasan yang memaksa kita patuh dan menyembunyikan kebenaran."

"Kenapa hal ini berlaku? Siapa yang patut dipersalah? Ya, tentu ada orang yang lebih bertanggungjawab daripada orang-orang yang lain, dan mereka akan tetap kekal bertanggungjawab. Tetapi sekali lagi kebenaran perlu diberitahu, bahawa jika anda sedang mencari orang yang bersalah, anda hanya perlu melihat di dalam cermin."

Sumber (Bahasa Inggeris): V (V for Vendetta)

"People should not fear the government, the government should fear the people.." - V

V for Vendetta ni mengisahkan seorang penentang kerajaan Britain yang semasa itu penuh dengan konspirasi dan penindasan ke atas rakyat Britain.. Kerajaan Britain dalam filem itu berkuasa kerana menimbulkan isu yang menakutkan rakyat seperti peperangan, keganasan dan wabak penyakit.. Lalu kerajaan itu menawarkan keamanan dan keselamatan rakyat dengan cara menindas rakyat, menyekat suara rakyat dan menangkap rakyat tanpa bicara..

Keamanan dan ketenteraman memang dapat dikawal dengan cara itu.. Tetapi, kesengsaraan rakyat dari dalam tidak dapat ditahan apabila segalanya disekat termasuk kebebasan bersuara, kebebasan media dsb.. Malah, jika menyimpan gambar yang mengutuk kerajaan, akan ditangkap dan diseksa..

V, protagonis cerita ini ialah mangsa ujian virus yang direka kerajaan, tetapi selamat kerana mempunyai sistem imun yang tinggi.. V berjaya melarikan diri dari kem ujian itu dan membina hidup.. Dan, kemudiannya, dia keluar dan mengumumkan penentangannya ke atas kerajaan yang korup, diktator, zalim dan bangang.. Dia memulakan kempennya dengan meletupkan 'Old Bailey', iaitu mahkamah Britain, simbol keadilan.. Berita di TV milik kerajaan memalsukan berita tersebut dan menyatakan Old Bailey dimusnahkan oleh kerajaan untuk digantikan yang baru..

V kemudiannya menyerang stesen TV dan menggunakan saluran Kecemasan untuk menyiarkan mesejnya ke seluruh London agar bersama dengan dia, setahun selepas itu untuk memberi sokongan dan meletupkan parlimen.. Tindakan V untuk meletupkan parlimen ialah satu kesinambungan usaha Guy Fawkes (1605) yang ingin meletupkan parlimen kerana memperjuang kebebasan beragama, tetapi gagal..

Pada akhirnya, V berjaya meletupkan parlimen, dan pada masa itu semua rakyat bersama V di hadapan parlimen mengabaikan pegnumuman dan arahan kerajaan agar tidak ikut berhimpun..

Tengok la cerita nie.. Best!

Sunday, July 3, 2011

Peludah Warna dan Maksudnya

Salam Alaik..


A Samad Said sejak kebelakangan ini terkenal dengan puisinya yang agak pro-rakyat.. Agaknya semangat seniman zaman pra-kemerdekaan meresap ke dalam jiwa A Samad Said.. Sajak di bawah ialah satu sajak terbaru A Samad Said.. Temanya sangat jelas, di samping persoalan yang amat mudah difahami oleh kalangan rakyat yang memberi mata dan telinga ke arah situasi politik negara..

Deklamasi sajak ini oleh A Samad Said sendiri boleh didengar di sini, dengan iringan musik.. Kepada pejuang-pejuang negara, boleh menghayatinya..


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Pada 1. 7. 11. Oleh A. SAMAD SAID

Maksud sajak nie mudah sahaja untuk difahami.. Berdasarkan waktu dan situasi sajak ini ditulis, kita dapat tahu Peludah Warna berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang disokong oleh A Samad Said sendiri..

Rangkap pertama menerangkan betapa pihak-pihak tertentu sangat marah dengan perhimpunan yang menggunakan kuning sebagai warna tema, dan T-shirt kuning sebagai seragam.. Pihak itu juga melakukan rampasan T-shirt kuning di seluruh negara, dan menggunakan akta tertentu untuk menangkap orang yang menyokong perhimpunan ini atas dasar perhimpunan ini bahaya kerana ada kaitan dengan 'komunis'.

Rangkap kedua menunjukkan semangat penyokong perhimpunan itu yang tetap tidak padam walaupun ditangkap, dan disumbat ke dalam lokap.. Ungkapan menjahit perca kain mungkin menunjukkan penyokong dan penganjur perhimpunan ini berusaha keras untuk menjelaskan objektif dan tujuan perhimpunan ini, serta menghapuskan tanggapan bahawa perhimpunan ini dibiayai oleh Kristian dan Yahudi serta Komunis.. Penganjur berusaha keras menunjukkan perhimpunan ini ialah suara rakyat, agar rakyat dan peserta perhimpunan ini damai dan tenang walau ditekan oleh pihak-pihak tertentu..

Rangkap ketiga, baris pertama dan kedua mempunyai unsur metafora yang tinggi.. Aku tidaklah tahu apa maksud yang sebenar baris-baris itu, melainkan sekadar anggapan sahaja.. Aku mengganggap bahawa cahaya matahari itu para pejuang dan peserta perhimpunan, akan dihalang dengan sedaya upaya, serta objektif dan suara pehimpunan itu (sinar mentari) akan disekat, agar tidak sampai kepada Marhaen seluruhnya seperti menghadkan berita di media massa, dan sebagainya..

Baris berikutnya bermaksud pihak tertentu itu memang berusaha keras menghalang gelombang kuning ini, diungkap dalam terma 'peludah warna' kerana membenci warna tema perhimpunan tersebut, kuning.. Mereka bersedia dengan mengerah pasukan Polis, dan FRU sebanyak mungkin ke ibu kota, mengadakan sekatan di jalan raya untuk memastikan perhimpunan ini tidak berjalan lancar..

Rangkap terakhir menutup sajak dengan satu sinis yang jelas.. Pihak tertentu menggunakan kuasa mereka secara kurang betul untuk menghalang perhimpunan ini.. Mereka menggunakan kuasa mereka sesuka hati kerana mereka sudah terbiasa memegang kuasa dengan lama, sejak dari zaman kemerdekaan lagi.. Mereka angkuh dengan kuasa yang mereka dapat..

p/s: Ini ialah terjemahan aku ke atas sajak ini.. Bukan bermaksud politik, cuma aku mahu mengasah skill menafsir sajak berdasarkan apa yang aku belajar dalam Komsas sewaktu sekolah menengah dulu.. Rugilah belajar komsas tapi tak praktikkan.. Kepada pihak yang terasa, maaf lah, aku cuma mahu memberi maksud, bukan mengutuk.. Sekadar menimbulkan apa yang A Samad Said cuba sampaikan mengikut pendapat aku..

Wednesday, June 1, 2011

Cerpen: Udin Gila Dan Generatornya.

Salam Alaik.

p/s: Ini ialah sebuah cerpen. Baca betul-betul.

Udin Gila dahulu memang terkenal dengan sikapnya yang kuat membangkang.. Tidak pernah Udin Gila tidak ditangkap apabila Dato' Dompok, ADUN Dusun Seberang datang ke Kampung Dusun.. Asalkan Dato' Dompok datang bagi ucapan, mesti Udin Gila bangkang.. Bila membangkang maka Dato' Dompok pun panggil la Polis suruh tangkap Udin Gila kerana membenci negara dan mengisytiharkan perang ke atas Agong..

Tapi Udin Gila dah insaf sekarang.. Dia dah tak membangkang lagi.. Dia sekarang dah jadi setia usaha politik Ketua Kampung Dusun, Tok Nan.. Tak tau la apa ilmu Tok Nan guna untuk memikat Udin Gila..

Petang tu, Tok Nan membuat mesyuarat tergempar dengan penduduk Kampung Dusun.. Maka berduyun lah datang memenuhi dewan serbaguna Kampung Dusun.. Setelah semua ketua rumah (ketua kekuarga) tiba, dan kehadirannya diambil, Tok Nan berdiri dan berkata:-

Wahai sekalian penduduk Kampung Dusun.. Ketahuilah kamu bahawa ADUN Dusun Seberang, Dato' Dompok telah memberi JKKK Kampung Dusun duit bernilai RM5000 untuk digunakan sepanjang tahun.. Biasanya pada tahun-tahun sebelum ini, duit RM 5000 itu akan diagihkan kepada setiap rumah sebayak RM50 serumah..

Tapi pada tahun ini, saya dan sekutu rapat saya terpaksa membangunkan satu projek yang besar.. Projek ini untuk kepentingan kamu semua juga.. Projek ini di bawah kompeni yang baru ditubuhkan iaitu Syarikat Elektrik Tok Nan dan Rakan-rakan atau Syaetan Sdn. Bhd...

Untuk pengetahuan sekalian penduduk Kampung, pihak Lembaga Letrik Negara (LLN) hanya membekalkan sebanyak 5000 MegaWatt tenaga bagi kampung kita setahun.. Penggunaan elektrik tahunan kampung kita pula sebanyak 2700 MegaWatt.. Sungguhpun ada lebih 2300 MegaWatt tidak digunakan, saya sebagai ketua kampung merasakan perlu untuk kita menjana elektrik sendiri di samping elektrik yang dibekalkan oleh pihak LLN..

Pihak Syaetan akan menjana lebih kurang tambahan sebanyak 3000 MegaWatt tenaga lagi dan menjadikan tenaga terkumpul setahun sebanyak 8000 MegaWatt berbanding penggunaan sebanyak 2700 MegaWatt.. Hal ini akan menyebabkan kejadian tenaga elektrik putus atau Blackout tidak akan terjadi.. Lebihan tenaga sebanyak 5300 MegaWatt sangat cukup menampung keperluan elektrik kampung kita yang rata-rata menggunakan lampu pendaflour..

Walaupun kampung kita tidak pernah mengalami Blackout sejak 1992, tapi saya sebagai ketua Kampung terasa perlu mengelakkan perkara ini berlaku supaya aktiviti melepak di kedai kopi selepas Isyak dan aktiviti main dam haji sewaktu petang tidak terganggu.. Industri penternakan ayam kampung kecil-kecilan juga tidak akan terjejas..

Saya, wakil pihak Syaetan akan mendirikan generator berkuasa petrol untuk kampung ini di tanah milik Udin Gila.. Pihak Syaetan akan membayar pampasan bernilai RM1500 setahun kepada Udin Gila sebagai SEWA untuk tanahnya seluas 3 meter persegi yang dahulunya bernilai RM50.. Pihak Udin Gila telah bersetuju dan tidak membangkang..

Selain itu, RM1500 lagi akan digunakan untuk menyewa generator milik Syaetan Sdn. Bhd.. Generator milik Syaetan Sdn. Bhd. dibeli oleh saya dengan harga RM3000, dan disewa sebanyak RM1500 setahun selama 5 tahun berdasarkan kontrak yang saya tandatangan bagi pihak kampung dan bagi pihak Syaetan Sdn. Bhd.

Baki RM2000 akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak Syaetan Sdn. Bhd untuk kos penyelenggaraan dan penyediaan bahan api selama setahun.. Dan, insya Allah, RM2000 tidak akan mencukupi untuk setahun kerana harga minyak mentah dunia tidak stabil dan semakin meningkat.. Sehubungan itu, saya dengan kuasa sebagai ketua kampung pada bila-bila masa boleh meminta penduduk kampung membayar tariff berlebihan yang digunakan oleh pihak Syaetan Sdn Bhd...

Secara ringkas, RM5000 yang diberi kerajaan selama ini kepada kampung ini akan digunakan sepenuhnya untuk mejana ekektrik simpanan untuk kampung Dusun yang tercinta ini.. RM50 untuk setiap rumah akan dimansuhkan atas sebab projek ini..

Untuk pengetahuan saudara sekalian, tenaga yang berlebihan yang dibekalkan oleh LLN dan Syaetan itu tidak boleh disimpan dalam bateri, dan akan dibuang begitu sahaja.. Ini bukan satu pembaziran, tapi lebih kepada satu 'keindahan' bisnes dan satu cara memastikan tenaga elektrik kepada kampung ini sentiasa terurus..

Saya malas dah nak berucap panjang.. Cuma saya berharap penduduk kampung setuju.. Kalau tak setuju pun takpe sebab saya dah tandatangan bagi pihak kampung.. hehehe..

Untuk pengetahuan saudara sekalian, Udin Gila merupakan rakan kongsi saya dalam Syaetan Sdn. Bhd...

Sekian, Salam 'alaikum..

Penduduk kampung senyap sunyi.. RM50 sebuah rumah yang diberikan selama ini tidak lagi dapat dinikmati.. Malah, mereka pula dikehendaki bayar lebihan kos operasi penjanaan tenaga ekstra oleh Syaetan Sdn. Bhd.

Mereka senyap kerana kelu.. Tidak faham apa yang berlaku.. Tidak tahu apakah projek itu menguntungkan atau merugikan mereka..

Tok Nan dan Udin Gila, duduk di belakang dewan sambil memikirkan duit yang bakal mereka dapat.. Generator yang dikatakan Tok Nan tadi pun, masih belum dibeli, tapi duit sudah sedang dijoli.. Ayat pemanis bicara di depan penduduk sudah ditabur.. Berkat ketidaksekolahan penduduk Kampung Dusun, ayat-ayat Tok Nan ditelan dan dilupakan.. Segalanya nampak baik bagi mereka..

Tok Nan dan Udin Gila tidak tahu, bahawa nanti datang ombak merubah pantai.. Mereka tidak tahu bahawa nanti akan datang aktivis alam sekitar menyelar tindakan mereka menjana elektrik berlebihan sebanyak 5300 MegaWatt, iaitu melebihi 65%.. Pihak elektrik dunia meletakkan garis panduan bahawa penjanaan berlebihan hanya perlu berkisar sebanyak 20-30% sahaja...

Tok Nan, Udin Gila dan Syaetan Sdn. Bhd. bakal menerima bala.. Penduduk kampung hanya diam membisu kerana tidak tahu.. Dato' Dompok yang sudah setahun tidak menjengah kampung tidak tahu bahawa RM10 000 yang diberikan kepada kampung itu akan dibakar begitu sahaja.. Ya, RM 10000, bukan RM5000 seperti Tok Nan katakan..

Kalau dahulu, hanya RM5000 Tok Nan songlap.. Sekarang semua RM 10000 Tok Nan dan Udin Gila songlap senyap-senyap.. Patutlah Udin Gila tidak membangkang sekarang..


*****************************-HABIS-********************************

Monday, May 2, 2011

Gambar Satelit Rumah Osama Ben Laden di Pakistan


Salam Alaik...

Pagi sebelum aku pergi kelas, aku membuka twitter aku dan terlihat tweet Dato' Saifuddin Abdullah bahawa Presiden Obama akan melakukan sidang media berkaitan keselamatan kebangsaan (national security)... Lepas tue beliau menyambung bahawa kenyataan itu berkemungkinan berkaitan dengan kematian ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden...

Osama bin Laden disyakki bersembunyi di Pakistan sejak ogos tahun lepas, dan kedudukannya disahkan pada tahun ini sebelum operasi diluluskan oleh Obama pada Jumaat dan operasi tentera yang melibatkan 20-25 anggota SEAL AS dilancarkan pada Ahad sebelum Obama disahkan maut dalam tembak menembak...

Lokasi rumah Osama berhampiran dengan Akademi Tentera Pakistan, di sebuah banglo bernilai sejuta dollar Amerika... Adakah benar itu Osama? Setakat ini, apa yang aku boleh cakap bahawa OSama telah terbunuh kerana USA telah menjalankan ujian DNA ke atas mayatnya...

Apa-apa pun, wallahu a'lam...

Osama juga manusia biasa yang boleh terbunuh... Dia bukanlah Ulama besar kerana ulama' besar akan tahu bahawa Nabi S.A.W melarang umatnya membunuh orang awam, dan dalam perang Nabi S.A.W melarang membunuh tawanan yang tanpa senjata... Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama jelas dan nyata membunuh orang awam, tak kira di USA, atau Libya malah di Pakistan dan Afghanistan sendiri...

Wallahu a'lam...

Patah tumbuh hilang berganti... Hilang Osama, siapa pulak yang bakal menjadi sasaran USA untuk menghalalkan perangnya? Semoga Allah merahmati Osama sebagai seorang Muslim, dan wajar bagi kita menghormati Osama sebagai seorang Muslim, walaupun dia 'pengganas'... Al-fatihah untuknya, dan semoga ahli al-Qaeda yang lain bertaubat dan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah...

Wallahu a'lam...

Berita penuh (berubah dari masa ke masa):

Kematian Osama dilaporkan pada jam 11.20pm waktu tempatan pada 1 Mei 2011. Tentera AS membunuh Osama dalam kejadian tembak menembak yang berlarutan sehingga 40 minit di Abbottabad, 150km daripada Islamabad, Pakistan. Mayatnya diambil oleh pasukan US dan di bawa ke Amerika untuk pengesahan lanjut. Semakan DNA telah disahkan berdasarkan DNA kakak Osama (menurut CNN) dan Reuters pula melaporkan bahawa semakan DNA akan keluar dalam masa beberapa hari. Mayat disahkan Osama berdasarkan teknik pengenalan muka dan juga kenyataan penduduk di rumah Osama.

Kedudukan Osama di Abbottabad telah disyakki oleh pihak perisikan Amerika sejak Ogos 2010. Siasatan lanjut dilakukan dan kemudiannya pihak perisikan mengesyaki sebuah rumah yang 8 kali lebih besar dari rumah sekeliling, bernilai hampir sejuta dollar tetapi tidak mempunyai talian telefon dan internet. Selain itu, sisa sampah juga dibakar dan gerak-geri ahli rumah tersebut mencurigakan. Hal ini secara langsung menunjukkan bahawa rumah tersebut melindungi seseorang yang penting.

Intipan melalui pengimejan satelit dilakukan secara berhati-hati selama 8 bulan dan sebanyak 5 mesyuarat ketenteraan antara Obama dan pegawai tinggi Amerika dijalankan sebelum misi ini diberikan kelulusan pada 29 April 2011. Pada 1 Mei 2011, sepasukan tentera yang terdiri daripada CIA dan SEAL melakukan operasi bersama dan menyerang rumah Osama bin Laden.

Sunday, April 24, 2011

Utusan Malaysia

Salam Alaik...

Kalau jenis berita taknak siasat dulu terus sebar;
Kalau jenis semua benda dia nak cerita satu dunia;
Kalau jenis bercerita taknak tapis aib-malu;
Kalau jenis seronok tengok orang lain sengsara;
Kalau jenis suka cari modal nak kenakan orang;
Kalau jenis rasa dia superior dalam bidang mengumpat;
Kalau jenis ingat dia perfect;
Kalau jenis tak terima keburukan orang lain;
Kalau jenis selagi boleh korek rahsia orang;
Maka orang itu sejenis 'Utusan Malaysia'...

Friday, April 22, 2011

Bangsa


Salam Alaik...

Seringkali apabila kita menulis borang, pasti akan ada ruangan 'bangsa'... Jadi, apa yang perlu ditulis sebenarnya dalam ruangan itu? Melayu? Cina? India? Kadazan Dusun? Bangsa pada perbualan umum sering disamakan dengan maksud 'kaum'... Malah, dalam cakap-cakap lebat politik, perkataan 'bangsa Melayu'; 'bangsa Cina' masih lagi berkumandang...

Tahukah anda, sebenarnya kita, seorang rakyat Malaysia, berbangsa Malaysia... Ya, berbangsa Malaysia... Bukan berbangsa Melayu, atau berbangsa Cina atau berbangsa India... Bangsa Malaysia ialah satu ungkapan yang lebih tepat berbanding bangsa Melayu, atau bangsa Cina, atau bangsa India...

Erks, entri nie sebenarnya bukan mempunyai niat utama untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, walaupun intipatinya ada menyentuh hal ehwal perpaduan... Tapi entri ini lebih kepada mencari maksud bangsa...

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, bangsa didefinisikan sebagai:-

Erks, tak jumpa dalam DBP online... Cari sendiri la dalam kamus... Kalau jumpa dalam kamus sila bagitau aku...

Ok... Secara umum, bangsa bermaksud 'rakyat'... Jikalau dikatakan bangsa Melayu, maka maksudnya rakyat di negara Melayu... Kenapa aku kata begini? Lihat sahajalah terjemahan yang digunakan untuk PBB, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu... Adakah bangsa itu merujuk kepada kaum? Tidak! Ia merujuk kepada negara... United Nations...

Pernah dengar istilah 'lagu kebangsaan', atau 'bahasa kebangsaan'? Adakah lagu kebangsaan hanya untuk orang Melayu? Tidak! Lagu kebangsaan atau 'national anthem' ialah lagu milik rakyat Malaysia... Secara benar, bangsa itu merujuk kepada 'Malaysia'... Bukan 'melayu'... Semangat kebangsaan bukan semangat perkauman... Skuad kebangsaan bukan skuad perkauman...

Jadi, pakat-pakat selepas nie, jika ditanya tentang bangsa, katakan kita bangsa Malaysia... Bukan bangsa Melayu... Jika ditanya tentang kaum, maka katakan kita kaum Melayu, atau Cina etc (yang mana berkaitan)...

Penggunaan istilah bangsa Malaysia sangatlah tepat, dan penggunaan istilah bangsa Melayu tidak begitu tepat berbanding kaum Melayu...

Renung-renungkan...

Definisi bangsa. Klik untuk lebih jelas

Saturday, February 26, 2011

DUN Kerdau: Satu Ironi

Salam Alaik.

Kerdau, merupakan kawasan letaknya sekolah aku, SBPI Temerloh... Sebuah kawasan yang sederhana, 30 minit dari jerantut dengan kelajuan biasa, dan 15 minit dari Temerloh juga dengan kelajuan biasa, 5 minit dari susur keluar Temerloh dari LPT... Kerdau merupakan satu kawasan yang permai, dihuni masyarakat berbilang bangsa... Kalau lalu jalan Temerloh-Jerantut, markaz Pas jelas kelihatan dengan jelas melalui atap hijau berbulatan putih di sebelah kiri jalan utama... Pejabat UMNO tak pernah pulak nampak... Huhu... Rasanya kat simpang masuk Peragap kot...

Banyak pulak mengarut..

Haha...

Ok, apa yang ironinya?

Tau HoSHAH? Atau Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh? Satu projek kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat dalam PRU 2008 untuk memerintah kerajaan pusat Malaysia dan kerajaan Negeri Pahang... Dan salah seorang kontraktor yang bertanggungjawab membina Hospital Temerloh nie ialah Hassanuddin Salim... Sapa dia Hassanuddin Salim nie? Dialah calon PAS untuk PRK Kerdau... Sebelum nie pernah bertanding PRU 2004 di DUN Lanchang, dan 2008 di DUN Kerdau juga atas tiket PAS...

Ada satu persoalan: Kalau betul BN pilih bulu dalam memberi tender, macam mana Hassanuddin Salim nie dapat tender bina Hospital Temerloh? Padahal dia calon PAS... Ha... Fikirkan... Kerajaan BN nie takde la zalim sangat ok... Biasiswa aku pun diberi oleh Kerajaan Malaysia berpaksikan Barisan Nasional menggunakan duit rakyat... Logik mudah...

Jadi, disebabkan oleh ironi ini, set pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP kena berambi* la guna poin pilih kasih, atau tender tipu... Sebab contoh tender terbuka ada di dalam poster, di pentas Hijau putih etc...

Apa yang benar kena angkat, apa yang salah, kena tegur (bisik-bisik)... Haha... Malaysia bukan (belum) macam Libya...

Dah, pendek je kali nie.. hehe... Saja nak menyerikan lagi kehangatan PRK DUN Kerdau... Boleh lah dikatakan bahawa Kerdau nie rumah kedua aku la... =P

p/s: Aku cuti dah sekarang... Perlu balik Malaysia tak untuk menjadi sukarelawan SPR di Kerdau? hahaha

berambi - berhati-hati

Wednesday, January 5, 2011

Cerpen: Kau Jangan Nak Cakap Bukan-bukan

Salam Alaik...

p/s: Ini ialah sebuah cerpen.

Warung kopi milik Pak Ali petang itu penuh seperti biasa. Kelibat orang lama yang sudah berejam berada di meja sambil bermain catur memang tidak pernah hilang. Dam aji yang pernah dulu mendapat sambutan telah dibuang kerana protes Persatuan Isteri-isteri Semua Orang Pencen (PISOP). Kini catur diangkat menjadi medan pertempuran minda si pesara-pesara tegar kerajaan, menunggu masa diprotes aktivis-aktivis PISOP.

Keheningan petang yang suram seperti biasa akibat pertarungan pemikiran itu pecah seketika tatkala seorang pelajar Sekolah Menengah Parit Dusun, Mamat pulang dengan basikal cabuknya yang berbunyi bising. Di tangannya ada sehelai kertas. Mamat memarkir basikalnya di tepi warung dan dengan selamba masuk dan memesan teh tarik. Orang-orang lama yang bermain catur tersenyum kerana legasi mereka dalam industri melepak di warung Pak Ali telah ada bayang pengganti ketika mereka melepak di kubur.

"Kerteh ape te Mat?" soal Aji Abu yang sudah lama memerhati Mamat.
"Tak nde mende. Cikgu hok toh habeh-habeh membangkang te yang bagi. Die suroh bagi kek deme kek kedei kopi nie le," balas Mamat.
"Mende ke? Keh seme main ceh je rajin. Membace maleh mat."
"Ntoh le. Katenye rege RON97 naik lagi," Mamat membaca
"Ah, pedooh je pembangkang te. Tak ande dalam berita utama pun. Aok jangan gitu," muka Aji Abu serius.
"Ntoh le. Keh bace je," Mamat dengan selamba menjawab kemudian menghirup teh tarik kurang manisnya.
"Ala, mende hok naik te tak ande kesan lalu ke kite. Buat mende nok cakne," kata Pak Karim Bini Lawo.

Dan mereka terus bermain catur. Mamat membayar teh tariknya dan terus bergerak balik. Memikirkan kawannya yang menunggu untuk bermain bola.

Malam itu, set-set pesara yang baru balik dari masjid kembali melepak di Warung Pak Ali. Aktiviti caturan dilakukan secara intensif kerana tidak ada apa yang mampu dilakukan di rumah. Hal dengan bini boleh dilakukan sebelum subuh.

"Ce bukok TV te. Nok jugok tengok mende ape naik. Ron 97 ke mende hok Mamat cakak te," arah Tok Umar, ketua JKKK Kampung Dusun.

Setelah habis buletin utama, berita semasa dan juga Astro Awani, masih lagi tidak kedengaran tentang kenaikan harga apa-apa sekalipun. Dan mereka seperti biasa, mengutuk tindakan aktivis pembangkang yang menyebarkan berita palsu melalui internet.

Pagi itu, mereka melihat akhbar Cahaya Harian yang terbungkang di atas meja warung Pak Ali. Terpampang tajuk yang besar, 'RON97 diselaraskan'. Maka Aji Abu pun berkata, "loh, mende nie ke? Bukan naik pon. Diselaraskan je."

Pastu tetiba Tok Umar datang dengan kereta Nissan 'Sunny'nya. Mungkin baru pulang dari bandar Kebun, mahu mengisi minyak katanya selepas subuh tadi. Dia turun dari keretanya dan dengan muka yang penuh tanda tanya, bertanya kepada warga warung-
"Lorr, RON97 te sejenih petrol ke?, keh isi minyok tadi terkejut popaleyh weyh."

Glosari loghat Pahang:
Pedooh - menipu
Cakne (Cakna) - Ambil tahu
Ce - Cuba
Cakak - Cakap
Te - itu
Popaleyh - Sangat

Cerpen tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia. Terima kasih.

Friday, December 31, 2010

Kaunter Aduan dan Tahun Baru.

Salam Alaik...

Kalau dah nama manusia biasa, wajib la tak puas hati tak kira la benda tue dah cukup bagus atau terlebih bagus... Kalau terlebih bagus pun nanti ada jugak orang tak puas hati, "Apesal melampau baik sangat nie? Mesti ada udang di sebalik batu". Perasaan tak pernah berpuas hati nie memang normal... Kalau asyik-asyik puas hati, maka kita dapat buat andaian bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dia...

Kalau semua orang puas hati, tak kan ada la kaunter aduan rakyat, atau kaunter biro pengaduan awam, atau pejabat wakil rakyat, atau frasa 'surat menyurat tidak dilayan'... Haha...

Jadi apa yang cuba aku cakap nie? Hurm...

Bila ada sesuatu yang kita tidak puas hati, bukan bermakna kita tidak bersyukur ok! Tak bersyukur tue konteks lain... Contoh, harga petrol RON 88 (bukan nama sebenar) RM 5.50 untuk seliter (bukan harga sebenar), memang mahal... Sapa yang puas hati memang tipu la! Kalau tak puas hati, kita akan protes (atau tarik tangan pemimpin dan nasihat kat tempat yang tertutup) untuk memastikan harganya diturunkan kepada yang sepatutnya, tapi kalau kita tak bersyukur, kita akan protes sambil memaki hamun, mencarut dan segala tindakan jahat yang lain... Nampak tak bezanya kat situ?

Contoh lain, ada jiran kau datang kat rumah kau, pastu lempang anak kau sesuka hati maka bapak dia... Tentu tak puas hati, kan? Kalau kau tak puas hati, kau akan adukan kepada polis atau saman, atau paling kurang nasihat... Tapi kalau kau tak bersyukur kau akan jumpa mamat tue belasah dia tanpa soal-siasat... Dan, kalau kau nak bersyukur dengan berkata, "takpe, dia lempang je, aku bersyukur dia tak bunuh anak aku", itu serius bodoh... Itu bukan bersyukur, itu kufur nikmat... haha.. Sesuka hati aku jer nak label... Abaikan label 'kufur nikmat' tue...

Bila nak mengadu nie, kita boleh mengadu atau melahirkan rasa tak puas hati dengan pergi ke balai polis, atau biro pengaduan awam, atau pergi mengadu kat pihak yang berkuasa... Kalau anak jiran umur 7 tahun curi duit anak kau, pergilah mengadu kepada jiran, jangan mengadu kat ketua kampung pulak... Itu zalim (tak meletakkan sesuatu pada tempatnya) namanya...

Kalau nak mengadu pulak mesti kena pada masa... Kalau balai polis takpe la, sebab bukan 24 jam... Tapi kalau nak mengadu kes kecil kat ketua kampung, jangan mengadu pukul 2 pagi... Naya ketua kampung tue... Tak pasal-pasal dapat pelempang sedas dua... Ketua kampung kerja takde shift, dan dia seorang manusia... haha...

Kalau nak mengadu pada Allah, ha, ini terbaik! Tak perlu nak tunggu awal/akhir tahun atau lepas solat... Kita boleh mengadu bila-bila masa dan di mana jua... Tak perlu patung sebagai perantara atau syeikh sebagai orang tengah... Adu je terus, Dia Maha Mendengar... Tak payah nak bagi komisen kat sapa-sapa... Tapi bila mengadu tue, silalah sertakan dengan usaha ok!

Janganlah pulak jadi orang yang kuat mengadu mengikut musim pulak! Nak kena tunggu akhir dan awal tahun baru nak doa, atau nak tunggu lepas solat baru doa, atau masa berbuka puasa je doa... Waktu makan biasa taknak pulak doa... Main lahap jer, Bismillah pun tak baca... Ingat ye, doa boleh bila-bila masa.. Sapa kata doa itu bid'ah, cepuk kepala dia... Yang bid'ahnya kalau doa pada waktu 'spesifik' tanpa ada usul dari nabi...

Kau nak doa akhir dan awal tahun kau doa la, tapi sepanjang tahun tue jangan pulak kau tak doa sebab bagi kau ada doa akhir dan awal tahun jer... Dan, tolong, jangan sandarkan doa akhir dan awal tahun kepada Nabi, sebab memang takde asas dalam Hadis atau Quran tentang doa akhir/awal tahun... Aku ulang sekali lagi, nak doa kau doa la, tapi jangan kata kat orang, "Sunnah doa akhir dan awal tahun nie!"... Takde maknanya... Berdosa lagi ada.. Doa sorang-sorang sudah...

Ingat ye, doa boleh sepanjang masa... Kalau kau kata doa sempena akhir dan awal tahun hijrah boleh, maka doa akhir dan awal tahun Masihi pun boleh jugak... Nama pun doa... tapi jangan pulak kau kata doa kedua-dua awal dan akhir tahun masihi dan hijrah itu sunnah...

Sekian, satu pantun:-
Selamat Tahun Baru Masihi!
Daripada duk melepak kat KLCC,
Baik doa kepada Ilahi,
Semoga sepanjang tahun diberkati!

Friday, December 24, 2010

Melayu

Salam Alaik...

p/s: Idea dirembat daripada buku 'The Malays: Their problems and future' karya Syed Husin Ali.

Melayu, jika berasaskan perlembagaan Malaysia, bermaksud orang yang menganut Agama Islam, bertutur (secara rutin) bahasa Melayu, mengamalkan budaya Melayu dan lahir di Malaya selepas hari merdeka atau anak kepada ayah atau ibu atau keduanya yang lahir di Malaya selepas hari merdeka...

Definisi yang sangat panjang untuk manusia yang biasanya berkulit coklat terang, bermata hitam/coklat, dan berambut hitam... Kalau ikut perlembagaan Malaysia, banyak Melayu kini dah tak jadi Melayu dari segi perlembagaan... Lihat sahajalah kes murtad, yang bersepah dalam kalangan remaja Melayu... Bila seorang Melayu sudah tidak Islam, maka bangsa Melayunya itu telah tiada...

Dan lihat kepada syarat kedua, bertutur secara rutin dalam bahasa Melayu... Agak-agak berapa ramai ahli perniagaan yang bertutur secara rutin (hatta bersama keluarga) dalam bahasa Inggeris? Ramai, kan? Mereka sudah tidak Melayu kerana tidak bertutur dalam bahasa Melayu secara rutin...

Dan syarat ketiga yang paling ramai langgar... Berbudaya masyarakat Melayu... Ramai antara kita tidak mengamalkan budaya Melayu... Atau paling tidak adab Melayu... Berbaju ala barat, menyanjung budaya barat, malah tengok bola pun dari barat jugak... Haha... Lihat sahaja Melayu yang mempunyai kelas sosial yang tinggi... Berapa banyak adat Melayu yang ada pada mereka? makan pun bersudu garfu, pakai kot dan tali leher... Rumah bersusun atur barat... Kalau residen Inggeris masih hidup, tentu dia bangga adaptasi yang mereka bawa kepada bangsa Melayu...

Aku bukan nak kondem Melayu, aku cuma nak kondem definisi Melayu... Idea ini dibawa oleh Syed Husin Ali, orang kuar PR yang telah dilupakan...

Lihat pula baba dan nyonya... Jika mereka memeluk Islam, maka secara automatik mereka Melayu... kerana mereka bertutur dalam bahasa Melayu, punya adat yang banyak diadaptasi dari bangsa Melayu... Adakah mereka melayu? Tidak! bagaimana pula orang Arab yang singgah di Tanah Melayu? Yang mengamalkan budaya dan bertutur dalam bahasa Melayu? Adakah mereka Melayu? Ya, mereka Melayu berasaskan perlembagaan... Tetapi tidak dari darah...

Syed Husin Ali memang bernas dalam pemikirannya...

Haha... Panjang benanye aku ak tulis... tapi sebab benda nie aku dah tangguh 4 hari sebab demam... So, aku berenti kat sini dulu la... Kalau rajin aku tulis lagi... Haha...

Friday, October 15, 2010

Dengki?

Salam Alaik...

Kawan aku pernah cakap kat aku, dia dengki tengok orang lain bahagia... Aku, macam biasa la, dengan ayat yang diplomatik tahap duta, aku pun cakap, "Rileks la bhai, tak baik dengki-dengki nie."

Hehe... Cakap memang mudah... Bila buat, habuk pun tarak... Dengki nie memang sifat manusia... Pantang tengok orang lagi gah dari dia, terus je dengki... Nampak Mak Cik Joyah peraga gelang emas sampai ke siku, terus Mak Cik Minah mengesot kat laki dia, mintak rantai emas 2 kilo... Pastu, Mak Cik Senah pulak, nampak anak Mak Cik Midah balik bawak Mercedes, terus telefon anak dia suruh beli BMW sebijik...

Eh, kenapa semua contoh perempuan?
Erks... Sorry... haha... Takde idea lain...
Eh, ini dengki atau 'show-off'?
Apa-apa la!

Tapi gitu lah realiti masyarakat zaman sekarang... Senang je nak dengki... Kalau dengki senyap-senyap tak menyusahkan orang takpe jugak.. Ni, bantainya dah dengki gi hantar hantu raya la, saka la, dan bermacam-macam unsur syirik lagi la...

Nampak mamat tue kaya sebab kroni, terus hantar jin santau mamat tue... Eh, apehal politik plak nie? Maaf, contoh je tue...

Kiranya macam ni la, tiada lah bagi semua manusia itu dengki atau iri hati dengan kejayaan dan kebahagiaan manusia lain... Tapi, kalau dengki sehingga berusaha untuk mencapai kejayaan sama seperti orang tue dengan jalan yang baik, takpe la...

Itupun ada jenisnya... Tak buleh la dengki dengan orang tue lepas tue jatuhkan dia, atau dengki dengan orang yang melakukan kemaksiatan... Jangan pulak, "Eh, mamat tue dapat awek cantik. Aku nak berusaha la dapat awek yang lagi cantik daripada dia". Lari tujuan dah tue...

Bak kata Nabi S.A.W:

Dari Abdullah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua keadaan: 1) Seseorang yang diberi Allah harta dan diberi kekuatan untuk menggunakannya di jalan yang benar; 2) Seorang lagi yang diberikan Allah hikmah (kebijaksanaan) dan dengan kebijaksanaan itu dia memutuskan sesuatu perkara dan mengajarkannya (menyampaikannya).

H.R al-Bukhari (no.1893 Bab Mematuhi Perintah)

Jadi, di kesempatan ini saya menyeru la semua, kita berdengki-dengkian kepada golongan di atas nie dan, pada masa yang sama cuba untuk menjadi seperti mereka, dan bukan menjatuhkan mereka sehingga menjadi seperti kita...

renung-renungkan!
Aku nak buat orang dengki la!

Wallah 'alam...

Wednesday, October 13, 2010

Saya Tak Mahu Komen (Erks...)

Salam Alaik...

Dialog di bandaraya Jerantut, bulan puasa yang lepas...

Dialog 1:-
Aku: Jom mandi sungai esok
Kawan Aku: Tak boleh doe mandi sungai bulan puasa
Aku: Uiks, kenapa plak?
Kawan AKu: Kalau ko kentut dalam sungai, air sungai masuk ikut 'anal orifice', boleh batal puasa...
Aku: Erks...

Dialog 2:-
Aku: Weh, bangunan tue cat corak papan dam
Kawan Aku 2: Kenapa?
Aku: Ini agenda sulit Illuminati
Kawan AKu 2: Kalau ko padam cat tu, atau tukar cat tu dengan kaler hijau ko rasa Dajjal tak turun ke?
Aku: Erks...

Dialog 3:-
Aku: Ko baca tak kes khatib doakan KM Pulau Pinang?
Kawan Aku 3: Baca..
Aku: Apa pendapat ko tentang perkara nie? Boleh tak dia doakan KM Pulau Pinang yang bukan Islam tue?
Kawan Aku 3: Oh, ada banyak pendapat tentang perkara nie... Aku kena bagi pendapat berdasarkan parti politik yang ko sokong... Ko sokong apa?
Aku: Erks...

Heh... Tak kuasa aku nak komen...

Wednesday, September 29, 2010

Hargailah Sebuah Perpaduan

Salam Alaik...

Esok, kebanyakan negeri di India akan bercuti selama dua hari, yakni, hari Khamis, Jumaat sehingga Ahad... Cuti tergempar ini berikutan menunggu keputusan mahkamah... Hehe... Kes perbicaraan Anwar Ibrahim pun tak da cuti, kan?

Kes apa yang hot sangat sampai dapat cuti nie? Ini semua berkaitan dengan kes Debat Ayodhya... Apa pulak kes nie? Kes nie sebenarnya ketegangan apabila penganut Hindu menyatakan bahawa Sultan Moghul pertama, Sultan Babur membina sebuah masjid di atas tapak sebuah kuil tempat kelahiran Dewa Rama, atau nama melayunya Megat Seri Rama (Wikipedia)...

Masjid tue, atau namanya Babri Masjid telah diruntuhkan oleh penganut Hindu pada tahun 1992, dan berlakunya rusuhan antara agama selepas itu yang mengorbankan kurang lebih 2000 orang dari kedua-dua belah pihak... Jadi, keputusan siasatan 'milik siapakah tapak Masjid Babur' akan diumumkan selewat-lewatnya Jumaat ini, sempena hakimnya yang akan bersara pada hari Jumaat ini jugak...

Sebab kes ini dah ditangguhkan lebih 40 kali, akhirnya, keputusannya akan diumumkan... Yang penting, mesti ada pihak yang akan tak puas hati... Oleh sebab itu, kerajaan Karnataka, India, telah mengisytiharkan cuti dua hari atas sebab keselamatan...

Kalau kat Malaysia, dah lama dah pemimpin yang cuba merancang rusuhan akan ditahan di bawah undang-undang paling berkuasa menentang keganasan, setaraf dengan Patriot Act Amerika, iaitu Internal Security Act atau nama Melayunya Akta Keselamatan Dalam Negeri... Selamat dah Malaysia... hehe....

Cuma nak bawak berfikir la, betapa pentingnya tolerasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia... Tanpa perpaduan, maka cuti kecemasan atas sebab keselamatan pun boleh terjadi... Tapi dalam menyokong perpaduan, Pluralisme antara agama tetap tidak boleh disokong! katakan ya kepada 1Malaysia, tetapi sila lebihkan 1Islam... Eh, jangan kata 1Islam ini bid'ah pulak... haha... Ini lain dari Islam Hadhari kay...


p/s: Jumaat nie, selepas solat Jumaat aku akan pergi menyertai kem Jalinan Sahabat Seluruh India (JASSI) di Mangalore... JASSI ni macam kem Islamik sket.. Yakni Islamisasi Perubatan... Dan kem itu di Mangalore... Mangalore nie pun boleh tahan jugak kuat agamanya... Jangan ada rusuhan sudeyh...

Doakan kami semua peserta JASSI selamat!! Jazakallah Khair Katsira...

Fakta best: Nama Mangalore diambil sempena nama Mangaladevi salah seorang dewi Hindu...

Tuesday, July 27, 2010

Edisi Patriotik Klasik: Menghargai Kemerdhekaan Sa-buah Negara Yang Baharu

Salam Alaik...

p/s: Ini ialah sa-buah tulisan yang menchampurkan bahasa Melayu zaman Malaya dan juga bahasa Malaysia (erks!) zaman Malaysia. Harap ma'lum. Terima Kaseh.

Setelah negara mencaphai kemerdhekaan di bawah pimpinan Tun Tengku (Tunku) Abdul Rahman Putra al-Haj, Tanah Melayu merangkak menyelusuri* arus globalisasi sebagai sa-buah negara baharu sa-hinggalah bertukar menjadi Malaya, dan kemudiannya Malaysia.

Ketika tahon 1957, kerajaan mempunyai misi yang sangat banyak. Antaranya memastikan perpaduan negara yang berbilang bangsa ini kekal bersatu agar kemerdhekaan negara kekal untuk sa-kurang2 sa-puloh tahon sebagaimana janji pehak British.

Dalam usaha kerajaan untok menjanjikan perpaduan, kerajaan melaksanakan pelbagai ranchangan supaya persengketaan kaum dapat dielakkan. Antaranya ialah program membasmi kemiskinan dan juga menyamaratakan pendapatan dan kekayaan ra'yat.

Dasar pehak British mengasingkan kaum mengikut sumber ekonomi (Melayu-Kampung; Cina-Bandar; India-Estet) jelas menyebabkan taraf kehidopan antara kaum di Tanah Melayu ketika itu berbeda dengan jurang yang amat luas sa-hinggakan melahirkan rasa tidak puas hati antara kaum majoriti dan kaum-kaum minoriti.

Tindakan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan menyamaratakan pendapatan ra'yat jelas membantu dalam mewujudkan perpaduan yang harmoni selepas tragedi berdarah yang merupakan sejarah hitam sehinggakan dipadamkan dari segala teks supaya yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan halus yang tidak membawa pengajaran yang amat besar sekali kepada jenerasi muda.

Dan ketika itu, kerajaan yang memerintah sejak 1955 terus memerintah sa-hinggalah kini. Selama 55 tahun, merupakan satu tempuh yang agak panjang untok sa-suatu kerajaan menjadi matang. Dan tidak hairanlah, kerajaan kini tetap matang dalam urusan pentadbiran demi untok ra'yat. Program-program pembangunan untok ra'yat maseh lagi wujud sebagai tanda dan bukti jasa kerajaan kepada ra'yat.

Organisasi kerajaan seperti RIDA (kini MARA), FELDA, FELCRA dan sa-bagainya terus menjadi tunjang pembangunan luar bandar yang dahulunya ketinggalan dan maseh berada di bawah pembangunan dan pendapatan secara kasar seluroh ra'yat. Kini, negara berbangga dengan penchapaian yang tidak ada tolok bandingnya berbanding negara-negara berjiran yang kalut dengan keamanan Malaysia dahulu dalam menyamakan Malaysia dengan Neo-kolonisme, ya'ni negara Indonesia, Filipina dan juga Thailand.

Pengalaman jelas mengajar kerajaan bagaimana untok menarik hati ra'yat. 55 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap, tapi satu jangka masa yang sangat panjang untok sa-buah negara keluar dari belenggu penjajahan pehak British kepada yang gah dengan KLCC, Litar F1 Antarabangsa Sepang, Empangan Bakun, Hab Makanan Halal Dunia, dsb.

Dan kini, Malaysia sudah berada di punchak dunia, walaupun tidaklah punchak sa-bagaimana negara penjajah, tapi kiranya untok 55 tahun sangatlah membanggakan. Pengalaman kerajaan selama 55 tahun ini tidaklah boleh disia-siakan oleh ra'yat Malaysia dengan memileh kerajaan yang tidaklah baginya berpangalaman. Dan jika perkara itu berlaku, maka Malaysia bolehlah melakar sejarah baharu, tidak dibelenggu bayang-bayang kerajaan lama yang sudah membawa Malaysia ke punchak Asia Tenggara.

Teringat kata-kata Tunku Abdul Rahman di tingkap rumah-nya ketika melihat api menjulang tinggi di Kampong Baharu malam 19 Mei 1969, "Saya ingat sayalah perdana menteri yang sehabes gembira sekali di dunia ini". Dan kegembiraannya yang hilang itu, mungkin dikechapi ra'yat kini. Terima kaseh kepada kerajaan yang membawa Malaysia sehingga menjadi sa-buah negara yang berpadu tanpa mengira agama, bangsa dan pendapatan.

Sempena 34 hari sebelum ulang tahun kemerdhekaan negara yang ke-53, kerajaan kini maseh hebat membela ra'yat. Buktinya kerajaan maseh menggunakan dasar dan motto yang sama untok meyakenkan ra'yat sebagaimana mereka berjaya 55 tahun lepas ya'ni: MEMBASMI KEMISKINAN UNTOK PERPADUAN NEGARA, dan dijangka tidak akan pernah berobah.

Antara Header Blog Aku Terawal: Redz for PM

"Malaysia oh Tanah Airku"

TAMMAT

*Ejaan tidak dapat dipastikan betul atau salah
Kalau la mudah untuk menaip huruf 'ē', dah lama aku letak sekali.