Salam Alaik...
Kenaikan harga petroleum merupakan satu tamparan yang hebat untuk rakyat di sesetengah negara kecuali negara yang dipenuhi rakyat yang berbasikal atau mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap... Kadar Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK) sesuatu negara jugak memainkan peranan penting dalam usaha untuk menjahanamkan rakyat apabila harga petroleum mencanak naik...
India, merupakan satu negara yang mengimport petroleum juga tidak terlepas dalam hal kenaikan harga petroleum... Walaupun India merupakan pengeksport bawang ke Malaysia, dan jugak penyedia pekerja kedai mamak Malaysia terbesar, kenaikan harga petroleum seperti tidak dapat dielakkan... Dan yang menjadi mangsa bukan golongan atasan yang kaya-dan-akan-bertambah-kaya, tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata yang kebanyakannya menjadikan motorsikal, auto, bas dan sebagainya sebagai cara transportasi utama...
Kenaikan harga petroleum di musim hujan seperti yang berlaku hari ini memang memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor, terutamanya golongan nelayan... Dalam pada waktu mereka tidak boleh ke laut, mereka dibebani dengan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga petrol... Pendapatan tergantung ketika monsun, ditambah pulak perbelanjaan yang semakin meningkat...
Golongan yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam juga tidak terlepas dari kesan yang sama... Dalam pada musim hujan mampu memberikan mereka duit lebih kerana motorsikal jaang digunakan, mereka kecewa kerana harga petrol yang naik menggagalkan usaha mereka untuk mendapat sepinggan nasik untuk keluarga mereka... Dahulunya sesuap nasik, dan kini walaupun permintaan untuk Auto semakin meningkat, sesuap nasik seperti tidak boleh dielakkan...
Pemerintah dan golongan kapitalis serta Borjois yang bermaharajalela di India tidak hairan dengan perkara ini memandangkan mereka mempunyai syarikat petrol yang merangkumi sebahagian besar India.. Kenaikan harga minyak memang menguntungkan mereka, di samping langsung tidak menggeletek perut mereka yang boroi...
Hari ini, pengusaha pengangkutan awam bertaraf sederhana dan rendah melakukan apa yang dipanggil 'mogok' untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak... Semua pengangkutan awam yang biasa digunakan rakyat Marhaen seperti Auto, bas dan teksi memulaukan jalan raya dan melepak melayan cuaca dingin di rumah di samping keluarga tercinta sambil memikirkan periuk nasik mereka yang bakal terjejas...
Mogok yang dilancarkan ini jelas sekali memberi impak yang besar kepada ekonomi India kerana kebanyakkan pekerja India menggunakan pengangkutan awam... Bayangkan pekerja kilang tidak dapat ke kilang, pemotong rumput tidak pergi memotong rumput dsb... Jelas sekali ekonomi India akan bergoncang, walau tidak teruk... Dan golongan kapitalis akan tetap untung dan gelakkan pemogok...
Berita ini dilaporkan oleh aku yang sedang tersangkut di Rumah Raya tak dapat gi kelas Pharmac sebab hujan yang lebat dan ketiadaan auto untuk membawa aku dan kawan-kawan ke kelas... Kalau redah pakai motor nie, komfem lenjun... Dan aku taknak tragedi 2 hari sebelum raya dulu berulang... Kesimpulannya, jangan naikkan harga bahan api, sebab nanti aku payah nak gi kelas waktu hujan macam nie... Kalau nak mogok, sila mogok waktu tak hujan kay!!!
p/s: Malaysia sebagai pengeksport minyak dunia seharusnya tidak menaikkan harga minyak dengan mengurangkan subsidi kerana yang terjejas teruk bukan mereka-yang-berperut-besar-naik-kereta-Perdana-minyak-percuma, tetapi yang terjejas ialah mereka-yang-mengikat-perut-kerana-chain-reaction-apabila-harga-minyak-naik...
Petrol naik -->Kos pengankutan naik -->Harga barang naik-->Inflasi--> Ekonomi runtuh-->kerajaan jatuh...
Ini bukan entri politik tanah air... Cuma mahu mengikatkan yang mana tak ingat...
Sekian, dari rumah raya, Manipal, India
Yang-tersangkut-bila-hujan+mogok,
Redz der tsar
ahaha bagus
ReplyDeleteminyak naik mau pilihanraya akan dtg hilang undi
Haha.. Molek le belajar bersungguh-sungguh lepas tu bukak satu syarikat minyak.. baru senang nak pergi ke kelas. Macam mana?
ReplyDeleteMinyak naik ..naik minyak..!
ReplyDeleteJangan sampai rakyat pulak yang "naik minyak" jangan buat bender sesuka hati, org lain juga boleh buat sesuka hati dia.
ReplyDeletetunggu GST pulok...
ReplyDelete=)
kau berbau pol itik
WP: Hehe... Tengok la guane... Nok mengundi pun asalkan jangan nyusohkan aku sudoh
ReplyDeleteSH: Baler... Dah bukak satu syarikat minyok camne nak watpe gi kelas pulak..
Relevan: hehe... Biase dah tue kat Malaysia
AAP: Betoi2x... Demeh main naik ikut dan jer...
Azerrul: Ini politik India, takpe~ hehe
minyak naik ...ujan pun turun..hakhak
ReplyDeletekoi setuju dgn aok..
ReplyDelete