Sapa kenal sotong nie angkat tangan! Nama dia Paul the Octopus... Kerja dia nie ialah menyesatkan orang yang percaya pada dia... Ala-ala Ayah Pin la... Kalau nak tau lebih lanjut, baca sini....
Tengok gambar kat atas tue... Haaa...
Agaknya kalau 2018 nanti Malaysia layak ke Piala Dunia, mesti 'pertaruhan' (atau secara kasarnya 'perjudian') bola sepak hampir diluluskan jika tiada pihak mengambil langkah yang berani... Dan jika betullah pertaruhan bola sepak dilesenkan (atau dihalalkan) kelak, maka tidak hairanlah sotong nie akan kembali glamer di Malaysia... Itupun kalau sotong nie hidup lagi la... haha..
Tapi, bukan sahaja sotong yang diberi nama Paul nie je yang akan glamer, tapi ayam jantan berbulu hitam (a.k.a Jalak Lenteng) atau pokok Tualang besar (a.k.a Pokok Puaka) pun boleh jadi 'hint' jugak untuk mengkuk-mangkuk yang takde-benda-lain-nak-sembah-selain-judi-dan-menatang...
Kepada Muslim yang eksaited dengan Paul si Sotong nie, silalah jangan mencampakkan diri anda ke dalam lembah kesyirikan dan khurafat... Cukuplah dengan bid'ah dholalah (cth: Mandi Safar, puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban) yang ada tue, jangan nak tambah lagi dengan khurafat, syirik dsb...
Dan elakkan judi sekali... Arak memang dah bersepah orang minum... Depan khalayak pun stedi jer layan... Bila nak kena sebat, dapat bekap dari orang besar... haha... Ok... Pull Stop... nanti maut aku kerana menyampaikan kebenaran...
Percaya pada Paul si Octopus nie akan menyebabkan:
a. Syirik
b. Percaya pada penilikan nasib
c. Bila dah percaya, komfem letak bet punya~
d. Akal lagi teruk dari sotong...
Ok la, aku sudahi dengan beberapa potong Kalamullah yang telah diterjemah...
1. “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
2. “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
3. “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” - (Surah an-Nisa', ayat 116)
4. “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)
5. “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)
Ok.. Cukup dah kot... Jangan la pulak ada lagi yang duk percaya kat Sotong tue, lantas meletakkan bet ke atas Espana... Double haraam lagi!!
Tengok la WC atas dasar 'riadah', 'hiburan' dan semngat kesukanan (tapi jangan melampau), dan elakkan dari sebarang unsur yang melanggar syariah...
setuju!!!
ReplyDeletesetuju jugek..
ReplyDelete*sotong tu ngarut je
*like* haha.
ReplyDeleteaku setuju...idup germany..kehkeh
ReplyDeletepaul tu hodoh. muahahahaha!
ReplyDeletenasik lemak ngan sambal sotong sgt sedap..(tiba tiba)
ReplyDeletesesat lagi menyesatkan..
ReplyDeleteorg yang percaya memang otaknya lebih kecik dari otak sotong kuikui
setuju dgn bella...hodoh...haha...laen kali letak aku ke,ko ke predict game xpe gak...hahaha
ReplyDeleteBuat masak kicap Sutung ni sedap..
ReplyDeletedulu dia ni binatang peliharaan ayah pin kot.
ReplyDelete