Pages

Friday, July 2, 2010

Uiks?

Salam Alaik...

Mukaddimah
Bangun tido lewat 5 minit memang terus merencatkan impian untuk pergi ke makmal untuk praktikal Microbe... Eish...

Sepatutnya ada satu resolusi yang sangat bagus untuk aku adaptasikan tapi, masih belum dibuktikan atau resolusi itu digelapkan oleh sekutu-sekutu Amerika untuk mengelakkan aku bangun awal pagi... Solusinya mudah: Tido lewat!!

Kalau aku tido awal, dan definisi awal bagi aku ialah sebelum 2am, memang insya Allah bangun lewat... Kalau tido lewat biasanya memang akan bangun on time untuk ke kelas... Adoyai...

Bila sampai kelas, semua duk pakai lab coat putih sebab baru habis praktikal... Aku dan beberapa yang lain tak pakai lab coat pulak... Haha... Aku tak pakai sebab tak pergi, tapi orang lain ada yang pergi tapi dah tak pakai lab coat... Ok, aku memang sangat prominent la tak datang... Haha...

Duduk dalam kelas, lepas layan 2 paket neskopi originale Indonesia memang payah nak ngantuk... Bagi la cikgu apa-apa sekalipun, payah giler nak tido... Haha... Tapi kalau Pharmac rally 2 jam, rasanya maut jugak aku...

Tulis tarikh, '01072010' tiba-tiba aku terhenti... Berfikir sudah 6 bulan sehari berada dalam 2010... Atau dengan kata lain lagi 7 minggu nak peperiksaan blok 2... Padahal rasa baru jer bersenang lenang lepas blok 1... Keputusan pun keluar semalam... Hurm...

Keputusan

Memang takde perbezaan sangat pun keputusan blok 1 tahun kedua nie dengan blok 1 tahun pertama yang lepas... Serius takde sangat... Cuma aku sangat-sangat bersyukur sebab keputusan tak seperti aku jangka...

Tapi ok la... Blok 2 kena buat balik betul-betul... Takde dah zon selesa kay!!!

Blog

Yeah, bulan lepas, aku letak 2 entri jer... Paling sket sepanjang hidup aku ada blog nie... Aku bukan takde semangat nak tulis, atau takde idea nak bawak borak sembang lebat, cuma sedikit payah mencari masa untuk menulis... (Alasan je nie)

Petang, walaupun pada teorinya sangat free sebab hujan, secara praktikalnya memang takde masa... Ada je benda lain nak buat... Nak main CS la, tengok movie la, layan bola la... Haha... Ceit...

Ok, entri yang lepas agak kontroversi... Tapi sebab amanah untuk menunjukkan statistik yang dipadam itu tinggi + blog dah lama tak update, aku buat jugak la... Haha... Maaf kepada sesiapa yang marah... Entri tue saja suka-suka nak tulis... Keh3x...

Bola
Ok, World Cup dah masuk suku akhir, baru aku nak tulis pasal bola... Bukan ape, cuma aku tau dah bersepah blog tulis pasal bola... Nak-nak pulak blog nie... So, aku fikir buat apa aku nak tulis... Orang selalu duk tanya aku, "Ko sokong team mana WC nie?"... Jawapan aku mudah, "Aku sokong team yang suka buat gol dan bolos gol banyak-banyak, sebab aku suka tengok gol..." Hahaha...

Ok, kat sini aku nak tegaskan, aku takde team faveret untuk WC nie kecuali jika pasukan (bukan as Referee) Malaysia masuk jadi wakil Asia...

Kelas
Duk kat barisan paling bawah, tiga dari depan memang menyebabkan:-
  1. Overexposure kepada lecturer
  2. Kena dongak ke atas (Ada ke dongak ke bawah?) untuk salin note.. Ini menyebabkan tulang belakang aku sedikit jem... Haha... Dah kena kilas selalu tulang belakang nie bagi berbunyi-bunyi ke belakang
  3. (~.~")
Jiwa
Sepanjang bulan 6, jiwa agak kacau sket dengan pelbagai perkara yang mengganggu... Heish... Ada (banyak) yang seronok, ada memenatkan dan sebagainya... Apa yang penting jiwa kena maintain senyum depan orang... Tapi serius, kalau penat memang payah nak kaver la... Haha...

Tapi overall bulan 6 memang banyak memori indah... Walaupun banyak, 'diari seorang lelaki' aku tetap jarang diisi sebab sibuk dan ... Diari tue ada kat tempat selamat... Keh3x...

Study
Ok, aku rasa bapak panjang aku tulis.. Dan aku berani bet korang takkan habis baca... Jadi aku gerak dulu la eh... Aku nak study 'Pembelajaran Berasaskan Masalah' pulak... Sehingga bertemu lagi~

2 comments:

  1. btw aku nak cakap, yg jersi baru MU dah kuar. hehe

    ReplyDelete
  2. aku abes je bace. haha. weh. betul la. sekejap je da bulan 7. macam baru je lagi sambut newyear.

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?