Pages

Friday, July 9, 2010

Pengganti?

Salam Alaik...

Dah hampir 10 bulan aku kat India, bermakna 10 bulan aku tak jejak kaki kat rumah aku, tanah air aku, dah 10 bulan tak keluar dari India, dan dah 10 bulan aku tak jumpa dengan famili aku secara live... Mujurlah ada kawan-kawan pengubat rindu di hati... Ececeh... hehe...

Bila dah 10 bulan tak lepak kat umah, atau dengan kata lain dah sepuluh bulan tak jejak kaki atas atap rumah kesayangan aku tue... Memang rindu giler la... Aku malas nak citer pasal atap umah aku sebab aku dah banyak tulis dalam blog nie... Kalau nak tau jugak boleh klik sini, atau sini...

Jadi, petang kelmarin, selepas panas otak sebab melayan forensik yang bosan ditambah additive dose of Pharmac, memang cukup menjadikan mental aku penat... Aku pun melayangkan diri aku, Redz Devil aku, dan berbekalkan beg kulit kambing yang aku beli kat Shimla bergerak ke SunSetView Ananth Nagar... Antara tempat yang paling membuka minda kat Manipal nie sebab luas dan nyaman...

Parking motor kasi elok, double stand lagi... Pastu duk pandang ke arah barat, menghadap matahari terbenam... Awan sikit punya tebal, memang jangan harap la nak tengok mentari bulat-bulat... Lagipun memang malas nak bawak kamera pun... Memang petang tue nak layan perasaan jer...

Duk kat situ aku duk terfikir, kalau kat umah aku layan atap untuk layan jiwa, tapi kat sini SunSetView tue nampak macam hampir menyerupai atas atap kecuali beberapa perkara antaranya:-

  1. Tak boleh nak baring
  2. Tak boleh nak lepak malam-malam
  3. Kalau hujan basah sebab tak sempat masuk umah
  4. Kadang-kadang ramai tempe
Tapi kira ok la dari takde langsung... hehe... Teringat jugak la zaman kat umah dulu... Jiwa agak kosong atau kacau sket, lari naik atas atap, layan bintang malam... Pegh... Indah, takde orang nak kacau layan perasaan... Kat sini, nak layan perasaan malam-malam kena lari jauh sket... Keh3x...

Oh, aku sangat mahu balik umah...

5 comments:

  1. Sabor Duan..
    raya karanc balik la..tahun ni kala aok tok datanc rumoh koi koi pepoh dengan pelepoh sawit kuikui

    ReplyDelete
  2. Kome sokmo jenguk awk hehehe..semoga ceria disana...Sabor!

    ReplyDelete
  3. Duan,
    Koi rase kalo aok dok atas pencawang tu lagi tenang wehhhh.... keh.. keh.. keh..

    ReplyDelete
  4. Don: Aok balik beraya kat Gelangi ke? Hehe... Kalau camtu buleh jah.. Haha

    AAP: hehe... Thankz AAP... Nanti keh balik Jerantut keh beraya kek umoh aok...

    Echam: Itu tenang lain... "Rehat dengan Tenang (R.I.P).." Heheb

    ReplyDelete

Carutan anda mestilah bukan betul-betul mencarut... Carutan boleh dibuat tentang isu yang dibincangkan ataupun tidak, tetapi pastikan relevan... Atas sebab demo-kerasi, mana-mana komen yang melanggar etika seperti mencarut kasar, maki hamun, dan tidak sesuai boleh dipadamkan oleh Redz der Tsar mengikut budi bicaranya... Komen anda tidak akan ditapis dahulu, dan sila pastikan komen anda berguna, pahammmmmm?