Sunday, August 3, 2008

Bapak tinggi aku lompat!!!

Salam...
Aku sebenarnye dah tak berkredit dalam melayari internet... Belum bermasa nak menyambung penulisan dan pencarutan aku nie... Sekarang nie, aku kat cc, menghabiskan masa pagi sebentar sebelum menyibukkan diri dengan kerja-kerja dan study aku yang macam 13 bijik lori pasir...

Tentang semalam, mini olimpik tu aku jalani dengan penuh kejayaan... Sebagai peserta yang baru pertama kali menyertai lompat tinggi nie, aku dengan bangganya menyatakan betapa aku telah berjaya memenangi tempat ke 5 (kot) setelah gagal di percubaan melompat pada ketinggian 1.4m... Dan untuk pengetahuan encik-encik yang baca nie, 1.4m adalah ketinggian yang pertama sekali diuji...Kirenye aku kalah awal la...Haha.... malu australia...

Semalam gak, selepas aku habis bermini olimpik, aku terus ke dewan melayan raptai Malam Merentasi Budaya pada jam 10am kot... Sesampainya kat dewan, aku diarah oleh Anith untuk menghantar bekalan minyak petrol kepada junior yang keretanya terkandas ketika dalam perjalanan ke raptai itu...

Habis hal-hal minyak, aku kembali ke dewan dan meyaksikan pementasan teater dak Brisbane, secara umumnya, mereka berjaya menghasilkan teater yang berkualiti... Inilah yang dinamakan teater... Selepas itu, grup aku, Sydney plak buat drama... Betapa kecil aku rasakan drama aku... Haha...Jangan risau... Penambahbaikkan dah dilakukan... Pementasan akan menjadi gelanggang hebat... Sydney pasti menguasai pentas...Hehe...

Raptai tue habis kul 5.30 pm... ku sampai kat kolej kul 6pm dan setelah solat aku tertidur sebab terlalu penat sangat... Kul 8pm, aku dipaksa bangun oleh Amir sebab solat dan kewujudan latihan drama pada jam 9.00pm... Hehe... Drama lagi...Sesi latihan ini membaiki kekurangan petang semalam dan menjadikan drama ini mudah difahami...

Iklan jap: Sesapa yang berminat untuk menyaksikan Malam Merentasi Budaya anjuran pelajar Malay Studies AUSMAT 19 boleh lah menempah tiket pada aku yang berharga RM 2 sahaja... No tepon aku (sms pon takpe) - 0179328233 (waktu bukan pejabat sahaja)

Butir-butir:
Tempat: dewan Besar INTEC, UiTM seksyen 17 Shah Alam...
masa: 8.00pm...
Istimewa: Azan Ruffedge...
Dsb...
Datang jangan tak datang...

4 comments:

ijan said...

1.4m...??? tu bkn lompat tggi. tp cam lompat rendah je. hahaha...

Rahimin Idris said...

1.4? main limbo rock boleh la haha

Redz da Tsar said...

Haha...
Badan dah berat...
Tak streching...
Hehe...
lagipon mengalami kecederaan peha kiri...
Banyak plak alasan aku..Hehe

Anonymous said...

hahahaha...baik xyah lompat..ko masuk bawah je...wakakakaka